Search This Blog

Monday 21 November 2011

My Kembar???

BAB 9

Setahun setengah tahun kemudian…..

Arina leka membuat kerjanya di dalam laptop. Hari itu sama seperti hari sebelumnya. Sibuk! Sibuk! Dan lebih sibuk. Semenjak dia menceburi dalam bidang perniagaan, kesibukannya mengalahkan perdana menteri. Dia perlu berada di beberapa tempat untuk menyelesaikan tugasnya. Sekali sekali, kerjanya membuatkan nya mengeluh. Kalau tempat itu dalam masih dalam Malaysia, masih boleh dimaafkan. Ini tidak. Dia perlu berurusan dengan orang luar negara. Pintu biliknya diketuk.
“ Masuk.” Arahnya. Kelihatan setiausahanya, Camelia masuk dan berdiri di hadapan mejanya. Arina menumpukan perhatian kepada setiausahanya.
“ Cik Arina, cik perlu pergi ke London untuk menguruskan projek L-Bridge, di ibu pejabat di sana esok. Minta maaf sebab lambat beri info, sebab saya dapat short notice dari HQ, baru pagi tadi.” Terangnya. Arina tersentak. Sekali lagi? dia memejam mata. Kemudian menarik nafas.
“ Baiklah. Ingatkan saya lagi nanti. Ada lagi?” katanya tenang. Camellia melihat buku hitamnya.
“ Kita ada meeting dengan Pengerusi after lunch hari ni. Ada hal mustahak yang perlu dibincangkan. Dan after meeting, cik ada temu janji dengan Ketua Bahagian dari HL Holdings” Terangnya lagi. Arina mengangguk.
“ Ada lagi?” soalnya. Camellia menggeleng. Kemudian camellia beredar. Arina meneruskan kerjanya. Kemudian kepalanya terfikir sesuatu, intercom ditekan.
“ Cam, temu janji tengan siapa tadi?” soalnya sekali lagi. camellia yang berada di meja nya, senyum. Mesti bos nya kurang Mendengar kata – katanya tadi. Sudah hampir setahun berkhidmat dengan Arina, dia amat faham dengan kesibukan ketuanya.
“ Cik ada temu janji dengan Ketua Bahagian dari HL….” katanya.
“ Itu saya tau. Maksud saya, apa urusan saya dengan mereka?” soalnya. Hairan. Bukan kah urusan mereka sudah selesai minggu lalu.
“ Tengku Firash kata ada urusan penting yang perlu dibincangkan dengan Cik. Urusan apa, saya tidak di beritahu, cik.” Terang Camelia berhati – hati. Arina mengeluh. Urusan? Arina faham dengan urusan yang dimaksudkan setiausahanya. Memang dia perasan, sejak dari hari pertama syarikat mereka berurusan dengan HL Holdings, lelaki itu sudah menunjukkan minat kepadanya, Cuma dia saja yang malas hendak melayang.
“ Batalkan temu janji tu. Saya sibuk. Kalau dia tanya kenapa. Awak bagi la alasan, ye? Bantai je mana – mana alasan.’’ arah nya. Camellia mengangguk. Sudah faham dengan sikap ketuanya yang anti lelaki sekali gus anti cinta menyebabkan setiap pelawaan yang datang dari mana – mana lelaki ditolak mentah – mentah.
Arina menggeleng. Apa –apa saja lah. Janji aku tak keluar dengan mamat galah tu. kemudian dia ketawa. Mamat galah? Ada – ada saja nama gelaran yang diberi kepada setiap lelaki yang berminat. Dia mencapai telefon dan terus mendail orang kesayangan nya.
“ Hello.” Suara di hujung corong telefon bersuara.
“ Waalaikumsalam, daddy.” Ucapnya. Suara di hujung telefon ketawa.
“ Assalamualaikum. Haa? Ada – ada saja idea Rina nak kenakan daddy. Ada apa call pepagi ni? Rina tak sibuk?’’ soal papanya.
