Search This Blog

Monday 21 November 2011

My Kembar???

BAB 8/

Arisa bangun dari kerusinya. Bersiap untuk balik. Malam esok dia akan menyambut hari jadinya yang ke 24. Dia tidak sedar umurnya sudah mencecah 25 tahun. Tahun depan 26. Depan lagi 27. Lepas tu nak masuk 28 dan seterusnya. Dia menggeleng kepala. Umur yang makin meningkat dan dia masih bertungkus lumus menguruskan syarikat. Sepatutnya dia berada di rumah, bersama suami. Dan mungkin anak, tetapi, dengan keadaan nya Sekarang. Nampaknya, perkahwinan terpaksa menunggu nya. Cinta terpaksa di tinggalkan dahulu. Dia berlalu menuju ke lif. Matanya menangkap susuk tubuh lelaki yang juga menunggu lif.
“ Encik Ezra. Dah nak balik ke?’’ sapanya. Lelaki itu menoleh kearahnya, kemudian memberi senyuman. Baginya, senyuman itu agak manis. Muhammad Ezratul Hisham, merupakan  Pengarah Pengurusan di dalam syarikatnya.
“ Tak lah. Nak jual sayur. Kenapa, nak beli satu?” Seloroh Ezra. Arisa ketawa. Dia salah menanya soalan. Lelaki itu senyum. Sudah tahu masa nak balik, ditanya lagi.
“ Balik seorang je ke?” soal Ezra. ‘Ada peluang nak masuk line.’ Fikirnya. Dia juga meminati gadis itu dalam diam. Apa yang mampu dibuat hanya lah melihatnya dari jauh. Hendak menegur dia malu. Mana tidaknya, gadis itu anak kepada pemilik syarikat ini. Melihat gadis itu menegurnya, maknanya ada peluang untuk masuk line. Arisa diam. Kemudian menggeleng.
“ Tak. Tak nampak ke saya berdua ni. Kawan saya kat sebelah ni haa. Can’t you see.” Balas nya selamba. Cuba untuk membalas usikan lelaki itu tadi. Ezra melihat arah yang dikatakan Arisa tadi. Tiada sesiapa. Kemudian matanya melihat sekeliling. pekerja sudah beransur balik. Bulu tengkuk nya naik dengan sendiri.
“ Awak jangan nak takutkan saya pulak.” Katanya. Sudah merasa seram dengan kata – kata Arisa. Buatnya betul – betul ada sesuatu kat situ. Naya demam seminggu. Arisa ketawa. Benar – benar lucu melihat riak muka Ezra yang takut itu. usikan nya mengena tepat pada sasaran. Ezra yang sedar dia dikenakan, diam. Cuba mencari idea untuk mengenakan gadis itu kembali.
“ Saya tipu je lah, Encik Ezra. Mana ada kawan. Balik seorang je. Dah memang sorang pun.” Katanya dengan tawa yang masih bersisa.
“ Baik tipu je. Kalau benar – benar terjadi macam mana. Cik Arisa tak tau ke kisah hitam tingkat ni?” ujarnya. Arisa menggeleng.
“ Tu lah. Lain kali jangan cakap main redah je. Cik Arisa tak tau, tingkat ni la yang paling banyak ‘penghuni’ tau.” terangnya separuh berbisik. Arisa diam. ‘Betul ke? Kalau betul pun, kenapa aku tak pernah dengar pun kisah macam ni.’ Fikirnya. Jika ada staf yang bergosip, dia tidak mahu masuk campur. Baik melihat saja dari turut sekali. Jatuh reputasi syarikat kalau bos ikut sekali bergosip.
“ Tak pernah dengar pun cerita pelik – pelik kat tingkat ni.” Balasnya selamba. Ezra mengerut dahi. Buat muka serius.
“ Diorang kat sini tak pernah cerita ke?” Ezra cuba memancing minat Arisa. Sekejap lagi kena la dia. Hehe.. Arisa menggeleng.
“ Cik Arisa tau tak meja yang kosong dekat dengan pintu kat hujung sana tu? tak jauh dari pantry.” Ezra memulakan cerita. Arisa mengangguk.
“ Dengar cerita area sana ‘keras’ sikit. Staf kat sini selalu nampak sesuatu kat sana. Benda macam lembaga hitam. Benda tu berdiri sana. Sekali pandang ada, pastu tengok lagi terus hilang. Banyak jugak orang kena. Tapi saya tak de la. Seram jugak dengar cerita macam tu.” lebar dia bercerita. Arisa yang memang sudah mula percaya akan ceritanya mula berasa seram.
“ Selalu nya benda macam tu waktu macam ni dia keluar. Staf yang kena pun staf yang balik lewat…. Macam kita la…” ujarnya perlahan. Arisa mula tidak selesa. ‘Tetiba pulak terasa seram nih. Bulu tengkuk pun dah mula meremang. Lif pulak lambat nak sampai.’ Ezra menahan ketawa. Pandai jugak takut yee..
“ Lepas tu?” soal Arisa. Dalam takut sempat lagi buat – buat berani.
“ Lepas tu, sapa yang nampak nasib lah. Ada yang cakap diorang pernah nampak rupa lembaga tu. Seram lah jugak kalau nak dijadikan cerita.” Ceritanya terputus saat pintu lif terbuka. Mereka berdua masuk ke dalam lif. Arisa pantas menekan butang G. Saat pintu lif tertutup. Mata mereka berdua nampak kelibat lembaga hitam melintasi pintu lif. Kedua – dua tergamam. Kaku dan diam.

