Search This Blog

Monday 21 November 2011

My Kembar???

BAB 11

“ Abang bila balik Malaysia?” Tanya Datin Habsah pada satu hari. Dato Hisham berhenti membuat kerjanya. Telefon yang diset loudspeaker dioff semula.
“ Kerja kat sini pun belum selesai lagi, sayang. Maybe hari khamis depan abang balik. Kenapa? Sayang rindu ke?” usiknya. Sehari tidak mendengar suara isterinya boleh membuatkan nya seperti hilang arah. Rindunya menggunung kepada isterinya.
“ Mesti la rindu. Abang ni, suka la tu. Dah dia yang jauh, kita yang tinggal sorang kat sini bukan nya nak ingat.” Perlinya. Dato’ Hisham ketawa. Walaupun sudah berumur 49 tahun, cinta yang dirasakan nya bersama Datin Habsah masih segar seperti pertama kali bercinta.
“ Siapa kata abang tak rindu. Kalau abang tak rindu, mana ada nya abang nak call hari – hari. Takde nya abang nak 3G hari- hari. Sah, masih ragu – ragu ke dengan cinta abang?” duganya. Merona merah pipi Datin Habsah. Nasib baik Arisa tiada, kalau tak, habis boleh dibuat modal untuk menyakatnya.
“ Bukan nya ragu. Eh, abang ni. Cakap macam la kita ni masih muda. Sedar la yang kita dah tua abang sayang oi.”
Dato’ Hisham ketawa. Gemar sangat menyakat isterinya. Itulah yang membuat cinta mereka utuh.
“ Tua macam mana pun, cinta kita masih muda. Hati sayang dan hati abang masih muda dalam cinta. Apa nak dimalukan?” ujarnya bermadah. Terbayang wajah isterinya mesti kemerah merahan menahan malu. Datin Habsah sudah tidak senang duduk. Terasa diri masih muda dengan ungkapan cinta si suami.
“ Abang ni, dah la. Malu Sah dengar.” Katanya tersipu – sipu. Bertambah lagi rindunya kepada suaminya. Dato’ Hisham ketawa kecil.
“ Arisa apa khabar?” soalnya mengalihkan tajuk. Malas hendak menyakat isterinya, tunggu dia balik lagi best sakat. Dapat tengok sekali reaksi isterinya. Hehe…
“ Hmm.. Anak abang tu, hujung minggu, bukan nya melekat di rumah. Takde lain nya. Mesti dengan buah hati dia je.” Adunya.
“ Buah hati? Bila masa pulak anak kita ada boyfriend?” soalnya hairan.
“ Abang ni, Sah maksudkan Awal la. Anak abang tu, breakfast, Awal. Makan tengah hari, Awal. Dinner pun Awal. Berkepit je 24 jam. Sah kata boyfriend tak nak mengaku. Ketawa adalah dia.” Katanya senang. Dato’ Hisham ketawa.
“ Sah ni ada – ada je. Dah diorang tu kawan dari kecik, apa salah nya diorang keluar. Lagipun, kalau boyfriend pun, abang tak kisah. Lagi suka ada la. Awal tu baik orangnya.” Dato’ Hisham sudah mula masuk bab Arisa.
“ Sah suka jugak bang. Tapi, adakalanya, Sah rindu jugak dengan Arisa. Sejak dia mabil alih kerja abang, susah sangat nak melekat di rumah. Weekday, kat office. Weekend dengan Awal. Saya ni, selalu seorang je. Boring la bang.” Adunya. Dato’ Hisham diam.
“ Pak Harun dengan Mak Enot tu bukan nya teman Sah la kat rumah.”
“ Diorang tu lain la bang. Lagipun, diorang pun busy jugak. Nak uruskan rumah ni lagi. Sah maksudkan Arisa, dan abang.”
“ Hmm.. Apa kata Sah datang sini. Kita terus honeymoon nak?” ajaknya. Datin Habsah terkejut dengan cadangan suaminya.
“ Abang kan kerja. Bila masa nak honeymoon. Sah malas nak ganggu abang kerja.” Dalihnya. Dia melihat ada sebuah kereta yang masuk ke perkarangan rumahnya. Bunyi keretanya jelas kedengaran oleh Dato’ Hisham.
“ Siapa tu, Sah.” Soalnya, Walaupun dia sebenarnya sudah tahu siapa gerangan yang datang itu. Datin Habsah melangkah menuju ke kereta tetamunya. Wajah Akmal, merangkumi, PA suaminya keluar dari perut kereta.
“ Selamat pagi, Datin.” Sapanya sambil tersenyum.
“ Dato’ suruh saya datang untuk bagi Datin ni.” Sambungnya sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Buntang mata Datin Habsah melihat barang itu. Akmal meminta diri dan masuk semula ke dalam kereta, kemudian memandu pergi. Datin Habsah masih terkulat – kulat melihat barang itu.
“ Hmm.. Amacam? Terer tak abang bagi surprise. Tiket tu, valid hari ni je tau. Aah kemas – kemas la. Abang tunggu kat sini ye.” Ujar Dato Hisham sebelum mematilan talian. Gembira kerana dapat juga membuat isterinya datang ke London.
“ Ab.. Abang. Hello?” datin Habsah seperti baru tersedar dari mimpi. Walaupun sudah lama melayari bahtera perkahwinan, namun, suaminya penuh dengan kejutan.

SUDAH beberapa hari Rizal bercuti. Dia perlu menenangkan hati dan mindanya. Balik ke kampung sememangnya pilihan yang baik untuknya. Dia merenung siling rumah. Rumah peninggalan keluarganya dijaga rapi oleh adiknya, Izzat. Adik keduanya yang kini menjadi usahawan muda dalam mengusahakan sayur – sayuran menggunakan tanah pusaka keluarganya. Dia melangkah keluar dari biliknya. Adiknya tiada dirumah.
“ Bosan jugak kalau duduk terperap macam ni.” Ujarnya sendiri. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melawat kebun adiknya. Perjalanan dari rumahnya ke kebun hanya memakan masa 10 minit.
“ Besar jugak kebun dia ni? Macam ladang ada jugak.” Pujinya sambil melihat sekitar kawasan kebun adiknya. Matanya menangkap Izzat sedang mengarah pekerjanya di satu sudut. Dia berjalan mendekati adiknya.
“ Besar jugak kebun kau, Zat. Kau beli tanah ke?” Tegurnya. Izzat berpaling, kemudian senyum. Senang dengan kehadiran abangnya.
“ Alhamdulillah, bang. Mula – mula tu, Zat start dari tanah yang tak sebesar mana. Sekarang, dah perniagaan Zat maju, Zat beli tanah Pak cik Ali. Dapat jugak extend kebun ni.” Ujarnya senang. Rizal senyum. Tidak menyangka dengan kebolehan adiknya yang hanya belajar sehingga Diploma, mampu menjadi seorang usahawan yang Berjaya.
“ Ni bukan nya kebun, ni dah jadi ladang dah.” Ujarnya bagai orang yang baru kenal dunia.
“ Jom, Zat bawa abang tengok sekitar kebun ni.” Ajaknya. Rizal menurut. Banyak tanaman yang diusahakan adiknya. Dalam hati, dia berasa amat bangga dengan adiknya. Adiknya yang berusaha tanpa meminta bantuan sesiapa. Izzat mula berdiri di kaki sendiri ketika baru berusia 20 tahun. Usia nya dengan Izzat cuma beza 6 tahun saja, berbanding dengan nya, Izzat cepat matang dan mudah belajar. Sangat pandai mencari punca rezeki. Hari itu, Rizal banyak belajar mengenai pertanian, dan sains tanaman dengan adiknya.




MALAM itu, setelah makan malam dan solat di surau berdekatan dengan rumah nya, Rizal hanya duduk termenung di teratak di laman rumah merenung langit. Siapa lagi di fikiran nya lain tidak bukan, Marissa. Sesekali dia mengeluh.
“ Tak baik mengeluh bang.” Tegur Izzat yang baru menapak keluar dari rumah. Dia melabuhkan punggung di teratak itu. Sejak abangnya balik, abangnya kerap termenung. Ini kali pertama sejak setahun abang nya tidak balik ke kampung. Agak terkejut juga apabila tiba – tiba melihat abangnya terpacak di depan pintu rumah. Dahulu, Rizal yang dikenalinya merupakan seorang yang agak ramah, dalam masa yang sama, seorang yang serius dan tegas. Matang dalam membuat keputusan, dan bijak apabila menyelesaikan masalah. Dan juga sifat garangnya datang apabila bertemu dengan perempuan, itu saja yang menghairankan benaknya.tapi, Rizal yang kini, seperti tiada semangat, dan sangat pendiam. Sikap terbarunya adalah termenung. Itulah yang diperhatikan nya semenjak abang nya balik.
“ Cantik ke bintang malam ni?” soal Izzat sambil melihat langit. Hitam saja. Malam itu tiada bintang yang menyeri langit.
“ Hmmm..” jawabnya sepatah. Izzat turut berbaring.
“ Banyak kan bintang malam ni?” soalnya lagi. tahu akan abangnya sebenarnya bukan nya melihat bintang tetapi, pandangan nya mampu menembus langit yang tinggi.
“ Hmmm..” jawabnya setelah beberapa ketika.
“ Abang ada masalah ke?” soalnya lagi.
“ Hmmmm..” jawabnya. Izzat diam. Nampak sangat abangnya ada sesuatu yang disimpan. Tiba – tiba telefonnya berbunyi. Dia senyum melihat nama yang tertera.
“ Hello, Lia. Lama tak call. Apa khabar?” katanya. Adik bungsunya Camelia ketawa.
“ Baik, bang. Lia Sihat je. Cuma sibuk je lah kat sini. Banyak kerja Lia kena uruskan.” Ujarnya.
“ Abang faham. Lia dan family apa khabar? Bila Lia dapat balik sini? Lama dah Lia tak datang.”  Ujarnya. Rizal Cuma memasang telinga.
“ Hmm. Lia memang nak bang. Lagipun, Lia rindu dengan kampung. Tapi, sini masih banyak kerja. Lia nak cuti sekarang pun tak dapat, sebab bos Lia takde. Abang Ikram pun busy jugak, Sekarang ni, banyak kes yang dia handle.” Jawabnya. Izzat mengangguk faham. Kehidupan adik beradik nya kini, Walaupun sudah bekerjaya, namun masih erat.
“ Takpe lah. Kalau Lia ada cuti, balik la kampung ye. Haa, lupa nak cakap. Abang Zal ada kat rumah ni.” Ujar Izzat. Rizal menoleh apabila Mendengar namanya disebut.
“ Eh, ye ke? Abang ninja dah balik? Lia nak cakap jap dengan abang ninja.” Pinta Camelia. Camellia memang sudah biasa memanggil abang sulung nya dengan gelaran ninja, ini pun sebab abangnya yang bekerja sebagai seorang komando, agak berbeza sikit berbanding dengan askar biasa. Kadang – kadang kerja nya memerlukan nya untuk berada di satu tempat yang jauh dan mereka akan terputus hubungan begitu saja.  Kemudian beberapa bulan selepas itu wajah abangnya akan muncul semula. Seperti seorang ninja. Izzat ketawa. Sudah lama dia tidak mendengar gelaran itu. dia memberikan telefon kepada Rizal.
“ Lia nak cakap dengan kau, ninja.” Usiknya sambil tersenyum. Dahi Rizal berkerut. Ninja? Dia menyambut huluran telefon Izzat.
“ Assalamualaikum, abang.” Sapanya.
“ Waalaikumsalam, Lia. Apa khabar adik abang? Sihat?”  dia mengajukan soalan yang sama. Camelia ketawa. Gembira kerana abangnya prihatin kepadanya.
“ Sayang jugak abang kat Lia ye. Haha. Ingat abang nak hilangkan diri lama lagi.” perlinya. Rizal ketawa kecil. Lebih untuk menyedapkan hatinya.
“ Kenapa? Abang kan ninja. Kerja abang kan menghilangkan diri.” Selorohnya. Hilang sebentar wajah mendungnya. Diganti dengan senyuman. Camelia ketawa.
“ Tak nak la. Lia tak suka abang jadi ninja. Lia nak abang jadi manusia biasa je.” Balasnya. Rizal senyum. Izzat masuk ke dalam rumah. Membiarkan Rizal berbual dengan Camelia. Sekurang – kurang nya, Nampak jugak seri muka abangnya daripada kelam semacam saja beberapa hari ni.
“ But, abang suka jadi ninja. Just takde topeng je nak lengkapkan kostum abang. Hmm.. Lia bila balik kampung? Rindu jugak dengan adik abang ni.” Katanya.
“ Tak tau la bang. Lia busy kat sini. Abang Ikram pun busy jugak dengan kes dia. Cuti abang berapa lama?” Tanya nya.
“ Abang minta cuti dua bulan, Lia. Nak tenangkan fikiran.” Ujarnya perlahan. Camelia ketawa kecil.
“ Laa.. Kesian abang ninja Lia ni. Siapa yang berani nak semakkan fikiran abang Lia ni? Cuba cerita.”  Ujarnya separuh bergurau.
“ Siapa pulak yang nak semakkan fikiran abang? Abang nak rest je. Bukan nya fikiran semak. Apa la Lia ni.” Balasnya cuba mengelak. Izzat kembali dengan membawa dua mug air milo. Rizal duduk. Dia menekan butang loudspeaker. Kedengaran suara Camelia bersuara dari corong telefon.
“ Mana la tau, yang semak kan fikiran abang tu.. berkemungkinan.. seorang perempuan?” katanya. Izzat yang Mendengar ketawa. Rizal Cuma menggeleng kepala.
“ Mungkin jugak la tu, Lia. Abang ninja kita ni, sejak balik kampung, dok termenung je keja nya. Nak tanya takut tak berjawab pulak nanti.’’ Sambung Izzat. Rizal menjeling Izzat. ‘ Hah, sudah. Ni mesti nak bergabung kenakan aku.’ Fikirnya.
“ Betul ke ni bang? Ada insan bernama perempuan dah masyuk dalam hati abang ninja Lia? Macam tak percaya je.” Balasnya.
“ Betul Lia. Haa, tu la sebab abang suruh balik. Dapat jugak Lia tengok abang ninja Lia ni angau. Susah tau nak tengok muka dia macam ni.” Izzat menyampuk.
“ Alolo. Sampai macam tu sekali abang ninja Lia ni angau. Bagitau la siapa dia bang? Lia nak tahu. Mana tau Lia dapat jumpa dia satu masa nanti.” Ujar Camelia girang. Rizal menjeling Izzat. Dia dan Camelia kalau sudah masuk bab mengorek rahsia, mesti bergabung tenaga.
“ Ish. Takde makna nya aku ni nak angau. Ceh, korang berdua ni. Dah la, malas aku nak cakap lagi.” ujarnya sambil menghirup air yang dibuat oleh Izzat. Izzat dan Camelia bergabung ketawa.
“ Alaa.. Apa la salahnya kalau abang angau. Kitorang lagi suka. Ada jugak orang yang Berjaya merobohkan hati abang yang maha keras tu.” perli Izzat. Camelia mengiakan kata – katanya.
“ Haah. Lia pun suka jugak. Tak la risau abang ninja Lia ni jadi bujang lapok.” Sambung Camelia. Izzat mengangguk. Rizal mencebik.
“ Eh.. Eh.. aku aje ke? Ni ha, yang sorang ni pun sama jugak membujang nya. Takde pun Lia risau.” Balas Rizal. Camelia ketawa. Mesti abangnya belum tahu lagi.
“ Heh. Apa pulak aku? Aku dah ada calon la, bro. Engkau tu je yang belum.” Balas Izzat. Rizal tersentak.
“ Kau? Dah ada calon? Bila? Apasal aku tak tau?” soalnya bertubi – tubi. Izzat tersengih – sengih. Camelia yang dihujung talian diam.
“ Abang Izzat! Abang belum bagitau ke?” sampuk Camelia. Semakin panjang sengih Izzat. Itu sudah cukup memberi jawapan kepada Rizal.
“ Sorry, aku belum ada kesempatan nak gitau kau. Hehe. Iya, aku dah ada calon. Kalau aku ada masa, dan dia pun ada masa, aku bawak dia jumpa kau ye.” Katanya lembut. Rizal diam. Terasa hati nya kerana berita segembira itu tidak disampaikan kepadanya.
“ Hmm.. Jangan sampai kau kahwin nanti pun aku kau tak bagitau.” Ujarnya seakan – akan berjauh hati. Izzat diam. Perasaan abangnya sangat sensitive kali ini.
“ Sorry, bang. Aku lambat bagitau kau. Just aku takda kesempatan je nak call kau. Memandangkan kau ada kat kampung ni, kiranya aku nak gitau sekali. Nampaknya yang jauh tu jugak yang sampaikan berita ni dulu.” Ujarnya separuh menyindir. Sengaja dia menekankan ayat ‘jauh’. Camelia ketawa.
“ Sorry. Mana la Lia tau. Lia ingat abang Zat dah bagitau tadi.” Balasnya perlahan.
“ Takpe. Asal korang happy, dah cukup bagi aku. Adik aku semua dah pandai nak menggatal. Yang sorang lagi, dah berlaki, tapi anak belum lagi sampai. Haih, bila la aku nak merasa ada anak buah ni.” Ujarnya cuba untuk menceriakan suasana. Camelia ketawa. Langsung tidak terasa dengan kata abangnya. Izzat menggeleng.
“ At least aku gatal kepada yang sebetul nya. Bukan songsang eh! Cakap baik sikit.” Bentaknya sambil ketawa. Rizal ketawa bersama.
“ Dan abang tu. Dari abang nak merasa ada anak buah, baik cari bini je. Lagi bagus.” Sampuk Camelia. Tawa Rizal mati. Kata – kata Camelia membuatkan dia teringat kepada Marissa.
“ Haa.. Dah balik dah muka seposen dia ni, Lia.” Tegur Izzat. Rizal tersenyum tawar.
“ Kenapa ni? Kau, kalau ada masalah pun, beritau la aku. Kalau tak, ni haa. Lia pun ada. Mana tau dapat tolong kau.” Ujar Izzat sambil menunjuk ke arah telefon nya. Hati Rizal terasa berat. Dia menarik nafas, buat kesekian kalinya dia membuka kisah Marissa. Tapi kali ini kepada adik beradiknya.

