Search This Blog

Monday 21 November 2011

My Kembar???

BAB 6/

Datin Habsah duduk termenung di gazebo di depan rumahnya. Teringatkan anak nya, Arina. Kembar kepada Arisa. Ingatan nya masih segar lagi dimana anak – anaknya diculik di depan mata. Jikalau dia dapat memutar kembali masa, sudah tentu anak – anaknya selamat kini.

IMBASAN SEMULA, PUAN HABSAH, TAHUN 1989.

“Arisa, Arina. Jangan main jauh sangat.” Pesan nya prihatin. Ketika itu, suasana taman agak lenggang kerana pada hari itu, hujan baru saja berhenti. Hanya ada beberapa orang saja yang keluar beriadah pada petang itu. ketika itu umur anaknya baru berusia dua tahun.
Anak kembarnya pada masa itu tengah bermain buaian. ketika matanya leka memerhatikan anaknya…
“ Maaf. Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Kata lelaki asing itu. Tiba – tiba dia terlanggar dan ais krim milik lelaki itu tertumpah atas baju blaus nya. Lelaki itu menghulurkan sapu tangan, namun di tolaknya dengan baik. Dia berpusing untuk mengambil tisu basah di dalam beg nya. Kemudian mengelap sisa ais krim di bajunya. Matanya masih memandang anak – anaknya bermain di buaian. ketika itu, Arisa duduk di buaian dan Arina pula menghayunkan buaian kakaknya. Bibirnya mengukir senyuman ketika melihat anaknya bermain bersama. Lelaki tadi dibiarkan nya begitu sahaja. Entah kenapa matanya hanya ingin melihat anak – anaknya.
“ Maaf, Puan. Tiba – tiba je sakit perut. Puan ada minyak panas tak?” ujarnya dengan sambil menekan perutnya. Dia mengalihkan tumpuan kepada lelaki itu. Lelaki itu belum beredar lagi. Seakan – akan mahukan tumpuan nya. Mahu tak mahu, terpaksa dia membelakangkan dirinya dan mengambil minyak panas yang sentiasa dibawanya kemana kemana. Tiba – tiba telinganya menangkap suara Arisa menjerit. Pantas kepalanya menoleh ke arah anaknya. Badan Arisa di angkat dan cuba dibawa lari.
“ Arisa!!!” jeritnya. Dia berlari mendapatkan anaknya. Baru dua langkah kepalanya terasa sakit yang teramat sangat. Dia rebah. Matanya kian kabur. Dia melihat Arina mengigit kaki lelaki yang membawa Arisa dan tidak semena – mena Arisa tercampak ke bawah dan Arina pula di angkat dan dibawa lari. Lelaki tadi juga berlari mendapatkan lelaki yang menculik anaknya. Pandangan nya kian kabur. Dia melihat lelaki itu berhenti berdekatan dengan Arisa.
“ Arisa. Arina.” Jeritnya namun tiada siapa yang mampu Mendengar. Dunianya kini gelap dan dia tidak sedarkan diri.