Arina melihat sekelilingnya. Bandar Sandakan memang agak asing baginya. Seperti rusa masuk kampung. Semua benda ditegurnya penuh minat. Hinggakan Rizal yang bersamanya pula merasa segan dengan perangainya. Sudah berapa kali di tegur. Masih jugak begitu. Arina buat – buat tak tahu. Dia merasa seakan – akan dirinya sudah bebas, terasa seperti dia baru keluar dari gua. Semua perkara dia hendak tahu. Rambutnya yang panjang dilepaskan.
“ Esok kita ke KK.” Ujar Rizal ketika mereka tengah menikmati makan malam di senuat restoran. Arina mengangguk. Kunyahan nya terhenti apabila tiba – tiba muncul di kepalanya.
“ KK tu apa? Barang ke?” soalnya. Rizal yang berselera menikmati makanan nya tersedak. Cepat dia mencapai airnya. Soalan yang kurang bijak dan agak lucu baginya. Setelah habis minum air dia menghamburkan tawanya. Arina yang melihat mengetap bibir. ‘Apa? Lucu sangat ke soalan aku tu?’
“ Barang? Kalau la KK tu barang tak larat kau nak bawak. KK tu tempat la. KK tu maksudnya Kota kinabalu. Sebarang je cakap KK tu barang. Adedeh. Nak terkentut aku dengar kau cakap macam tu. Silap – silap boleh dapat kentut berapi aku ni. Adoi.’’ Terangnya dengan ketawa yang masih bersisa. Arina mencebik. ‘ Ceh, ketawa la puas – puas. Mentang – mentang la aku ni tak kenal tempat ni. Suka suki dia je nak ketawakan aku.’ Marah nya dalam hati. Selesai makan mereka terus balik ke hotel. Rizal memberi alasan letih tetapi sebenarnya dia malas hendak berjalan – jalan. Nak bawa Sixteen, mesti pakai make up tebal – tebal sebelum jalan. Mana tak nya. Jakun nak mampus. Baru sahaja hendak merebahkan tubuh ke katil. Pintu yang menghubungkan bilik mereka berdua diketuk. Dengan perasaan yang dibuat – buat malas, Rizal bangun. Muka Sixteen yang tersengih – sengih dilihat.
“ Ada apa?” soalnya. Arina tidak berkata apa – apa. Dia terus menarik tangan kiri Rizal dan menyarungkan sesuatu di tangan nya. ‘ Hmmm.. Muat pun.’ Desisnya bangga.
“ Tu aje. Goodnight.” Ujarnya terus menutup pintu. Rizal kaku di depan pintu. Gadis itu cuma memakaikan nya sesuatu dan kemudian meninggalkan dia begitu saja. Dia melihat barang yang dipakai kan oleh Sixteen. Gelang hasil sulaman tangan berwarna hitam direnungnya. Nampak simple dan kena di tangan nya. Tidak pula dia perasan bila gadis itu membelinya. Tapi dia ada nampak gadis itu membawa sesuatu ditangan nya tadi, cuma dia saja malas hendak bertanya. Tiba – tiba pintu terbuka kembali.
“ Oh, lupa nak cakap. Saya yang buat tu tadi. Okey. Goodnight.” Katanya seraya menutup pintu kembali. Kini, dia mendengar pintu itu dikunci. Rizal mengukir senyuman. Bila masa kah gadis itu buat gelang itu, dia pun tidak pasti. Rizal menutup pintu dan kembali ke katil.

Keesokan harinya, Rizal mendapat panggilan dari Daniel. Daniel memaklumkan bahawa dia sudah membuat ‘barang’ yang dipinta dan akan menyampaikan nya setelah dia sampai di bumi Sabah. Hati Rizal terasa tenang. Dah kurang satu masalah. Dia menuju ke bilik Sixteen. Beberapa kali mengetuk pintu bilik, baru muka Sixteen terjegul. Dan gadis itu masih lagi mamai. ‘ Aik, baru bangun tidur ke dia ni?’
“ Kenapa?’’ Tanya Arina. Pepagi dah kacau.
“ Wei, minah. Kita nak bertolak dah ni. Cepat bersiap.” Arahnya tegas. Arina masih lagi bermalas – malasan. Di tutupnya pintu dan kembali ke katil. Baru saja hendak menganyam mimpi. Badan nya ditarik kuat dan ditolak ke bilik mandi. Siapa lagi yang boleh buat macam tu kalau bukan Rizal. Mamat yang sememangnya takde sivik langsung.
“ Yang kau nak masuk ke dalam bilik aku ni nape?” marahnya. Matanya masih lagi terpejam. Rizal menjeling matanya ke atas. Singkat nyawanya hendak bertekak dengan gadis ini. Laju tangan nya menyekeh kasar kepala gadis itu.
“ Lambat dah ni. Mandi cepat. Siap.” Arahnya tegas. Dia mencapai tuala dan membaling ke muka gadis itu. serta merta mata Arina terbuka. Sikap lelaki itu memang selalu mencabar kesabarannya. Kasar tangan nya mengambil semula tuala di lantai dan masuk ke bilik mandi. Tidak lama kemudian Arina keluar semula dan melihat Rizal yang masih tercegat di situ. ‘ Nasib baik aku belum mandi lagi.’ kakinya laju melangkah kearah Rizal dan menolak nya keluar dari bilik. Pintu dihempasnya kuat. Nasib baik tidak terkena hidung Rizal. Kalau tidak, terpaksa balik semenanjung dengan hidung penyek.
Setelah 10 minit menunggu. Muka Arina yang masam muncul di muka pintu. Rambutnya yang basah dibiarkan mengurai. Rizal sememangnya malas hendak melayan, terus berjalan meninggalkan Sixteen. Itupun dia hendak mengelakkan pergaduhan berlaku diantara mereka. gadis itu kalau diajak bergaduh memang boleh tahan.

Mereka menyewa sebuah kereta dan Rizal terus memandu menuju ke bandar Kota Kinabalu. Arina yang berada di tempat duduk penumpang cuma diam. Dia cuma memandang keluar. Lama kelamaan, Rizal memandang ke arah Sixteen. ‘Merajuk ke dia? Tapi, apa salah aku?’ hatinya berdetik. Bila difikirkan balik, dia merasakan yang dia tidak buat benda yang jahat pun. Dilihatnya Sixteen yang sedari tadi melihat ke arah kiri. Kemudian dia melihat jam dashboard. Ini bermakna sudah 4 jam dia begitu.
“ Tak sakit ke leher tu pusing belah sana je?” perlinya. Arina tidak memberi respon. Malas hendak melayang. Sakit hatinya tidurnya terganggu masih berbekas. Cukup la tidurnya terganggu, lepas tu sedap – sedap je masuk dalam bilik, tarik orang masuk toilet. Memang dasar lelaki takde sivik. Kalau boleh, hendak saja dia menghamburkan marahnya. Tetapi cuma ditahan. Malas hendak bertekak punya pasal. Lelaki itu bukan nya hendak mengalah pun. Sentiasa hendak menang.
“ By the way. Thanks for this.” Sambung Rizal sambil menayang gelang tangan pemberian Sixteen. Tapi, gadis itu masih lagi tidak memberi reaksi. Rizal menggeleng kepala. Ini kali pertama Sixteen mengunci mulutnya. Hatinya ingin memujuk, namun akalnya membantah. Rizal memejam mata kemudian menarik nafas. Walaubagaimanapun hatinya ingin memujuk, namun ada sesuatu yang menghalang. Ego.
“ Kalau dah cantik sangat permandangan luar tu, keluar je lah.” Perlinya. Gadis itu masih kaku. Rizal memuncungkan mulutnya. Masih lagi tak layan? Dia melihat jalan yang lenggang. Kemudian melihat ke arah Sixteen. Muka gadis itu tidak kelihatan kerana rambutnya menutup mukanya. Perlahan dia menyelak rambut Sixteen.
“ Laa.. Tidur rupanya. Padan la malas menjawab.” Gumamnya dan meneruskan perjalanan.

Arisa meraikan harijadinya bersama keluarga tersayang. Tidak ramai yang datang. cuma keluarganya dan keluarga Awal saja yang datang. Arisa memang tidak mahu meraikan harijadi besar besaran. Cukup sekadar sederhana memadai baginya. Seperti tahun – tahun sebelum nya, keluarganya akan membeli dua biji kek kepadanya. Dua – dua sama perisa dan lilin yang dinyalakan juga sama. Bagi Arisa sudah tidak menjadi tanda tanya kerana ibunya berkata itu cuma untuk melahirkan kasih dan sayang yang tidak terucap kepada anak nya.
“ Sempat lagi termenung anak ibu. Tiup lilin tu, sayang.” Tegur Datin Habsah. Arisa tersentak dan terus meniup lilin kedua – dua buah kek.
“ Selamat hari jadi, Arina. Walau dimana kamu berada. Ibu sayang kamu.’’ Gumamnya. Terasa tubir mata nya panas. Kerinduan nya kepada anak kembarnya yang seorang masih lagi berasa. Tidak pernah kurang walau sehari. Arisa yang sedar akan air mata ibunya cepat – cepat memeluk bahu ibunya.
“ Alaaa.. Hari bahagia macam ni pun ibu sempat menangis ek?’’ pujuknya seraya mencium pipi ibu nya. Datin Habsah mengesat airmata nya dan memeluk Arisa. Untuk membuang rindu kepada anak bungsu nya dia memeluk kakak kembarnya sebagai ganti rindunya.
“ Ibu sayang anak ibu. Sayang sangat – sangat. Tiada siapa – siapa dapat menggantikan kasih ibu kepada kamu.” Ujarnya seolah –olah Arina dapat Mendengar katanya. Arisa memeluk ibunya. Entah kenapa kata – kata ibunya membuat hatinya tersentuh. Seakan – akan ibunya menahan kerinduan yang teramat sangat. Tapi apakah ia?
“ Arisa akan sentiasa di sini ibu. Ibu jangan risau ye.” Pujuk nya. Semoga ibunya dapat bergembira pada hari lahirnya. Datin Habsah senyum dan mengesat air mata yang buat kesekian kalinya menuruni pipi tuanya.
“ Iya lah, awak ni Sah. Macam lah anak awak ni nak pergi jauh.” Usik Datin Suraya.

Di bumi Sabah, Arina yang sudah tiba di berehat di bilik hotel nya. Sudah lah sakit hati dengan Rizal. Malam ini terpaksa berkongsi bilik dengan nya. Ini disebabkan hotel dah tidak ada bilik lain lagi. maka terpaksalah mereka berkongsi. Nasib baik katil ada dua. Dia merenung bandar Sabah pada waktu mala di balkoni bilik nya. Angin yang sepoi – sepoi bahasa meniup ke telinganya. Tidak semena – mena, airmata nya mengalir. Kemudian hatinya terasa sesak. Entah kenapa perasaan nya ketika itu terasa hendak menangis. Hatinya terasa hiba. Kakinya terasa lemah. Akhirnya dia duduk di lantai balkoni dan teresak – esak menangis. Rizal yang baru sampai membeli makanan terkejut melihat Sixteen yang duduk di lantai balkoni. Bahu gadis itu terhenjut – henjut.
“ Sudah. Bila pulak aku gaduh lagi dengan dia ni? Tadi ok je?” soal Rizal kepada diri sendiri. Malas hendak berfikir dia mendekati Sixteen.
“ Hei, kenapa ni?” soalnya dan duduk di sebelah Sixteen. Arina menggeleng kepala.
“ Tak.. tak tahu. Tiba – tiba.. je nak nangis. Aku, tak tahu kenapa. Aku nak berhenti, tapi air mata ni tak nak berhenti.” Ujarnya sambil mengesat air matanya yang sedari tadi tidak mahu berhenti.. Tiba – tiba hatinya terasa kesunyian dan rindu yang teramat sangat kepada ibunya. Rizal cuma Mendengar. Hendak memujuk, tidak pula dia tahu macam mana. Nanti kalau tersalah keluar ayat, silap haribulan, bukan memujuk. Tetapi bergaduh jadinya. Rizal cuma duduk diam dan mendengar esakan halus gadis itu. Bagi Arina, kehadiran Rizal pada ketika itu amat bermakna. Lelaki itu tidak cuba mencari gaduh dengannya, sebaliknya cuma duduk bersamanya. Setelah beberapa ketika menyepi, Arina terasa bahunya dicuit. Rizal menunjuk ke langit. Arina mendongak. Banyak bintang – bintang yang berterabur di atas langit.
“ Kalau aku bosan, aku tengok langit kat atas tu. Tengok je dalam sejam, mesti hilang rasa bosan.” Ujarnya. Arina mengerling ke arah Rizal. Lelaki itu nampak tenang. Tidak seperti selalu. Tegang dan serius saja mukanya. Malam ini dimata Arina sangat tenang. Arina senyum.
“ Kenapa sejam je?” soal Arina. Rizal senyum. Gadis itu sudah tidak menangis lagi.
“ Pasal dah sejam mata aku confirm mengantuk punya. Sebab tu sejam je.” Balasnya berseloroh. Arina ketawa kecil. ‘ Dalam – dalam serius dia ni, ada jugak part cute.’ Katanya dalam hati.
“ Aku rindu kan mak aku.” Luahnya kemudian. Rizal menoleh. Gadis itu sudah tunduk. Menekur lantai.
“ Nanti aku tolong kau cari dia. Nak?” Rizal menabur janji. Bukan janji palsu, tetapi janji betul – betul. Arina ketawa.
“ Ialah kau punya janji. Mak aku pun kau tak tau macam mana rupanya. Tup – tup kau terjumpa mak orang karang kan susah. Tambah lagi dengan kau yang garang ni, silap haribulan, kena kes polis. Padan muka.” Sindirnya. Rizal senyum. Sixteen sudah boleh mengeluarkan kata – kata sinis kepadanya. Bermakna, gadis itu sudah kembali kepada asal.
“ Kalau aku masuk kes polis pun, diorang bukan nya dapat sumbat aku dalam penjara.” Katanya yakin. Arina mencebik. Ada – ada saja lelaki ini.
“ Muka kau ni, macam nak makan penampar je aku rasa.” Sambungnya sinis. Arina menggeleng kepala. ‘ Hah, sah start la tu. nak cari pasal. Sorry la kawan, aku takde mood nak gaduh.’ Desisnya dalam hati.
“ What ever. Dah la. Aku lapar.” Ujarnya sambil bangkit dari tempat duduk. Ingin berlalu ke meja makan. Belum sempat Arina melangkah, tangan nya ditarik.
“ I’m serious. Aku tak main – main nak tolong kau. Dengan kebolehan aku, takde apa yang aku tak dapat buat. Cari mak kau tu, just a small matter to me.” Ujarnya sebelum melepaskan tangan Sixteen. Arina ingin berlalu. Kata – kata Rizal tadi bagai satu janji dan juga harapan padanya. Sekali lagi tangan nya ditarik. Jarinya disarung sesuatu.
“ Ni, untuk kau. As a thanks for this.” Sambung Rizal sambil menunjukkan gelang tangan buatan tangan nya. Arisa terpana. Cincin? Tepat – tepat lagi muat di jari hantunya. Lelaki itu berlalu dan mengambil tempat di meja makan kecil yang terdapat di bilik itu. Arina senyum. Baginya lelaki itu sangat comel. Namun cuba disembunyikan dengan mukanya yang garang macam singa kehilangan anak. Dia duduk di hadapan Rizal dan makan bersama.
Daniel baru saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Bungkusan yang ada di tangan nya perlu dibawa secara seludup. Rizal Memang hendak mencari masalah. Entah apa yang difikirkan Rizal ketika dia meminta untuk melakukan perkara itu. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Rizal.
“ Bro. aku kat airport ne. Aku tunggu kau.” Katanya sebelum mematikan talian.
Rizal dihujung talian senyum. Akhirnya barang yang diingininya datang juga. Dia melihat Sixteen sedang duduk di hujung katil dan menonton tv.
“ Oit, aku nak keluar jap. Kau ada benda yang nak dipesan ke?” tanyanya sambil memakai jaket kulit nya. Arina menoleh. Mula tersenyum sinis.
“ Apa senyum macam tu? tayang muka nak makan penampar la tu. kalau takde barang nak pesan, aku belah dulu.” Rizal hendak berlalu.
“ Ada. Aku nak ais krim mat kool satu, keropok mister potato satu, air Coca Cola sebotol besar punya, nasi bungkus satu, cornetto ice cream satu, roti Danish satu, coklat..” pesannya satu – satu. Rizal menggeleng tanda protes.
“ Wait – wait. Kau simpan saka ke dalam badan. Makan mengalahkan hantu. Banyak benar pesan kau.” Potongnya. Arina tersengih.
“ Dah kau nak belanja. Ada pepatah mengatakan, rezeki jangan ditolak. Maut jangan dicari.” Balasnya selamba. Rizal mencebik dan terus berlalu. Malas hendak melayan keranah Sixteen.
“ Dan coklat Cadbury blackforest satu!” jeritnya dari dalam sebelum kelibat Rizal hilang. Rizal menghempas kuat pintu bilik. Arina ketawa kuat. Suka kerana dapat mengenakan Rizal. Hari ini dia dapat membuat Rizal marah. Selalunya, lelaki itu yang selalu membuatkan nya rasa sakit hati.

Rizal sampai ke KKIA. Dia sampai agak lewat kerana jalan sesak. Dilihatnya, Daniel sudah letih berdiri menunggunya di satu sudut. Rizal keluar dari kereta dan menuju ke arah Daniel. Mata Daniel mencerlung ke arahnya. Rizal cuma tersengih – sengih.
“ Sorry. Jalan jam tadi.” Katanya sebelum Daniel membuka mulut. Daniel menggeleng kepala dan memasukkan beg ke dalam kereta. Bungkusan di dalam beg sandangnya dikeluarkan setelah mereka meneruskan perjalanan.
“ Ni dia barang incriminating kau.” Dia mengeluarkan sebuah passport dan kad pengenalan. Wajah Sixteen sudah ada di kad dan passport itu. rizal senyum.
“ Data dia pun dah masuk dalam sistem ke?” Tanya nya. Daniel mengangguk. Bukan senang dia hendak memecah masuk sistem kerajaan. Siap dengan dia sekali buat kerja jenayah.
“ Weh, aku tau la kita ni special sikit. Tapi, kau ada hak ke nak buat macam tu? tak ke jenayah tu.” ujarnya. Rasa bersalah kerana membuat sesuatu yang boleh dikatakan jenayah. Pemalsuan passport dan kad pengenalan adalah jenayah.
“ Aku terpaksa. Aku nak tolong dia. Tapi, aku tak tahu macam mana lagi caranya. Itu sebab aku perlukan benda ni, aku nak bawak dia naik flight lagi. Dia perlukan identity. lagipun, ni Memang kepakaran kau kan. So, aku tau kau boleh buat.” Jelasnya. Daniel mengeluh. Ada sesuatu yang ingin ditanya kepada Rizal.
“ Untuk kawan aku boleh tolong apa – apa saja. We’re in this together.” Ucapnya.
“ And out together.” Sambung Rizal. Daniel senyum. Memang itu adalah motto mereka berdua. Jika bekerjasama, mereka juga akan menyelesaikan bersama.
“ Tapi, mission aku ni, sampai sini je kau boleh tolong. Yang lain aku tak boleh nak bagitau kau.” Kata Rizal. Daniel mengangguk. Faham.
“ So, who is this girl, Zal? What makes you want to help her?” soalnya. Rizal diam seketika.
“ She is someone that I have to rescue. That I have to help till she is safe and sound.” Terangnya perlahan. Rizal membelok ke kanan. Masuk ke simpang jalan Api – api.
“ Someone special?” tekanya. Rizal menggeleng. Menafikan kata – kata Daniel sekaligus hatinya.
“ Someone that I just need to help. Help out of pity.” Balasnya.
“ Tapi kau tak boleh macam ni, Zal. Sampai buat sesuatu yang melanggar undang – undang. Kau tau ke apa yang boleh jadi kalau tertangkap?” tegurnya. Rizal mengangguk.
“ Aku tahu. Tapi, kes dia berlainan. Aku tak boleh biarkan dia macam tu. Aku rasa aku perlu tolong dia.” Rizal memberi alasan.
“ But, Zal. At least, beritahu aku pasal dia. Jangan mengelak, please. Aku nak tahu samada dia tu berbaloi atau tidak untuk kau tolong.” Daniel mula memaksa. Rizal mengeluh. Mereka keluar menuju ke Centre Point Sabah.
“ Dia sebenarnya orang Malaysia. Tapi, dia diculik masa dia masih kecik lagi. so, aku bawak dia balik ke Malaysia dan cuba tolong dia cari family dia balik.” Terangnya.
“ You mean, slave trading ke?” teka Daniel. Lambat Rizal mengangguk. Tiba – tiba Daniel berasa geram.
“ Mana otak kau, Zal. Kenapa tak bawak je pergi balai polis dan report pasal hal ni? Kau tau kan family dia mungkin tengah carik dia sekarang.” Marahnya, namun suaranya masih dapat dikawal.
“ Please. Kau jangan banyak tanya lagi, Dan. Hal ni rumit dan aku tak boleh nak cakap lebih – lebih. Stop asking me please. I have my own reason to do that.” Bantahnya keras. Daniel diam. Dia melihat muka Rizal yang tegang. Kemudian dia tersenyum sinis.
“ So, she is someone special to you?” perlinya separuh bergurau. Rizal menoleh. Daniel ketawa kecil bagai mengejeknya. ‘Nampak sangat ke apa yang aku rasa?’
“ Aku saja je test kau. Nampak sangat perempuan tu bermakna buat kau. Jangan nak tipu aku la, Zal. Macam la aku ni kenal kau semalam. Nampak sangat tertulis kat muka kau tu.” usik nya. Rizal ketawa besar. Mereka duduk di food court di tingkat bawah tanah. Makan makanan buffet yang tersedia di situ.
“ So, bila aku boleh jumpa minah yang berjaya ambik hati BFF aku ni?” Tanya nya. Rizal ketawa lagi. Nama minah memang melekat dengan Sixteen. Bahkan dia juga memanggil gadis itu minah.
“ Tunggu masa je. Nanti kot. Tapi kita kena be careful. Aku takut ada mata – mata hitam tengok kita.” Katanya. Daniel mengangguk. Mereka berdua meneruskan makan. Berbual tentang kisah lalu.

