Search This Blog

Monday 21 November 2011

My Kembar???

BAB 1

KISAH ARISA MELLINA, TAHUN 2011, BILIK PSIKIATRI, AWAL AMSYAR
          “Sila masuk.” Suara itu mengarah dari dalam bilik. Arisa membuka pintu. Awal Amsyar melihat arisa. Pantas bibirnya mengukir senyuman. Arisa membalas senyuman itu. Arisa telah lama menjalani sesi terapi bersama sahabat nya, Awal. Arisa bukan nya mengalami sakit mental, bukan juga seorang yang gila, akan tetapi, dia selalu mengalami mimpi yang aneh. Kalau mimpi itu datang sekali dua, Memang normal, tetapi, dia sudah mengalami mimpi aneh itu sepanjang hidupnya.
“ Arisa, duduk kat sofa tu.” Arah Awal. Arisa Cuma mengikut arahan. Arisa duduk di sofa yang tersedia di bilik itu. Awal mengambil pocket watch dari laci nya dan membawa ke sofa. “Baring, Risa.” Arahnya lembut. Setelah Arisa baring. Dia melayangkan jam poket nya di depan mata Arisa. Tidak lama kemudian mata Arisa terpejam. Awal memulakan tugasnya. Arisa kini dalam keadaan bawah sedar.
“ Ceritakan, apa yang awak Nampak kali ini.” Awal memulakan sesi.
­­­­­­_______________________________________________________________________
Peluh sudah lama merembes dan kini sudah hampir basah baju nya. Dia tidak tahu hendak kemana. Yang dia tahu, dia mahu lari sejauh yang mungkin. Dia tidak mahu kembali ke tempat jahanam itu. Sudah lama dia terkurung di situ. Melakukan kerja yang dia tidak rela. Nasib nya baik kerana dia dapat menyusup keluar melalui tingkap tandas perempuan. Kakinya masih melangkah dan melangkah tanpa henti. Nafas nya semakin laju. Sudah 5 jam dia berjalan tanpa hala tuju. Dimana dia sekarang, dia pun tidak tahu. ‘Oh Tuhan, selamatkan aku!’ rintihnya dalam hati. Kasut yang dipakainya hampir lusuh ditenung. tangan, kaki dan hampir seluruh badan penuh dengan kesan calar, luka – luka lama dan parut. Air matanya mula menitis. Mengenang nasibnya, dan kakinya terus melangkah sehingga matanya nampak sebatang pokok yang rendang. Jiwanya tenang. Perlahan dia melangkah ke pohon itu. Terus melabuhkan punggung di bawah pohon itu. Melepaskan lelah yang bersisa. ‘Tuhan, maafkan aku. Ampunkan aku’ doanya lagi.
Arisa membuka matanya. Matanya yang berair diseka. Adakah ini mimpi atau benar -  benar terjadi. Dia keliru. Apakah yang dialaminya tadi. Arisa menarik nafas. Tiba – tiba hatinya sebak. Ingin menangis semahu – mahunya. Tadi dia berada di satu kawasan yang dia sendiri tidak tahu dimana, dan kini dia berbaring di atas sofa empuk kepunyaan sahabatnya, Awal.
“ Kau rasa apa tu, Wal? Mimpi atau benda ni benar – benar terjadi?” soalnya. Awal yang sedari tadi mendengar luahan dari Arisa diam. Sepanjang dia menceburi bidang psikologi, inilah kes pertama baginya sangat aneh dan luar biasa. Ini kerana ketika Arisa menceritakan perihal mimpinya di dalam keadaan separuh sedar, reaksi dan tanpa disedari Arisa, dan Awal sendiri terkejut, dia seakan akan ternampak kesan calar dan luka di badan Arisa. Seolah – olah ianya benar. Kemudian, bila Arisa sedar, kesan tersebut hilang. Nak kata ajaib, tak logik dek akal. Tambahan lagi bagi Awal.
“ Aku rasa ianya benar, tapi dalam masa yang sama, aku rasa seakan – akan mainan mimpi. Tapi, Walaupun itu mimpi kau Arisa, aku akan cuba tolong kau. Kenapa kau selalu mimpi begitu.” Jelas Awal. Arisa mengangguk.
“ Baiklah. Aku rasa baik aku pergi dulu. Dah nak masuk kerja dah ni.” Ujar Arisa ingin mengundurkan diri. Dia bangun dari sofa dan perlahan melangkah menuju ke pintu. Awal hanya melihat kelibat Arisa hilang di balik pintu. Masih ligat berfikir, apakah yang dilihat nya. Adakah itu benar atau ilusi.
Di kaki lima, Arisa melangkah lesu. Badan nya terasa letih. Peluh mula memercik di dahi. ‘Mungkin letih dengan terapi bersama Awal.’ Fikirnya. Dia melangkah ke kereta nya. Ingin Cepat kembali ke syarikat. Biarlah hal ini hanya dia dan Awal sahaja yang tahu.

_______________________________________________________________________

Perlahan dia membuka matanya. Terasa badan nya masih lenguh lagi akibat berjalan terlalu lama. Dia melihat hari sudah hampir senja. Nasib baik dia dapat melarikan diri dari cengkaman Taiga.
“ Heheh. Nasib kau dapat lari dari dia. Kira tuah kau dapat lari dari dia. Kau jangan takut lagi. kau kan dah bebas. Aku, bebas. Bebas. Aku dah bebas. Ya, Arina sudah bebas.” Dia bermonolog sendiri. Air mata yang mula hendak bertakung diseka. Dia tidak mahu menangis lagi. dia sudah serik menangis. Mengenang nasib diri. Dia melihat keadaan tubuh badan nya. Penuh dengan calar balar, luka – luka dan parut. Perlahan dia bersandar di pohon rendang itu. Mengimbas kembali kisahnya.


IMBASAN SEMULA. KISAH ARINA MARISSA. TAHUN 1989. 22 tahun yang Lepas…
“ Arisa, Arina. Jangan main jauh sangat.” Pesan ibunya, Puan Habsah. Pada masa itu, mereka masih kecil lagi. mereka bermain di taman yang terletak tidak jauh dari rumah agam mereka. ibu mereka duduk di bangku tidak jauh dari tempat mereka bermain. Arisa dan Arina leka bermain di buaian.
“ Risa, kita tolong ayun eh.” Kata Arina. Arisa senyum dan mengangguk. Arina mengayun buaian. Terdengar suara Arisa ketawa suka.  Arina pun ketawa. Gembira kerana dapat membuat Arisa ketawa. Mereka berdua bermain tanpa menyedari beberapa mata melihat mereka dari jauh. Orang itu senyum penuh makna. Dia memberi isyarat kepada salah seorang kawan mereka yang tengah menikmati aiskrim untuk mengalih perhatian si ibu yang leka memerhati anak – anaknya. Kawan nya faham dan mula melangkah ke arah si ibu. Dia menjatuhkan ais krim yang dibeli ke seluar puan Habsah. Puan Habsah terkejut.
“ Maaf. Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Ujarnya sambil mengeluarkan sapu tangan. Puan Habsah menolak dan terus mengeluarkan tisu dari beg tangan nya. Matanya masih peka memerhati anak kembarnya bermain. Lelaki itu menyedari bahawa rancangan nya tidak menjadi lalu mengaduh kesakitan. Perhatian Puan Habsah beralih ke arah lelaki tersebut.
“ Maaf, Puan. Tiba – tiba je sakit perut. Puan ada minyak panas tak?” pinta nya dengan mimik muka yang sengaja dikerutkan.
“ Ada. Kejap ye” ujarnya. Puan Habsah berpusing dan mengambil minyak panas di beg tangan nya. Lelaki itu memberi isyarat kepada kawan nya. Kawan nya keluar dari kereta dan meluru ke arah Arisa dan Arina.
“ Adik. Nak aiskrim tak?” Tanya nya  kepada dua beradik itu. Arisa senyum dan turun dari buaian. laju tangan nya mencapai aiskrim dari tangan nya. Manakala Arina cuma melihat. Pantas lelaki itu mencempung tubuh Arisa dan ingin membawa nya lari. Tindakan nya itu menyebabkan Arisa menjerit. Arina juga menjerit dan berlari mendapatkan Arisa. Cepat tangan nya mencapai seluar lelaki itu dan dia mengigit paha nya. Lelaki itu terjerit dan Arisa yang berada di tangan nya terlepas akibat gigitan yang kuat. Badan arisa jatuh ke atas tanah dan kepalanya terhantuk ke batu. Darah membuak- buak keluar dari kepala Arisa. Arina terkejut dan pantas ingin mendapatkan kakak nya.
“ Risa.” Jerit Arina. Namun mulutnya ditekup dan badan nya di angkat kemudian dibawa lari. Puan Habsah yang menyedari kejadian tersebut terus berlari mendapatkan mereka namun dihalang lelaki tadi. Kepalanya diketuk dengan batu. Puan Habsah rebah tanpa mampu berbuat apa – apa. Pandangan nya yang semakin kabur dan kepalanya pening. Di kekaburan itu, dia melihat Arisa tercampak ke tanah dan Arina dibawa lari.
“ Arisa…. Arina..” jeritnya dalam kepayahan. Kemudian pandangan nya gelap. Puan Habsah pengsan. 

No comments:

Post a Comment