Search This Blog

Monday 24 February 2014

My Kembar???

BAB 21

Lelaki berjambang itu ditenung dibalik cermin mata hitam miliknya. Arina hanya diam disisi papanya. Entah kenapa hatinya terasa cuak. Otaknya ligat berfikir, pernahkan dia bertemu dengan lelaki ini. Kalau ya, dimana? Rizal? Ya, saat nama itu disebut oleh papanya, Arina sudah terbayang akan wajah lelaki yang pernah menyelamatkan nya. Lelaki yang sehingga kini, masih dikotak fikirannya. Namun, sangkaan nya salah, lelaki ini bukan Rizal yang difikirkan. Lelaki di hadapan nya kini, wajahnya agak cengkung dan sedikit kurus. Berbeza dengan Rizal yang dikenalinya, walaupun agak tegap dan sasa, namun, terdapat perbezaan pada badannya. Wajah lelaki ini yang agak suram dan jambang itu membuatkan nya sedikit rimas. ‘Selekeh betul lelaki ni!’ komennya dalam hati.
“ Saya nak bincang sesuatu dengan Tuan.” Tutur Rizal perlahan. Lt. Everett Mikail mengangguk. Kemudian menoleh ke arah Arina.
“ Err.. Sayang, boleh tak tunggu papa kat luar kejap. Papa nak bincang sesuatu kejap dengan anak buah papa.” Pinta Lt. Everett Mikail perlahan. Takut anak nya merajuk lagi. Arina menjegilkan matanya dibalik cermin mata hitamnya. ‘ Papa ni, kerja tak habis – habis. Benci!’ amuknya dalam hati. Kemudian dijelingnya lelaki yang dianggapnya mencuri perhatian papanya.
“ Hmmmmmmmmm… Pergilaaa.” Jawabnya panjang berjela terus berlalu. Lt. Everett Mikail sudah tahu. Itu tandanya rajuk anaknya sudah datang. Rizal hanya melihat wanita yang baru ditemuinya dengan ekor matanya. ‘ Malam – malam pun pakai spec mata. Buta kut.’ Fikirnya. Tapi, kenapa raut muka dia tu macam pernah nampak je?
“ Anak saya. Arina.” Lt. Everett Mikail memperkenalkan anaknya kepada Rizal. Rizal sekadar mengangguk. Mereka berlalu ke pejabat Lt. Everett Mikail.

