Search This Blog

Thursday 10 May 2012


DAN BILA MEREKA BERTEMU???

Mengapa aku disini? Kenapa kau tinggalkan aku Liyana? aku cintakan kau sepenuh hati! aku sanggup mengorbankan apa saja demi kau, cinta ku. mengapa aku kau khianati? apa salah aku? kau dah janji untuk kahwini aku, tapi kenapa kau...kenapa kau terima lamaran nya? habis, aku siapa kepadamu sayang? kau tahukah, betapa aku sayangkan kau. cintakan kau.

" Aril?" tegur satu suara. Aril berpaling ke arah suara itu. suara hatinya yang sedari tadi membentak - bentak meminta penjelasan daripada Liyana hilang begitu sahaja. kini, dia berada di dalam mesyuarat agung di syarikatnya. Syarikat nya? Huh! syarikat yang diibaratkan sebiji telur di hujung tanduk saja. sudah hampir muflis. ya, Ini syarikat peninggalan papa dan mamanya. Dan dia adalah waris kepada syarikat yang kian muflis itu. papa dan mamanya belum lama meninggalkan nya, kini, Liyana juga meninggalkan nya. Dengan lelaki lain!!! Tambahan lagi dengan syarikat yang...!! Aril menoleh ke sisi kanan. Ahli badan syarikat sedang bertekak mulut. dilihat pula ke sudut kiri. Lagi salah seorang pemegang saham bertekak dan bertegang urat di bilik itu. Dan dia? Hanya diam tidak terkutik di tempat duduknya. Ah! Bagai kan pekak saja Aril disitu. Jasadnya berada di situ, sedangkan rohnya berada di tempat lain.

" Kami disini bukannya hendak mendengar penjelasan kamu, kami mahukan penyelesaian! Puan Angela mahukan hak dia sebagai salah seorang pengasas yang menubuhkan syarikat ini, bukan nya share yang dimilikinya diambil begitu sahaja! ini jelas tidak adil!!" bentak Akil, peguam yang mewakili Puan Angela. Ibu saudaranya.

" Aril." tegur suara itu lagi. sekali lagi Aril menoleh ke arah suara itu. PA nya, Jamal merangkap sahabatnya ditenung kosong. betapa kosongnya jiwa Aril ketika itu. 
" Awak dengar tak, Encik Aril?! kami datang pada hari ini kerana kami mahukan kontrak pelepasan segala share milik Puan Angela ditandatangani." kata peguam yang mewakili ibu tirinya. ibu saudaranya duduk di sisi peguam itu dan tersenyum sinis. pertelingkahan yang semakin lama semakin kuat itu membuatkan nafas Aril sesak. jiwanya rimas. tanpa sedar, dia bangkit dari tempat duduknya dan keluar dari bilik mesyuarat yang bukannya bermesyuarat lagi itu. Jamal tidak sempat menahan, hanya mampu melihat bossnya berlalu. 



----------------------------------------------------------------------------------------------------



Aril berdiri terpacak seperti pengawal keselamatan di depan gate yang berdiri teguh di hadapannya. tidak bergerak walau sedikit. Hanya melihat apa yang berlaku di dalamnya. Suasana yang meriah dari dalam rumah dan juga di perkarangan halaman rumah yang tersergam indah di hadapannya. Ramai tetamu yang datang sihinggakan kehadirannya di situ sekalipun tidak diendahkan. Betapa kecilnya dia rasakan dirinya ketika itu. dari jauh dia hanya mampu melihat. dia hanya mampu melihat kekasih hatinya yang sedang bergembira kerana tidak lama lagi akan bertunang sekaligus akan berkahwin pada hari itu. 
" Nak, tak masuk ke?" soal satu suara. Aril tidak menjawab malah tidak memberi respon sekalipun. matanya hanya melihat ke dalam. 'Ya, Allah. tabahkan lah hatiku. sesungguhnya aku merasakan kesakitan yang amat sangat hinggakan air mata lelaki ku tidak dapat mengalir lagi kerana nya. tabahkan lah hatiku. jika dia bukan jodohku, Ya Allah, aku memohon padamu, padamkan lah rasa yang membunuh jiwaku kini.' doanya sayu. Aril melangkah longlai menuju ke motosikal jenama Ducati miliknya. Setahunya, dia perlu pergi jauh dari situ. Jauh dari masalahnya, jauh dari kehidupan nya kini.!!!


----------------------------------------------------------------------------------------------------


" Encik, cik ni nak ke mana?" soal satu suara. Aril diam. matanya hanya memandang ke depan. di mana dia kini, dia pun tidak tahu lagi.
" Cik? Encik? Hello???" suara itu berbunyi lagi. Siap menggoyang bahunya lagi. Lamunan Aril terhenti. Aril memusatkan matanya ke arah satu susuk badan yang berada di hadapannya kini. Eh, kenapa pulak dia ni? siap luka segala? hantu ke?
" Hello???!!! Encik ni pekak ke bisu? tak ke buta? Jawab la wei!!" marah suara itu sambi;l menolak bahunya. kini mata Aril menumpu ke arah mata milik seorang gadis di hadapannya. Dia hairan, kenapa pulak gadis yang luka - luka ini memarahinya??? apa salahnya?? dan tambah lagi, dia dimana??
" Astaghfirullahalazim!! Encik, cik dengar ke tak ni?? Ya Allah, sabarkan hati hamba-Mu tika ini. Somebody get me a chainsaw!! I want to kill this man!!" herdiknya ke sekeliling. Aril menoleh ke sekeliling. Ramai mata memandangnya. Eh, Kenapa ni??? Tiba - tiba dia terasa seluruh badannya sakit.
" OUCH!!!" jerit nya. Matanya meneliti ke seluruh badannya. Luka?? Baru dia perasan, dia kini duduk di tepi jalan. Mana motornya? dia melilaukan matanya ke sekeliling. Kelihatan motosikal miliknya terdampar di satu sudut. sedikit remuk. lambat otaknya mencerna apa yang berlaku. dia bangkit walaupun dalam kesakitan menuju ke motosikalnya.
" Hoi, Kau dengar tak ?? Hey, lihat sini. Aku nak kau bayar ganti rugi!! Ingat senang kau langgar aku, kau nak cabut macam tu je eh?!! bayar ganti rugi sekarang!!!" herdik gadis itu. Aril bagaikan orang bodoh meninggalkan gadis itu dan mendapatkan Motosikalnya. Dalam susah nya berjalan, akhirnya dia sampai ke arah motosikalnya.
" Nasib baik tak teruk sangat remuknya. kalau tak, hancur aku." gumamnya sendiri. Dia bagaikan berada di dunia sendiri. Baru dia sedar, dia kemalangan sebentar tadi. Hairannya, dia tidak sedar yang dia kemalangan. Bahunya ditarik kasar. Matanya menyorot ke bawah. Gadis itu lagi.
“ Woi, encik spec mata!! Kau jangan buat tak tahu dengan aku eh. Kau nampak ni? Nampak ni? Ni semua pasal kau!! Aku luka – luka sampai macam ni pasal kau. Kau bawak moto ni macam mana hah?? Pakai lutut ke? Mana mata kau?? Kau simpan kat buntut ke? Lain kali bawak moto tu tengok la jalan. Mana kau dapat lesen?? Kat kedai kopi ke hah??! Aku tak kira, kau bayar ganti rugi atas semua kecederaan yang kau buat dekat aku. Bayar sekarang!!” Marah gadis itu. Suaranya yang lantang itu bagai kecil saja ditelinga Aril. Hanya matanya yang terkelip – kelip memandang gadis dihadapannya itu. Orang ramai mula beredar. Tidak mahu masuk campur apatah lagi menolong. Dunia sekarang. Everyman for himself. Tanpa sedar dia menarik lengan gadis itu.
“ Woi!! Kau nak bawak aku pergi mana hah?? Sakit lah!!” herdik gadis itu lagi. Aril melepaskan pegangan tangannya. Kemudian melihat dimana dia pegang tadi. Oh, padan la sakit. Luka tangan nya. Aril mengangkat motosikal kesayangannya.
“ Nasib baik la tak teruk. Scretch sikit je.” Gumamnya perlahan pada motosikal kesayangan nya itu.
“ Scretch??? Sikit?? Oi, cakap tu bebaik sikit eh.? Kau ingat nyawa tu boleh beli kat pasar ke?? Kalau aku mati macam mana?!! Free je kau tanggung dosa membunuh.” Bentak gadis itu. ‘Eh, bila masanya pulak aku cakap dengan kau???? Adoi, malasnya la aku nak melayan minah sorang ni??’ getusnya dalam hati. Namun apabila melihat luka yang ada di tubuh gadis itu, terbit pula rasa simpatinya. Kalau bukan kerana kecuaian nya membawa moto, takkan berlaku nya kemalangan. Mungkin ini merupakan salah satu punca kemalangan yang sering berlaku di Negara ini. Tapi, takkan la semua orang yang accident, ada masalah macam aku kut?? Aril duduk di atas moto nya. Helmetnya disarung.
“ Ouch!” dia mengaduh kesakitan. Luka di dahinya terkena helmet. Setelah helmet siap disarung, motosikal miliknya dihidupkan. Bahunya dicengkam kuat.
“ Kau jangan nak tinggalkan aku kat sini!!! Bayar ganti rugi sekarang!!!!!” herdik gadis itu lagi. ‘Mak aih, gangster nya dia ni!!!! Tak padan dengan badan kecik!! Eh, dia kecik ke atau aku ni yang tinggi dari dia.’
“ Naik.” Balas Aril perlahan. Malas hendak bertekak. Dia sendiri pun bukan nya jenis yang suka bergaduh dengan perempuan. Tak macho kalau nak gaduh – gaduh dengan kaum hawa. Gadis itu menaikkan keningnya. Mungkin tidak faham akan katanya. Biasa la. Suara serak basah ni, bila ditambah dengan kesakitan, bertambah serak dan sukar hendak difahami.
“ Aku hantar kau pergi hospital. Naik cepat.” Kata Aril lagi. Dah la aku tak tau aku kat mana. Nak tolong anak sapa entah dari mana pulak. Adooi.. bala.. bala...
Gadis itu cepat – cepat naik ke atas motosikalnya. Tangan nya memegang kejap bahu Aril untuk mengimbangi tubuhnya.
“ OUCH!!”. Aril mengaduh kesakitan.
“ OOPS.. Sorry. Tak sengaja.” Ucapnya sambil tersengih. Aril hanya menggeleng kepala.


Kedua – duanya duduk di dalam bilik kecemasan. Aril dan gadis itu menunggu giliran mereka untuk dilayan. Aril hanya duduk termenung. Sakit yang dirasakan nya kini, tidak memberikannya apa – apa kesan kerana sakit hatinya lebih terasa berbanding sakit fizikalnya. Fikiran nya Cuma Liyana, dan Liyana.
“ Nama je bilik kecemasan, tapi tak de pun orang yang mengambil berat...” Telinga Aril menangkap bait suara gadis itu mengumam sendiri namun dia tiada hati untuk membalas. Hatinya seakan mati untuk berkata – kata.
“ Diorang ni tak Nampak ke yang kita ni perlukan bantuan?? Nama je hospital, tapi, sifat hospitality haram takde. Nurse pun buta kot. Tak nampak ke yang kitorang ni cedera. Boleh je dia pass macam tu je??” omelnya lagi. Kemudian dia senyum.
“ Aduh!! Tolong!! Doctor..doktor..sakit!!argh..!” jeritnya tiba – tiba. Aril yang termenung terkejut. ‘ Eh, kenapa dia ni? Tiba – tiba pulak.’ Fikirnya. Aril mula kaget. Mana tahu kesakitan yang di alami gadis itu semakin teruk.
“ Err.. somebody, help her! Doctor! Nurse!” jerit Aril. Dia memegang kejap bahu gadis itu yang sedang memegang perutnya. Gadis itu tergamam seketika. Kemudian terus mengaduh kesakitan. Dari kejauhan matanya sudah menangkap kelibat beberapa orang nurse sudah terkocoh – kocoh mendapatkan mereka.
“ Hmm.. Sekarang baru diorang nak bagi attention.” Ujar gadis itu perlahan. Aril dengar namun tidak memahami maksudnya. Sekejap mata saja mereka dibawa masuk ke dalam bilik rawatan dan luka yang sejak dari tadi ditahan dirawat.


Setelah mendapat rawatan dan juga ubat penahan sakit, mereka berdua keluar dari hospital itu. Tanpa berkata  apa – apa, Aril terus meninggalkan gadis itu. Terhincut – hincut kakinya berjalan ke arah motosikalnya.
“ Eh, eh. Encik. Tunggu.!!” Panggil gadis itu. Aril tidak mengendahkan nya. Sudah cukup pertolongan nya untuk gadis asing itu.
“ Tunggu!!.” Panggil gadis it uterus menahan lengan nya yang berbalut. Aril mengaduh kesakitan.
“ Oopps! Sorry.” Ucap nya sekali lagi. Tangan nya terus melepaskan lengan Aril. Aril tidak berkata apa – apa. Sebaliknya berpaling dan meneruskan langkah nya yang mati tadi. Sekali lagi gadis itu menghalang jalannya.
“ Apa lagi yang kau nak?” soalnya sudah merasakan geram dengan tingkah gadis di hadapannya kini. Gadis itu mencekak pinggang nya.
“ Ohoo!! Nak marah orang pulak!! Sedangkan yang buat aku sampai berbalut sana sini tu kau!! I see. Kau nak pergi mana? Tinggalkan aku sorang je!! Hah?? Dah la kau buat aku tertinggal bas, kau hampir buat nyawa aku melayang, lepas tu, at the same time my handbag dikebas, and kau senang – senang je nak tinggalkan aku kat sini??!!” marah gadis itu. Aril terpana. ‘ Aik, apasal pulak aku yang salah??????’
“ Cik...”
“ Dan sekarang aku stranded di negeri orang, without my money, my id cards and everything and all because of you, faham tak.!! Aku cucu Haji Dollah la. Jangan sesekali memain dengan CHD tau.!!” Potong gadis itu. Aril mula keliru. Salah siapa sebenarnya??? Aku ke??
“ Sekarang aku nak kau bawak aku balik kampong, dan aku nak kau hantar aku balik sampai depan rumah aku!! kau faham tak!!!” bentaknya.
“ Dan jangan kau cuba nak lari, sebab satu Malaya kenal abang aku! sekali arahan dia, kau boleh mati katak.. ada berani!!!” ugutnya. Aril diam. Bukan kerana dia takut, tapi kerana dia keliru. Bulat matanya memandang gadis yang namanya pun tidak diketahui. ‘ Berani dia ni ugut aku?? tak padan dengan badan langsung.’ Gerutunya dalam hati. ‘Apa aku nak buat sekarang? Takkan nak tinggalkan dia je kat sini. Aku tengok dia ni macam bukan orang sini je. Pakaian pun gangster semacam je. Betul ke aku yang menyebabkan dia terlepas bus? By the way, tadi aku langgar dia kat mana? Sedangkan aku sendiri aku kat mana sekarang.’ Fikir Aril.
“ Hmmm.. sekarang apa kau nak buat? Nak tinggalkan aku atau hantar aku balik??” soalnya separuh mengugut. Aril masih berfikir. Namun, ternyata fikiran nya kosong. Dia tidak mampu membuat keputusan.
“ Aku tengok kau macam orang loaded je. Tadi pun aku tengok wallet kau. Banyak duit, so aku assume kau takde masalah kewangan. So, sebagai ganti rugi, i mean, sebagai bayaran tebusan atas apa yang kau dah lakukan, kau bawak aku balik straight to my home and make sure of my safety. Anda faham, four eyes?? And as a gentlemen, you will make sure of my safety, right.”arahnya separuh mengejek. Aril memejamkan matanya. Ya Allah, apakah dugaan yang Kau berikan padaku. Aril menarik nafas kemudian mengangguk lemah. Dia bagaikan tiada kuasa tika itu. Dan gadis di hadapan nya kini, bagaikan menguasai dirinya. Bagai hamba mengikut tuannya, Aril menurut langkah gadis itu menuju ke motosikalnya. Tersungging senyuman dari bibir gadis itu.
“ By the way, kita kat mana sekarang ni??” soal gadis itu polos. Sah, dia bukan nya orang yang berasal di tempat itu. Aril menoleh ke sekeliling. Mencari klu akan lokasi mereka. Matanya terarah ke arah satu bangunan.
“ Assunta Hospital.” Balasnya pendek. Aril tidak kisah dia dimana. Asalkan dia berada jauh dari masalahnya. Itu saja.
“ Hey, orang kaya macam kau ni takde ke phone yang canggih – canggih? Like iPhone or something? Yang dapat tengok map tu? Takde ke?” soal gadis itu. Aril tidak menjawab. Telefon miliknya sudah disedekahkannya kepada pengemis tepi jalan yang ditemuinya sebelum menghilangkan diri. Hanya simcard dan memory card nya saja diambil. Semua yang ada di dalam phone itu dipadam. Hanya untuk langkah berjaga – jaga. Aril menggeleng menjawab soalan gadis itu. Kemudian dia duduk di motosikal nya. Terguris hatinya melihat keadaan motosikalnya. Scratch!!!! Gadis itu turut naik ke atas motonya. Baru saja Aril menghidupkan motonya, bahunya dicengkam kuat. Sekali lagi, Aril mengaduh kesakitan.
“ Ooppss.. sorry. Err.. Aku tak tau kau ni jenis yang pentingkan nyawa atau tak, but, family aku ajar, naik motosikal, baik yang memandu atau yang membonceng, kena ada helmet kat kepala. Kau ada helmet, but, aku...” kata gadis itu tanpa menghabiskan ayatnya. Aril faham akan maksudnya. ‘ Family dia ni ada ajar ke tak, pasal adab???’ umpatnya dalam hati.
“ Hmm.. Naik je. Nah, pakai ni.” Katanya sambil menghulurkan helmetnya. Gadis itu teragak – agak untuk menyambut.
“ Takpe, kita beli baru lepas ni.” Kata Aril. Barulah gadis itu menyambut helmet yang diberinya. Gadis itu menyarung helmet jenama shoei miliknya. Dengan lafaz bismillah, Aril memandu pergi dari perkarangan hospital itu.




Hari yang siang berganti malam. Dan bagi Aril, itulah malam yang malang, dan termalang dalam seumur hidupnya. Hidupnya bagai jatuh ditimpa tangga. Dah lah jatuh, ditimpa tangga lagi!! Dia dan gadis itu duduk di tepi jalan. Helmet yang baru dibelinya siang tadi dipeluk.
“ Ya Allah. Dugaan apa yang Kau berikan padaku kini.” Rintihnya. Dia memandang langit yang hitam tanpa bintang.

Fly me to the moon,
And let me play among the stars,
Let me see the rings like on Jupiter and Mars,
In other words,
Hold my hand,
In other words,
 Darling kiss me,
Fill my heart with song
And let me sing forevermore,
You are I longed for all I worship and adore,
In other words,
Please be true,
In other words,
I love you....

In other words,
Hold my hands,
In other words,
Darling kiss me,
Fill my heart with song
And let me sing forevermore,
You are I longed for all I worship and adore,
In other words,
Please be true,
In other words,
I love you....


Suara itu membuat kepala Aril berpusing ke sebelah kanan. Gadis itu menyanyikan lagu kegemarannya. Lagu itu membuatkan nya teringatkan Liyana. Terlupa sebentar akan masalah nya. Aril mula termenung.
“ Kau ni banyak mengelamun eh. Banyak masalah ke?” soal gadis itu. Perasan akan lelaki yang sedari tadi merenung nya. Mula – mula, dia fikir lelaki itu merenungnya, namun, apabila diamati sekali lagi, hanya jasad nya yang berada di situ. Fikiran nya melayang entah ke mana. Aril tersentak.
“ Hmmm.. apa kita nak buat ni? Moto kau dah kena curi.” Ujar gadis itu sambil menongkat dagunya. Aril tidak menjawab. Dia melihat gadis itu berdiri.
“ Jom, kita buat report polis. Biar polis tangkap siapa yang curi moto kau.” Ajaknya. Pantas Aril menggeleng.
“ Kenapa pulak tak nak? Moto mahal tu.” Aril hanya diam. Dia tidak mahu buat laporan sebab tidak mahu identitinya sebagai seorang pemilik syarikat terbesar yang hampir muflis diketahui ramai. Jika identitinya diketahui, maka, habis la plan nya yang hendak menghilang. Gadis itu duduk kembali.
“ Hmm.. so, nak buat apa sekarang? Main batu seremban?” katanya bosan.
“ Plan aku yang nak balik kampong pun dah musnah sebab moto kau tu. Apasal la kau boleh tinggalkan kunci moto kat starter dia. Apa punya bangang la kau. Aku tau la yang kau tu kaya, suka menderma, jangan la sampai Nampak sangat murah hati tu.” Kata gadis itu lagi. Aril mengerutkan dahinya. ‘ Aik, salah aku ke? Bukan nya kau yang tergesa – gesa sangat nak makan, sampai tarik – tarik aku masuk kedai makan tadi, sampai aku lupa nak tarik kunci tu. Aku salah ke??????!!!!’ bentak nya dalam hati. Dia menalakan matanya ke arah gadis itu. Sekali lagi gadis itu berdiri.
“ Aku penat la, jom cari tempat tidur. Kita pergi hotel nak?” ajaknya. Aril tersentak. Gadis itu menarik tangan nya. ‘ Biar betul minah ribena ni?’ bebelnya dalam hati. Kakinya masih kejap di tanah. Tidak berganjak walau setapak. Itu membuatkan gadis itu menoleh.
“ Laa.. Apasal pulak? Tak letih ke? Jom la. Aku letih, mandi pun belum. Nak mandi, lepas tu tidur. Mesti selesa sangat pasal badan dah letih benar ni.” Ajaknya. Aril memandang gadis itu dengan pandangan tidak percaya.
“ Ish. Jum! You can give me that look while walking. Jom. Cepat la. Cepat la.” Sambung nya sambil menarik – narik lengan Aril. Dalam keterpaksaan, Aril mengikut langkah gadis itu.





“ Kau selalu termenung eh?? Kenapa? Kau ada masalah ke?” suara gadis itu memecah kesunyian. ‘ Kenapa la minah ni selalu kacau aku termenung... Haish..!!’

Aril diam.
“ Kau ni bisu ke? Tadi elok je boleh cakap? Or kau ni susah nak bercakap?” soal nya lagi. Aril duduk. Dia merenung sekeliling. Bilik yang didiami mereka berdua hanya cukup untuk seorang dua saja. Aril ketawa kecil. Teringat ketika mereka baru sampai di hotel bertaraf satu bintang ini.

“ Ya encik, ada apa saya boleh bantu?” Tanya receptionist itu. Aril melihat sekeliling. Suasana hotel murah dilihatnya dengan pandangan yang hanya dia yang mengerti. ‘ Padan la murah. Nampak murah pun.’ Katanya dalam hati.
“ Err.. Saya nak sewa dua buah bilik. Single bed. Untuk semalam.” Katanya. Pekerja itu melihat buku log hotel. Untuk melihat bilik yang kosong.
“ Maaf encik. Tinggal satu je bilik kosong kat sini.” Kata pekerja itu.
“ Takpe...”
“ Takpe. Kami ambik je bilik tu.” Sampuk satu suara. Aril memusingkan kepalanya 90 darjah. ‘ Biar betul dia ni.’ Aril menarik nafas. Tiba – tiba rasa sesak nafas nya.
“ Err.. Takde bilik yang available lagi ke?” soalnya tidak puas hati.
“ Hei. Takkan la kau masih nak berjalan dengan keadaan kita yang macam ni. Dah lewat malam ni. Takpe Encik reception. Kami ambik bilik tu.” Potong gadis itu. pekerja itu sekadar tersenyum – senyum.
“ Kau, diam. Biar aku je yang bercakap.” Tegah Aril.
“ Encik, kau tu bukan nya banyak bercakap pun. Lagipun kita bukan nya lama sangat kat sini. Nak relax kan badan je. Stay for a night je pun. Tak payah nak sewa sehari. Buang duit je. Hmmm... Encik reception, kitorang nak sewa ikut jam dapat tak?” pintas gadis itu lagi.
“ Wait. Kau tak tau apa yang kau cakap ni?” Aril menyoal tidak percaya. Gadis itu menjelingnya.
“ Kitorang sewa ikut jam je.” Tekan gadis itu. Aril mengetap bibirnya. Kemudian menarik nafas panjang.
“ Ikut je kata dia.” Putusnya. Gadis itu tersenyum menang.
“ Berapa jam cik?” soal pekerja itu sambil tersengih – sengih.
“ Apa sengih – sengih? Gila ke? Kitorang sewa dalam 2 jam? No, 3? Err.. Maybe 4 to 5 jam lah. Lagi lama lagi bagus. But bukan seharian.” Cadang nya. Aril memandang dengan pandangan tidak percaya. ‘ Biar betul minah ni? Dia tak tau ke apa yang dia cakapkan???????’
Pekerja itu senyum sumbing. Kemudian memberi kunci bilik kepada gadis itu. gadis itu berlalu membiarkan Aril menguruskan pembayaran.
“ Berapa?” soal Aril malas.
“ RM 40.”
Aril menghulurkan not 50 kepada pekerja itu.
“ Encik jumpa dia kat mana?”
“ Saya langgar dia tadi.” Jawabnya ringkas dan terus berlalu. Kemudian langkahnya terhenti. Aril berpusing semula menuju ke meja reception.
“ Amacam? Cantik tak dia?” bisik nya tanpa sedar. ‘ Erk? Apasal aku boleh tanya dia soalan merepek macam ni????’ pekerja itu member tanda baik punya kepada Aril.
“ Hot. Beauty. Cantik sangat. Pandai encik cari.” Pujinya. Aril menaikkan keningnya. Cermin matanya ditanggalkan. Dia tersenyum. Kemudian dia berlalu. Tanpa sedar, dia sudahpun mula melupakan masalahnya.
“ Tengok tu, mengelamun je kerja. Macam la takde benda lain yang boleh kau buat?? Hairan betul aku dengan kau ni.” Perli gadis itu lagi. Lamunan Aril terhenti. Dia duduk di kerusi yang disediakan di bilik itu. gadis itu yang sedari tadi duduk di atas katil bangkit dari duduknya. Dia berjalan ke tingkap.
“ Cakap la wei.. Aku dah duk bosan bilik ni senyap semacam je.” Tutur nya lagi. Aril malas hendak menjawab. Sakit badan nya sudah mula terasa. Aril bangkit dari kerusi dan merebahkan badan nya ke atas katil. Lega badannya bertemu dengan tilam. Walaupun tidak seempuk mana. Matanya mula dipejam.
“ Hmmm.. Bisu agaknya dia ni. Tapi, tadi elok je dapat bercakap. Hmm.. Takpe. Biar aku mulakan.” Gumam gadis itu tapi jelas didengar oleh Aril. Mula lah gadis itu berbicara. Becok mulutnya bagai berpidato di atas pentas.

Sejam.

Dua jam...

Dua setengah jam...
“ Aku nak rehat. Badan aku yang sakit ni jadi lebih sakit dengar kau cakap pot pet pot pet dari tadi. So pleassssseee. Stop talking. Sengal telinga aku dari tadi dengar suara kau tau tak. Aku tak kisah dengan cerita keluarga kau ke, kawan kau ke, kisah kau terseliuh dekat padang ke, tinggal di asrama, kerja di tesco. What ever. So just leave me alone. Please.” Marah Aril terus bangkit dari pembaringan. Bicara gadis itu terhenti. Naik kening nya. Suasana sepi. Aril sedar yang dia terlanjur kata.
“ Err.. Sorry. Aku tak bermaksud nak kata macam tu.” Katanya. ‘ Yeke tak bermaksud??’
Gadis itu mengangkat tangan nya seperti orang hendak mengalah.
“ Takpe. Kau cakap macam tu pun sebab kau rimas. Aku tau kau ada masalah. So, kau tak dapat luahkan dekat orang yang buat kau marah, so kau marah aku. Takpe. Aku faham.” Katanya. Gadis itu duduk di kerusi. Kata – kata gadis itu membuat mulut Aril terlopong. Aku memang marah kau la tadi, apasal pulak lain cerita nya dia ni??? Tak faham bahasa ke???
“ So. Kau nak cerita tak masalah kau? Luah je. Aku dah biasa dengar luahan perasaan ni. Dan actually, semua ni dah macam kerja aku tau. You see, masa aku sekolah menengah, kengkawan aku, bila diorang ada masalah, macam, masalah putus cinta la. Masalah keluarga la, masalah kawan la, and even masalah period pun diorang datang cari aku tau. Minta nasihat, or just minta kaunseling. Hahahaha. Bila dikenang, rasa lucu la pulak. But, aku memang macam tu. Macam DJ, diorang dengar masalah orang. So, cerita la. Don’t worry. Your secret is safe with me.” Pancing nya. Aril menjeling matanya ke atas. Malas hendak melayan. Dia merebahkan badan nya kembali.
“ Sibuk je. Diam je kau kat sana. Aku nak tidur.” Gumam Aril. Gadis itu senyum.
“ Tak nak. Suka aku la nak bising ke, nak diam ke, nak memekak ke. Mulut aku. Tuhan bagi mulut tu untuk bercakap encik oii.” Balasnya separuh memerli.
“ Suka aku la aku nak diam ke, nak membisu ke, apa kau kisah. Mulut aku. Ikut suka aku la.” Tingkah Aril.
“ Suka aku la nak kisah. Dah kau tu memang kerja membisu je. Cuba la bercakap. Luahkan ke apa yang kau rasa. Ni tak. Diam. Diam. Diam je yang kau tau. Hei. Dengan diam je, masalah takkan selesai tau. Cuba selesaikan masalah tu. Ni tak. Macam orang gila yang dok merempat tepi jalan je muka tu. Dah tu, bawak moto pun macam orang yang baru dapat lessen, siap nak langgar orang pulak, nasib orang sempat nak elak. Kalau tak, tak de nya dapat jumpa family tersayang. Aku tak macam kau. Mungkin kau ni ada nyawa spare, yelah, duit dah berbongkah dalam wallet tu. Nyawa aku satu je tau. Allah bagi nyawa tu hargai la. Karang dah tinggal sikit je masa, baru menyesal tak sudah.” Bebel gadis itu. Aril menekapkan tangan nya ke telinga.
“ PLeeeeeaaaassseee.. Cik Tempayan oi.. diam boleh tak. Serabut kepala ni duk dengar suara kau tu. Bingit tau tak. Bingit. Sakit telinga aku dengar ceramah kau, mulut tu cover sikit boleh tak, macam tempayan je tak abis – abis bercakap. Aku dah banyak masalah ni, kau jangan nak tambah masalah aku lagi faham...Okey, Fine! Kau nak tau masalah aku?? Aku ditinggalkan awek aku, dia kahwin lain, dia dah janji nak kahwin dengan aku, tapi dia boleh pulak terima lamaran mamat entah siapa, sakit hati aku dia buat macam tu, kau apa tau, kau bukan nya pernah bercinta pun, dari muka aku dah boleh tengok la. Muka macam kanak – kanak, perangai tu sama je dengan budak tadika.” bidas Aril tanpa sedar telah meluahkan rasa hatinya.. Geram hatinya kerana gadis itu tidak juga berhenti bercakap. Gadis itu diam. Kemudian senyum. Itu yang membuat Aril heiran dengan perubahan sikap gadis yang beru dikenalinya itu.
“ See? Kan tak susah bila luahkan apa yang kita rasa. So, amacam? Okey tak hati tu. Tak sakit lagi kan. Well, kalau sakit tu masih ada, dah kurang kan??” soalnya sambil tersenyum lebar. Aril meraba dadanya. Ya, sakit itu sudah tiada. Walaupun masih berasa, tapi, sakitnya sudah tiada. Aril mengiakan dalam diam.
“ So, siapa minah yang tak sedar diri diuntung tu?” gadis itu beralih tempat. Dia duduk di birai katil. Aril menarik nafas lalu mengeluarkan walletnya. Gambar Liyana yang ada di dalam walletnya dikeluarkan. Gadis itu mengambil gambar itu.
“ Waaaaaaah, cantik jugak awek kau eh...... tapi sayang...” katanya. Aril tunduk. Mula memikirkan hal Liyana. Namun, belum sempat fikiran nya melayar, bahunya ditepuk kuat.
“ Hei, jangan la buat muka tu lagi. Okey, this girl dah hancurkan hati kau. But, tak semestinya kau nak emo je memanjang. Bukan jodoh kau dengan dia. Jangan berpaut pada kenangan lama, nanti kau jugak yang susah. Barang yang lepas jangan dikenang. Look to the front and walk proudly. Nah, ambik foto ni.” Katanya menasihatkan Aril. Gadis itu berlalu ke meja sisi, dibukanya laci dan mengambil mancis. Mancis itu dihulurkan kepada Aril.
“ Bakar dia dan buang dalam toilet sana. Idea ni kawan aku yang bagi, dia pernah buat. Gerenti menjadi punya. Kau akan rasa lebih baik.” Katanya. Aril mengerutkan dahinya.
“ What. Please lah. Tak nak. Tak boleh bakar gambar. Tak baik.” Pintas Aril.
“ No. Buat je lah. Kau akan rasa lebih baik. Aku jamin. Buat lah.” Paksa nya. Aril mengeluh dan menyalakan mancis itu. gambar Liyana dibakar nya.
“ Pergi toilet and flush dia. Go. Now.” Arahnya lagi. Aril bangkit dan masuk ke dalam bilik mandi. Ditenungnya gambar Liyana buat kali terakhir dan menjatuhkan gambar itu ke dalam mangkuk tandas. Kemudian diflushkan tandas itu. gambar Liyana yang tinggal setengah itu berpusing – pusing sebelum hilang ditelan air. Aril memegang dadanya.
“ Kenapa aku rasa lapang sangat? Lega kah aku?” soalnya sendiri. Aril keluar dari bilik mandi. Gadis itu tersenyum padanya. Dan Aril membalas senyuman itu. Selamat Tinggal Liyana.
“ So?”
“ Aku tak tau, but, aku rasa lega bila buat benda mengarut kau tu. Thanks.” Balasnya senang. Aril senyum.
“ See. Benda tu memang selalu menjadi. Pandaikan aku. Hehe. So, Welcome to a new life. Goodbye to your past.” Ujarnya. Gadis itu menghulurkan tangan nya.
“ By the way, aku Humaira.” Gadis itu memperkenalkan diri. Aril senyum dan menyambut salam nya.
“ Aril.”



Sudah beberapa hari Aril dan Humaira mengembara di bumi Malaysia bersama. Misi Aril adalah untuk menghantar Humaira balik seperti yang dipinta gadis itu. beberapa hari yang dialaminya sememangnya hari yang baru dan hari itu diceriakan dengan gelak tawa mereka. Humaira. Seorang gadis lincah dan berperangai seperti kanak – kanak Berjaya mengubat hatinya yang luka beberapa hari lepas. Banyak pengalaman baru yang dialaminya bersama Humaira. Gadis itu melihat dunia dengan cara yang berlainan darinya. Adakalanya pendapat mereka bercanggah dan mereka selalu bertelingkah, namun dengan sikap keanak – anakan gadis itu, marah Aril boleh reda begitu saja. Berapa hari saja, dia melihat dunia dari mata Humaira. Dunia bagi Humaira seperti fantasi bergabung dengan reality. berbanding dengan nya, hanya melihat dunia dengan reality. Dan yang lebih ajaibnya, dalam beberapa hari itu, fikiran nya langsung tidak pernah terbang sekalipun kepada Liyana.
“ Kita dah sampai.” Kata Humaira. Aril melihat rumah yang sederhana besar di hadapannya. Rumah yang tersergam indah dihiasi dengan laman yang cukup sederhana dan menenangkan jiwa.
“ Jom, masuk.” Ajak nya. Aril pantas menggeleng.
“ Aku dah tunaikan janji aku. Hantar kau balik.” Balasnya tenang.
“ No, kau ikut aku masuk. Aku kenalkan kau dengan Family aku. Jom la.” Ajaknya lagi. Pada masa yang sama, seorang wanita yang berumur sederhana dan lelaki yang sebaya arwah papanya keluar.
“ Maira. Kamu dah balik sayang.” Kata wanita itu sambil memeluk Humaira.
“ Mak, Maira rindu dengan mak.” Humaira membalas pelukan emaknya. Kemudian menyalam ayah nya.
“ Ni, siapa Maira?” Tanya ayahnya sambil menalakan pandangan ke arah  Aril.
“Yah, ni Aril. Dia kawan Maira. Dia yang hantar Maira balik. Hmm.. Mak, Maira lapar la. Nak mamam.” Kata Humaira riang. Aril senyum membalas pandangan ayah Humaira.
“ Jemput masuk Aril.” Ajak emak Humaira. Dalam rasa segan segan malu, Aril mengikut langkah mereka. Terasa lain pulak pandangan ayah minah ni.



Seminggu Aril tinggal di rumah Humaira. Seminggu juga dia merasakan pandangan ayah Humaira kepadanya. Lain semacam. Rasa macam seram je bila ayahnya ada bersama. Pandangan mata ayah Humaira, tajam semacam. Gayanya macam samurai zaman era Jepun dahulukala. Yang ada pedang terselit di pinggang tu. Aril duduk di bangku yang disediakan di halaman rumah itu. dilihat nya  Humaira sedang membangkit pakaian. Aril mengalihkan pandangan ke arah pokok mangga yang agak – agak rendang yang tidak jauh dari bangku tersebut. Dia menelan liur. Baik aku petik sebiji dua. Dapat makan, ke minta emak Maira buat sambal. Cadangnya sendiri. Berbanding hubungan nya dengan ayah humaira, Aril lebih rapat dengan emak gadis itu dan juga ahli keluarga yang lain. Cuma tidak dengan ayah Humaira. mengapa? Mungkin dia rindukan kasih seorang ibu. Aril bangkit dari duduknya. Tangan nya mencapai buah mangga yang paling bawah.
“ Nasib baik aku tinggi. Ada jugak guna nya tinggi ni ye.” Pujinya sendiri. Sebiji buah mangga diletakkan di atas bangku.
“ Ril, ada problem.” Bisik Humaira sambil menarik lengan bajunya. Aril tidak jadi memetik buah mangga itu.. Aril menundukkan wajahnya. Ketinggian nya dengan Humaira jauh berbeza. Bila gadis itu ada di sisi nya dia sendiri tidak sedar.
“ Apa dia??” soal Aril. Humaira yang memegang bakul berisi baju menghalakan bibirnya di telinga Aril.
“ Ada problem. Tak dapat cakap kat sini. Esok kita jumpa dekat kebun atuk. Eh? Jangan lambat.” Bisiknya mengarah. Belum sempat Aril membalas, Humaira sudah berlari pergi. Aril menghantar kelibat gadis itu dengan matanya, baru saja gadis itu masuk, matanya bertembung dengan mata ayah Humaira. Aril menelan liur. Tajam pandangan ayah gadis tu. Aril memberi senyuman kepada ayah Humaira kemudian meneruskan memetik buah mangga yang diinginiya. Sambil itu mulutnya mengira berapa biji mangga yang dipetik. Siap berlagu senang berkenaan mangga.