Kepalanya terasa perit. Dia membuka matanya. Kini dia bukan lagi berada di taman dimana dia bersama anak kembarnya. Tapi, dia berada di dalam bilik yang sederhana besar. Tangan kirinya dicucuk dengan air. Puan Habsah kaget. Di kotak fikirannya cuma anak kembarnya. Air matanya mula menitis.
“ Tolong.” Pinta nya. Puan Habsah meninggalkan jarum air di tangan nya dan turun dari katil. Ingin keluar dari bilik yang asing baginya. Namun, ketika kakinya menjejak lantai. Dia terduduk. Kakinya terasa sangat lemah ketika itu. namun digagahi jua untuk berdiri dan mencapai tombol pintu. Dia berpaut kepata dinding dan cuba menyokong badannya untuk berjalan.
“ Tolong. Sesiapa, tolong saya.” Katanya sambil menahan esakan. Beberapa orang jururawat yang berada di kaunter yang berhampiran bergegas mendapatkannya. Ketika itu kakinya tidak dapat menampung badannya dan sekali lagi dia terduduk di lantai.
“ Puan. Puan belum cukup kuat lagi. puan perlu banyak berehat.” Nasihat seorang jururawat dan dua orang jururawat tadi menolongnya untuk berdiri. Mereka ingin membawanya kembali ke bilik.
“ Tidak. Anak saya. Saya perlu cari anak saya. Tolong. Anak saya.” Rintihnya bagai orang histeria. Salah seorang jururawat berlari mendapatkan doctor.
“ Puan perlu banyak berehat. Puan belum cukup kuat lagi.” nasihatnya lagi. ayat yang sama.
“ Anak saya. Awak dengar tak ni? Saya nak cari anak saya!” marahnya. Dia tidak kisah walau sakit mana pun dia, dia perlu mencari anaknya. Puan Habsah menangis teresak – esak. Mulutnya tidak sudah menyebut nama anak kembarnya. Doctor datang dan menyuntik nya ubat penenang.
“ Anak awak selamat, Puan Habsah. Awak jangan risau.” Ujar doctor itu. kemudian matanya terasa berat dan dia tertidur lagi.
“ Sampai mana dah tu?” satu suara menegurnya. Datin Habsah tersentak. Suaminya Dato’ Hisham sudah duduk di sisinya. Bila kah suaminya sampai dia pun tak sedar. Datin Habsah senyum. Lalu menyalam tangan suaminya. Seperti biasa ciuman akan singgah di dahinya. Sejak dia menikahi suaminya setelah setahun berkenalan, hidupnya yang terumbang ambing kian terjamin kerana suaminya merupakan seorang usahawan perniagaan yang tersohor di Malaysia. Walau sesibuk mana pun suaminya, tapi masa untuk nya dan Arisa tetap terluang. Kini, perniagaan nya telah diambil alih oleh Arisa dan dia cuma menyelia kerja anak nya sekali sekala.
“ Awak tak apa – apa?” Tanya Hisham lembut. Lelaki ini merupakan orang yang agak asing baginya, ketika itu, lelaki itulah yang menjumpainya dan Arisa pengsan di taman. Arisa ketika itu amat tenat kerana kehilangan banyak darah. Apa yang dia tahu, lelaki itu telah banyak menolongnya dan juga menjaganya sejak insiden itu berlaku. Setelah setahun mengenali Hisham, Hisham melamarnya di kedai kopi. Babak hidupnya seorang janda muda beranak dua menjadi pilihan Hisham yang masih bujang ketika itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga Hisham. Namun, segala tentangan mereka hadapi dapat diselesaikan apabila keluarga Hisham sudah jatuh hati ketika melihat Arisa. Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Akhirnya hubungan mereka mendapat restu dan mereka berkahwin juga.
“ Haa.. Ni sampai mana pulak dah?” usik Dato’ Hisham. Datin Habsah tersentak. Sekali lagi dia mengelamun tanpa sedar.
“ Maaf, bang.” Jawabnya lembut.
“ Mengelamun pasal apa pulak tu? Takkan terkenang kat saya kut? Suami kat sebelah ni pun masih boleh jugak termenung ye.” Usik Dato’ Hisham. Suaminya terkenal dengan sikap menyakatnya dicubit lembut. Sifat menyakat nya itu juga diikut oleh Arisa. Kadang – kadang tidak tahan juga dengan usikan mereka, itupun kalau bapa dan anak dah bergabung idea.
“ Tak de lah. Sah teringatkan masa kita mula kenal dulu.” Jawabnya perlahan. Meluah rasa hati. Suaminya senyum. Wajah isterinya ditenung sayang.
“ Terkenangkan betapa hensemnya abang dulu kan.” Usiknya lagi. kemudian Dato’ Hisham ketawa kecil.
“ Siapa hensem? Abang? Hmm… ye lah tu. Sapa jugak yang nak sangat kahwin sama kita dulu kan.” Balas nya. Tidak mahu kalah denga usikan suaminya. Suaminya tergelak Mendengar jawapan nya.
“ Aah. Ye tak ye jugak.” Jawab nya mengalah. Datin Habsah ketawa melihat suaminya mengaru – garu kepala tanda mengalah.
“ Tak lah, bang. Abang tak hensem. Abang macho je. Sah, teringatkan anak Sah.” Luahnya. Dato’ Hisham mengangguk faham.
“ Sah jangan risau ya. Abang masih berusaha mencari anak kita.” Katanya prihatin. Sudah berapa tahun mereka mencari. Dengan mengupah penyiasat persendirian, bukan setakat di Malaysia, malah luar Malaysia juga sanggup diupahnya demi mencari kembar Arisa. Namun, berita mengenai kembar Arisa tidak pernah sekali diberitahu kepada anaknya. Mereka cuma mahu mengambil langkah berjaga – jaga dan tidak mahu perkara sama berlaku kepada Arisa. Semenjak insiden itu berlaku,  Arisa hilang ingatan dan Datin habsah tidak mahu membebankan Arisa untuk mengingati kembarnya. Baginya, biarlah hal itu di sembunyikan dan bila masanya sesuai, barulah dia akan memberitahu mengenai kembarnya.
“ Sah Cuma terfikir. Arina dimana sekarang. Sudah makan ke belum anak kita? Bagaimana hidup nya? Setiap kali terkenang, Sah rindu bang. Tapi, Sah tau. Arina memang kuat semangatnya berbanding Arisa. Dari dulu begitu. Sah rindu sangat – sangat.” Luah nya. Untuk kesekian kalinya, air mata seorang ibu tumpah lagi.