Arina yang menunggu di bangku berdekatan dengan blok pejabat papanya sudah panas punggung. Hatinya yang geram bertambah geram lagi apabila ada beberapa orang askar yang lepak tidak jauh darinya bersiul – siul kepadanya. Jengkel dengan perangai lelaki masa sekarang, dia bangkit dari duduknya dan berlalu.
“ Hey, nak kemana tu, cik adik. Meh sini, temankan abang.” Usik salah seorang askar prebet. Arina sudah menyumpah – nyumpah dalam hati. Arina berlalu masuk semula ke dalam blok dimana pejabat papanya. Tiba – tiba tangan nya ditarik lembut.
“ Jangan jual mahal dik. Abang – abang kat sini pun tengah boring ni. Meh la temankan. Lepak sama.” Salah seorang dari mereka menarik tangan nya, namun arina merentap tangan nya kasar. Tidak suka dibuat sesuka hati.
“ Lepas lah! Kalau nak sangat lepas gian tu, cari pelacur lagi baik!” Bentaknya kasar.
“ Apa ni, cik adik. Kasar bahasa tu. Kalau tak de pelacur pun. Cik adik pun boleh jugak. Mari la.” Ajak seorang lagi memegang bahunya kejap. ‘ Ni yang aku tak tahan ni! Siap korang!’
“ Lepas lah! Korang ni tak malu ke!!” marahnya cuba meleraikan pegangan tangan prebet muda yang tidak bertauliah itu. Semakin kuat pegangan nya.
“ Kat sini takde orang, cik adik. Takde siapa yang tengok pun. Jom la. Kitorang pun bukan nya ramai sangat, tiga orang je. Tak lama layan ni.” Tutur lelaki yang seorang lagi. Mereka sudah menghampiri Arina. Baru saja tangan nya memegang zip sweater, kaki Arina sudah menendang celah kelangkang askar prebet itu. Terduduk askar itu dibuatnya.
“ Hai, cik adik. Main kasar nampak.” Ujar askar yang memegang bahunya terus mencekak sweater Arina. Tangan nya dilayang hendak menampar pipi Arina. Belum sempat tangan nya melayang ke pipi mulus Arina, Arina lebih cepat bertindak dengan menyiku bahagian rusuk askar tadi. Satu sepakan kuat dilayangkan ke bahagian perut nya. Seorang lagi terduduk kesenakan. Askar yang seorang lagi terkaku di situ. Arina menjeling dari balik cermin mata hitamnya.
“ Kau nak kena jugak ke?! Meh sini kalau kau berani!” herdiknya memecah kesunyian. Teragak – agak askar itu diherdiknya.
“ Belasah dia, Kimi!” arah askar yang masih kesenakan tadi. Kimi menyerang, namun senang untuk Arina mematahkan serangan nya, akhirnya ketiga – tiga nya terduduk kesakitan. Arina duduk di bangku yang didudukinya tadi. Terburai ketawanya melihat askar yang rasanya masih baru lagi.
“ Nak melawan, tapi, berlawan pun tak pandai. Eh, lain kali, nak usha pompuan, tengok dulu kebolehan dia. Ni tak pasal – pasal hilang maruah kena belasah.” Ejeknya.
“ Rina!” tegur Lt. Everett Mikail tegas. Automatic Arina berdiri dengan sergahan papanya. Lt. Everett Mikail yang sudah dari tadi melihat anaknya membelasah tiga orang askar muda itu mendekati Arina. Rizal yang berdiri disebelahnya hanya melihat.
“ Kenapa belasah diorang?” Tanya nya lembut.
“ Gatal sangat nak kacau anak orang. Kena la habuan nya.” Balas Arina selamba menyindir tiga askar itu yang sudah kecut dengan kehadiran papanya. Mereka sudah mengganggu orang yang salah. ‘ Tau la korang nasib korang nanti.’ Bisiknya dalam hati. Lt. Everett Mikail melihat ketiga – tiga askar tersebut.
“ Tahu sekarang pukul berapa? Siapa yang benarkan korang lepak? Esok, tepat pukul 0600 datang pejabat saya. Sekarang balik ke bilik.” Arah Lt. Everett Mikail tegas. Benar – benar kecut perut ketiga – tiganya sebelum berlalu. Arina ketawa sinis.
“ Hmmph.. Berani sangat kacau, nasib aku ni baik, kalau tak, siap lebam – lebam aku bagi korang.” Ejek Arina dengan gaya nya. Lt. Everett Mikail hanya menggeleng kepala. Anaknya masih tidak puas hati agaknya. Rizal yang sedari tadi melihat tersenyum. Lucu jugak anak ketuanya.
“ Eh… takde adab ke? Dah kacau anak orang, boleh je blah macam tu je?” sergah Arina lagi. Ketiga – tiga askar prebet itu berhenti. Takut dengan wanita dihadapan mereka kini. Arina mencekak pinggang dan mendekati mereka.
“ Hey, kalau dah buat salah, macam biasa, orang akan minta apa?” soalnya sinis.
“ Err.. Minta.. Minta maaf kak.” Jawab seorang teragak – agak.
“ Apa dia? Tak dengar la. Cakap sekali lagi.” Sengaja dia memerli.
“ Minta maaf kak!!” ucap mereka bertiga serentak. Arina mengangguk puas hati.
“ Baaaaguuuusssssss anak – anak… dah, dah. Balik bilik. Esok nak kena denda lagi.” Sindir Arina lagi. Mereka bertiga berlalu.
“ Rina, sudah – sudah la tu.” Tegur Lt. Everett Mikail lembut. Arina hanya ketawa kecil.
“ Budak – budak macam tu memang patut kena ajar pun, pa. kalau tak, sampai bila – bila diorang takkan respect kaum wanita. Kaum wanita memang target mudah bagi kaum lelaki, tambah pulak tu kalau jumpa yang panas baran. Tiap – tiap minggu masuk hospital kena dera, kena belasah. Kes sekarang banyak terjadi, pa.” terang Arina panjang. Rizal yang berdiri disebelah Lt. Everett Mikail terasa kagum dengan anak ketuanya. Lt. Everett Mikail senyum dengan hujah anaknya. Arina menggamit tangan papanya dan berjalan bersama - sama.
“ Kes buang anak pun banyak jugak berlaku. Itu pun datangnya dari kaum wanita jugak.” Tukas Rizal tiba – tiba. Sengaja hendak menguji tahap IQ an kesabaran anak ketuanya.
“ Takkan nya ada anak tanpa lelaki.” Balas Arina penuh dengan kata tersirat. Rizal senyum. Betul jugak!
“ Takkan adanya zina tanpa godaan wanita.” Bidasnya lagi.
“ Takkan adanya godaan jika tidak dibawa berdua – duaan oleh lelaki.” Balasnya lagi.
“ Takkan adanya hubungan jika wanita tak bagi green light. Murah sangat ke maruah, sampai senang nak dipikat.” Bantah Rizal.
“ Green light takkan ada jika lelaki tak menutur kata – kata manis kepada kaum wanita, menjanjikan pelbagai kemewahan palsu kepada mereka, agar kepercayaan diberi, sekali gus dengan tubuh – tubuh sekali lelaki dapat. Lepas tu, dah ‘kenyang’ Sembilan bulan sepuluh hari, tak nak mengaku tu anak.” Tukasnya. Rizal diam. Kata – kata yang pedas dan tajam dari anak ketuanya.
“ Sebaik – baiknya untuk mengelakkan semua tu, ada baiknya halalkan saja hubungan itu dengan cara yang betul.” Celah Lt. Everett Mikail tiba – tiba. Dari tadi hanya mendengar perbahasan anak nya dengan Rizal. Rizal dan Arina memandang Lt. Everett Mikail yang berada di tengah – tengah.
“ Betul jugak kan.” Arina setuju dengan kata papanya. Rizal hanya diam. Mengiyakan dalam hati.
“ Yang Rina ni, pakai spec mata hitam malam – malam ni kenapa? