Search This Blog

Monday 21 November 2011

My Kembar???

BAB 5
Kepalanya terasa perit. Perlahan dia membuka matanya. Dia dimana. Gelap semacam je. Perlahan Arina mengangkat badannya. Ingin duduk. Tangan nya meraba sesuatu. ‘ Jaket?’ fikirnya. ‘Kenapa pulak tempat ni macam bergerak eh?’ soalnya lagi. masih keliru. Dia meraba kepalanya. Berbalut. Dipegangnya. Sakit.
“ Aduh.” Arina mengaduh.
“ You’re awake.” Tegur satu suara. Garau. Arina tersentak. Suara? Garau? Tiada lain yang muncul di benaknya kecuali..
“ I’m not a ghost. If that is what you think.’’ Jawab suara itu lagi. dahi Arina berkerut. Seakan – akan suara itu tahu apa yang difikirkan nya. Dia masih berfikir, dia dimana? Kenapa tempat ni gelap semacam?
“ We’re in a container.” Jawab suara itu lagi. Sah suara itu tahu apa yang di fikirkan nya.
“ Siapa tu?”  sergah nya. Mindanya ligat berfikir. Apa yang berlaku tadi. Dan kenapa dia berada di tempat yang gelap dan terasa seakan – akan bergoyang seperti ianya bergerak.
“ Laa.. Tau cakap melayu rupanya minah ni. Susah je aku pakai bahasa English cakap ngan kau.” Jawab suara itu. Di telinga Arisa, suara itu kedengaran seakan – akan mengejeknya.
“ Hei! Siapa tu?!” marah Arina. Kemudian dia melihat satu cahaya putih di hadapannya. Ah! Sudah. Hantu!
“ Saya dah cakap. Saya bukan hantu. Apa punya pemikiran la karut macam tu.” Balas suara itu lagi. seolah – olah menyindir. Pedas juga telinga Arina mendengarnya. Dia meluru ke arah suara itu. selangkah. Dua langkah. Tiba – tiba badan nya merempuh sesuatu. Arina terus static. Dahinya merasa satu sentuhan yang lembut. Benda itu juga static. Tidak bergerak. Arina tersedar. Laju saja tumbukan nya mengenai badan benda itu. Suara itu mengaduh. Arina terdorong ke belakang. Tangan nya pantas meraba dahinya. Lembut? Apa tu tadi.?
“ Kalau macam ni, boleh mandul aku tak lama lagi.” rungut suara itu. Dia mengusap perutnya. ‘Kuat juga tumbukan minah ni. Kalau hari – hari macam ni, mati aku jadi punching bag dia.’ Getusnya dalam hati.

“ Siapa suruh buat benda tak betul. Kotak fikiran Arina sudah mencerna info dan jawan yang di dapatinya atas kesan di dahinya ada ciuman.” Marahnya.
“ Ek eleh.. Sesedap mulut dia je nak salahkan orang. Dia tu yang meluru kat orang tiba – tiba tu betul sangat ke?” ejek nya. Dia juga tidak mahu mengalah. Arina mencebik. Nasib baik kontena ni gelap. Kalau tak memang nampak la lelaki tu mukanya bagaimana.
“ Yang awak tu tang tiba – tiba je sergah. Macam hantu. Sapa tak terkejut. Sapa tak takut.” Balas nya. Masih mempertahankan egonya. Geram nya berbakul – bakul terhadap suara lelaki itu.
“ Kalau aku ni hantu, aku takkan cakap kat kau pun, cik puan. Baik aku duduk tepi kau je, tayang muka hodoh, taring tajam kat kau. Lagi baik. Dan berapa kali aku cakap, aku bukan hantu. Tak faham bahasa ke?” lelaki itu menjawab. Arina terdiam. Pandainya lelaki itu berbahasa. Lelaki itu juga diam. Mungkin tidak mahu memanjangkan pergaduhan. Dua – dua senyap. Arina duduk menyandar berhadapan dengan lelaki itu. otaknya berfikir. Siapakah suara yang agak – agak kurang di ajar berani cari gaduh dengannya.
“ Aku Rizal. Itu pun kalau kau memang tengah fikir nak tau nama aku kan.” Katanya mengejek. ‘ Aik? Mamat nih!! Sesedap rasa je nak ejek aku.’ Marahnya dalam hati.
“ Kau apa tau? Sejak bila pulak aku bertanya nama kau sapa? Perasan.” Cebiknya. Arina juga sudah mula membahasakan dirinya dengan panggilan kau dan aku.
“ Dah benda yang di fikir tu sampai tempat yang gelap ni pun orang boleh baca apa yang ada dalam fikiran tu, nak buat macamana. Jawab je lah.” Balas nya angkuh. Arina terasa seperti ingin mencekik leher lelaki yang bernama Rizal itu. Suasana senyap semula, dan fikiran Arina mula melayang Bagaimana dia boleh pengsan dan Bagaimana lelaki itu boleh berada dengan nya di dalam kontena ini. Di satu sudut, Rizal sudah hendak menghamburkan tawanya kini. Apa yang dirasakan nya kini sangat lucu. Reaksi Arina di matanya sangat comel. ‘ kalau la minah ni tau aku pakai nightvision naya aku. Ah! Biar je la. Asal dapat tengok muka dia.’ Dan dia merenung Arina sepuas – puas hati. Hatinya seakan terpaut, tapi, apabila gadis itu membuka mulutnya, telinga nya seakan tidak dapat menerima dan akalnya ingin saja melawan. Mulut ni apa lagi, lancang berkata – kata. Pertama kali dia merasa begitu terhadap insan bernama perempuan. Dari tadi dia melihat gadis itu dari jauh. Dia secara tidak sengaja tertolak gadis itu semasa dia terkocoh – kocoh masuk ke dalam kontena ini.