Suasana KLIA seperti biasa sangat sibuk seperti hari – hari bekerja. Pada hari ini, dia mempunyai temuduga di Syarikat JGS Architecture and Engineering. Sudah lama dia menantikan saat ini. Dengan ilmu da pengalaman yang ditimba demi seseorang itu, dia sanggup berkorban masa dan tenaga untuk merealisasikan impian terakhir nya. Dia menahan teksi dan menuju ke Syarikat itu. Senyuman di bibirnya tidak lekang sejak dari tadi.
“ Tambangnya 20 ringgit encik.” Ujar pemandu teksi tadi. Dia menyerahkan dua keeping duit 10 ringgit dan keluar dari perut teksi tersebut. Sampai juga akhirnya dia di tempat kerja barunya. Dia tersenyum bangga. Dia melangkah masuk ke dalam syarikat yang berdiri megah di hadapannya. Setelah sampai ke tingkat 10, dia berjalan menuju ke sebuah meja yang berada tidak jauh dari nya. Di meja itu, tertera nama Camelia. Dia senyum. Telinganya mendengar bisikan halus dari pekerja wanita di pejabat itu.
“ Excuse me, saya datang nak interview. For the Head Engineer Department position.” Ujarnya. Camelia senyum.
“ Yes. Sila tunggu sekejap ya. Awak duduk di situ sementara menunggu.” Ujarnya kemudian menekan intercom.
“ Boss, calon baru dah datang.” Katanya.
“ Baik, suruh dia masuk.” Kata Arina. Camelia memberi isyarat kepada pemuda itu untuk masuk ke dalam bilik ketuanya. Pemuda itu senyum dan melangkah menuju ke bilik yang ditunjuk tadi. Matanya membaca nama yang tertera di pintu bilik itu.
“ Arina Marissa. CEO.” Sebutnya perlahan. Kemudian satu senyuman penuh makna terbit di bibirnya. Setelah dia mengetuk pintu, dia masuk dan melangkah ke hadapan meja CEO. Tatkala gadis itu mengangkat wajahnya, matanya terus menusuk ke hatinya. Dia cuba mengawal Perasaan yang mula bertandang, dan memberikan fail yang mengandungi resume nya.
“ Duduk.” Arah Arina pendek. Dia membelek fail tersebut.
“ Kenalkan diri awak.” Sambungnya lagi. Dia senyum. Dengan penuh yakin dia bersuara.
“ Saya Micheal Jacey Ismail. But you can call me Jay. I’m here for the new Head Engineer position.” Ujarnya penuh yakin. Senyuman tidak lekang dari bibirnya, penuh makna dan hanya dia saja yang tahu maksudnya.

My Kembar???

BAB 10

Arina menggeliat. Dia bangun dari katil. Sudah dua hari dia berada di London. Sibuk menguruskan projek L-Bridge. Telefon di meja sisinya bordering meminta diangkat. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon.
“ Assalamualaikum, Papa.” Sapanya manja. Leftenan Everett Mikail senyum. Manja Arina mengalahkan mengalahkan manja anak kandung. Mungkin kerana kekurangan kasih sayang menyebabkan anaknya begitu.
“ Waalaikumsalam. Suara tu macam baru bangun tidur je.” Teka Leftenan Everett Mikail. Arina ketawa.
“ Yes papa. Rina baru je bangun ni. Papa apa khabar? Sihat?” Tanya nya. Dia melihat jam tangan nya di meja sisi. Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. Bermakna, di Malaysia baru pukul 2 pagi.
“ Papa belum tidur ke? Tak ke lewat dah tu?” tanyanya.
“ Papa nak call anak papa ni lah. Sanggup tunggu kejap. Nak dengar suara anak papa ni. Baru dapat tidur lena.” Balas Leftenan Everett Mikail. Arina senyum. Walaupun cuma anak angkat. Sayang nya kepada orang tua itu tidak pernah kurang. Dengan bantuan papa angkatnya, dia dapat berdiri di posisinya sekarang. Dahulu, dia tiada apa – apa. Baru hampir seminggu dia tiba di KL, dia mengetahui rahsia lelaki yang banyak menolongnya melarikan diri dari Taiga. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat panggilan yang sangka nya biasa, namun, retak hatinya kerana memberi kepercayaan kepada lelaki yang dia sendiri tidak tahu asalnya.
“ Rina?” panggilan papanya membuatkan dia tersentak. Sempat lagi fikirannya melayang.
“ Emm. Sorry. Papa, nanti lagi Rina call ye. Rina nak mandi. Lepas ni nak bersiap nak turun kerja. Papa tidur lah dulu. Nanti lambat bangun, takut kena denda pulak.” Katanya. Leftenan Everett Mikail ketawa. Setahun menjaga Arina, gadis itu tidak banyak kerenah. Dia mematikan talian. Leftenan Everett Mikail baring di katil bujang nya. Teringat kenangan semasa pertama kali bertemu Arina.


SETAHUN LALU, SOMEWHERE ON KL - MELAKA ROAD.

Leftenan Everett Mikail sedang memandu balik menuju ke pangkalan tentera di Melaka. Butang radio ditekan. Lagu ‘ I want to do bad things with you’ nyanyian Jace Everett berkumandang di corong speaker. Leftenan Everett Mikail amat meminati lagu ala – ala cowboy dan country ni. Stereng kereta diketuk – ketuk mengikut nada lagu.
When you came in the air went out
And every shadows filled out with doubt
I don’y know who you think you are but before the night is through
I wanna do bad things with you…

I'm the kind to sit up in his room.
Heart sick an' eyes filled up with blue.
I don't know what you've done to me,
But I know this much is true:
I wanna do bad things with you.