Arina tidak senang duduk di dalam bilik. Sudah lama Rizal keluar. Entah bilakah lelaki itu akan balik. Perutnya sudah mula berkeroncong. Hari pun sudah menganjak malam.
“ Tadi kata keluar kejap. Ni, dah berapa jam. Bukan jam lagi. Malam dah ni.” Katanya sendiri. Geram dengan Rizal. Dia masuk ke dalam bilik mandi. ‘Daripada mengumpat mamat tu, baik aku mandi.’ Gumamnya. Tidak lama Arina masuk ke dalam bilik mandi, pintu bilik dibuka dari luar. Arina yang menyanyi lagu pemain cinta dari Ada Band cukup jelas didengari oleh orang itu. Dia mengukir senyuman yang penuh makna.
Arina keluar dari bilik mandi. ‘ Eh, kenapa gelap semacam ni?’ soalnya dalam hati. Blackout ke? Tangan nya meraba – raba di dinding. Ingin mencari suis. Tiba – tiba badan nya diterkam dari belakang.
“ hindi ka makatakas ngayon, Sixteen.” Bisik orang itu. Lelaki. Arina panik. Akalnya sudah menjangka itu adalah orang Taiga. Tangan lelaki itu mula merayap di badannya yang cuma bertuala. Kepala Arina menghantuk ke kepala lelaki itu. kemudian dia berundur. Suis lampu masih belum dibuka.
“ Look like that I have to fight you in dark.” Gumamnya. Walau dalam gelap. Matanya dapat melihat kelibat lelaki itu dengan bantuan lampu bilik mandi. Mereka bergelut seketika. Arina menumbuk perut lelaki itu dan memberi flying kick di kepala nya. Lelaki itu rebah di atas katil. Kaki lelaki itu menendang tubuh Arina dan badan Arina terdorong ke meja dimana terletak nya tv. Tv itu jatuh. Pecah monitornya. Arina memegang tualanya dengan sebelah tangan. Lelaki itu mengambil sebiji bantal dan cuba menekup muka nya, namun Arina lebih cepat bertindak. Dia mencapai gelas di atas meja dan memecahkan gelas itu sedikit dan menghunus ke arah lelaki itu. gelas yang pecah itu kena tepat pada badan lelaki asing tersebut.
“ Argh!!!” kuat suara lelaki itu mengaduh. Dia memegang perutnya. Kemudian mengeluarkan pisau dari poket belakangnya. Arina kini cuma bersenjatakan gelas yang pecah. Dia cuba bergelut dengan merampas pisau dari lelaki tadi. Malangnya tangan lelaki itu lebih pantas dan mampu mencederakan perutnya. Arina menapak ke belakang. Meraba luka di perutnya. Melihat keadaan perutnya, Arina bertambah panas.
“ Aku dah la lapar masa ni. Kau lagi datang cari pasal. Kau sial!!!!! Siap kau!!!!” jeritnya dan menyerang kembali. Kini tindakan nya lebih pantas dengan membuka langkah yang dipelajarinya dalam judo iaitu, ‘Morote seionage’ . Lelaki itu rebah. Pisaunya tercampak entah ke mana. Lelaki itu berdiri lagi, sebelum lelaki itu sempat bebuat apa – apa, Arina terlebih dahulu membuat twist kick, yang membuat lelaki itu berlutut dan menendang kepalanya sekuat – kuat hatinya. Tersembur darah lelaki itu akibat tendangan Arina yang sememangnya kuat itu. Sekali lagi dia rebah. Arina berundur. Menunggu lelaki itu bangun. Sangkaan nya meleset. Lelaki itu bangun dan terus lari. Takut akan kekuatan gadis itu.