“ Tu dah lupa la tu. Itulah, Rina suruh kahwin, tak nak. Malam tadi Rina dah remind papa. Lunch date dengan Rina ya. And no more excuses Leftenan Everett Mikail.” Katanya. Leftenan Everett Mikail ketawa. Sebenarnya dia ingat, sengaja buat – buat lupa.
“ Papa ingat lah. Saja je nak kacau Rina. Baiklah. Papa ada kerja ni. Nanti papa call lagi ya.” Ujarnya. Memang dia sibuk pun sebenarnya. Dihadapannya kini ada beberapa anak buahnya yang siap menunggu arahan darinya. Kantoi la sikapnya yang lembut di hadapan anak buahnya kini. Dia meletak telefon. Muka serius ditayang. Anak buah nya sudah senyum.
“ Happy nampak, tuan.” Usik anak buahnya. Leftenan Everett Mikail senyum.
“ Anak, biasa lah tu, Dan.” Balasnya. Rizal yang berdiri di sebelah Daniel dipandang.
“ Report.” Arahnya. Rizal memberi laporan kepada ketuanya. Leftenan Everett Mikail mendengar sambil menyelak laporan yang diberi oleh Rizal. Kini, kumpulan gangster Taiga sudah ditewaskan dengan bantuan banyak pihak. Dia tidak menyangka, akibat kehilangan Sixteen, Taiga yang sekuat mana pengaruhnya boleh membuat kesilapan yang paling besar dan sekali gus membuat kan kegiatannya dikesan oleh banyak pihak di satu dunia. Bukan setakat di Malaysia, malah di negara Amerika juga sanggup memberi kerjasama untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia, dan juga penyeludupan senjata dan dadah. 
“ Permission to speak freely, Sir.” Pinta Daniel. Leftenan Everett Mikail mengangguk. Rizal yang duduk di sebelahnya menoleh.
“ Personally, saya rasa lega kerana kumpulan ini berjaya ditewaskan. Dengan laporan yang Rizal berikan tadi, saya sendiri tidak menyangka kegiatan nya begitu besar dan meluas. Sedikit terkilan kerana sudah ramai orang yang terkorban kerana kegiatannya.” Luahnya. Leftenan Everett Mikail mengangguk.
“ Yang terlibat bukan sahaja kaum wanita, lelaki dan kanak kanak juga menjadi mangsa. Kesian kepada ibu bapa yang kehilangan anak mereka pada satu hari saja. Dan  jika lambat mengambil tindakan, mereka akan kehilangan anak mereka dan entah dimana anak nya akan dijual nanti.” sambungnya. Rizal diam. Mindanya melayang mengenangkan seseorang. Marissa. Dimana kah gadis itu sekarang. Kemudian bahunya ditepuk.
“ And kawan saya ni pun merana.” Selorohnya bersahaja. Leftenan Everett Mikail mengerutkan dahi.
“ Merana?” soalnya. Rizal sudah menjeling Daniel. Daniel ketawa. Tahu dia sudah terlebih cakap.
“ Aku rasa kau belum buat insuran kan?” soal Rizal. Daniel menggeleng sambil tersengih.
“ Sini kau, aku nak daftarkan kau insurans mulut. Nak?” tegasnya. Daniel diam. Tapi mulutnya masih mengukir senyuman. Leftenan Everett Mikail menggeleng. Sikap anak buahnya yang mampu bergurau dalam serius kadang – kadang mencuit hatinya.
“ Dah Memang kau merana pun. Tengok muka macam hilang duit sejuta je.” Guraunya lagi. Memang tidak makan saman benar Daniel. Rizal mengetap gigi. Geram dengan kelancangan mulut Daniel.