When you came in the air went out.
And all those shadows there filled up with doubt.
I don't know who you think you are,
But before the night is through,
I wanna do bad things with you.
I wanna do real bad things with you.
Ow, ooh.

Tiba – tiba matanya menangkap kelibat seseorang yang berlari di tepi jalan. Disepetkan matanya yang sudah kurang jelas itu. seorang perempuan sedang berlari. Jalan raya yang dilaluinya agak lenggang pada masa itu. dia memperlahankan keretanya. Gadis itu memakai baju putih.  Akalnya terfikirkan sesuatu yang menyeramkan. Tambahan pula rambut gadis itu panjang dan tidak berikat. Dia memandu melintasi gadis itu, namun matanya masih melihat kelibatnya melalui cermin sisi. Seketika dia melihat gadis itu terjatuh, terus kakinya menekan brek. Dia memberi signal ke kiri dan keluar dari kereta.  Perlahan dia mendekati gadis itu. semakin dekat, semakin jelas kedengaran Esakan. Sudah tentu datang nya dari nya.
“ Emm.. Cik, cik tak apa – apa ke?” sapanya cuba meramahkan diri. Tetapi lebih kepada meramahkan hati untuk beristighfar. Mana tahu, itu bukan manusia. Gadis itu mendongak. Saat mata Leftenan Everett Mikail jatuh ke wajah gadis itu, hatinya sudah terpaut. Perasaan itu bukan nya cinta, tetapi kasihan dan simpati. Gadis itu menangis, wajahnya sudah cukup menerangkan segala – galanya. Dia menghulurkan tangan.
“ Berdiri, cik. Tak baik duduk menangis tepi jalan ni.” Ujarnya. Gadis itu masih menangis. Dia tidak menyambut huluran itu, sebaliknya dia bangkit sendiri. Tika itu, sebal hatinya dengan insan bernama lelaki. Wajah yang dipamerkan saat dia berdiri berbeza ketika dia duduk tadi. Leftenan Everett Mikail kaku. Begitu cepat gadis ini mengawal riak mukanya.
“ Tinggalkan saya sendiri.” Ujar gadis itu. lemah, tetapi tegas. Leftenan Everett Mikail berundur setapak. Tenungan mata gadis itu sangat berlainan. Dia sendiri tidak tahu Bagaimana hendak menafsirkan maksud mata itu. namun, dia memberanikan diri untuk bertanya.
“ Cik perlukan pertolongan ke?” soalnya. Mata gadis itu mencerlung kearahnya. Nampak jelas marahnya. ‘Ada yang tak kena ni?’ bisiknya.
“ Aku dah kata, tinggalkan aku sendirian!!” herdiknya. Leftenan Everett Mikail tersentak. dia berundur beberapa langkah. Aura gadis itu sangat kuat hinggakan amarahnya boleh dirasakan di udara. Gadis itu meneruskan langkahnya. Leftenan Everett Mikail menurut sekali. Hatinya mendesak untuk menolong gadis itu. dia memerhati langkah gadis itu. ‘Jalan nya normal. Tak mungkin dibawah pengaruh dadah. Masa bercakap, tiada bau arak. Bermakna bukan nya mabuk.’ Dia membuat andaian. Gadis itu merasakan bahawa langkahnya diikuti berhenti. Dia berpaling. Wajah lelaki separuh usia itu ditenung. mindanya terus terfikirkan Taiga.
“ Orang upahan Taiga jugak ke? Kalau ya, are you ready to die? Because, I’m ready to kill ya. Right about now!” bentaknya sebelum membuka langkah untuk menyerang Leftenan Everett Mikail. Serangan gadis itu sangat kuat namun, masih dapat ditangkis. Pengalaman nya sudah banyak mengajarnya mengenali sifat dan kelakuan orang. Gadis itu cuba memberikannya ‘side kick’ tapi, dia cepat menangkis dan menahan kaki gadis itu, tangan nya yang sebelah lagi menahan belakang badan gadis itu.
“ Easy, little one. Saya bukan nya orang jahat. Saya cuba nak tolong awak.” Katanya cuba menenangkan gadis yang baru dijumpai nya.
“ Yeah! Like, you want me to believe that?” bentaknya. Entah kenapa hatinya menjadi beku tiba – tiba. Leftenan Everett Mikail melepaskan tangan nya. Gadis itu mengusap tangan nya. Ada bekas merah. ‘Kuat jugak orang tua ni.’
“ Saya tak minta awak percaya. Tapi, saya Memang nak tolong awak. Lagipun, you don’t look like orang KL.” Ujarnya lembut. Gadis itu diam. Leftenan Everett Mikail melihat keadaan sekeliling. Hari sudah hampir menjengah ke tengah malam.
“ Cik, cik ni nak pergi mana?” Tanya nya. Seram jugak berada di tengah jalan. Gadis itu melihat sekeliling. nampaknya dia seperti tidak tahu hendak kemana, tetapi, dia perlu selamatkan diri.
“ Masuk lah. Saya boleh hantarkan cik. Cik ni nak pergi Melaka kan?” soalnya. Sememangnya kebetulan, jalan itu menuju ke Melaka. Pada mulanya gadis itu Nampak ragu – ragu. Namun, setelah dia menilai kembali keadaan dirinya, lebih baik mengikut lelaki ini berbanding dia bersendiri.
“ Jangan takut. Saya takkan apa – apakan cik.” Katanya sebagai janji.
“ And if you do, I will kill you.” Janjinya. Leftenan Everett Mikail mengangkat tangan seperti menyerah kalah. Kemudian mereka masuk dan meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan, gadis itu banyak mendiamkan diri dan Leftenan Everett pula banyak bercerita. Sesekali dia mencebik. Orang tua ni, tak pandai diam ke?
“ Dan sekali tu, dia cuba nak kenakan saya, bukan nya saya kena, dia yang terkena. Kena denda. Nampak sangat kantoi buat kerja tak senonoh, lepas tu boleh pulak dia buat onar yang saya yang buat semua tu. Dia diberi notis 24 jam untuk kemaskan barang dan keluar dari pangkalan. Saya ingat lagi, memang lucu, kesian dan apa yang dia buat tu, saya akan ingat sampai bila – bila.” Cerita Leftenan Everett Mikail. Dia mengerling ke tempat duduk sebelah. Gadis itu sudah terlena. Dia memandang ke depan. Dia sengaja hendak meramahkan diri. Mana tahu, hati gadis muda ini mahu membuka kisahnya. Raut wajah gadis muda itu dilihat. Nampak seperti telah melalui banyak pengalaman.
“ Cik, kita dah sampai ni.” Dia menggerakkan bahu gadis yang baru dikenalinya itu. Dia bangun dan memisat matanya. Dia melihat sekeliling. semua itu sangat asing baginya.
“ Kat mana ni?” Tanya nya sekilas.
“ Melaka sentral station. Cik ni nak pergi jauh ke?” jawabnya seraya bertanya. Arina menoleh. Jelas sekali dia tidak tahu akan tempat ini. Leftenan Everett Mikail sudah tahu akan riak mukanya. Gadis itu seakan – akan baru di tempat ini.
“ Ermm.. Cik ni nak pergi mana sebenarnya?” soalnya lembut. Melihat sekeliling. kemudian terus keluar dari kereta itu. tindakan nya membuat Leftenan Everett Mikail tersentak. dia keluar dari kereta.
“ Thank you atas kebaikan pak cik kerana tumpangkan saya. Minta maaf sebab susahkan pak cik.” Katanya sebelum berlalu. Leftenan Everett Mikail hanya menghantar pemergian gadis itu dengan matanya. Entah kenapa dia merasakan bahawa dia akan berjumpa semula dengan gadis muda itu. Dia memandu balik menuju ke Markas 3 Divisyen Infantri, Kem Terendak, Melaka.