“ Hmmmmmmm... apa pasal nya kau panggil aku pepagi ni?” Tanya nya bila saja mereka selamat melabuhkan punggung di titi air berdekatan dengan kebun atuk Humaira. Humaira menarik nafas, kemudian menghembuskan nafas. Macam mengeluh pun ada.
“ Aih, tak pernah pulak aku dengar kau mengeluh macam tu sekali. Masalah apa yang melanda kau ni. Tak pernah pernah sampai mengeluh begitu sekali. Masalah negeri ke?” seloroh Aril. Hanya keluhan saja menjadi jawapan nya.
“ Emak.” Tuturnya kemudian.
“ Ya, kenapa dengan mak? Mak sakit ke? Tak mungkin. Mak sihat je aku tengok.” Kata nya. Sudah biasa membahasakan emak Humaira sebagai emak. Emak nya yang menyuruhnya begitu.
“ Bukan la........ Kau ni. Mak sihat. Mak nak jodohkan aku dengan mamat entah mana. Aku tak mau.” Luahnya. Aril mengangguk faham.
“ Laaa.. bagus la tu. Pilihan orang tua baik – baik tau.”
“ Bagus?? Puik. Aku tak berkenan. Tu masalahnya.”
“ Ok. Ok. Now, kau dah kata yang kau tak berkenan tu, dah tau la sapa mamat tu?”
“ Tau tu tak la. Tengok gambar je. Ni haa. Hesy... Tak berkenan aku.” Cebik nya sambil memberi sekeping gambar kepada Aril. Aril membelek gambar itu.
“ Laaa.. Boleh tahan la ni. Hensem apa. Ada iras macam siapa pelakon Bollywood tu..haaa.. macam Hitirik Roshan tu. Betul ke tak nama dia. But, kira ok la ni... Dia hensem apa. Tapi hensem lagi aku.” Komen Aril bersahaja. Humaira diam. Muncung mulutnya menjawab segalanya. Aril ketawa melihat gadis itu.
“ Lagipun, kau single. Dia available. Ngam la tu. Apa salah nya, cuba la. Pilihan orang tua ni sentiasa baik tau.  Aku nasib takde mak dan ayah. Kalau tak, kalau diorang pilih jodoh, aku terima je.”
“ Itu kau. Tapi, aku tak berkenan dengan dia ni. Apa la sangat dengan muka hensem kalau nanti dah kahwin macam lelaki lain jugak. Harap hensem, tapi, buaya. Dah la buaya, darat pulak tu. Puik. Tak berkenan aku. And by the way, aku tak single ok. Aku dah ada boyfriend dah pun.”
Aril bertepuk tangan.
“ Nah, kalau macam tu, kenapa tak kenalkan dia dengan family kau tu. Tak ke susah. Kau ni, masalah kecik macam ni pun kau besar kan. Apalaaa.” Perlinya sambil ketawa. Humaira yang sedari tadi memuncungkan mulutnya mengukirkan senyuman.
“ Apa? Kenapa tengok aku macam tu? Ada apa – apa ke kat muka aku ni?” soalnya sambil meraba wajahnya. Humaira menggeleng kepala.
“ Kau dah boleh senyum gembira dah sekarang. Lega aku tengok.” Balasnya sambil mengalihkan pandangan ke hadapan. Aril senyum. ‘Ya, aku berubah kerana kau yang mengubah aku, Maira.’ Balasnya dalam hati.
“ So, berbalik pada tadi, bawak la boyfriend kau datang sini.” Cadang Aril. Humaira menggelengkan kepala.
“ Tak dapat lah.” Jawabnya.
“ Kenapa?”
“ Dia kat Singapore sekarang. Ada kursus katanya. 6 bulan kursus kat sana.”
Aril mengangguk faham. Kemudian tersenyum sinis.
“ Ke, dia menghilang 6 bulan tu pasal kahwin tak.” Usik nya. Laju tangan Humaira mencubit lengan Aril.
“ Mana ada. Dia bukan orang macam tu tau. Dia baik, tinggi, badan pulak sasa. Romantic pulak tu. Hmm.. walaupun tak hensem sangat, tapi I like.” Pujinya melangit kepada teman lelakinya.
“ Eleh. Hensem dia, hensem lagi aku. Kau apa tau. Lagipun, kau tak pernah pun story kat aku pasal dia. Cer citer sikit.” Humaira mengambil telefon bimbitnya. Kemudian menekan kekunci telefonnya.
“ Ni dia.” Humaira menunjukkan gambar seorang lelaki di telefonnya.
“ Dia ni? Hmmm.. Bagi level aku, dia ni, okay je. Takat muka tu, tepi jalan pun aku boleh jumpa. Tapi, aku rasa Hitirik Roshan pilihan emak hensem lagi.” Komen nya. Humaira mencebik.
“ Sejak bila mulut kau laser macam ni ek? Aku tak ajar pun??”
“ Kau tak ajar. Tapi, kau wariskan ajaran kau. Hahahahahaha.” Aril ketawa terbahak – bahak. Senang hatinya dapat mengenakan Humaira. Tiba – tiba Humaira memetik jarinya.
“ Aku ada idea. Idea bernas punya.”

Humaira ketawa terbahak – bahak. Aril yang mengikutnya dalam keadaan terpaksa mencekak pinggang. Gadis yang dikenalinya sememangnya tidak pernah memikirkan kesan akibat dari perkara yang dilakukan nya.
“ Maira.” Tegurnya. Humaira yang masih ketawa menutup mulutnya. Geli hatinya melihat reaksi lelaki yang bakal dijodohkan nya tadi.
“ Tak baik buat dia macam tu.” Nasihat nya. Terbit pula rasa kasihan pada lelaki tadi. Yang minah ni pulak boleh pasang prank dekat depan pintu tu apasal. Basah kuyup campur bertepung pihak lelaki dengan jerat Humaira. Dia masih ingat lagi amarah pihak lelaki tadi. Kalau tidak dihalang, boleh bergaduh tadi. Tu semua angkara Humaira. Aril menggeleng kepala.
“ Tak baik tu pandang tepi, asalkan family dia tak jadi meminang.” Katanya senang.
“ Tapi, tak baik buat macam tu. Kalau kau tak setuju pun, apa salahnya terangkan kat mak. Tak baik tau buat macam tu. Malu pihak diorang.” Tegur Aril.
“ Alaa.. marah tu boleh reda la. Why so serious?”
“ Maira, hidup ni perlu serius. Kalau salah tindakan, memakan diri. Kau sedar tak ni?” nasihat nya.
“ Then, kau serius sepanjang hidup kau. Tapi, tak jugak bahagia.” Bidasnya. Aril diam. Bahagiakah dia dahulu?




“ Aku rasa sampai sini je aku dapat hantar kau. Lagi pun, kau dah selamat sampai. Amanah mak aku dah tunaikan.” Tutur Aril perlahan. Dua hari perjalanan nya menggunakan bas menghantar gadis itu balik semula ke rumah sewa nya. Humaira senyum. Kemudian mengangguk.
“ Jangan lupa, bawak boyfriend kau tu balik kampong. Bawak dia jumpa family. Sejuk jugak hati mak tengok anak dia yang nakal ni dah taubat.” Perli Aril lagi. Humaira ketawa.
“ And kau, jangan sedih – sedih lagi. Karang rezeki tak masuk.” Pesan Humaira. Kini giliran Aril yang ketawa.
“ Rezeki sentiasa ada. Macam yang kau kata, kita boleh cari rezeki dari macam – macam cara. Ingat lagi pengalaman kita jual ikan tepi jalan tu??” ujar Aril. Serta merta tawa mereka bergabung. Teringat kan masa mereka kehabisan duit dan mesin ATM pula tiada, terpaksa mencari ikan dan menjual nya di tepi jalan. Akhirnya, mereka mendapat hasil hampir RM 60.
“ Pengalaman yang sumpah aku takkan lupakan.” Ujar Aril. Dia menghulurkan tangan.
“ Aku gerak dulu. Kau jaga diri baik – baik. Maira.” Ucapnya perlahan. Suara serak serak basah itu gemersik tatkala dia menuturkan kata – kata itu. humaira tergamam. Saat itu, dia merasakan personalliti Aril sedikit berlainan. Tidak seperti yang pernah ditunjukkan di hadapannya. Genggaman tangan dilepaskan. Perlahan Aril berundur dan kemudian berlalu dari situ. Azam nya kini, untuk membetulkan hidupnya yang sudah hampir hancur itu. Aril menghembus nafas.
“ Hello World. Aril is back!!” jeritnya sendiri.


SETENGAH TAHUN KEMUDIAN.......

Syarikat yang dimiliki Aril sudah kembali maju. Malah, syarikatnya tersenarai dalam senarai syarikat yang termaju di dunia. Dalam masa yang singkat, Aril telah menerajui syarikat peninggalan keluarganya dengan penuh jaya dan memberi nafas baru pada syarikat nya. Masalah Aril dan ibu saudaranya juga sudah selesai. Aril memberikan hak yang dipinta dengan satu permintaan, ibu saudaranya tidak masuk campur malah tidak lagi mengganggu hal berkenaan syarikatnya.
“ Bos, dokumen ni perlu ditandatangan, dan perlu submit before 3.” Kata PA nya. Aril senyum dan meneliti isi dokumen itu. tidak lama kemudian, dia menandatangani dan memberi semula kepada PA nya. Kemudian dia meneruskan kerjanya. Semakin maju, semakin sibuk jadual nya.
“ Tunggu kejap.” Arah Aril tiba – tiba. Jamal berpusing. Tombol pintu yang dipegang nya dilepaskan semula.
“ Esok, aturkan mesyuarat tergempar esok pagi, aku ada satu idea yang baik punye nak usulkan esok. And, aku nak jumpa semua stake owners before 2 pm. Ada benda aku nak bincangkan dengan mereka. Apalagi yang aku risaukan.. Ahh, aturkan lunch aku dengan Dato’ Kamaruddin. Aku nak jumpa dia before meeting esok. Ada rancangan baiiik punye aku nak settle dengan dia.” Katanya senada. Jamal mencatit arahan bos nya.
“ Err.. Bos, boleh tak saya cakap sikit?”
“ Ya. Apa hal?”
“Woah.. Ril. Kau sedar tak yang kau dah berubah sekarang?” luah Jamal seraya duduk di kerusi. Buku hitamnya diletakkan di atas meja. Aril melihat tubuh badannya. Kemudian membelek mukanya di camera laptop.
“ Aku rasa biasa je? Gemuk sikit la pasal aku selalu makan tengah malam. Lapar gilerr beb.. melantak mee sedaap tengah malam memang peerrrgh!! Best!!” katany sambil mengusap perutnya. Boroi tu tak lah. Buncit lagi tak. Pejal lagi ni.
“ But aku tak la gemuk sampai tahap buncit ni. Selalu jugak pergi gym tau.” Sambungnya lagi. Kemudian ketawa kecil. Lawak bila memikirkan satu masa nanti fizikal tubuhnya berubah menjadi orang tua yang gemuk, perut buncit dan rambut botak di tengah – tangah.
“ Bukan nya berubah dari segi fizikal la. Maksud aku, kau, personality kau, sikap kau. Berubah sangat. Kau tak sedar ke dalam setengah tahun kau dah ubah syarikat ni. Dulu dah tinggal hujung tanduk tapi sekarang dah berdiri megah. How can you do it man? Kau bela saka ke? Tak ke toyol?” duga Jamal. Sebagai kawan yang bekerja dengan Aril, hairan juga kerana selama hampir tiga bulan Aril menghilang entah ke mana, tiba – tiba muncul semula dan membuat mesyuarat tergempar dan seterusnya membetulkan semua salah silapnya sekaligus menaikkan semula syarikat peninggalan keluarganya. Ajaib. Ya, itu adalah perkataan yang sesuai. Malah, Aril juga kerap tersenyum apabila berseorangan, menyanyi kecil apabila membuat kerja dan bersemangat apabila menyatakan sesuatu. Apabila membuat kerja, semuanya dapat disiapkan dengan cepat dan efektif. Semua masalah yang dihadapi semenjak Aril mengambil alih syarikat itu selesai dalam masa hampir 7 bulan saja.
“ Ceh. Ke situ pulak kau. Takde nya aku nak bela benda – benda mengarut macam tu. Aku tak berubah la, Mal. Aku masih aku.  Aku cuma dapat nafas baru. Semangat baru. Dan aku gembira dengan hidup aku sekarang. Rasa nak buat terjun superman je sekarang tau.” Katanya sambil mendepangkan tangan nya. Jamal menggeleng kepala. Aril mengusap perutnya. Dahinya berkerut.
“ Kenapa, Ril?” Tanya Jamal apabila melihat perubahan di wajah Aril
“ Aku rasa.. Apa perasaan ni eh.. Rasa.. I think.. i’m hungry. Jom makan.” Ajaknya riang. Riak wajahnya yang cepat berubah mengundang rasa hairan di hati Jamal. Aril seperti sudah lebih ceria dan lebih – lebih lagi, sikap nya kadang – kadang seperti kanak – kanak. Riang sentiasa.