“ Sudah. Jangan nak bergaduh dalam office saya. Kalau nak bermain tu, pergi padang. Lari 100 pusingan. Now.” Katanya berbaur arahan. Rizal dan Daniel diam. Mata mereka berdua menumpu kepada ketua mereka. Biar betul. Melihat mata ketua mereka seakan – akan serius. Mereka berdiri dan beredar. Bersedia menjalankan hukuman. Setelah pintu ditutup, ketawa Leftenan Everett Mikail terletus juga. Dia menapak keluar dari pejabatnya. Hendak melihat free show of the day. Dia berdiri di tepi padang. Melihat Daniel dan Rizal berlari dengan pakaian seragam penuh. Mukanya sengaja dibuat serius. Tidak lama kemudian, beberapa anak buahnya yang lain juga melihat.
“ Kenapa tu, Tuan?” tegur Eddie. Melihat dua sahabat nya berlari di tengah padang. Leftenan Everett Mikail berpaling. Kemudian ketawa. Eddie, Azmi dan Sam mengerutkan dahi. Hairan dengan tingkah ketua mereka. Sam memandang Azmi. Kemudian membuat sign gila.  Ketika matanya kembali ke arah ketuanya, tidak semena – mena dia juga terkena hukuman yang sama. Nasib baik Eddie dan Azmi tidak menyampuk.
“ Siapa suruh bermain masa kerja. Kan dah kena.” Luahnya setelah beberapa ketika. Azmi dan Eddie berpandangan sama sendiri. Kemudian mereka melihat ketuanya.
“ Main?” soal mereka serentak.
“ Just enjoy the free show, guys. Lama dah saya tak hukum anak buah saya. Baru saya sedar, kuasa veto saya memang kuat.” Ujarnya selamba sambil melihat Rizal, Daniel dan Sam berlari. Eddie dan Azmi masih tidak faham maksud ketuanya.
“ Walaupun arahan saya tu, cuma main – main saja.” Sambungnya perlahan. Terhambur ketawa mereka bertiga. Bagi Eddie dan Azmi. Jarang untuk melihat ketua mereka bergurau. Ketuanya memang berubah seratus peratus semenjak setahun lalu. Kebiasaannya, ketua nya sangat serius dan tegas dalam melakukan apa – apa tugas. Termasuk mendisiplinkan mereka. Sejak Leftenan mempunyai anak angkat setahun lalu, wajahnya amat tenang. Kurang ketegasan kecuali dalam bekerja. Lebih mudah menerima gurauan dan kritikan. Kasihan dia melihat sahabat nya yang terkena hukuman olok – olok ketuanya.

Petang itu, Arisa dan Awal berjanji untuk keluar bersama. Tepat pukul 5, kereta awal sudah menunggu arisa di luar pejabat. Dia ingin membawa Arisa menonton wayang. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa bersama. Rindu jugak dia kepada kawan nya itu. Dia melihat Arisa berjalan keluar bersama seorang lelaki. Tiba – tiba hatinya diamuk rasa cemburu. Cemburunya bertambah apabila melihat Arisa ketawa bersama lelaki itu. dia berjalan mendekati mereka.
“ Assalamualaikum.” Sapanya. Arisa menoleh. Kemudian senyum.
“ Waalaikumsalam, lama dah tunggu, Wal?” Tanya nya. Ezra melihat lelaki disebelah Arisa. Tinggi dan boleh tahan kacaknya. Dia rasa tercabar. Siapa dia kepada Arisa.
“ Tak nak kenalkan ke?” soalan Awal ditujukan kepada Ezra. Arina bari sedar. Dia ketawa kecil.
“ Wal, kenalkan ini Ezra, Pengarah Pengurusan, syarikat aku. Ezra, ni Best friend aku dari kecik. Awal.” Awal berjabat tangan dengan Ezra. Kejap. Mata mereka bertemu. Awal senyum.
“ Jom, Risa.” Ajaknya lembut. Arisa mengangguk.