SEKARANG, VILLA TERATAK KASIH
Arisa dan Datin Habsah duduk bersantai di taman yang terdapat di halaman villa mereka. Dato’ Hisham sudah seminggu tiada dirumah kerana ada tugasan di London. Datin Habsah terrmenung melihat Arisa yang sedang memintal – mintal pokok bonsai di dalam pasu bunga. Timbul rasa rindu kepada anak kembarnya, Arina. Apakah yang sedang dilakukan anak nya yang seorang lagi? masih hidupkah dia?
“ Risa, ada lagi tak benda macam lebam kat badan tu lagi?” soalnya tiba – tiba. Arisa yang sedang mengacau pokok bonxai yang renek itu menoleh. Soalan ibunya dijawab dengan gelengan.
“ Dulu ada, tapi Sekarang dah tak de dah. Hilang camtu je. Kenapa, bu?” katanya. Datin Habsah mengangguk. Hatinya yang risau cuba ditutup dengan senyuman. Jikalau kesan lebam tu dah takde, maknanya?
“ Hmmm.. Bagus la tu. Takde la ibu risau sangat. Risa dapat kat mana semua lebam tu?” tanyanya. Mana tahu Arisa mengetahui sesuatu bagaimana dia boleh mendapat kesan yang teruk sebegitu.
“ Entah la, bu. Risa tak tahu. Nak kata Risa ni ganas sangat, bila pulak Risa ada masa nak buat macam tu. Risa berperang kat ofis je memanjang, bu. Kerja banyak sangat. Tak menang tangan nak buat semua. Mungkin hantu tak?” katanya separuh bergurau. Tangan Datin Habsah hinggap di lengan Arisa.
“ Ouch, bu. Sakit la.” Rajuknya terus menarik muncung. Datin Habsah ketawa kecil. Ada – ada saja cara Arisa untuk menarik hatinya.
“ Sapa suruh main – main. Ibu tanya betul – betul dia jawab macam tu.” tegurnya lembut. Arisa melentokkan kepalanya di bahu ibunya. Memang kesan lebam sudah tiada lagi seperti selalu. Mimpi yang aneh juga sudah tiada. Perkara yang pelik yang berlaku kepadanya sudah setahun menghilang.
“ Tapi kan, aneh kan, bu. Risa boleh dapat lebam tu, tapi, Risa takde pun buat benda berat – berat. Yang berat pun ni ha, kepala Risa je, banyak fikir.” Adunya. Datin Habsah senyap. Dia ada jawapan nya, tetapi takut sakit kepala Arisa datang semula.
“ Risa ada terfikir ke samada Risa mungkin ada sixth sense?” soalnya. Dahi Arisa berkerut. Kemudian ketawanya kedengaran.
“ Ibu. Apa ni? Sixth sense? Hahahahaha… Macam – macam la ibu ni. Tu la akibatnya suka sangat tengok citer hantu ni. Tak de la. Risa mana ada Sixth sense. Sixth sense tu yang Risa tau artis je.” Jawab nya selamba. Datin Habsah mengetap bibir. Anak dara nya yang seorang ni, kalau tak menyakat sehari Memang tak sah.
“ Arisa Mellina!!” Datin Habsah sudah memanggil nama penuhnya. Arisa ketawa. Suka hatinya kerana dapat menyakat ibu nya. Dia memeluk lengan Datin Habsah.
“ Sorry. Hahaha. Ibu ni, tak dapat gurau sikit la. Boring la macam ni.” Dia memanjakan Suaranya. Tahu hati ibunya senang lembut jika dia buat begitu. Datin Habsah menggeleng kepala. Arisa Memang pandai mengambil hatinya.
“ Macam mana Risa nak tau kalau Risa ada sixth sense, bu. Risa tak percaya semua tu. Risa hanya percaya kalau Risa Nampak, Risa rasa, dan kalau Risa lalui sendiri.” Dia memberi alasan. Tidak mahu ibunya berkecil hati.
“ Dah ada kesan lebam – lebam macam tu pun Risa tak percaya ke? Risa sendiri kata Risa tak pernah buat kerja berat – berat. Takkan Risa tak nak tahu dari mana Risa dapat semua tu?” duga Datin Habsah. Arisa diam. Sememangnya dia memang tertanya – Tanya akan semua itu. Bagaimana dia boleh mendapat lebam, kesan parut dan luka seakan – akan dia ada melakukan sesuatu membuat perasaan ingin tahunya membuak – buak inginkan jawapan. Semua itu dipendamnya supaya ibunya tidak merasa kerisauan yang sudah lama bertandang di hatinya. Hanya Awal saja yang tahu isi hatinya. Arisa bangun.
“ Ibu, Risa nak jumpa Awal kejap. Lupa pulak ada janji dengan dia hari ni.” Katanya cuba mengelak daripada soalan ibunya. Datin Habsah mengeluh. Kemudian dia mengangguk. Memberi kebenaran kepada Arisa.
“ Jangan balik lewat. Kirim salam dengan buah hati Risa tu.” katanya perlahan namun dapat didengar jelas oleh Arisa yang sudah menapak masuk ke dalam rumah. Arisa berpaling.
“ Buah hati?” soalnya tanpa perasaan.
“ Iya lah. Buah hati. Kalau bukan buah hati siapa ka Awal tu? Takkan kawan je kot?” sengaja hendak menduga. Arisa ketawa.
“ Ibu ni, jangan buat lawak antarabangsa boleh tak. Haha. Lawak pulak dengar ayat tu. Risa dengan Awal tu mana ada apa – apa, bu. Kawan je lah. Dahla. Risa nak gerak ni.” Ujarnya dan melangkah masuk kedalam rumah. Dia menukar baju dan terus keluar setelah menyalam ibunya.