Aril berehat di gazebo di laman rumahnya. Dia membuang pandang ke rumah peninggalan keluarganya. Gitar di tangan nya dipetik satu – satu.
“ Rumah je besar. Tapi penghuni nya,berapa orang je.” Gumamnya sambil memetik gitar. Lagu Lonely Day dari SOAD dimainkan.

Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day in my life

Such a lonely day
Should be banned
It's a day that I can't stand

The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life

Such a lonely day
Shouldn't exist
It's a day that I'll never miss

Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day of my life

And if you go,
I wanna go with you
And if you die,
I wanna die with you
Take your hand and walk away

The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life


Such a lonely day
And it's mine
It's a day that I am glad I survived.


“ Tuan. Ada orang datang nak jumpa tuan.” Suara butler, Sebastian menghentikan mainan gitarnya. Aril meletakkan gitarnya di tepi.
“ Siapa?” soalnya lembut.
“ Tak tahu, tapi diorang kenal tuan.” Jelas butlernya. Aril mengangguk dan berdiri. Dia mengikut langkah butlernya. Sampai saja di depan pintu pagar, baru persoalan yang bermain di benaknya terjawab.
“ Mak, ayah.” Katanya separuh terjerit. Tangannya terus menyalam tangan emak nya. Kemudian ayah nya. Belum sempat dia tunduk menyalam tangan ayah nya lengan nya dipegang kuat.
“ Maira mana?” soal ayah Humaira. Aril tergamam.


“ Mak, ayah, duduk lah dulu. Sebastian, buatkan minuman untuk tetamu saya.” Arahnya kepada butlernya. Sebastian berlalu pergi.
“ Maira mana, Ril?” soal ayah nya lagi. Dahi Aril berkerut.
“ Kenapa dengan Maira, yah, mak?” soalnya semula. Tidak faham. Wajah emak dan ayahnya sugul semacam. Beg bagasi yang dibawanya juga ditenung.
“ Maira dah lama tak hubungi kami. Balik kampong pun tidak. Aril sembunyikan Maira ke? Kalau Maira ada kat sini, suruh dia turun sekarang. Mak rindu dengan Maira, Ril.” Luah emak nya. Ayah Humaira hanya diam. Namun Aril tahu, marah nya ada dipendam di hati.
“ Mak, Maira takde kat sini. Last Aril sama dengan Maira, masa Aril hantar dia balik hostel kat Johor. Lepas tu, Aril tak dengar lagi berita Maira. Aril tak dapat call sebab Aril busy. Kenapa dengan Maira mak?” mendengar jawapan Aril. Titisan airmata seorang ibu gugur jua. Luluh hati Aril melihat nya. Walaupun itu bukan ibu kandung, tapi, sayang nya sama seperti dia menyayangi mamanya. Aril mengubah posisi duduk nya. Dia duduk di sisi emaknya. Dipaut lembut bahu emaknya.
“ Yah, kenapa dengan Maira?” soalnya perlahan. Ayahnya mendengus. Menyatakan betapa marahnya hati tua itu.
“ Anak tak sedar diuntung tu, entah mana dia menghilang. Lama dia tak balik. Entah ada tak dia kat rumah ni. Mana kau sorok dia hah? Aku tau dia dah lupa daratan sejak kenal dengan kau. Aku nampak sejak dari mula lagi. Padan la dia tolak pinangan ketua kampong tu. Ikan besar dia dah dapat. Mana kau simpan anak aku? Maira!! keluar!! Kita balik.” Jerkah ayah Humaira. Aril diam.
“ Aku tau kau siapa sejak dari hari Maira bawak kau balik. Anak usahawan kaya, syarikat pun maju. Aku tau kau hanya akan mainkan Maira. kau gunakan Maira. lepas kau dah puas, kau tinggalkan dia. Anak muda macam kau takkan sudi berkawan dengan orang macam kami. Sekarang kau panggil Maira turun. Sekarang!!!”bentak nya lagi. Aril hanya membatu diri. Dia sendiri tertanya – Tanya dimana Humaira sekarang. Mengapa boleh hilang begitu saja. Aril menarik nafas.
“ Yah, mak. sumpah, Aril tak tahu Maira kat mana. Tapi, Aril berjanji, Aril akan cari dan bawak Maira balik. Itu janji Aril. Aril akan hantar Maira balik macam masa Aril hantar dia dulu.” Jelas Aril memujuk. Kaget juga hatinya apabila dijerkah oleh ayah Humaira. Baru dia tahu dimana Humaira dapat baran nya pada pertama kali berjumpa.
“ Dan kalau Ayah tak percaya. Ayah boleh check rumah Aril ni. Dan, kalau dapat, mak dan ayah bermalam kat sini. Ye mak? yah?” ajaknya lembut. Emaknya mengangguk. Dia percayakan Aril, namun tidak ayahnya. Sebaik saja Aril berkata begitu, terus saja kakinya melangkah ke seluruh rumah. Mencari Humaira. Tingkah ayahnya hanya disambut dengan senyuman dari emaknya.


Susuk tubuh seorang gadis yang duduk di koridor bertentangan dengan nya ditenung. Sudah seminggu dia mengikut jejak gadis itu. Setiap hari dia memerhati aktiviti nya hingga boleh dihafal setiap satunya. Pagi dalam pukul 7.30, gadis itu keluar dari rumah sewa dan berjalan kaki ke tadika yang tidak jauh dari rumah sewanya. Tengah hari pula, gadis itu akan makan bekalan yang mungkin dibawanya dari rumah di taman yang disediakan di tadika itu bersama kanak – kanak, kemudian dia akan terus mengajar sehingga pukul 1.30 tengah hari. Kemudian gadis itu akan berjalan ke kedai runcit yang tidak jauh dari perumahan itu, membeli barang untuk dimasak pada waktu malam. Pada waktu malam pula, gadis itu akan membaca buku di koridor bilik nya hingga pukul 10 malam. Begitulah aktiviti gadis itu. Sama dan sekata. Aril menarik nafas panjang. Adakah itu Humaira? Tapi, mengapa Humaira lain sangat. Aril perasan akan wajah sugul gadis itu ketika dia membaca buku. Sedih sekali wajah itu dimatanya. Kadang – kadang, dia terlihat adanya air mata yang gugur apabila dia keseorangan, namun cepat disekanya agar tiada siapa tahu akan kesedihan yang dialaminya. Pada siang hari, Aril dapat melihat senyuman dari wajah yang kini bertudung itu, tapi pada malam nya, hanya wajah duka itu yang dilihatnya. Aril meletakkan teropong yang dibelinya seminggu lalu. Laptop yang berada di ribanya diletakkan di meja kecil. Sudah seminggu Aril menetap di rumah yang dibelinya seminggu lalu. Sengaja dia membeli rumah berhadapan dengan rumah sewa Humaira, agar dapat disedari kehadiran nya, namun, kehadiran nya, bukan saja tidak disedari, malah tidak di endahkan pula.
“ Ni bukan Humaira. Ini patung yang bernyawa.” Gumamnya sendiri.
“ Airnya, tuan.” Kata butlernya. Air horlick sejuknya diletakkan di meja kecil itu.
“ Hesy.. Jangan panggil aku tuan la. Buat nya didengar jiran sebelah karang boleh jadi front cover in the news nanti.” Bidasnya perlahan. Sebastian berdehem dan mengangguk. Dia duduk apabila Aril menyuruhnya untuk duduk. Aril kembali memerhatikan Humaira yang berada di seberang rumah nya.
“ Takkan la dia tak perasan aku kat sini.” Gumamnya sendiri. Sebastian juga melihat gadis itu.
“ Dia ke cik Humaira yang Tuan, eh.. sorry. Yang Ril cari tu?” soal nya. Aril mengangguk. Matanya tidak lepas dari memandang Humaira.
“ Seminggu kita dok perhati dia. Saya tengok dia tu.. Sugul. Sedih. Aril kenal dia dari mana?” soalnya lagi.
“ Aku kenal dia almost 7 maybe 8 bulan dah. Lost count. Haha. But, perkenalan tu tak penting. Yang penting aku kenal hati budi dia. Dia baik. Periang. Ceria. Sentiasa senyum. Bila ada masalah, dia ada cara sendiri untuk selesaikan masalah nya. Walaupun cara dia tu tak diterima dek akal. Tapi, memang berkesan.” Tutur Aril. Senyuman nya mula terukir bila mengenangkan saat perkenalan nya dengan Humaira. Sebastian mendengar penuh minat.
“ Masa aku kenal dia, aku hampir langgar dia. Dengan moto kesayangan aku tu. Ingat moto kesayangan aku tu. Dah takde dah. Lesap kena curi. Mula – mula aku kenal dia, dia tak macam ni. She was full of spirit. Sangat bertenaga. Sangat periang. Dan baik. Dia muncul saat aku kecundang. Dia mengubah aku menjadi seorang yang lebih baik. Walaupun dia tak sedar apa yang dia dah lakukan, namun, aku rasa bertuah sebab berkawan dengan nya. Dia mengubat hati aku tanpa sedar. Aku yang serius belajar menjadi dia. Semua yang aku buat, aku akan fikir. Apa yang Humaira akan buat jika dia berada di tempat aku. Dan aku akan buat begitu. Funny. She was there in almost everything I do. In everything I see.” Ujarnya.
“ Now I see siapa yang mengubah tuan hingga jadi begini. Now I see, that you are in love with her.” Balas Sebastian. Aril hanya senyum. Mengiakan dalam hati. ‘Yes, I do love her.’
“ Tuan, pergi la sapa dia. Dia tak kan perasan yang tuan ada kat sini biar berbulan pun kita duk intip dia. Dan personally, saya rasa, yang dia pun macam tuan masa tuan putus cinta dengan cik Liyana. Err.. maaf tuan.”
Aril menggeleng.
“ It’s okay. Adalah yang saya nak buat tu nanti.” Balasnya dengan senyuman.