Bunyi bising yang datang nya dari luar mengejutkan tidurnya. Arina duduk. Matanya terasa pedih kerana sudah dua hari tidak mendapat sebarang cahaya sejak terkurung di kontena itu. Tiba – tiba perutnya berbunyi.
“ Lapar lah pulak.” Gumamnya. Baru dia sedar bahawa dia lapar. Ini kerana dia Cuma minum air saja selama dua hari ini. Air itu pun datangnya dari Rizal, Rizal sempat membeli bekalan minuman ketika di pelabuhan manila. bila dia menduga bahawa Rizal Memang sengaja merancang semua itu, akhirnya jadi bahan untuk mereka bergaduh. Dua hari bergaduh dengan Rizal benar – benar membuatnya penat. Bukan penat tenaga, tapi penat mulut hendak membalas ayat pedas dari Rizal. Rizal Memang seorang yang tidak banyak kerenah, tetapi entah mengapa semua tentang Rizal amat menyakiti jiwa nya. Baru dia teringat. Dimana Rizal?
“ Zal?” Panggil nya. Tiada jawapan. Takkan tidur kot. Arina merangkak menuju ke arah posisi Rizal. Di raba – rabanya. Kosong. ‘Mana pulak dia ni?’ soalnya dalam hati. ‘ takkan beralih tempat kut?’ fikirnya lagi. Tangan nya mula meraba. Dia terpegang sesuatu yang lembut. Perlahan dia menarik benda itu. ‘Terasa seperti beg. Beg Rizal ke?’ fikirnya. Seingatnya di pelabuhan Manila, Rizal memang membawa beg. Mungkin dia boleh menemui makanan di dalam nya. Tangan nya mencapai sesuatu. Keras dan bulat.
“ Eh, macam ada cincin?” tekanya. Baru saja jarinya hendak mencuba ‘cincin’ itu, pintu kontena dibuka dari luar. Arina menoleh dan matanya pedih akibat menerima cahaya yang terang dan secara mengejut itu.
Mata Rizal membuntang. Jantung nya berdegup kencang. Panjang langkahnya mendekati Sixteen dan merampas bom tangan di tangan Sixteen.
“ Fuh. Nasib baik belum tercabut lagi.” dia menarik nafas lega. Arina yang melihat terpinga – pinga. Hairan dengan perlakuan lelaki itu. Kemudian mata lelaki itu tajam memandangnya. Dahi Arina berkerut.
“ Bodoh, kau tau tak betapa bahayanya benda ni?!” herdiknya. Kemudian pantas memasukkan bom tangan itu ke dalam beg. Marah kerana jika gadis itu tertarik picu bom ini, alamatnya meletup kontena ni.. Arina tersentak. Dahinya berkerut. Seperti memikirkan sesuatu.
“ Erm. Maaf. Kita kenal ke?” soalan Arina yang mengejutkan Rizal. Bukan nya gadis itu mahu minta maaf, tapi bertanyakan dia siapa. ‘Hilang Ingatan ke minah ni?’
“ Aku ni lah, Rizal. Belum tua dah nyanyuk.” Balas nya. Suaranya masih sedikit tegang. Gadis itu seperti sedar akan sesuatu.
“ Laa.. Macam ni rupanya muka kau.” Balas Arina ceria. Kemudian dia menganggukkan kepala. Mood Rizal yang tengah merah bertukar hairan. Rizal mengetap giginya. ‘ minah ni boleh pulak buat tak tau yang aku ni tengah marah?’ marah nya dalam hati. Arina bangkit dari duduk dan bergerak keluar dari kontena. Setelah tiga hari berkurung di dalam kontena itu, ini pertama kali dia menerima cahaya matahari.
“ Aaah… Segar badan aku.” Ujarnya sambil mengeliat. Kemudian dia melangkah keluar. Kontena mereka terletak di bawah sekali. Dia melihat sekeliling.
“ Luas nya kapal ni. Besar pulak tu.” Ujarnya.
“ Naif nya minah ni. Dah tau ni kapal, mesti besar.” Gumamnya. Dia turut melangkah keluar. Dia cuma menurut langkah Sixteen. Tiba – tiba gadis itu berhenti. Kemudian dia berpaling. Mukanya seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan. Arina menekan perutnya.
“ Zal, Kailangan ko upang umihi.( saya nak kencing)” Sebutnya satu – satu. Malu kali. Ketawa Rizal terledak di situ juga. Lucu melihat muka Sixteen yang di matanya sangat lucu. Tawa Rizal itu mengundang Perasaan geram di hati Arina. ‘ Ceh, bukan nak menolong. Ketawa tu adalah.’ Marahnya. Laju saja tangan nya mencubit perut Rizal. Tawa Rizal terhenti dan diganti dengan bunyinya mengaduh. Arina mencebik. Geram dengan sifat Rizal.
“ Ok. Ok. Tapi kita kena hati – hati. Kau tahan la dulu yerr.” Usiknya dengan sisa tawanya. Arina bertambah geram.
“ DĂ©pĂȘcher. Je ne peux pas le tenir plus!!( Cepat lah. Saya dah tak boleh tahan ni)” marahnya dalam bahasa Perancis. Rizal tergamam. ‘Gadis itu cakap bahasa apa tadi?’ Soalan itu dibiarkan sepi. Dia membawa Sixteen ke dek bawah. Namun mereka harus berhati – hati, kerana pekerja di situ masih bekerja.
“ Sempit benar jalan ni.” Rungut Arina. Rizal yang berjalan di hadapan menggeleng kepala. Dua hari bersama Sixteen memang benar – benar memeningkan kepala. Sixteen kuat merungut, mencebik kalau kata – katanya salah. Lepas tu selalu buat perangai di luar jangkaan. Namun, gadis itu tidak pernah mengadu kepadanya berkaitan makanan walaupun perutnya berkeroncong. Baginya, banyak lagi tentang Sixteen yang belum diketahuinya. Sixteen tidak banyak cerita mengenai dirinya. Apa yang pasti, Sixteen selalu bermimpi buruk ketika tidur. Berapa kali dia terpaksa berjaga malam untuk menjaga Sixteen. Malam pertama tidurnya terganggu dengan racauan gadis itu. gadis itu tiba – tiba meraung kesakitan.
“ Tulong. Mangyari lamang na huminto. Humingi i mong ihinto ang. Sumasakit. ( tolong. Hentikan. Saya merayu pada awak. Sakit.)” pintanya dalam tangis. Rizal bangun mendapatkan Sixteen.
“ Wei, bangun.” Dia menggoyangkan badan Sixteen. Tiba – tiba Sixteen menjerit dan menendang dadanya. Badan Rizal terdorong ke belakang. Kepala Rizal terhantuk ke kotak kayu. Darah mula keluar. Sekali lagi Rizal cuba mendekati Sixteen. Racauan gadis itu semakin menjadi – jadi. Entah apa mimpinya, Rizal pun tidak tahu. Bahu Sixteen digoncang kuat. Tiada reaksi dari gadis itu. Kemudian badan Rizal dipeluk kuat. Rizal beristighfar dalam hati. Kenapa dia ni?
“ Ina. makakatulong sa akin. Hindi umalis sa akin ( ibu, tolong saya. Jangan tinggalkan saya.)” pintanya. Tangis nya tidak dapat ditahan lagi. Rizal cuba meleraikan pelukan itu, namun semakin lama semakin erat tengan gadis itu memeluk badannya. Akhirnya, Rizal cuma membiarkan gadis itu memeluknya. Tangisan Sixteen sudah reda. Baring di sisinya dengan lena nya.
“ Terpaksa la aku berjaga malam ni.” Ujarnya perlahan kemudian duduk di sisi Sixteen. Tangan nya mengusap kepala Sixteen. Untuk menenangkan tidurnya. Dia duduk di situ tanpa menyedari dia terlelap. Keesokan harinya, badan nya kebas kerana menjadi mangsa amukan Sixteen. Dalam keadaan mamai dia terpaksa menerima pukulan dari gadis itu.
“ Pervert. How dare you! Kau ingat kau sapa peluk – peluk orang masa tido ni?!” marah Arina. Rizal duduk dan mengeliat untuk membetulkan urat sarafnya. Tidur nya pada malam itu merupakan tidur yang paling nyenyak dia pernah rasa.
“ Salah sendiri salahkan orang lain.” Balasnya pedas. Arina mengetap gigi. Kalau boleh, Memang dia hendak cekik – cekik lelaki itu. ‘Terang – terang salah sendiri peluk orang, salahkan kita pulak.’ Marahnya.
“ Hei, kalau ada cili kat sini dah lama aku cabai mulut yang tak de insurans tu. Yang kau sedap – sedap je tidur tepi aku tu pasal? Memang dasar lelaki. Semua sama. Semua buaya.” Balas nya menyindir. Patut lah selesa sangat tidurnya hari ni. Rupanya bantal peluknya itu lelaki tiga suku.
“ Eh, kalau ikut aku, mati hidup balik pun tak nak tido tepi kau tau. Tido pun berdengkur. Mengigau pulak tu. Kita yang nak tolong ni dia peluk sampai tak cukup nafas. Lepas tu suka – suki pulak dia nak salah kat kita. Ei, aku pun nak rehat tau. Tak de masanya nak dengar kau meracau – racau macam orang hysteria malam tadi.” Panjang lebar jawabnya. Sengaja menyimbah minyak kepada Sixteen. Arina diam. ‘Aku mengigau ke?’ fikirnya. Memang dia bermimpi Taiga datang semula dan menyeksa nya. Igauan yang selama ini cuba dielakkan datang kembali. Tapi, takkan la sampai mengigau.
“ Eh, ye ke?’’ Jawab nya tanpa rasa bersalah. Tanpa pamitan dia bangun dan beralih tempat duduk. Rizal terpaksa menyabarkan hatinya. Satu masa nanti dia akan membalas nya.