Sudah 15 minit Awal menunggu di McD. Kelibat Arisa masih belum kelihatan. Burger prosperity sudah tergidang di depan mata. Awal menelan liur. Menahan nafsunya untuk makan. Kemudian dia meliarkan matanya ke sekeliling.
“ Mana pulak dia ni?” gumamnya sendiri. Dia merenung burgernya penuh nafsu. Berkali – kali dia menelan liur. Kemudian bahunya ditepuk kuat.
“ Jangan buat perangai kau kat sini. Tak senonoh rupa kau aku tengok dari jauh. Macam nak rogol je burger tu.” perli Arisa. Awal mencebik. Ada – ada saja cara Arisa untuk mengenakannya.
“ Aku lapar tau tak. Dah la lambat, buat lagi muka macam tu. By the way, suka aku la nak buat muka macam mana pun, bukannya muka kau pun.” Balasnya. Arina duduk. Menghadap burger GCB kegemarannya. Dia menelan liur.
“ Kutuk orang tapi sendiri buat.” Gumam Awal. Arina ketawa. Kemudian mengambil burger dan mula makan. Selepas makan, mereka bersiar – siar keliling bandar.
“ Wal, ibu aku kirim salam.” Ujarnya satu ketika. Awal sekadar mengangguk.
“ Risa, boleh aku tanya kau sikit?” Tanya nya. Arisa mengangguk.
“ Sikit je, jangan tanya banyak.” Guraunya. Awal menarik tudung Arisa.
“ Hish. Kita nak serius dia memain pulak. Ni, aku nak tanya. Kau ada tatu ke?” soalan Awal membuat kening Arisa terangkat.
“ Mana ada. Sejak bila pulak aku ni nak buat benda haram weh? Kau ni suka tanya  soalan pelik – pelik ni kenapa?” Awal menggeleng. Soalan nya terjawab. Jadi, perempuan yang dia Nampak tempoh hari bukan Arisa.
“ Betul?” soalnya ingin kepastian. Arisa mengangguk. Jadi siapakah gadis tempoh hari? Kenapa mukanya seiras dengan Arisa. ‘ Hal ni, perlu siasat dulu. Baru dia ni senang nak percaya.’ Fikirnya.
“ Kenapa ni, Wal? Nak bukak lagi cerita hari tu? kau ni, tu bukan aku la.” Dalihnya. Awal mengangguk.
“ Iya lah. Bukan kau. Aku percaya. Dah, case closed. Sekarang kita nak pergi mana ni?” Awal mengubah topic. Arisa mengaru dagunya. Sedang berfikir hendak ke mana.
“ Pergi rumah kau nak?” cadang Arisa.
“ Apa hal pulak nak pergi rumah aku?” soal Awal kehairanan.
“ I miss your mum la.”
“ Iyelah tu. habis aku ni kau tak rindu ke?’’
“ Kau? Buat apa aku nak rindu kalau jumpa hari – hari?” Jawab nya selamba. Awal tersentak. Entah kenapa hatinya terasa jauh dari gadis ini. Dia cuba mengawal Perasaan nya.
“ Dah la. Jom.” Ajaknya terus berlalu laju menuju ke parking kereta. Arisa dibiarkan terkulat – kulat disitu.
“ Awal!” panggilnya. ‘ Kenapa pulak dia ni?’ gumamnya terus membuntuti langkah Awal. Tiba – tiba dia terlanggar seseorang. Kuat juga hingga dia dan orang itu terjatuh.
“ Sorry. Awak tak apa – apa ke?” soalnya prihatin.
“ I’m fine.” Balasnya. Lelaki itu masih menunduk. Barangkali mencari sesuatu. Arisa mencari kelibat Awal. Sudah hilang. Kemudian dia melihat lelaki itu semula.
“ Awak cari apa?” soalnya dan matanya juga meliar mencari sesuatu, entah apa – apa yang dicari lelaki tersebut.
“ I’m looking for my… phone.” Jawab lelaki itu seraya mengangkat wajahnya. Dia tergamam. Arina juga mengangkat mukanya. Kemudian dia menghulurkan telefon yang dijumpainya sebentar tadi.
“ Here you go. Sorry, but I have to go.” Ujar Arisa terus berlalu. Lelaki itu seperti tersedar sesuatu berpaling.
“ Marissa!” panggilnya kuat. Namun kelibat gadis itu sudah hilang. Akhirnya, dia menemui gadis itu. Dia hendak melangkah.
“ Oi, Daniel. Sini rupanya kau.” Sergah Eddie. Daniel tidak jadi melangkah. Hanya matanya yang mencari kelibat Marissa.
“ Dan, kau cari apa?”
“ Marissa.” Jawabnya sepatah.
“ Siapa tu? awek kau ke?” soalnya ingin tahu.
“ Bukan. Takde apa – apa. Jom la.” Katanya menarik lengan Eddie. Dia tidak salah melihat. Gadis yang dilanggar nya tadi adalah Marissa. ‘ aku perlu bagitau Rizal ni.’


My Kembar???

BAB 10

Dalam perjalanan pulang, Arisa lebih banyak bercakap manakala Awal pula masih membisu. Cerita Arisa Cuma dibiar bagai angin lalu. Kepala nya masih berfikir dengan apa yang di lihatnya di shopping mall tadi. Arisa berpaling kepada Awal. Hairan kerana lelaki itu membisu sedari tadi. Muka lelaki itu juga pucat semacam. Ditanya samada lelaki itu sakit, jawapan nya cuma gelengan saja.
“ Wal, kenapa kau ni?” Tanya nya. Awal masih diam.
“ Muka kau ni, macam kena sampuk hantu je. Pucat semacam. Kau sakit ke?” Tanya nya prihatin.
“ Risa, kau ada bukak tudung tak tadi?” soalnya tiba – tiba.
“ Tak. Buat apa aku nak bukak. Depan orang ramai pulak tu. Kau tak ingat ke, kan aku pernah cakap, aurat aku cuma untuk suami ku saja.” Balasnya. Sememangnya pendirian nya begitu sedari dia mula berjinak – jinak dengan tudung.
“ Tapi…..” Awal mula keliru. Siapakah yang dilihatnya tadi. Wajahnya sangan serupa dengan arisa, Cuma gadis itu tidak bertudung dan dan lebih bergaya.
“ Kenapa ni, Wal?” Arisa mula berasa tak senang. Awal menarik nafas.
“ Tadi, masa aku tengah tengok kasut, aku nampak..” katanya perlahan. Arisa mula rasa ingin tahu.
“ Nampak apa, Wal?” soalnya tidak sabar.
“ Kau. Aku nampak kau.” Sambungnya. Arisa mengangkat kening.
“ Aku? Bila masa pulak aku pegi ke kedai kasut? Aku baik je dari tadi kat kedai baju. Kau ni ada – ada je lah.” Katanya.
“ Betul Risa, aku tak tipu. Aku Nampak kau. Kau tengah pilih kasut stiletto kat situ. Dan yang buat aku terkejut, kau, kat sana, tak.. pakai tudung..” Awal memberitahu apa yang dia nampak tadi. Namun, arisa Cuma ketawa saja.
“ Alaa.. Biasa la tu. dalam dunia ni ada sekurang – kurangnya 7 orang ada muka hampir serupa tau. Alaa, Wal. Kau jangan fikir sangat la.” Terangnya. Menyangkal apa yang dicerita Awal tadi. Awal mendengus.
“ Itu aku tau. tapi, takkan la serupa tu sampai muka, lesung pipit, mata, tinggi, semua yang ada pada kau tu, ada pada dia? Takkan la serupa sangat macam tu?” sangkalnya. Arisa diam.
“ Wah. Seronoknya. Ada jugak orang yang sama rupa dengan aku ye?” selorohnya.
“ Risa, aku tak main – main ni. Aku ada tegur dia tadi. Memang serupa macam kau, tau tak. Cuma kau ada taik lalat je dekat bibir tu. Dia takde. Tu yang aku terkejut. Aku ingat kau tadi. Baik je aku tegur, siap tunjuk kasut pilihan aku tu. sekali dia cakap dia tak kenal. Aku ingat kau main – main, last – last, dia tinggal je aku kat situ. Masuk kedai baju tempat kau tu. Pasal tu aku tanya kau. Serius ni, muka dia sama macam kau. Sumpah memang sama.” Terangnya panjang lebar. Geram jugak kerana Arisa seperti mempermainkan katanya.
“ Okey. Fine. Aku percaya.” Jawabnya. Malas hendak memanjangkan cerita.