3 JAM SEBELUMNYA.
Rizal berdiri dalam keadaan static di hadapan pintu kontena itu. Sixteen pula berada di dalam. Esakan Sixteen dapat didengarinya dengan jelas dari luar kontena itu. Kemudian dia terdengar bunyi tapak kaki orang yang kian menghampiri. Dia khuatiri orang itu Taiga dan konco – konconya. Cepat tangan nya mencapai tombol pinto dan masuk. Dia tidak menyangka dia akan melanggar gadis itu. gadis itu terjatuh dan kepalanya terhantuk ke kotak kayu yang kebetulannya berada di situ. Rasa bersalah mula bersarang di hati. Tapi hendak bersuara dia takut kedudukan mereka diketahui.
“ Ito ay ang mga lalagyan guys. kunin ang isa at load ito sa sa barko.” Satu suara dari luar mengeluarkan arahan. ‘Ah! Tidak.’ Belum sempat Rizal bersuara agar mereka berhenti, kontena itu sudah diangkat. Rizal tidak dapat mengimbang badan nya. Dia terjatuh tepat di atas Sixteen yang terlentang yang bibirnya terkucup leher gadis itu. keadaan yang amat janggal bagi dirinya yang bergelar lelaki. Dia menelan liur. Pertama kali bibirnya menyentuh kulit wanita selain dari ibu nya. Bohong la dia kalau dia tidak merasa sesuatu yang merayap di hati. Hatinya mengingin kan lebih lagi. Nafsunya kuat ingin menguasai diri. Dia memejam mata. Dia perlu cepat mengusir perasaan yang sudah tentu datangnya dari syaitan. Dia menarik nafas dan beristighfar dalam hati. Perlahan dia berundur. Mengesot ke belakang dan bersandar jauh dari Sixteen. Dia perlu menenangkan dirinya dahulu sebelum dia menguruskan Sixteen. Dan gadis itu dibiarkan saja di situ.