Arisa mengigit burger McD yang baru dibelinya. Perlahan dia mengunyah makanan itu. Dia menarik nafas. Burger GCB nya diletak di atas meja di ruang rehat pejabatnya. Entah mengapa makanan itu terasa tawar. Dia mencapai air Mountain Dew dan menghirupnya perlahan. Beberapa teguk saja dan dia meletakkan kembali di atas meja. Air itu terasa tawar juga. Matanya mengerling ke arah meja kerja nya. Fail – fail kerja masih banyak belum disiapkan. Kepalanya terasa berserabut. Akhirnya dia merenung siling ofis nya. Pipinya masih terasa hangat apabila tringat dengan insiden tempoh hari. Kenapa boleh jadi begitu. Awal sudah melihat sebahagian tubuhnya. Sebahagian? Hampir seluruh tubuhnya sudah kelihatan. Arisa mengigit bibir. Tubuhnya belum pernah ditatap oleh mana – mana lelaki, tapi telah dilihat oleh Awal.
“ Argh!” katanya separuh menjerit. Dia terbayang wajah Awal ketika melihatnya di muka pintu. Tidak berkelip memandangnya. Dia apa lagi, Memang tidak dapat bergerak kemana – mana. Terasa kaki ini di gam di lantai saja. Sejak dari hari itu, Awal sudah tidak lagi datang ke pejabatnya seperti selalu. Selalunya Awal selalu membawa burger kegemarannya datang ke pejabat. Mereka berdua akan makan bersama ketika semua staf keluar makan.
“ Argh! Ni tak boleh jadi. Kalau sampai berbulan macam ni, boring la hidup aku. Tak boleh. Nak tak nak, terpaksa jugak aku ke sana.” Tekad Arisa. Dia perlu buat sesuatu agar hubungan mereka kembali seperti sedia kala. Dia mencapai beg tangan nya dan keluar dari pejabatnya.
“ Mimi, saya tak balik pejabat. Ada hal yang perlu saya selesaikan.” Pesannya kepada setiausahanya yang kebetulan baru sampai di pejabat. Tanpa pamitan dia terus berlalu. Setiausahanya Cuma mampu melihat kelibat ketuanya hilang dari penglihatan.
“ Mi, kenapa dengan bos tu?” tegur Syawal yang baru saja sampai. Dia melihat ketua mereka berjalan laju meninggalkan pejabat. Mimi cuma mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Awal duduk di sofa miliknya di pejabat. Dia merenung siling. Kepalanya masih terkenang akan insiden tempoh hari. Dia meraup muka nya. Bayangan Arisa yang cuma berbalut dengan tuala hingga paras paha benar – benar seksi dan dia hampir kalah dengan nafsunya sendiri. Berkali – kali Awal menarik nafasnya. Cuba menghilangkan bayangan Arisa. Sejak dari insiden itu, dia tidak lagi datang ke pejabat Arisa. Malu hendak berdepan dengan gadis itu. Mukanya terasa panas diusap. Dia perlu menenangkan fikiran nya. Perlahan dia bangkit dan menuju ke mejanya. Ditekannya intercom.
“ Lizzy, batalkan semua appointment saya hari ni. If there is any calls for me, just tell them I’m busy.” Arah nya.
“ Baik, Tuan.” Jawab setiausahanya. Awal memasang lagu sentimental di laptopnya dan kembali ke sofa. Dia berbaring dan memejam matanya. Dia perlu merehatkan minda dan perasaan nya.
“ Arisa, jangan dera batin ku.” Ujarnya perlahan. Dia menarik nafas perlahan – lahan dan mula mendengar lagu dan mula terlelap.

Arisa sampai di bangunan dimana Awal bekerja. Laju kakinya melangkah dan menekan butang lif. Ketika itu tidak ramai orang yang datang. Pintu lif terbuka dan dia menekan nombor 18. Setelah sampai tingkat 18 kakinya laju melangkah ke bilik Awal.
“ Cik, Risa.” Panggil Lizzy. Arisa menoleh.
“ Ya.”
“ Tuan Awal sibuk. Dia arah sesiapa jangan ganggu dia.” Pesan Lizzy. Arisa diam. ‘ Mamat ni mesti tak nak aku ganggu. Tak pe.’
“ Erm.. Tadi Awal ada call saya. Dia cakap dia suruh datang. Dia nak minta tolong saya untuk buat kerja dia. So saya datang lah. Memang dia ada temu janji dengan saya hari ni.” Bohong Arisa.
“ Kejap ye.” Lizzy kembali ke meja nya dan menekan intercom.
“ Erm.. Tak pe. Awal pesan kat saya tadi. Dia cakap datang je terus masuk. Tak payah gitau dia ya.” Pintas nya. Tangan Lizzy tidak jadi menekan intercom. Kemudian mengangguk. Arisa senyum dan masuk ke dalam bilik Awal.
“ Fuh, selamat.’’ Bisiknya. Dengan langkah kanan. Dia masuk perlahan – lahan. Tempat duduk Awal kosong. Matanya meliar ke seluruh bilik. Dilihatnya Awal sedang berbaring di sofa.
“ Sibuk? Sibuk buat taik mata je.” Gumamnya dan berjalan mendekati Awal.
“ Wal…” tegurnya. Tangan nya yang baru hendak memegang bahu lelaki itu terhenti. Sebaliknya dia berpaling dan menuju ke meja Awal. Lagu sentimental itu dari laptop awal hanya dibiarkan berkumandang. Posisi sofa Awal yang bertentangan dengan meja itu memudahkan nya untuk melihat wajah Awal. Awal kelihatan sangat letih membuatkan dia tidak jadi menggerakkan lelaki itu. Dia bersandar dan juga melelapkan matanya. Masalah diantara mereka boleh dibawa berbincang kemudian.