“ Saya pergi dulu, Encik Ezra.” Katanya sebelum pergi. Ezra cuma dapat melihat kelibat Arisa dan Awal hilang dalam kereta. Sedikit sebanyak terasa tercabar dirinya sebagai lelaki. Baru dia pernah lihat lelaki itu.
“ BFF ye. Hmmm. Kalau setakat tu. Belum cukup modal lagi nak lawan aku.” Gumam nya sendiri dan berlalu. Awal diam sepanjang perjalanan.
“ Kenapa, Wal? Ada problem ke?” tegur Arisa. Awal menggeleng. Masih berfikir tentang lelaki yang bakal menjadi saingan nya.
“ Habis tu, diam je? Kenapa?” Tanya nya lagi. sekali lagi Awal menggeleng.
“ Rapat ke kau ngan si Ezra tu?” soalnya setelah beberapa lama membisu. Arisa mengangguk. Menambah rasa tercabar di hati Awal.
“ Rapat la jugak. Selalu jumpa kat ofis. Dah nama satu ofis kan.” Balas Arisa selamba. Kemudian menoleh ke luar tingkap. Awal mengetap bibir. Hati cemburunya ditahan.
“ Pernah nak masuk line ke?” soalnya berbaur cemburu. Arisa menoleh. Apahal pulak boleh masuk topic ni.
“ Mana la aku tau. Aku jumpa pun kalau ada hal je. Waktu balik selalu terserempak.” Jawabnya perlahan. Riak muka Awal berubah. Ada sedikit lega. Awal memandu menuju ke Berjaya Times Square.

“ Letihnya!!!” adu Arina. Dia bersiap – siap untuk balik. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Staf semua sudah balik. Cuma Camelia yang setia menunggunya. Arina mengemas mejanya yang berselerak. Setelah semua siap, dia keluar dari bilik.
“ Lia, tak balik lagi?” tegurnya. Camellia memandang bos nya.
“ Lambat lagi lah bos. Suami saya lambat ambik pulak hari ni.” Katanya. Arina mengangguk.
“ Hmm. Call suami awak. Cakap saya hantar awak balik.” Arahnya. Camellia mengangguk dan mencapai telefon. Kemudian dia mengikut langkah bos nya keluar. Arina berjalan menuju ke kereta Nissan Fairlady 370z nya. Camellia mengambil tempat duduk di sebelahnya. Timbul rasa kagum dengan bos wanita nya itu. Nampak serius, namun baik hati. Bos nya sangat workaholic, tegas dalam pendirian, serius dalam pekerjaan. Dalam setahun lebih saja, pendapatan bosnya melebihi seorang CEO. Dah Memang CEO pun. Pertama kali berkhidmat dengan ketuanya, pada mulanya, dia menganggap, bos nya amat kolot dan out dated. Dan mungkin agak tidak sesuai untuk memegang jawatan setinggi itu dengan penampilan nya. Dan hari pertama dia bekerja, semuanya tunggang langgang. Hampir semua staf kelam kabut dengan prestasi nya. Semua mulut mengutuk ketua barunya. Entah macam mana dia boleh dilantik sebagai CEO sebuah syarikat yang besar. Kerja yang dibuat, sangat teruk dan seperti orang yang baru belajar. Kemudian, bosnya menghilang pada minggu kedua. Meninggalkan pejabat dengan kerja melambak. Kemudian minggu keempat, dia muncul semula. Kemunculannya mengejutkan satu pejabat. Dan dia sendiri juga terkejut. Penampilan nya berubah 360 darjah. Dari perempuan yang kolot kepada wanita berkerjaya yang sofistikated. Boleh dikira hampir semua mulut staf ternganga melihat perubahan yang drastic ketuanya. Semua kerja terbengkalai diselesaikan dalam seminggu.
“ Camelia? Sampai mana dah tu? Tunisia?” tegur Arina. Setiausahanya dari tadi termenung, hinggakan kata – katanya tidak dibalas. Camellia tersentak.
“ Y.. Ya bos.?” katanya menutup gugup. Arina menggeleng kepala.