SEKARANG, SOMEWHERE IN THE SEA.
“ Hoi. Kau dengar ke tak ni?” ulang Arina. Geram kerana pertanyaan nya tidak dijawab. ‘Tidur ke lelaki tu?’ fikirnya. Hendak ke sana, hatinya raasa teragak – agak.
“ Pergi ke tak? Pergi ke tak? Err..” akhirnya Arina membuat keputusan dan mula mendekati lelaki itu. dia meraba – raba lantai. Mudah untuknya merangkak. Dia terpegang kaki lelaki itu. tiada respon. Hatinya semakin yakin bahawa lelaki itu tidur.
“ Awak.. Bangun.” Ujarnya sambil menggoncang bahu lelaki itu. Bahu ke ni? Bahu kot? Aku pegang je. Rizal tersentak. Dia terasa ada sesuatu yang meraba di pahanya. Dia menoleh. Wajah Arina yang berada beberapa inci saja dengan mukanya amat mengejutkan nya. Bila dia ni merayap ke sini. Dan apa yang dipegangnya? Sekali lagi dia menelan liur. ‘ Ya Allah. Kuatkan iman ku, kerana wanita ini boleh membunuh jiwaku.’ Doanya dalam hati. Cepat dia mengawal Perasaan.
“ kenapa?” soalnya. Matanya masih melihat dimana tangan Sixteen pegang. ‘Oh, paha. Sabar ye. Nanti aku bebaskan kau. Nasib baik aku pakai spek mata nightvision. Kalau tak, Entah mana dia raba lagi. Hati sabar ye. Rasa nak meletup pulak.’ Mendengar suara yang keluar dari Rizal. Spontan Arina menjauhkan mukanya. ‘Dekat jugak suara dia.’
“ Awak tidur ke tadi?” satu soalan yang kurang bijak untuk diaju kepada Rizal. ‘ Aku tak tidur. Aku mengelamun.’
“ Tau pun aku tido, yang kau gerak apa pasal?” soalnya bagai ingin mencari gaduh. Arina yang mendengar suaranya yang seakan – akan mencari kelahi, terus memicit kuat ‘bahu’ yang dipegang nya tadi. Rizal mengetap bibir. Menahan sakit. Sudah kali keberapa gadis itu sudah Memang mencabar kewibawaan nya sebagai seorang lelaki. ‘malang nya aku.’ Bisik hatinya yang mendongkol geram dengan Sixteen. ‘ Nasib baik kau perempuan. Dan aku bukan dayus.’ Sambungnya lagi. Setelah tangan Arina beralih terus di usapnya pahanya. Hatinya yang geram usah dikira, Memang tinggal hendak meletup saja.
“ Kau cubit ke kau tolong bersihkan debu kat ‘bahu’ aku tadi.” Provoke nya. Gadis ni Memang nak kena. Siap kau lepas ni. Arina menoleh. ‘ Nak lagi eh. Siap kau.’ Laju tangan nya ingin mencubit lagi. tapi belum sempat tangan nya sampai di badan Rizal, tangan lelaki itu lebih pantas menangkap tangan nya terus menarik nya. Arina hilang imbangan dan jatuh dalam pelukan Rizal. Arina terpana. Rizal terkejut. Tidak menyangka aksinya boleh menjadi begini. Dia melihat Sixteen. Wajah gadis itu sangat hampir dengan nya. Cepat – Cepat dia tersedar dan kepala gadis itu disekeh lembut. Arina mengaduh kesakitan. ‘ Adoi. Baru sehari je sama dia ni, dah haru hidup aku. Ya, Allah. Sabarkan hati ku. Sesungguhnya, wanita ini sangat mencabar imanku.’
“ Hei, apahal kau sekeh kepala aku ni? Sakit lah!” marah nya.
“ Sapa suruh cari pasal.” Balasnya bersahaja. Rizal masih mengusap pahanya. Pedas juga cubitan Sixteen.
“ Lama – lama macam ni, boleh jugak aku laporkan kat talian teledera.” Gumamnya.


Berita mengenai Sixteen amat mengejutkan nya. Taiga menggenggam penumbuknya. Marah, dan dendam seperti sudah sebati dalam dirinya. Info yang didapatinya mengenai tiga orang konconya yang mati ditembak di pelabuhan kontena benar – benar membuat nya meradang. Pistol yang ada di tangan nya mengaku ke arah salah satu anak buah nya yang memberitahu berita itu.
“ How can they be dead?! Who killed them?!” Tanya nya kasar kepada konco – konconya. Jay yang juga berada di situ pun tidak berani hendak menjawab. Gerun dengan Taiga.
“ I do.. don’t know, boss.” Tergagap – gagap dia menjawab. Gerun dengan hujung pistol Taiga yang berada tepat di dahinya. Mata Taiga tajam merenung nya.
“ Argh.!!” Jeritnya tidak puas hati. Jarinya terus menarik picu pistol. Tembakan tepat mengena di dahi. Darah anak buah nya menyembur. Isi otaknya juga terkeluar sedikit akibat tembakan dari jarak dekat itu. Taiga melihat mayat anak buahnya tanpa belas kasihan. Matanya menjeling ke arah konco nya.
“ This is just a warning. Who ever try to go against me. I’ll make sure that they end like this thugs.” Dia memberi amaran kepada konco – konconya. Botol arak di kaunter bar dicapainya.
“ I want each and everyone of you to find that bitch and bring her to me.!” Arahnya tegas. Mereka semua mengangguk dan keluar. Jay juga menurut keluar.
“ Jay!” panggilnya kasar. Langkah Jay mati. Perlahan dia memusingkan badannya.
“ Yes, boss?” Taiga meneguk minuman keras itu.
“ I want you to find Sixteen and Rizal. End their life. Understood?” arahnya. Jay tersentak. Mata Taiga yang mencerlung tajam ke arahnya membuat dia mengangguk. Dimata Taiga cuma ada dendam dan benci. Dia merasa gerun dengan pandangan itu. Taiga bagai sudah hilang perikemanusiaan.

No comments:

Post a Comment