Telefon bimbit dicapai dari meja sisi. Dia baring di atas katil. Dia menatap skrin telefon. Sebak hatinya datang tiba – tiba. Dia merindui seraut wajah itu. Rindu yang teramat. Perlahan dia mencium skrin telefon nya. Wajah yang sedang tidur ditenung penuh kasih.
“ Marissa, awak dimana sekarang ni?” soalnya sendiri. Mesti gadis itu tidak akan maafkan nya. Sebal rasa hati mengenangkan kisah setahun lalu. Ketika itu, mereka sudah tiga hari tiba di Semenanjung Malaysia. Rizal, Daniel dan Sixteen baru sahaja sampai ke Swiss Inn, Kuala Lumpur. Dua buah bilik ditempah.
“ Wei, nah. Ambik ni.” Kata Rizal sambil menghulurkan sesuatu. Arina mengerutkan dahi.
“ Hadiah ke?” soalnya selamba. Rizal mencebik.
“ Buang duit aku je beli kat kau. Baik aku beli baju lagi bagus. Kalau aku beli pun, buat apa simpan dalam sampul.” Katanya. Sengaja hendak mencari gaduh. Arina menjeling. Nampak sangat tak ikhlas. Arina mengambil sampul di tangan Rizal. Daniel yang melihat hanya mampu menggeleng kepala. Sixteen dan Rizal pantang bila bercakap, mesti ada saja jadi modal hendak bergaduh. Pernah sekali, ketika mereka masih lagi d KKIA. Daniel membeli air kopi dan teh. Ingatkan Rizal sukakan kopi. Akhirnya, Rizal dan Sixteen bergaduh sebab hendakkan benda yang sama. Kalau difikirkan, malu jugak berada dekat dengan mereka. macam Budak – budak.
“ Dah la tu, Zal. Awak, masuk. Zal, sini.” Arah nya cuba hendak meredakan pergaduhan yang bakal terjadi itu. Arina menjeling. Rizal mencebik. Entah kenapa dia suka sangat hendak mencari kesalahan gadis itu.
“ Iya lah, Dan. Bawak la monster awak ni masuk ke bilik. Tidurkan dia kat bawah katil. Baru dia nak senyap tu.” perli Arina. Panas hatinya bila bersama dengan Rizal. Daniel ketawa.
“ Haa.. Menangkan la minah senget ni. Malas ku nak melayan.” Marah Rizal. Arina menjelirkan lidah. Kemudian masuk ke bilik nya. Rizal terus menghenyakkan badan di atas katil. Mulut nya masih kedengaran mengumam sesuatu.
“ Hai, belum puas gaduh ke sampai baca jampi kat katil tu?” perli Daniel dan berlalu ke katil sebelah. Rizal mencebik.
“ Yang kau nak menangkan minah senget macam dia tu apasal?” marahnya.
“ Laa. Aku salah ke? Dah dia tak buat apa – apa pun kat kau. Kau tu je yang suka nak dengki kat dia.” Balasnya sambil melabuhkan kepala ke bantal. Lega! Rizal tidak menjawab. Sebaliknya meneruskan bercakap sesuatu yang Daniel sendiri tidak faham.
“ Ke kau jeles?” giatnya. Rizal berpaling. Riak mukanya jelas tidak menyukai kata – kata Daniel.
“ Jealous? Who? Me? Huh! In my dreams!” bentaknya sombong. Dia berkalih ke membelakangkan Daniel. Daniel senyum.
“ Kalau kau tak jeles, ada la peluang aku nak masuk line ni.” Kata – katanya membuat Rizal berpusing menghadap Daniel.
“ Ye lah tu. Karang dibuatnya Sarah kesayangan kau tu tau, masuk front page kau, jadi mangsa kes bunuh.” Balasnya. Geram dengan Daniel yang sentiasa tahu akan apa yang bermain di fikirannya.
“ Laa.. Apa guna nya aku minta kebenaran.” Balasnya seselamba yang boleh. Sengaja hendak menyakitkan hati Rizal. Rizal yang Bertambah geram dengan Daniel membaling bantal ke arah kawan nya, namun tangan Daniel pantas menangkap. Bantal itu dipeluknya.
“ Kalau aku dapat Marissa, hari – hari aku peluk dia macam ni.” Ujarnya sambil memeluk bantal itu erat.
“ Kemudian, aku akan belai rambut dia macam ni. Dan bisikkan kata cinta kat dia setiap hari aku bangun pagi. Amacam? Romantic tak aku?” usiknya dengan gaya – gayanya sekali ditayang kepada Rizal. Rizal cuma diam. Kemudian beralih membelakangkan Daniel. Daniel yang tahu dia sudah berjaya menebuk hati kawannya senyum. ‘Tau pun kau nak kalah.’ Fikirnya.
“ Merajuk? Aku gurau je. Kau jangan la selalu bawak dia gaduh macam tu. Kau tau tak, aku jadi bingung tengok korang berdua. Macam kanak – kanak je. Kalau aku cakap aku malu pun ada jugak.” Katanya perlahan.
“ She is someone that got the special place in your heart. So treat her that way. Ni tak, cakap sikit, ada je benda jadi modal korang berdua nak gaduh. Perempuan ni, Zal. Walau keras mana pun kita tengok dia kat luaran, hati dia tetap lembut. Kau tak nampak apa yang ada dalam hati dia, Zal.” Hujah Daniel. Mode doctor cinta nya sudah keluar.
“ Pasal tu la aku selalu cakap kasar kat dia. Sebab aku tak tau camne nak berlembut. Dia pun satu, suka sangat nak menjawab. Tu yang buat aku geram kat dia.” Balas Rizal tidak lama kemudian. Daniel merenung siling. Teringatkan kekasihnya, Sarah.
“ Senang je tu, Zal. Berlembut ni bukan nya payah. Nak aku demonstrate? Macam ni je. Bila jumpa waktu pagi. Say Good Morning, pastu tanya dia tidur lena ke tak? Tanya dia dah mandi ke belum. Paling tak pun, kau bagi salam je ke. Apa susah. Ni tak. Jumpa pagi, marah, pastu gaduh. Tengah hari jangan cakap lagi, gaduh je. Depan makanan pun gaduh. Bukan nya kau jugak yang cakap dulu ke, tak baik gaduh depan makanan. Rezeki tak masuk.” Nasihatnya lagi. Rizal diam. Kemudian bangkit dari pembaringannya.
“ Haa. Nak kemana tu?” soal Daniel namun Cuma dibalas dengan pintu bilik mandi yang ditutup.
“ Ego tinggi sangat. Karang hilang bunga, merana la kumbang.” Gumamnya. Kemudian melelapkan mata.