Arina menggeliat senang. Hari ini tidurnya amat selesa. Dia tersenyum. Setelah tiga hari berada di kapal kontena itu, baru dia dapat merasakan nikmat nya mandi. Walaupun hanya dapat mandi sekali sehari, namun dia tetap bersyukur. Dia tersenyum, terkenang betapa busuk badannya ketika hendak mandi. Arina melakukan aksi seperti dalam iklan deodorant dan mencemikkan muka.
“ Dah tau badan berbau, mandi je lah. Jangan banyak songeh boleh tak. Tengah – tengah malam ni pun banyak jugak perangai kau.” Sindir Rizal. Arina mencebik. Malu pun ada. Macam mana dia boleh berperangai begitu depan lelaki. Dia masuk ke dalam bilik mandi yang terdapat di kapal itu. Rizal menunggunya di luar. Baru saja Arina hendak membuka bajunya, dia teringat sesuatu. Dia bergerak ke arah pintu dan membuka sedikit pintu agar dapat bercakap dengan Rizal.
“ Zal.” Tiada jawapan. ‘ Eh, mana pulak mamat ni?’ soalnya. Dia membuka pintu dan meninjau kepalanya keluar. ‘ Mana pulak mamat ni?’. Baru saja dia hendak menutup pintu itu kembali. Tangan seseorang menahan nya.
“ Nah, aku tau kau cari benda ni.” Kata Rizal dari balik pintu. Terkejut Arina dibuatnya. Dia menilik lagi di balik pintu. Rizal ketika itu memalingkan mukanya ke arah lain. Tangan nya mengambil baju dari Rizal. Arina senyum. ‘ Ada jugak sifat dia ni yang cute.’ Pujinya dalam hati. Tak nak dia puji depan – depan. Mesti Rizal kembang hidung mendengarnya.
“ Thanks.” Ucapnya sekilas dan menutup semula daun pintu. Setelah selesai mandi, giliran Rizal pula untuk mandi. Arina pula berdiri di luar dan menunggu Rizal habis mandi. Baju yang diberi Rizal padanya agak longgar dan juga besar. Entah baju siapa Rizal curi. Arina bersandar di dinding. Melihat kiri dan kanan. Bosan menunggu lama, dia berjalan meninjau kawasan sekitar. Rizal yang ketika itu baru saja selesai mandi, keluar dari bilik mandi.
“ Mana pulak dia ni? Takkan tengah malam ni pun nak merayau. Ni yang buat aku nak sekeh je kepala dia.” Rungutnya terus melangkah mencari Sixteen.
“ Aduh, sesat lah pulak. Ni kalau kantoi dengan mamat laser tu, berdarah telinga aku nak dengar sindiran dia.” Gumamnya sendiri. Arina berhenti melangkah. Cuba mengikut jalan yang dilalui nya tadi. Kemudian dia berhenti lagi.
“  Ni ke jalan aku tadi? Semua Nampak sama je.” Soalnya sendiri. Rizal dari hujung koridor sudah dapat menangkap kelibat Sixteen dari jauh. ‘ Siap, kau’ getusnya. Laju langkahnya menuju ke arah Sixteen.
“ Jangan kau bergerak lagi. Kau tunggu je situ.” Katanya sendiri. Seperti Sixteen dapat Mendengar ayatnya. Ketika itu, Sixteen membelakanginya. Seakan – akan berfikir sesuatu. Pada masa yang sama juga, mata Rizal bagai ternampak kelibat pekerja kapal itu bergerak menghampiri Sixteen.
“ Oh, shit!”. Pantas dia berlari mendapatkan Sixteen dan menarik tangan gadis itu. tangan nya yang sebelah lagi membuka pintu yang kebetulan berdekatan dengan mereka dan memboloskan diri ke dalam bilik itu.
“ Zal ..” tangan Rizal menekup mulut Sixteen. Menghalang gadis itu berkata – kata. Arina tergamam. Rizal menekap telinga nya ke pintu. Mendengar dengan teliti setelah dia pasti tiada sesiapa lagi yang lalu lalang di koridor, dia menurunkan tangannya dan kepala Sixteen disekeh.
“ Ouch! Wei, apa salah aku?” marah Arina sambil mengusap kepalanya yang sakit.
“ Sebab kau cuai la kita hampir kantoi kau faham tak?” marahnya, tapi suaranya masih dapat dikawal. Arina diam. Tiada reaksi. Wajah garang Rizal ditenung.
“ So, sepanjang perjalanan kita dalam kontena gelap tu, bila kau marah – marah, macam ni rupanya muka kau ye.” Balasnya tiada reaksi. Seperti tidak kisah akan amarah Rizal. Rizal terpinga – pinga. Gadis itu seperti tiada kesan apabila dimarahi. Kemudian dia keluar dari tempat persembunyian. Tiada orang di situ. Arina berpaling.
“ Hei, jom cari barang yang boleh kita makan.” Ajak nya. Wajahnya yang selamba itu ditayang membuatkan Rizal bertambah geram. Inilah kali pertama Rizal bertemu dengan perempuan yang benar – benar tahan maki dan tahan lasak. Kalau dibandingkan dengan adik nya, sekali dimarah begitu, mesti sudah mengongoi tangisnya. Semua perempuan begitu apabila bersama dengan nya. Sebab itulah, hubungan Rizal dengan perempuan sangat susah untuk kekal lama. Rizal menahan hati nya dan mengikut langkah gadis itu. Sixteen sempat lagi bersiul senang seakan – akan dia tiada masalah. Rizal cuma memandang tepi saja. Rasa geram nya masih berbekas. ‘ Tak pe, nanti aku balas.’ Janjinya. Kakinya berhenti apabila sampai di persimpangan koridor. Sixteen masih lagi berjalan ke depan. Rizal senyum sinis. Dia Membiarkan gadis itu berjalan jauh sedikit baru memanggilnya.