“ Aduh.” Arisa mengaduh kesakitan. Tiba – tiba saja perutnya rasa ngilu. Seperti dihiris. Datin Habsah menoleh mendengar suara anak gadis nya.
“ Kenapa, sayang?” Datin Habsah mendekati Arisa. Arisa mengangkat bahu. Dia meraba perutnya.
“ Entah la, bu. Tiba – tiba je rasa sakit.” Katanya.
“ Sakit perut nak pergi tandas ke atau sengugut.” Tekanya. Arisa menggeleng.
“ Tak lah, bu. Rasa macam kena hiris je.” Adunya memberitahu hal sebenar. Dahi Datin Habsah berkerut. Terus baju Arisa diselak hingga mendedahkan perutnya. Perut anaknya ada bekas merah. Seperti berdarah. Namun tidak seperti luka. Kesan nya saja seperti ada. Kepalanya terus terfikirkan seseorang. Arina!

Rizal dan Daniel berjalan di koridor Marina Court. Mereka berbual sehingga tidak sedar hari sudah larut malam. Rizal mengajak Daniel bermalam di bilik nya. Perbualan mereka terhenti apabila pintu bilik nya tidak berkunci. Mereka berdua masuk. Bilik itu gelap. Tangan Rizal membuka suis. Matanya membuntang melihat keadaan bilik yang bersepah. Dia terus mencari Sixteen. Matanya tertancap ke arah beberapa titis darah. Dia meluru ke bilik mandi. Kosong. Kepalanya melilau ke sekeliling.
“ Kau cari kat sekitar koridor sini.” Arahnya kepada Daniel. Daniel mengangguk, terus keluar dari bilik. Matanya melihat pintu balkoni terbuka. ‘ Ya Allah. Jangan lah terjadi apa – apa pada dia.’ Pohon nya dalam hati. Kakinya laju melangkah keluar ke balkoni. Dia melihat ke bawah. Mana tahu apa yang difikirkannya benar – benar terjadi. Namun, kawasan di bawah tiada apa – apa. Dia menarik nafas dan berpusing hendak masuk. Tiba – tiba dia terasa belakang kepalanya di tendang kuat. Tubuhnya terdorong ke katil. Akibat tindakan reflex, dia terus bangkit dan berpaling. Dia diserang lagi. orang itu membuat uppercut dan menumbuk dagunya. Belum sempat dia bertindak, bahagian abdomen nya lagi ditumbuk kuat dan sisi badannya ditendang.
Arina sudah tidak peduli lagi. Ingatnya lelaki itu datang semula. Dia tidak melihat siapa gerangan lelaki itu lalu menyerangnya. Dia yang berdiri di sisi balkoni itu cuma menunggu lelaki itu datang ke balkoni dan menyerangnya semula. Badan Rizal sudah merasa sakit. Sekali lagi kaki gadis itu hendak menendangnya, dia menahan kakinya dan menolak badan gadis itu ke katil. Dia mendekati Sixteen. Gadis itu menarik tangan nya dan membuat lengkah ‘ tomoe nage’. Sekali lagi badannya tercampak ke sisi katil sebelah. Mungkin gadis itu masih dalam traumanya. Dia cuba mendekati sekali lagi. Gadis itu cuba melawan, namun cepat dia menindih tubuh Sixteen. Kedua – dua tangan nya dipegang kejap.
“ Hoi, aku ni. Rizal!” herdiknya agar gadis itu sedar. Arina tersentak. Seakan – akan baru bangun dari mimpi ngeri, air matanya terus mengalir keluar. Bibirnya terketar – ketar menahan rasa. Rizal melepaskan tangan Sixteen dan memegang kedua belah pipi gadis itu.
“ Kau jangan takut lagi. Aku ada di sini.” Katanya cuba menenangkan Sixteen. Dia mengangkat badan Sixteen dan mendudukkan nya di sisi katil. Keadaan Sixteen yang cuma bertuala menarik nafsunya, namun setelah melihat kesan darah di perut Sixteen, hatinya dipagut rasa risau dan kasihan. Dia membuka jaketnya dan menyarung ke tubuh Sixteen. Gadis itu masih lagi berasa takut. Rizal hendak berdiri, belum sempat dia berdiri, badannya dipeluk kejap oleh Sixteen. Gadis itu menghambur tangisnya di badan sasa Rizal. Rizal cuma membiarkan nya. Tangan nya mengusap belakang badan Sixteen. Seketika mereka begitu. Dia melihat sekeliling bilik. Tv pecah. Meja terbalik. Gelas pecah dan ada kesan darah. Kemudian dia ternampak pisau di satu sudut dan pisau itu juga berdarah.