Lamunannya terhenti apabila ada dia terasa sesuatu yang merayap di belakang nya. Dia berpaling.
“ Abang Zal, buat apa tu. teringat kat kita ke?” suara Sam yang garau itu cuba dilembut – lembutkan. Tangan nya menguis – kuis belakang Rizal. Naik meremang bulu roma Rizal. Sam mengenyitkan matanya.
“ Woi. Apa ni!” marahnya.
“ Awwww..” Usiknya. Rizal bangkit. Hatinya yang terkejut plus geli geleman membuat tangan nya spontan menepis tangan Sam. Sam membuat gaya seorang pondan yang seakan – akan ditolak godaan nya.
“ Aww, abang Zal. Kenapa ni. Sakit tangan mak. Hish, tak nak la aku kacau abang, tak kuasa nyah.” Adunya kemudian berlalu ke katil sebelah. Matanya menangkap kelibat Daniel dan Eddie yang menahan ketawa di kerusi yang terdapat di bilik mereka. Erk! Bila pulak diorang masuk ni?
“ Tu dia! Abang Zal mengelamun tak tau kawan dah melalak – lalak dari tadi minta kebenaran nak masuk.” Perli Eddie. Rizal membetulkan duduknya.
“ Err.. Bila korang masuk ni?” soalnya. Soalan nya tidak dijawab malah diketawakan. Rizal cuma buat muka blurr.
“ See. Aku dah agak dia memang takkan perasan punya. Tengah tengok buah hati kat telefon sampai kita yang terconggok depan pintu tu dia boleh buat tak tau.’’ balas Daniel.
“ Setengah jam kitorang dah kat sini. Kau tak dengar ke kitorang berbual – bual?” Sam bersuara. Muka Rizal Bertambah blurr membuatkan Daniel ketawa.
“ Aku dah cakap dah. Dia takkan sedar kita ada kat sini. Jiwa dia tu, kat situ dah.” Katanya sambil menunjuk ke arah telefon bimbit Rizal. Eddie meluru ke katil. Kemudian merampas telefon Rizal.
“ Weh. Bagi balik.” Marahnya. Eddie mencebik. ‘ Ingat nak sangat ke aku curi handphone kau ni.’. Eddie duduk di sisi Rizal. Kemudian dia melihat skrin telefon.
“ Ni yang ditenung kau, Zal? Apasal pulak gambar tidur ni? Kau skodeng dia ke?” soalnya. Rizal beralih. Dia duduk bersandar ke birai katil. Wajahnya seperti orang yang baru kehilangan duit sejuta. Sangat tidak bersemangat.
“ Apa kerja aku nak skodeng dia pulak. Dah tu je peluang aku dapat ambik gambar dia.” Balasnya perlahan. Sam dan Daniel bergerak ke katil. Telefon itu beralih ke tangan Sam.
“ Cantik jugak dia. Bagi aku la.” Komen Sam. Daniel duduk di birai katil. Rizal memejamkan mata. Kemudian senyum. Dia mula terbayang wajah Marissa.
“ Dia memang cantik. Pipi gebu, hidung tu nak kata mancung, tak la jugak. Tapi best tengok. Mata dia bila tengok orang, macam nak bunuh je. Tapi, aku tau, itu cuma buat dia rasa selamat. Nampak innocent, tapi, sebenarnya, banyak perkara yang berlaku kat dia. Semua perkara tu, even aku sendiri tak dapat bayangkan.” Jelasnya sambil tersenyum. Memang sudah kemaruk cinta Rizal.
“ And badan dia ada parut, dan bekas luka. Walau tak Nampak jelas sangat, tapi kesan tu ada. Aku masih ingat lagi kat bahu kiri dia ada kesan selar nombor 16. Tapi, aku tak tau mana dia dapat tu.” sambung Daniel. Sam dan Eddie menoleh ke Arahnya.
“ Kau pernah jumpa ke, Dan?” Tanya mereka serentak. Daniel mengangguk.
“ Kenal dia seminggu je. Aku boleh cakap, awek Rizal ni ganas orangnya.” Katanya. Sam dan Eddie duduk menghadap Daniel. Berminat untuk tahu kisah selanjutnya. Rizal sekadar melihat saja.
“ Cer citer..cer citer… Ganas camana tuh?” kata Sam.
“ Hari aku jumpa Rizal tu, hari dia kena attack kat hotel.  Aku tak tau camner boleh jadi. Tapi bilik memang teruk gak time tu. bersepah, berdarah.” Cerita Daniel. Eddie dan Sam mengangguk.
“ By the way, kau tak pernah pun cerita kat aku, pasal hari tu. aku nak jugak tau, bro.” katanya menuju kepada Rizal. Rizal merenung siling.
“ Masa tu, aku agak – agak, anak buah Taiga yang datang cari dia.” Terangnya.
“ Taiga? Maksud kau gangster yang ada kes perdagangan orang tu ke? Yang masuk berita tu?” soal Eddie. Rizal mengangguk.
“ So, apa pulak kaitan awek kau ni dengan Taiga?” soal Sam.
“ She’s one of the victim in slave trading.” Jawab Daniel. Sam dan Eddie mengangguk.
“ But, yang aku tak faham, kenapa Taiga nak cari dia?” soalnya dituju semula kepada Rizal. Ketiga – tiga kepala memandang Rizal. Erk! Apa nak Jawab!
“ Dia, salah satu harta Taiga. Harta yang paling berharga.” Jawabnya perlahan.
“ Harta? Like what? Mistress?” teka Sam.
“ Isteri?” teka Eddie.
“ Ataupun gundik?” teka Daniel. Rizal merasakan seperti ditemuramah oleh tiga wartawan. Kemudian dia menggeleng.
“ No. no. And absolute no. Concubine? Gila ke? Ingat Taiga tu apa? Maharaja ke nak ada gundik? To Taiga, she is a very very important asset.” Katanya. Nyata dahi ketiga – tiga sahabatnya berkerut seribu.
“ Before you ask. Biar aku je cerita. Yes, she is. Ermm.. No, she was, an asset. Dia diculik masa dia kecik lagi. Pastu masa umur dia lima tahun, dia kena latih banyak perkara. Cara berlawan, how to handle a gun, dan banyak lagi lah aku rasa. Yang aku pernah tengok, dia berlawan je. Tak pernah tengok dia pegang pistol. Dan soalan kau tadi, macam mana dia dapat semua kat badan dia tu, aku tak pernah tengok, but, dari cerita yang aku dengar, dia dari kecik selalu dipukul, and sebat. Dan tanda 16 kat bahu kiri dia tu, dia dapat masa umur dia 16 kalau aku tak silap. Taiga kira nak kasi tanda kat dia dengan menyelar Marissa.” Terang nya. Riak kurang senang nyata terpancar di muka sahabatnya. Cuba membayangkan hidup gadis itu.
“ Teruknya, Zal. Kalau macam tu, tak hairan la aku dia ganas, macam yang Daniel cakap tadi. Dari kecik dipukul. Kena sebat lagi. Tak dapat aku bayangkan azab yang dia rasa, Zal. Umur kecik dah di ajar benda macam tu.” luah Sam. Eddie mengangguk.
“ Kau tak dapat bayang, aku yang dengar ni, lagi terasa tau. Aku lihat badan dia.” kata Rizal.
“ Macam mana kau jumpa dia, Zal?” Tanya Eddie. Rizal memandang Eddie.
“ Aku diberi satu tugasan untuk menyiasat kes penyeludupan senjata, then aku dapat tahu geng Taiga merupakan geng yang membuat penyeludupan senjata terbesar dan tersulit. So, aku follow diorang, aku dapat masuk geng diorang, dapat kepercayaan diorang. Masa tu la aku kenal sikit pasal Marissa. Tapi, kami orang bawahan dia tak dapat dekat dengan minah tu. macam VVIP la katakan. Dari situ, aku dapat tau, geng Taiga bukan setakat menyeludup senjata, malah diorang seludup dadah dan slave trader.” Cerita Rizal.
“ So, kalau dah dia kena guard macam tu dari kitorang, korang rasa la apa yang dia rasa. Terperangkap. Tapi pada masa yang sama, dilayan seperti puteri.” Sambungnya.
“ Puteri? Macam tu diorang layan puteri? Sadis betul cara diorang.” Kata Sam. Eddie mengangguk setuju.
“ Lepas tu, apa jadi?” Tanya Daniel.
“ Masa tu, ada masa aku balik sini. Yang kau tegur kat parking lot tu.” ujarnya. Daniel mengangguk. Dia ingat masa itu, penampilan Rizal berubah, hendak ditanya, namun, cuma membiarkan persoalan itu terkubur begitu saja.
“ Masa aku balik tu lah, dia larikan diri. Aku balik tu, dia memang dah missing.” Katanya. Mereka semua diam. Ingin mendengar kisah selanjutnya.
“ Well, she was missing. Lepas tu, Taiga suruh cari dia. Dan bunuh kalau dah jumpa. Aku apa lagi, ambik peluang la. Kira nak selamatkan dia. Masa tu, jejak punya jejak, aku jumpa dia kat pelabuhan kontena. Kena serbu tiga orang suruhan Taiga. Aku terpaksa singkirkan diorang. Then selamatkan dia.” Sambungnya.
“ Best jugak cerita kau ni. Pelabuhan mana kau jumpa dia?” Tanya Eddie.
“ Manila.” jawabnya sepatah. Mereka bertiga mengangguk. Rizal mengubah posisi. Dia berbaring mengiring. Kaki terlunjur ke lantai.
“ Then, masa tu dia takut sangat, aku yang tolong dia ni pun kena belasah jugak. Lepas tu dia lari, masuk dalam kontena. Aku, dah la senak perut. Terpaksa jugak cari dia. Last – last, jumpa jugak. Kebetulan pulak kontena yang dia masuk tu nak masuk kapal, aku pun terus masuk dalam kontena tu. Seminggu duduk dengan dia.” Ceritanya sambil senyum. Terkenangkan pengalaman nya bersama Marissa.
“ Haa. Tengok muka senyum. Best la tu?” teka Sam.
“ Best? Tengkorak kau best? Seminggu aku gaduh dengan dia, siap pakej kena belasah lagi. best kata kau.” Balas Rizal. Pintu bilik diketuk membuatkan perbualan mereka terhenti. Azmi datang membawa snek masuk dan mendekati mereka.
“ Seronok je aku dengar cerita korang. Blue ke?” katanya separuh bergurau.
Daniel mencebik.
“ Kitorang ke kau yang blue? Kitorang ni dengar kisah menyayat hati abang Zal kau ni ha.” Katanya sambil membuat gaya pondan. Rizal menggeleng. Azmi duduk di katil bersebelahan dengan katil Rizal. Mula membuka keropok Twisties.
“ Tu lagi satu perangai buruk kau.” Bentak Eddie tiba – tiba. Sam, Daniel dan Rizal melihat Eddie. Azmi dengan muka blur nya.
“ Apa salah aku pulak?” azmi membela diri. Eddie duduk di tepi Azmi.
“ Makan tak jemput. Nak tak nak, aku jemput la diri sendiri.” Katanya terus merampas keropok dari tangan Azmi. Telatah mereka diselangi dengan tawa. Begitulah persahabatan mereka. ketawa bersama, sedih bersama. Rapat bagaikan isi dan kuku.