Buku yang jatuh bersepah dikutip. Fikiran nya kosong kini. Humaira melihat siapa kah gerangan yang dilanggarnya tadi.
“ Hai.” Sapanya lembut. Mata Humaira membulat. Tidak percaya akan kehadiran lelaki yang banyak membantunya dahulu.
“ Ha.. Hai..Aril..K.. Kau buat apa kat sini? Haha.. Lama tak jumpa.” Balasnya gugup. Mana mamat ni dapat jumpa aku kat sini? Takde siapa pun tau aku kat sini. Lelaki itu memakai t-shirt polo dan berseluar jeans kelihatan santai pada tengah hari itu. penampilan nya segak berbanding 7 bulan lepas. Aril menolong Humaira mengutip buku latihan yang dibawa nya balik untuk disemak.
“ Nah.” Dia menghulurkan buku latihan tadi. Humaira diam. Tidak tahu hendak bercakap apa. Mereka berjalan beriringan. Aril bersiul senang. Matanya tidak lepas memandang Humaira. Gadis itu mengenakan baju kurung berwarna krim dan tudung dalam rona yang sama. ‘Cantik, tapi wajah yang sugul tu kalau senyum kan lagi cantik.’ Komen nya dalam hati.
“ Awak patahkan hati saya, Maira.” tuturnya separuh berbisik.
“ Hah??” soal gadis itu. Aril mengangkat bahu. ‘dia ada cakap sesuatu ke tadi??’ soal Humaira dalam hati. Langkah mereka berhenti apabila sudah sampai di sepan rumah sewa Humaira. Aril mendekatkan wajahnya dengan Humaira.
“ I said, aku tinggal kat depan tu.” Bisiknya. Suara serak basahnya yang berbisik gemersik di tepi telinga gadis itu membuatkan bulu roma Humaira tiba – tiba berdiri. Humaira mengundurkan tubuhnya setapak. Kemudian kepalanya berpusing ke arah yang ditunjuk oleh Aril.
“ What? Kau tinggal kat depan tu?” Tanya nya tidak percaya. Aril mengangguk.
“ Dah seminggu duk kat sana. Kau rasa, berapa lama aku perhatikan kau?” tuturnya perlahan sebelum berlalu. Humaira mengetap bibir, kemudian masuk ke rumah. Aril perasan, merah wajah gadis itu.

Sudah dua minggu dia bertemu dengan Humaira. Namun reaksi gadis itu tetap sama. Ketawa gadis itu terasa hambar. Senyuman nya terasa tawar. Kenapa gadis itu boleh berubah sebegitu. Dua minggu dia menunggu agar gadis itu bercerita akan apa yang terjadi padanya, namun hingga sekarang, tiada apa yang diluahkan.
“ Maira, keluarga sihat?” Tanya Aril tiba – tiba. Ketika itu dia dan Humaira duduk di taman sambil menghirup angin petang.
“ Sihat..?” jawab Humaira dengan senyuman. Aril berdiri dan memeluk tubuhnya. Kemudian menggeleng kepala.
“ Maira, you know, you break my heart.” Tuturnya perlahan. Humaira diam.
“ Mak kata dia kirim salam. Malam tadi aku call mak.” sambungnya lagi. Humaira tidak menjawab. Diam. Diam. Dan hanya diam saja.
“ I know yang kau tak balik rumah. Almost 7 bulan. See, I was waiting for you to say anything. Tentang apa yang terjadi kat kau selama kau menghilang. Maira, can’t you just give me a call? Am I your friend?” tegurnya lembut. Humaira tunduk. Akhirnya air matanya gugur juga.
“ He left me. He promised to me that he will marry me. Tapi dia. Dia tinggalkan aku. Dia kahwin dengan orang lain. He said yang dia ada kursus kat Singapore. But he lied. Dia honeymoon masa tu. I was so stupid. Aku bodoh sebab percayakan dia. Aku bodoh.” Luah Humaira. Air mata yang selama ini ditahan akhirnya gugur dihadapan Aril. Aril melutut di hadapan Humaira. Perlahan tangan nya mengesat air mata Humaira.
“ Don’t cry. Please. Sedih aku tengok kau macam ni.” Pujuknya. Namun tangis Humaira masih tidak berhenti. Tanpa sedar, Humaira menyembamkan wajahnya ke bahu Aril. Dan dia mengongoi di situ. Aril kaku. Hendak mengusap belakangnya terasa salah. Akhirnya dia membiarkan saja Humaira menangis.
“ Lupakan dia. Dia bukan jodoh kau. Dia lelaki dayus yang tidak berani hendak menyatakan apa kemahuan nya. Kau lebih baik dari itu Maira. jangan seksa diri kau semata – mata dengan kenangan yang takkan membahagiakan kau. Jangan berharap pada dia lagi. dia bukan untuk kau. Dengar sini, Allah akan memberi kau jodoh yang lebih baik selepas ini. Dan kau patut berdoa padanya dan bukan menangis macam askar yang kalah.” Pujuk Aril.
“ Ikut aku balik. Family kau risaukan kau sekarang. Ikut aku balik ya.” Pujuknya. Sememangnya itu tujuan nya datang kesini. Gelengan Humaira membuat dahinya berkerut.
“ Aku malu. Dengan keluarga aku. Aku takut ayah marah kat aku. Aku tak nak.” Bantah Humaira. Sedunya masih ada.
“ Tak ada apa – apa. Mak dan ayah rindu sangat dengan kau. Kau kan anak kesayangan diorang. Mak sampai demam tau rindu kat kau.” Pujuk Aril lagi.
“ Demam? Mak demam? Teruk ke Ril?” soalnya risau. Sedar akan kekhilafan nya. Oleh kerana membawa hatinya yang luka, dia memutuskan hubungan nya dengan keluarga sendiri. Humaira tunduk.
“ Esok kita balik ya.” Pujuk Aril. Humaira diam. Hanya gelengan menjadi jawapannya.
“ Tak nak. Aku malu. Aku malu dengan keluarga aku. Mesti mereka akan mengata. No, Aril. I can’t go home with you.” Putus nya ingin berlalu. Namun Aril pantas menahan lengan Humaira.
“ Jangan paksa aku Aril! Kau tak tahu apa yang aku dah buat. Perangai aku. Apa yang aku buat kat anak ketua kampong. No! I can’t!” bentak nya.
“ You have to! Dan jangan cuba nak bertekak dengan aku sekarang. Mood aku tak baik dua minggu ni dan kau jangan nak tambahkan lagi faham. Esok kau ikut aku balik, aku hantar kau balik kampong. Dengar!” marah Aril. Bertegas. Dia tahu akan tahap kedegilan Humaira. Humaira terkedu. Kemudian mengangguk lemah.
“ Dah. Lap air mata tu. Sekarang, aku tak nak kau bersedih lagi. Aku hantar kau balik.” Ujar Aril. Suaranya tidak setegang tadi.



“ Nervous?” Tanya Aril tenang. Humaira yang duduk di tepi mengangguk lemah. Gugup rasanya.
“ It’s okay. Semua akan okay nanti.” Katanya memberi sedikit semangat kepada gadis itu. Humaira senyum tawar. Aril keluar dari perut keretanya. Kemudian membuka pintu untuk Humaira. Takut – takut Humaira keluar dari kereta. Senyuman Aril memberi sedikit semangat kepadanya. Mereka berjalan beriringan ke depan tangga.
“ Assalamualaikum.” Laung Aril. Tidak lama kemudian muncul wajah emaknya .
“ Maira. Aril. Maira.” laungnya terus memeluk kejap tubuh Humaira. Humaira yang terasa sedikit terkejut kemudian nya membalas pelukan emaknya. Aril senyum. Kemudian matanya menangkap kelibat ayah Humaira dan adik beradiknya datang dari dalam.
“ Ayah.” Pandangan Humaira beralih ke arah ayahnya. Pucat lesi mukanya. Ayahnya dating mendekati Humaira. Humaira memejam matanya. Namun matanya kembali terbuka apabila perasan tubuhnya dipeluk.
“ Anak ayah yang nakal ni, jangan buat macam tu lagi. Risau ayah tau. Jangan buat macam tu lagi.” Ucapnya. Gugur juga air mata ayahnya.
“ Maafkan Maira, yah. Maira janji takkan buat macam tu lagi.” Ucap Humaira dalam sedu. Gembira juga kerana ayahnya tidak marahkan nya. Aril senyum dengan penyatuan Humaira dengan keluarganya.
“ Asyik tenung kakak je. Karang dah kahwin tu tenung la sampai sengal mata tu, bang. Masuk la ke dalam dulu.” Tegur adik Humaira, Hamizah. Aril ketawa kecil. Rupanya semua sudah masuk ke dalam. Hanya dia saja yang tinggal di luar.



“ Hah??”
 Aril dan Humaira terkedu. Betul ke tidak apa yang didengarnya tadi.
“ Betul lah. Takkan la mak nak main – main pulak.” Balas emaknya bersahaja. Aril diam. Humaira terus menarik emaknya masuk ke bilik. Aril duduk di kerusi di ruang tamu. Sememangnya apa yang di usulkan oleh emak Humaira tadi sukar diterima oleh Humaira. Namun tidak baginya.
“ Kamu tak setuju ke dengan cadangan kami?” soal ayah Humaira.
“ Eh, bukan. Saya ok je. Tapi, saya tak tau samada Maira terima ke tidak. Bagi saya, kebahagian Maira adalah kebahagiaan saya. Jika Maira tak mahu, saya tak nak paksa.” Balas Aril lembut.
“ Ayah minta maaf. Sebab tuduh kamu sembunyikan Maira.”ucap ayah. Aril menggeleng.
“ Aril tak ambil hati, yah. Aril tahu, ayah marah masa tu. Tambah pulak risau. Aril faham. Dan, Aril rasa, biar Aril ambil hati Maira dengan cara Aril sendiri. Ayah izin kan?” soalan Aril dijawab dengan anggukan. Aril senyum.






“ Hei, kenapa senyap je ni?”
“ Aku tengah fikir pasal cadangan mak tu lah. Kau ni. Macam la kau tak dengar jugak.” Balas Humaira senada. Aril ketawa kecil. Mereka kini duduk di titi berdekatan dengan kebun atuk Humaira.
“ Jangan fikir sangat la. Aku dah terang kat ayah. Kalau kau tak nak. Cakap je.” Balas Aril bersahaja. Humaira menoleh ke sisi. Aril yang membawa gitar nya mula memetik gitarnya. Nada lagu entah apa yang dimainkan lelaki itu.
“ Senang kau cakap. Mak tu, bila dia dah nak, dia paksa aku sampai aku cakap aku terima.” Bidas Humaira.
“ Oh..dan dari situ rupanya kedegilan kau diwariskan.” Balasnya terus ketawa kecil. Humaira memberi jelingan kepada Aril. Dia menalakan matanya ke hadapan. Fikiran nya mula melayang.
“ Kau ni suka mengelamun eh?” soal Aril. Soalan yang sama yang pernah ditanya kepadanya suatu masa dulu. Humaira ketawa kecil.
“ Kedudukan kita dah berubah. Kau jadi aku. Aku jadi kau.” Balas Humaira. Aril senyum.
“ That’s correct.” Balasnya pendek.

Suasana kembali sepi. Aril menggantung gitarnya di kayu berdekatan dengan nya.