“ Wei, minah. Kau nak pergi mana pulak tu? Kitchen ikut jalan ni lah.” Laungnya tapi cukup didengari oleh Arina. Arina berpaling. Rizal sudah tercegat melihatnya dari jauh sambil tersenyum sinis.
“ Nak kenakan aku la tu.” Gumamnya. Dia mengagak jarak nya dengan Rizal. Hampir 30 meter jaraknya. Memang Rizal sengaja. Mungkin hendak membalas kepadanya kerana tidak mengendah marah lelaki itu. laju kakinya mendekati Rizal. Cuba menayang muka selamba. Kemudian membuka pintu dapur. Meninggalkan Rizal di muka pintu. Hendak terburai tawa Rizal melihat Sixteen. Nampak sangat nak cover malu. Dia membuntuti langkah Sixteen. Tiada sesiapa di dapur itu. Hanya mereka berdua saja yang jadi penghuni. Arina menuju ke peti sejuk yang terdapat di dapur itu.
“ Buatkan aku sesuatu yang mengenyangkan.” Arahnya dan bergerak ke arah tempat air. Arina mencebik.
“ Sempat lagi nak arah orang. Masak la sendiri.” Gumamnya. Dia mencapai sayur dan beberapa barang lain. Rizal duduk di meja bertentangan dengan Sixteen. Melihat Sixteen membuat kerjanya. Arina yang rimas ditenung sedari tadi mula berbunyi.
“ Pisau ni kalau aku cocok kat mata kau, belum tentu mata kau boleh tembus.” Sindirnya. Rizal senyum sinis.
“ Mana tau rezeki kau nanti kahwin dengan aku. Lagi kau sakit hati nak tengok aku kan?” usiknya sambil tersenyum. Arina mencebik. Kemudian meneruskan kerjanya. Dia memasak nasi goreng bersama – sama sayuran. Dia menyimpan ke dalam dua bekas untuk makan di dalam kontena nanti.
“ Jom. Balik kontena.” Ajaknya. Kemudian ketawa kecil. Ketawakan ayatnya. Selalunya balik rumah, ni balik kontena. Rizal berjalan di hadapan dan Arina berjalan mengikutnya dari belakang. Waktu itu sudah pukul 2 pagi. Tapi mata mereka berdua masih segar sesegar embun pagi. Setelah sampai di kontena, seperti biasa, mereka duduk bersama dan makan bersama.
“ Kau ada berapa orang adik beradil, Zal?” Tanya nya tiba – tiba. Rizal yang sedang menyuap nasi goring menoleh. Sixteen melihat ke langit malam yang tinggi. Nasi goreng di dalam bekasnya baru separuh habis.
“ Aku ada 3 orang Adik. Aku yang sulung.” Balasnya.
“ Keluarga kau orang yang susah ke?” soalnya lagi.
“ Tak la jugak. Biasa la orang kampung. Susah sampai hidup merempat tu tak lah. Aku masih mampu menampung hidup diorang.” Jawabnya senang. Jawapan nya itu membuatkan Arina menoleh.
“ Apa kerja kau?”
“ kenapa kau tanya?” soal Rizal balik. Arina menggeleng.
“ Hari tu, kau selamatkan aku. Kau bunuh tiga orang keparat tu masa kita kat pelabuhan. Aku tau aku ni tak la bijak sangat, tapi, aku tau kau bukan businessman.” Jawabnya. Rizal diam. Berfikir sama ada hendak memberitahu perkara sebenar atau tidak. Dia khuatir kepercayaan Sixteen akan hilang padanya. Pada masa yang sama, memberitahu kebenaran adalah jalan yang terbaik.
“ Erm.. Sebenarnya, aku tak dapat bagi tau kau. Sulit.” Balasnya. Mungkin keadaan akan menjadi lebih mudah begitu fikirnya.
“ Tapi, bukan kerja yang jahat kan?” soalnya kembali. Soalan yang bagai menusuk kalbu. Kerja nya bukan dikategorikan sebagai jahat, tetapi, tugasan nya yang membuatnya melakukan kerja yang sedemikian. Ah, gadis itu takkan faham jikalau dia memberitahu perkara sebenar.
“ Tak semua kerja bagus, tak jugak semuanya jahat. Yang penting, niat kita melakukan sesuatu pekerjaan itu yang penting.” Ujarnya. Arina diam. Mengiakan kata – kata Rizal.
“ Kenapa kau tanya?” soal Rizal kembali. Ingin tahu mengapa gadis itu tiba – tiba bertanya akan pekerjaan nya.
“ Tak de. Saja je. Mana tau kau ni pembunuh upahan ke? Kena upah supaya bunuh aku. Tak pun kau ni perogol bersiri, tunggu masa je terkam aku.” Duga nya. Dahi Rizal berkerut. Ke situ pulak minah ni fikir.
“ Or, kau ni orang suruhan Taiga, kena suruh bunuh aku ke? Tak gitu, Zal.” Sambung nya perlahan. Separuh bergurau. Rizal bungkam. Ayat itu bagaikan pisau yang menoreh hatinya. Wajah kelatnya cuba ditahan. Kemudian Arina ketawa.
“ Aku gurau je lah. Takkan la orang macam kau ni nak kerja dengan Taiga tu. Takkan la kau tu anak buah Taiga, Taiga tu jahat, sejahat – jahat manusia. Orang yang sadis je yang nak jadi anak buah dia. Ni buktinya, dia yang berdendam dengan aku, tapi send anak buah dia untuk tamatkan aku. Tak ke sadis tu. Pengecut. Hei, jangan la buat muka macam kena hukuman mati je. Takut aku tengok.” Ucapnya. Rizal cuba ketawa namun terasa hambar. ‘ Kalau dia tau, mesti dia hilang kepercayaan kat aku.’ Fikirnya dalam hati.
“ Ye lah. Aku bukan nya orang macam tu.” Balasnya perlahan. Kemudian meneruskan makannya. Arina begitu juga. ‘ Bukan masanya untuk aku beritahu dia. Maafkan aku Sixteen.