“ Ehem.. Ehem..” satu suara batuk. Rizal melihat ke arah suara itu. Daniel yang kini bersandar di dinding melihat nya. Mulutnya senyum. Pantas Rizal melepaskan pelukan itu. Dia menelan liur. Terasa malu. Arina juga menoleh ke arah yang sama. Seorang lelaki asing dilihatnya tenhag bersandar di dinding. Dia melihat Rizal.
“ Kawan aku. Daniel.” Dia memperkenalkan kawannya. Daniel cuma menunduk tanda hormat.
“ Kau pakai baju lekas. Kita perlu tinggalkan tempat ini.” Arahnya tegas. Arina mengangguk dan berlalu ke bilik mandi. Rizal mengambil First aid dalam begnya dan meletakkan nya di katil.
“ Cantik minah pilihan kau. Padan la kau nak tolong.” Perli Daniel. Rizal menjeling. Sempat lagi hendak mengusik. Arina keluar dari bilik mandi. Bajunya Nampak kesan darah tadi.
“ Sini. Aku nak ubat luka tu.” ujar Rizal sambil menarik tangan Sixteen. Arina sekadar menurut. Daniel melihat keadaan bilik. Bersepah. Dia mengambil sarung tangan dari first aid dan mengambil pisau dan gelas yang ada bekas darah. Dia menyimpan ke dalam bekas berlainan dan menyimpannya ke kedalam beg.
“ Kuat jugak bini kau, Zal. Bersepah bilik ni.” Kata – katanya membuat kedua – duanya menoleh. Mata Rizal mencerlung ke arah Daniel. Tapi Daniel buat tak tahu saja. ‘ Bini?’ fikir Arina.
“ Daniel berdiri bersandar di dinding. Matanya melihat Arina. Otaknya menjana persoalan. Dimana Rizal jumpa gadis ini? Gadis ini siapa? Apa kaitan nya dengan Rizal pula? Nama gadis ini pun dia tidak tahu. Dia melihat bilik ini. Gadis di hadapannya kini bukan setakat mempunyai kekuatan yang boleh menandingi nya, malah ada sesuatu yang dirahsiakan oleh gadis ini.
“ Aaah.. Kita yang berkenalan ni, tak tau pulak nama saudari ni siapa?” soalnya tanpa segan silu. Rizal menoleh. Begitu juga Arina. Melihat Daniel yang berdiri. Baru Rizal sedar. Dia tidak tahu nama sebenar Sixteen. Dia tidak mahu bertanya dan gadis itu pula tidak mahu memberitahu namanya.
“ Marissa. Saya Marissa.” Jawabnya sepatah tanpa memberitahu nama hadapannya. Rizal memandang Sixteen. Cantik nama nya. Dalam diam dia mengukir senyuman.
“ Dah. Jom kita bertolak.” Arah Rizal. Mereka segera beredar.

Jay mundar mandir di bilik nya. Sudah seminggu dia menunggu berita dari Rizal. Rizal hilang tanpa berita. Kepala nya ligat berfikir, adakah Rizal sudah menyelesaikan kerjanya atau belum. Apabila dia menelefon Rizal, tidak berjawab walau sekali. Orang – orang Taiga juga sudah mula mencari Sixteen.
“ Zal, where are you, man.” Gumam nya. Tangan nya mendail sekali lagi nombor Rizal. Bunyi deringan bergema di telinga. Tidak lama kemudian ada orang mengangkatnya, namun tiada suara.
“ Zal, where have you been, man?! I was worried sick here waiting for you. Have you done it? Have you killed Sixteen? If you do, bring her head to Taiga as soon as possible. He was freakin furious these days, man. Zal? Rizal?” soalnya bertalu – talu namun tiada suara yang menjawab. Kemudian kedengaran bunyi telefon jatuh. 

No comments:

Post a Comment