“ Hmm.. awak call suami awak. Beritahu awak balik lambat sikit. I want to do some shopping before sending you back.” Katanya. Bersinar – sinar mata Camelia mendengar kata bosnya.
“ Bagus la bos. saya pun dah lama tak shopping ni.” Ujarnya sambil senyum yang meleret. Kira nasib lah bos sudah mengajak. Rasa – rasanya, dialah orang pertama yang diajak shopping. Tangan nya mendail nombor suaminya dan meminta izin untuk menemani ketuanya shopping. Arina memandu menuju ke Berjaya Times Square.

Arisa dan Awal bersiar di shopping mall. Ramai orang yang keluar untuk shopping malam itu. arisa sedang menjilat aiskrim yang dibeli oleh Awal. Tiba – tiba matanya tertancap ke arah sehelai baju di sebuah kedai. Dia mengisyaratkan Awal untuk masuk ke dalam kedai itu. Awal mengangguk.
“ Kau masuk la dulu. Aku tunggu luar ni.” Katanya sambil melihat ke kedai kasut. Arisa masuk terus ke dalam kedai tersebut. Awal pula membelek kasut lelaki tidak jauh dari kedai yang dimasuki Arisa. Sedang dia memilih kasut. Bahunya terlanggar seseorang.
“ Sorry.” Ucapnya tanpa memandang ke arah orang itu. orang itu juga mengucap maaf dan meneruskan melihat kasut. Awal duduk dan mencuba kasut jenama Ralph Lauren.
“ Style jugak.” Komen nya sendiri sambil melihat dirinya dari cermin. Sedang dia membelek kakinya. Matanya menangkap susuk tubuh Arisa yang juga berada di kedai yang sama. Gadis itu bersama seorang perempuan yang juga berbaju kemeja yang dia tidak kenali. Arisa yang dilihatnya memakai baju kemeja putih dengan vest hitam dan skirt paras lutut. Rambut nya pula diikat tinggi. ‘ Bila pulak Risa pakai baju ni?’ detik hatinya. Dia berjalan menuju ke arah Arisa.
“ Ni ke baju yang kau tengok tadi?” tegurnya. Gadis itu berpaling. Gadis yang bersama nya juga menoleh. Arina itu mengangkat kening.
“ Do I know you?” soalan yang ditujukan padanya membuat dahinya berkerut seribu. Stiletto Chanel yang di pegangnya di letak di rak semula.
“ Wah, dah tukar baju dan penampilan, bukak tudung lagi tu, boleh siap reset otak jugak ke? Jangan main – main la.” Katanya separuh bergurau. Ingat nya Arisa bermain dengan nya. Arina mengangkat keningnya tinggi. Lelaki itu senget ke gila?
“ Sorry, Sir. Saya tak kenal pun awak.” Balasnya. Malas hendak melayan lelaki yang Entah siapa – siapa. Dia menarik tangan Camelia keluar dari kedai dan masuk ke kedai baju yang tidak berjauhan dari kedai kasut tadi. Awal yang ditinggal begitu saja terpinga – pinga. Biar betul Arisa. Dia mengikut langkah gadis itu masuk ke kedai baju. Dia melihat Arisa yang sedang membelek baju kemeja menegurnya.
“ Hah, Wal. Cantik tak baju ni?” dia menayangkan baju kemeja kepada Awal. Awal bagai mengalami déjà vu. Dia melihat penampilan Arisa. Kini gadis itu memakai baju kemeja berwarna hitam, berseluar panjang dan memakai tudung. Dia melihat sekeliling. Kemudian mencubit pipinya. Arisa yang hairan dengan tingkah Awal datang mendekatinya.
“ Hei, kenapa kau macam baru nampak hantu ni?” soalnya. Awal merenung gadis yang berada di hadapan nya kini. Memang Arisa. Arisa menggeleng.
