Search This Blog

Monday 21 November 2011

My Kembar???

BAB 2

TANGISAN Arina belum berhenti. Dia takut. Orang yang mengambil dia dan hampir juga membawa Arisa tadi ketawa di tempat duduk di hadapan. Arina diikat dan diletakkan di bonet kereta. Badan Arina bergegar ketakutan.
“ Mak, tolong Rina. Rina takut mak.” Rintihnya sendiri. Tiba – tiba kereta itu berhenti mengejut. Berdebar jantung arina tatkala bonet dibuka. Wajah dua lelaki yang menculiknya muncul dan Arina di angkat entah kemana kerana saat itu mata Arina ditutup dengan kain. Telinga Arina terdengar suara lelaki dan juga wanita ketawa. Kenapa mereka ketawa Arina tidak tahu sebabnya.
“ Bos, ni budak yang saya cakap kan tu.” Kata seseorang. Arina diletakkan di lantai. Oleh kerana ketakutan yang teramat sangat, Arina langsung tidak mengeluarkan suara. Cuma badan nya yang mengigil.
“ Alalaa.. Budak ni ketakutan la. Tengok haa.. mengigil satu badan.” Balas seorang lagi. kini suaranya perempuan. Kemudian satu bilik penuh dengan ketawa. Kain yang menutup matanya dibuka. Arina melihat sekeliling. Terdapat 7 orang di dalam bilik itu. 3 orang lagi perempuan. Salah seorang perempuan itu membelek badan dan muka Arina.
“ Badan dia boleh tahan. Muka pun ok jugak. Tangan, kaki, semua nya okay. Mesti mahal harga dia kan, bos.” Ujarnya.
“ Tapi, kau kata diorang kembar. Mana lagi sorang?” soal lelaki yang duduk di kerusi dan diapit oleh dua orang perempuan. Mata nya tajam melihat lelaki yang membawa nya ke sini tadi.
“ Err.. Bos. Yang sorang tu. Erm… Dah mati.” Jawab nya perlahan. Arina tersentak. Di kotak fikiran nya hanya Arisa. Tangis nya mula bergema. Adik nya sudah mati.
“ What!! Dah mati!! Kau buat kerja macamana haa???” herdik lelaki separuh umur itu. Lelaki itu menumbuk meja. Kuat. Semua orang yang berada di bilik itu terkejut. Tangis Arina juga serta merta berhenti kerana terkejut.
“ Kau tahu tak berapa harga dua orang budak ni kat luar tu? Mahal tau tak!! Dah ni tinggal sorang aku nak buat apa dengan dia?!” marah lelaki separuh umur itu. Semua diam. Arina cuma mendengar butiran kata namun tidak memahami maksud mereka. semua diam. Tidak berani menjawab. Lelaki separuh umur itu mengeluh kasar.
“ Tak pe. Dia pun boleh lah. Asal duit aku masuk.” Sambungnya lagi, kemudian ketawa terbahak – bahak. Selepas itu, mata Arina di tutup lagi dan dibawa entah kemana. Tidak lama kemudian, mulutnya disuakan sesuatu.
“ Minumlah.” Ujar seorang. Perempuan. Arina minum dengan rakus. Sejak dari tadi dia belum minum mahupun makan. Balutan dimatanya dibuka. Perempuan itu memberinya roti. Pada mulanya, Arina teragak – agak mengambilnya, namun apabila melihat wajah perempuan itu seperti ingin membantu, dia mengambil roti itu. Arina makan dengan rakusnya. Kemudian segelas air lagi di sua kepadanya. Cepat tangan Arina mengambil gelas itu dan meminum airnya. Perempuan itu senyum. Tidak lama kemudian, pandangan Arina mula kabur.

SEKARANG, TAHUN 2011

Oi, babae, ano ang iyong ginagawa dito?”( Oi, perempuan, apa kamu buat kat sini?). satu suara mengejutkan lamunan nya. Hari sudah gelap. Arina tersentak. Dia cuma melihat pelita yang berada di tangan pemilik suara tadi, namun cahaya pelita itu tidak cukup terang untuk menunjukkan wajah orang itu.  Tangan kanan nya pantas mencapai pisau kepunyaan nya dan dihunus ke leher si pemilik suara tadi.
“ Sino ka?! ( siapa kamu?)” Tanya nya kasar. tangan kirinya menindih orang itu ke pohon rendang kuat.
“ Sino ka?!!” ulangnya. Kini lebih kasar lagi. orang itu mengangkat tangan nya yang memegang pelita dan ditujukan ke muka agar Arina dapat melihat siapakah gerangan suara tadi.
“Ako lamang ng isang lumang tao, live na hindi malayo mula rito. (saya cuma seorang tua, tinggal tidak jauh dari sini)” Balasnya lembut. Arina melepaskan orang tua itu. Pisaunya disimpan di poket belakang seluarnya. ‘ orang tua rupanya. Ingat siapa.’ Getusnya. Orang tua itu merenung Arina. Keadaan Arina Nampak seperti ketakutan dan comot.
“Kailangan mo ng tulong? Itsura ninyo tulad ng kailangan mo ng tulong.(kamu perlukan pertolongan? Saya lihat kamu memang memerlukannya.)” Ujarnya. Arina melihat keadaan dirinya. Memang nampak sangat memerlukan bantuan. Arina mengangguk perlahan. Dia mengikut orang tua itu tanpa merasa was – was. Tiba – tiba hatinya merasa selamat bersama orang tua itu.

Bilik itu sudah berselerak. Kerusi semua patah. Cermin pecah. Isi tilam terburai. Semua itu belum mampu untuk menghilangkan rasa marah Taiga kepada Sixteen a.k.a Arina. Konco – konco nya tidak berani masuk campur. Gerun dengan kemarahan Taiga. Botol arak di atas meja sisi dicapai lalu diteguk rakus. Kepalanya ligat berfikir bagaimana gadis itu boleh melepaskan diri.  Hatinya marak kerana aset nya boleh lepas begitu sahaja. Botol arak yang sudah habis dibaling nya ke dinding.
“ Magtatagal ako makakakuha ka ng!!! ( aku akan dapatkan kau!!).” jeritannya bergema di  bilik itu.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, MELAKA. MARKAS GRUP GERAK KHAS 10.30 a.m
“  Masuk.” Arahan diberi dari dalam. Rizal masuk ke dalam bilik Leftenan Everett Mikail. Kemudian berdiri dalam posisi senang diri di hadapan meja Leftenan Everett Mikail.
“ Tuan, Ya, Tuan.”
“ Duduk.”
“Tuan, Ya, Tuan.’’ Jawabnya lalu duduk. Leftenan Everett Mikail duduk sambil tangan nya disatukan bagai memikirkan sesuatu. Fail yang ada dihadapan nya sudah dibaca dan sudah dihafal isinya.
“ Report.” Ujarnya. Rizal menarik nafas dan menerangkan laporan mengenai misi sulit yang diberi kepadanya beberapa tahun yang lepas. Misi nya adalah menyiasat kegiatan menyeludup senjata api dan perdagangan orang. Misi nya itu menyebabkan dia terpaksa merantau ke banyak negara asing untuk menyiasat dengan lebih mendalam lagi.
“ Sekarang, Taiga sudah mula menunjukkan belangnya di pasaran gelap di China. Ini gambar yang sumber saya dapat tangkap, dan ini merupakan senarai jadual perjalanan yang telah diatur oleh pembantu Taiga di Somalia. Mereka sudah mula membuat perjanjian dengan salah satu kumpulan pengganas di Somalia, Tuan.” Rizal berhenti sekejap dan tangan nya menghulurkan beberapa keeping kertas beserta gambar.
“ Selain itu, saya juga mengetahui bahawa Taiga juga akan menyeludup orang dari Indonesia dan juga Filipina. Tapi tidak tahu berapa ramai. Saya belum mendapat kepastian lagi. Hal itu, saya akan siasat lebih mendalam lagi. Di sini saya ada salinan laporan saya.” Rizal menyerahkan  CD Rom kepada Leftenan Everett Mikail. Leftenan Everett Mikail menyambut huluran Rizal.
“ Bagus, Rizal. Teruskan menyiasat. Dan, awak tidak perlu datang sini lagi. apa – apa maklumat yang awak dapat, awak boleh pos atau bagi kepada Komando Asyraf. Saya sudah maklumkan dia. Saya tidak mahu misi awak terjejas.” Ujar nya.
“ Tuan, Ya , Tuan.”
“ Awak boleh pergi.” Rizal melangkah keluar. Malam ini dia akan menaiki penerbangan ke Filipina. Oleh kerana misinya terlampau sulit, Rizal terpaksa menyamar menjadi orang jahat dan bersusah payah untuk mendapatkan kepercayaan Taiga untuk mengambilnya menjadi anak buah kepada kumpulan itu. Dia berjalan menuju ke kereta. Langkahnya terhenti apabila seseorang melaung – laungkan namanya. Dia menoleh ke suara itu. Daniel Lee berlari mendapatkannya dari arah cafeteria.
“ Yo, Zal. Lama tak Nampak kau.” Sapa Daniel Lee. Teman sesama nya menyertai GGK. Rizal senyum.
“ Biasa la. Kerja aku kan menghilang.” Balasnya sambil berseloroh. Daniel ketawa. Dia mengangguk faham. Setiap tugasan yang diberi samada berseorangan atau berkumpulan, semuanya sulit.
“ Eh, jom pergi minum. Alang – alang jumpa kau. Diorang Azmi, Eddie dan Sam ada kat rumah. Kitorang pun belum lama cakap pasal kau tadi.” Ajak nya. Rizal senyum. Mereka berdua berjalan bersama ke rumah Daniel.