Dia menoleh ke kanan. Kemudian ke kiri. Pandangan nya gelap sekali. Sukar untuk nya melihat keadaan sekeliling dengan tempat segelap itu. Akhirnya dia bangun. Dia berjalan sambil meraba – raba ke satu sudut. Kemudian tangan nya mencapai sesuatu yang keras. Dia berusaha membuka dan kemudian cahaya yang terang menerjah ke matanya. Dia memejam mata akibat silau yang teramat sangat. Kemudian dia terdengar suara seseorang memanggilnya dari belakang. Dia menoleh. Wajah seorang lelaki menghiasi matanya. Lelaki yang tinggi dan berbadan sasa berjalan menuju ke arahnya. Lelaki itu berkata sesuatu kepadanya, namun dia tidak dapat mendengar dengan jelas. Dan dia menjawab kata – kata lelaki itu, lelaki itu mengetap bibir dan menyekeh kepalanya. Kemudian dia ketawa. Dia melangkah keluar dari tempat gelap itu. sekelilingnya cuma kontena.
Arisa bangun. Dia bermimpi lagi. Kini dia bermimpi berada di sebuah tempat yang penuh dengan kontena. Dia meraup mukanya. Banyak mimpi nya yang terasa sangat aneh baginya. Dia melihat jam di meja sisi. Pukul 3.50 pagi. Masih awal lagi nak masuk waktu subuh. Kepalanya hanya memikirkan mimpinya. Tiba – tiba ideanya datang. Telefon bimbitnya dicapai.
“ Hmmmm..” suara di hujung telefon berbunyi. Arisa senyum.
“ Wal.” Balasnya sepatah. Awal yang kelat matanya terus duduk. Mana tak nya, buah hati telefon awal – awal pagi. Dia mengerling ke jam dinding. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 4.
“ Kenapa Risa? Call aku pepagi ni?” tanyanya sambil bersandar di kepala katil. Arisa diam. Dia beralih posisi ke sebelah kanan.
“ Aku tak dapat tidur.” Jawabnya.
“ Mimpi lagi?” teka nya. Arisa mengangguk, namun setelah sedar Awal tidak dapat melihat. Dia menjawab.
“ Ya.” Jawabnya sepatah.
“ Cerita lah apa yang kau nampak.” Selanya setelah beberapa ketika. Arisa pun memulakan ceritanya dari apa yang dia mimpikan tadi, sehingga dia tidak sedar dia terlelap lagi dengan tangan nya masih memegang telefon di telinga.
“ Risa? Hello?’’ Panggil Awal. Namun tiada jawapan dari Arisa. Dia cuma mendengar nafas yang halus dari telefon nya. Awal senyum. Tahu gadis itu sudah tertidur. Jarinya menekan butang loudspeaker dan baring di sisi telefon nya. Bunyi nafas Arisa dibiarkan menghiasi telinganya. Baginya, suara itu sangat indah. Awal memejamkan matanya semula. Tidurnya pagi itu ditemani dengan suara dengkuran halus Arisa. Awal memang sudah jatuh sayang kepada gadis itu.
Arisa bangun untuk menunaikan solat subuh. Dia masih memegang telefon bimbitnya. Terasa darah menyerbu mukanya. Dia tertidur! Mesti Awal lama tunggu respon nya. Dia mendail nombor Awal tapi tidak dapat. Cuma mesej yang datang menyatakan baki kreditnya.
“ What?!” kredit nya habis. ‘ Habis tu? Takkan la Awal dengar bunyi dia tidur kot? Or, Awal pun terlelap. Ya, Awal pun mesti tertidur jugak.’ Arisa cuba menyedapkan hatinya. Dia cuba melupakan perkara itu dan menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.