“ Dah la. Kau tunggu. Aku nak try jap baju ni.” Ujarnya terus berlalu. Awal mengangguk dan menurut Arisa ke bahagian fitting room. Awal duduk di tempat yang disediakan. Tidak lama kemudian, Arisa keluar denga baju dress berwarna pink paras lutut. Dia menggayakan dress tersebut di cermin di hadapannya.
“ Cantik, boss.” Puji satu suara. Mata Awal membuntang. Bila pulak Arisa bawak baju dress? Dan dia kembali tidak bertudung? Dan apa yang ada kat bahu kiri dia tu?
“ What the hell has happen?” katanya sambil memisat matanya. Arina menggeleng. Seperti tidak setuju dengan pilihan nya.
“ Nope. Too revealing. Get me another one.” Katanya kemudian masuk. Gadis yang bersamanya berlalu ke arah baju dress yang lain untuk Arisa. Awal tergamam. Matanya seakan – akan tidak dapat mencerna dengan apa yang di lihat nya sekejap tadi. Tidak lama kemudian, Arisa keluar semula memakai baju kemeja yang dipilih nya tadi. Dia memandang Awal.
“ Wal, ni okey tak? Tak fit sangat ke?” Tanya nya ceria.
“ Bukan nya kau kat sana? Then kau kat situ?” ujarnya keliru dengan diri sendiri. Arisa mengangkat keningnya. Hairan dengan sikap Awal.
“ Kenapa kau ni, Wal? Tak sihat ke?” Tanya nya. Awal pula seperti baru melihat dua Arisa kelihatan seperti baru melihat hantu. Pantas dia menggeleng. Arisa masuk kembali ke fitting room. camellia datang semula untuk menyerahkan dress summer kepada Arina. Tidak lama kemudian, gadis itu keluar lagi. melihat penampilan nya di cermin. Kemudian dia mengangguk.
“ This one will do.” Katanya kemudian masuk semula. Camellia senyum dan beredar keluar. Arisa keluar dari fitting room.
“ Dah, Wal. Jom.” Ajak nya. Awal melihat Arisa. Kemudian menggosok matanya.
“ Wait, bukan kau tadi pakai baju dress ke?” soalnya. Sekali lagi Arisa mengangkat kening. Dress?
“ Kau ada masalah mata ke, Wal? Mana ada aku pakai dress. Aku pakai kemeja la. Dah, jangan kau nak merapu kat sini. Jom.” Ajaknya terus menarik tangan Awal. Awal masih dalam keadaan Déjà vu. ‘Tak mungkin aku tengok dua Arisa.’ Fikirnya terus mengikut Arisa keluar dari kedai itu. Arina keluar dari fitting room dan bergerak ke kaunter.
“ Bos nak buat apa dengan baju ni?” Tanya Camelia ketika mereka berjalan keluar dari shopping mall itu.
“ Collection.” Balasnya sepatah.
“ Bukan date?” usiknya. Arina senyum.
“ Date apa nya? Daripada saya dating dengan mamat entah baik ke tak, lebih baik saya buang duit beli baju. Lebih memuaskan.” Ujarnya senang. Camellia mengangguk. Ketuanya sudah dilabelkan dengan gelaran Ice Queen di syarikat tempat nya bekerja.
“ Best apa. Boss kaya, cantik, berkaliber. Takkan tak ada hati nak ada boyfriend kut?” soalnya. Arina menggeleng.
“ Lebih baik saya single. Tak nak letak kepercayaan to someone that doesn’t worth it. When we start to put our belief on that person, and dia senang – senang je nak betray kepercayaan kita, kita jugak yang sakit kan. So, as a conclusion, better off with myself than with another.” Balasnya tenang. Camellia diam mendengarnya. Dia melihat Arina. Ayatnya seperti pernah kecewa saja.
“ Bunyi macam ada pengalaman je?” soalnya. Arina ketawa kecil. Soalan Camelia dibiarkan sepi. 

No comments:

Post a Comment