“ Okey. Awkward moments. Hey. Kau masa kecik – kecik, pernah tak main kat sungai ni? Eh, ni sungai ke?” soalnya kurang pasti.
“ Ke ni lopak. Tapi, lopak kecik kan. So ni tak besar macam sungai, tapi terlampau besar untuk dikatakan lopak. Eh. Aku tak kisah apa namanya. Kau pernah tak mandi kat sini.” Soalnya. Humaira senyum dengan sifat baru Aril. Comel.
“ Masa kecik je. Dah besar tu, tak la. Buang tebiat ke nak main kat sini.” Balasnya. Mendengar jawapan itu, Aril senyum.
“ I see.” Katanya sambil memegang tangan Humaira.
“ But. Apa kata kita terjun.” Usai saja berkata, terus ditariknya Humaira terjun ke dalam air. Terjerit gadis itu dibuatnya. Akhirnya mereka ketawa riang. Bagai tiada apa yang mengganggu mereka.

“ Maira.” panggil Aril. Humaira menoleh. Mereka duduk semula di titi tadi. Cuaca yang panas terik dibiarkan saja. Hendak mengeringkan baju mereka yang basah. Karang kalau balik dengan baju yang basah kuyup, siap boleh kena marah dengan ayah.
“ Kahwin dengan aku?” luah Aril tiba – tiba.
“ Hah???”
“ Kahwin dengan aku? Kau tak dengar ke?”
“ Aku dengar, just kurang percaya.”
“ Aku cakap clear apa. Tak de sekat – sekat pun. Kurang percaya apanya.”
“ Kita kan kawan.” Tekan Humaira.
“ Dan aku tak dapat terima kau sebab kau terlalu baik untuk perempuan seperti aku.” Sambungnya. Humaira bangkit. Bajunya sudah kering. Dia mahu segera berlalu. Lamaran Aril sebentar tadi membuatkan jantungnya berhenti berdegup seketika. Aril hanya menghantar kelibat Humaira pergi.


Humaira duduk di bangku di laman rumahnya. Sejak dari tadi dia cuba mengelak dari Aril. Tiba – tiba dia tidak selesa dengan Aril. Mengapa? Humaira mendongak ke atas. Buah mangga yang hampir masak ditenung. Kecur liurnya melihat mangga itu. humaira berdiri dan cuba mencapai buah yang paling rendah. Setelah beberapa kali mencuba, dia tersentak apabila ada tangan yang lebih panjang memetik buah itu dari belakangnya.
“ Nah. Awak nak makan kan.” Ujar Aril sambil menghulurkan mangga tersebut. Dekat suaranya. Tubuh Humaira terasa panas menunjukkan kedudukan Aril berada dekat dengan nya. Kata gantinya juga sudah bertukar dari kau kepada awak. Humaira merasakan perubahan pada wajahnya terus berlalu.



“ Kak, kenapa kakak tak on je bila mak usulkan nak kahwin kan kakak dengan Abang Aril tu?” soal Hamizah pada satu malam. Aril sudah pun balik atas urusan kerja. Humaira duduk termenung di katilnya. Sesekali kedengaran keluhan dari bibirnya. Sudah hampir seminggu dia membuat solat istikarah, meminta petunjuk dari Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui. bayangan seorang lelaki selalu muncul, namun bayangan itu kelihatan samar. Tapi, senyuman nya, macam pernah dilihat.
“ Kitorang just kawan la, Zah. Kakak takde perasaan macam tu dekat dia. Lagipun, dia banyak bantu kakak. Kakak tak nak terus termakan budi dia.”
“ Alasan je tu kak. Mizah nampak kakak suka kat dia. Abang Aril pun sama. Dari first kakak bawak dia datang sini Mizah dah tau. Kakak ni jual mahal betul la.” Provoke Hamizah.
“ Kau budak kecik, apa kau tahu?” bidasnya. Malas hendak bertekak dengan adiknya.
“ Part budak kecik tu jaga sikit eh. Mizah dah nak 20 tahun dah. Abang Aril tu okey apa. Mana ada lelaki yang sanggup hantar perempuan balik straight ke rumah lepas apa yang dia buat. Siap tolong hantar hospital lagi. Dengan moto dia hilang. Fuhh.. part moto tu yang Mizah tak tahan. Ducati tu kak. Favourite Mizah tu. kalau Mizah, confirm bengang punya bila benda kesayangan Mizah hilang. Tapi abang Aril tak kan? Lepas tu, banyak lagi yang abang Aril buat, kakak je yang tak sedar.” Kata Hamizah menarik minat Humaira.
“ Apa dia?”
“ Ya Allah. Kakak tak perasan ke? Semua benda yang dia buat tu semua nya untuk kakak. Mizah confirm sangat dia tak de bagitau pun masa ayah dan mak pergi serang dia dekat rumah dia masa kakak hilang.”
“ Serang? Maksud Mizah?”
“ A’ah. Ayah dan mak pergi cari dia hari tu. Mak bagitau, ayah goreng dia sampai hangus pasal ayah syak abang Aril sembunyikan kakak. Tapi, abang cool je. Siap bagitau, yang dia sendiri akan cari akak. Siap janji lagi. dan tak sampai sebulan dia bawak kakak balik. Dengar cerita ni dari mak, kesian jugak dengan abang pasal kena sembur, padahal dia tak tau apa – apa.” Tambah Hamizah. Humaira diam. Terkesan apabila mendengar cerita dari Hamizah. Kesian nya terbit pada Aril kerana tak pasal – pasal kena sembur oleh ayahnya. Humaira bangkit dari baringnya dan keluar dari bilik. Keputusan yang sudah dibuatnya perlu disuarakan segera.


Humaira merenung ke langit. Sudah hampir seminggu dia sah menjadi isteri Aril. Sudah seminggu juga layanan Aril kepadanya berlainan daripada masa mereka hanya kawan. Romantic tak kira masa.!!!
“ Sayang tenung apa?” bisik Aril ditelinga isterinya. Romantis sekali dengan suara serak basahnya. Badan Humaira dipeluk dari belakang.
“ Langit.” Jawab Humaira sepatah. Selesa dengan layanan suaminya.
“ Langit ke bulan?” soalnya.
“ Apa bezanya bila tenung langit dan bulan?” Tanya nya hairan.
“ Banyak. Bila kita tenung langit tapi hati mahukan bulan. Sangat berbeza.” Balas Aril penuh makna tersirat. Humaira senyum. Faham akan maksud Aril.
“ Tapi, hati ni tak mahukan bulan, jika adanya langit yang luas dan lebih selamat untuk hati ni bergantung sayang. Memberi kasih. Terasa lebih luas kasih langit pada hati Maira berbanding bulan yang hanya dapat dipandang tapi takkan mampu dicapai.” Tuturnya lembut. Humaira membalas pelukan Aril. Dia yakin kini, pilihan nya tepat dan tidak salah.
“ Tambahan lagi, langit ni, best dipandang berbanding bulan.” Sambungnya.
“ Kenapa pulak?” duga Aril. Senyuman tidak lekang di bibir nya.
“ Pasal, bulan boleh dicover oleh awan. Itu pun langit punya pasal. Haha. Nak tak nak, tengok langit je la.” Selorohnya. Aril ketawa.
“ Itu awan cinta sayang oi. Ianya untuk menghalang dari bulan untuk datang menyakiti hati dari mengingati nya semula.”
“ Hmmm.. Awan cinta eh?”
“ Boleh abang tau kenapa Maira setuju?” soalnya lagi. humaira menarik tangan suaminya ke kerusi yang ada di balkoni rumah milik arwah peninggalan suaminya.
“ Sebab, abang dah curi hati Maira. Dalam diam pulak tu. Memang terer abang curi. Sampai Maira sendiri tak sedar.” Luahnya.
“ Since when?”
“ Since always. Dan Maira sendiri tak tahu yang abang dah ambil hati Maira. pasal Maira masih ada Boyfriend dulu kut yang buat Maira tak perasan. Kebaikan hati abang. Apa yang abang buat untuk Maira, ketahanan abang melayan kerenah Maira dulu. Sedangkan boyfriend Maira dulu pun kekadang tak tahan dengan sikap Maira. Semuanya, dan Maira cuma sedar bila Mizah sedarkan tempoh hari. Lambat nya Maira sedar kan?” luahnya. Aril senyum dan memeluk bahu isterinya. Terasa bahagia bersarang di hati.
“ Maira nak tanya abang boleh?” soal Humaira. Aril mengangguk. Tangan nya mengusap rambut isterinya.
“ Bila abang jatuh cinta dengan Maira?” soalnya semula.
“ Bila? Well.. Kalau abang nak cerita, sampai minggu depan pun belum tentu habis sayang. Abang ngantuk la pulak. Jom tidur.” Ajaknya sambil menarik tangan Humaira masuk ke bilik peraduan mereka.
“ Abang. Jawab la soalan Maira dulu.” Katanya tidak puas hati. Aril hanya senyum dan menolak tubuh isterinya ke katil. Dia baring di sebelah isterinya. Rambut isterinya masih menjadi tarikan utamanya. Dibelai lembut rambut itu.
“ Abang suka kat maira sejak first time kita jumpa. Well, suka tu tak la sangat. Pasal sayang tak henti – henti bising kat telinga ni. Pot pet pot pet tak habis – habis.  Mula – mula abang rasa malang sebabg bertemu dengan sayang. Tambah lagi abang tengah frust masa tu. Fikiran abang kosong. Macam abang takde nyawa lagi. tapi, bila jumpa dengan sayang, abang langsung tak pernah lagi fikir malah perasaan abang terhadap ex abang dulu, hilang terus.” Katanya.
“ Kenapa pulak? Maira cute sangat eh?” kata Humaira memuji diri sendiri.
“ Abang tak pandang sangat Maira masa tu. Tapi, ajaibnya, Maira buat abang terlupa akan semua masalah abang. Maira seperti memberi nafas baru dalam hidup abang. Maira mengubah abang menjadi abang sekarang. And sayang tau, abang masa tu tak ada masa pun nak fikir pasal ex abang.”
“Kenapa pulak?”
“ Pasal Maira mengisi setiap inci dalam fikiran abang. Maira memenuhi jiwa abang. And I love.. I love.. I love you ever since.” Tuturnya penuh romantic sekali. Dahi isterinya dikucup lembut. Kemudian kucupan itu beralih ke pipi Humaira. Dan seterusnya beralih ke bibir nya. Humaira ketawa kecil dengan pengakuan suaminya. Terasa bahagia dalam pelukan suami nya kini. Humaira berdoa agar kebahagiaan nya berkekalan.


                                                                        TAMAT