ARISA menghidangkan makan malam di meja. Hari ini, hati nya lapang dan tenang. Entah kenapa dia pun tak tahu.
“ Abah, mak. Jemput makan.” Panggil nya dari ruang tamu. Ibu dan Ayah nya ketika itu sedang beristirehat di taman di laman rumah.
“ Hmm… Anak awak tu dah Panggil emak nya.” Tegur Dato’ Hisham. Datin Habsah juga melangkah bersama suaminya masuk ke dalam rumah. Arisa yang sudah sedia duduk di meja makan menyeduk nasi ke pinggan ibu dan ayah nya. Dato’ Hisham senyum melihat layanan anaknya.
“ Hmm.. Mood anak abah ni bagus semacam je. Ada apa – apa ke yang baik terjadi hari ni?’’ duga nya. Arisa senyum, kemudian menghulurkan pinggan kepada ibunya.
“  Tak de lah, Bah. Senang hati je. Risa pun tak tau kenapa.” Balasnya. Lengan baju kurung yang dipakainya malam ini dilipat hingga paras siku. Datin Habsah yang hendak mencedok lauk yang kebetulan terletak di hadapan Arisa terkejut melihat tangan  kiri anaknya. Ada kesan calar dan juga lebam.
“  Arisa, kenapa dengan tangan tu?” soalnya. Mati terus niatnya hendak  mencedok lauk. Arisa yang hendak menyuap nasi melihat tangan kirinya. Seperti ibu nya, dia pun terkejut melihat kesan itu. Dato’ hisham membelek tangan anaknya.
“  Mana Risa dapat ni?” soalnya. Arisa mengangkat bahu.
“ Tak tau. Tadi sebelum mandi takde pun.” Balasnya. Hairan dengan perubahan dirinya. Datin Habsah bangun dan berlalu ke ruang tamu. Ingin mencari minyak panas.
“ Sure ke Risa takde langgar apa – apa ni, terketuk ke?” soal Dato’ Hisham. Arisa menggelengkan kepala. Seingatnya tiada kemalangan kecil yang menimpanya hari ini. Cuma dia tertekan stapler ke ibu jari saja tadi. Itu pun sebab dia kelam kabut kerana hendak menghantar kertas kerja.
“ Tak de pulak, bah. Lagipun tak sakit pun tangan ni. Macam bukan lebam. Risa rasa biasa je. Lagipun, hal ni selalu berlaku. Walaupun Risa tak buat apa – apa. Kadang kadang, siap ada parut lagi, tapi kesan nya tak lama. Nanti hilang lah tu.” Balasnya. Sememangnya Arisa tidak merasa apa – apa kesakitan pada tangan kirinya. Datin Habsah yang ketika itu menapak ke meja makan terhenti. Jangan – jangan…….

No comments:

Post a Comment