Hari ini seperti biasa, Awal akan muncul di pintu pejabatnya apabila waktu makan tengah hari. Cuma hari ini, dia tidak membawa makanan kegemaran Arisa.
“ Apa yang kau bawak ni, Wal?” Tanya nya setelah melabuhkan punggung nya di sofa. Awal membawa bekal. Dia tidak menjawab soalan Arisa, sebaliknya membuka bekal yang dibawanya. Bekal lauk ayam masak merah dan daging masak hitam dibuka.
“ Homemade ke?” Tanya nya lagi. Awal mengangguk. Arisa kaku, dia melihat penampilan Awal dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Lelaki itu segak dengan rambut yang disikat rapi, baju kemeja nya hari itu berwarna merah jambu. Padan dengan mukanya yang putih, juga ada iras- iras pelakon Hitman itu juga mampu menarik perhatian semua mata yang memandang. Awal dikategorikan dalam lelaki yang macho plus sedap mata memandang.
“ kenapa kau tengok aku macam tu?” soal Awal. Hairan dengan pendangan gadis itu.
“ Kau masak ke?” soal nya tapi tidak dijawab.
“ Pink kau hari ni?’’  Jawab nya dengan soalan. Awal melihat bajunya. Pelik ke?
“ Macam la kau tak pernah tengok aku pakai kemeja pink?” Jawab nya juga dengan soalan. Arisa menggeleng.
“ Bukan. Maksud aku, kau bawak bekal ni. Homemade lagi. Pastu baju kau ala - ala pinkish lagi. You look like a housewives.” Ujarnya sambil ketawa. Dahi Awal berkerut. Gadis itu ada – ada saja idea hendak mengusik nya. Kemudian Awal tersenyum nakal. Tidak mahu kalah.
“ Mama aku suruh bawak bekal hari ni. Entah kenapa, aku malas nak tanya. Okey apa aku pakai baju pink. Bukan nya aku ni mat jambu pun. Tak la macam idola kau dekat laptop tu.” Perlinya. Arisa diam. Awal tengah mengata idolanya.
“ Heh. Kalau jeles tu cakap la. Lee Min Ho bukan jambu okey. Dia macho. Cute. Tinggi pulak tu. Tengok dia senyum. Pergh! Boleh cair hati dan perasaan ni.” Balas Arisa sambil membayangkan wajah Lee Min Ho dalam cerita Personal Taste. Awal mencebik. Gadis zaman sekarang sudah dikaburi dengan artis korea. Dia mencedok nasi dan menyumbat ke dalam mulut Arisa yang sedang berangan itu. Penuh mulut Arisa dengan nasi. Awal ketawa melihat muka Arisa yang cemberut.
“ Berangan lagi. Sumbat sampai tekak tu stuck nak?’’ perlinya. Arisa menjeling. Jeles tu cakap la. Ceh. Dia mengunyah nasi yang disuap tadi. Awal makan dengan menggunakan sudu yang sama membuatkan Arisa tersentak. Dia mencari sudu lebih. Awal yang faham akan tindakan Arisa itu berkata.
“ Mak aku just bagi satu sudu je tadi. Lupa aku nak mintak satu lagi. Nah, guna la sudu ni.” Dia menyerahkan sudu yang dipakainya kepada Arisa. Arisa teragak – agak hendak mengambilnya.
“ Erm.. Tak pe la. Aku basuh tangan je.” Balasnya dan mulai berdiri. Awal menahan tangan nya dan menariknya supaya duduk kembali.
“ Makan je lah. Bukan nya membunuh pun makan guna sudu yang sama.” Kata nya dan menghulurkan sudu tadi. Arina mengambil sudu di tangan awal dan mula menyuap. Awal senyum. Dia mencapai sebotol air Coca Cola yang dibelinya dan mula meneguk air itu dengan penuh nikmat.
“ Kau beli satu je ke?” Tanya Arisa. Nampak sangat dia terliur dengan air yang dibeli Awal. Nampak sedap. Tambahan lagi gelagat Awal seperti di dalam iklan Coca Cola menarik minatnya. Awal menyerahkan botol itu kepada Arisa. Memang sengaja dia membeli sebotol saja. Sekali lagi, Arisa seperti teragak – agak untuk mengambil botol di tangan nya.
“ Tak mati pun minum ni. Nah, ambik. Aku pokai sikit bulan ni.” Jawabnya memberi alasan. ‘Pokai? Ceh, alasan yang tak padan dengan orang yang suka berjimat.’ Fikirnya.
“ Pokai ke ‘JIMAT’?” duga Arisa. Dia tahu Awal seorang yang berjimat dalam berbelanja. Awal Cuma mengangkat bahu. Matanya mencuri – curi melihat Arisa meneguk air yang dibelinya. Sekali lagi dia tersenyum. ‘ Indirect kiss.’ Fikirnya. Dia meneruskan makan nya. Menggunakan sudu yang sama. Dia teringatkan pagi tadi. Arisa menelefon nya kerana tidak dapat tidur. Awal menguap.
“ Mengantuk?” Tanya Arisa. ‘Sudah gaharu cendana pula, dah tahu bertanya pula. Apa la kau ni Arisa.’ Awal cuma mengangguk.
“ Mana tak mengantuk nya, tido aku terganggu.” Balasnya. Arisa mulai rasa bersalah.
“ Sorry, tak berniat nak kacau tidur kau.” Katanya. Awal menggeleng. Idea nakal mula muncul di benaknya.
“ Part tu aku tak kisah. Part yang tido mendengkur tu yang aku tak dapat terima.” Ucap nya. Arisa buat muka blur. Masih belum faham lagi. kemudian pipinya merah menahan malu. ‘ Aku berdengkur ke?’
“ Aku berdengkur ke, Wal? Kuat ke?” soalnya. Awal senyum. Jerat mengena. Hehe
“ Dah aku sampai tak dapat tidur tu tak kuat apa nama nya.” Balas Awal lagi. ‘Amek kaw! Suka lagi usik aku. Hari ni hari aku.’ Bertambah merah muka Arisa. Kuat sangat ke aku berdengkur. Kesian Awal dengar. Kemudian Arisa diam sejenak.
“ Eh, dah kalau aku berdengkur kuat sangat. Kau tak letak phone tu kenapa? Buang kredit aku je tau.” marah nya. Sebab telefon tak diletakkan, habis semua kreditnya.
“ Dah aku tertunggu – tunggu sampai tak cukup tidur tu tak apa la.” Balas nya lagi. masih tidak mahu mengalah. Arisa diam. ‘ Betul jugak. Kalau aku tak call dia pepagi tadi, tak jugak dia mengantuk. Tak jugak kredit aku habis.’ Fikirnya.
“ Okay. Aku minta maaf. Aku janji aku takkan call kau pagi – pagi macam tadi. Sorry eh.” Ucap nya. Kini Awal pula terdiam. ‘ Laa.. merajuk kah itu?’ detik hati Awal.
“ Takpe. Dah kau tak tenang kan. Mesti perlukan someone untuk luahkan. Lagipun, kau takkan call kalau tak de masalah kan.” Akhirnya Awal mengalah. Tak mahu gadis itu merajuk. Bukan nya dia tak suka Arisa call pagi – pagi. Malah dia bertambah suka. Dia tahu dan dia yakin, dia lah orang pertama yang arisa akan cari jika ada apa – apa yang membelenggu fikirannya. Salah satu tanda bahawa dia penting dalam hidup gadis itu. Arisa mengangguk. 

No comments:

Post a Comment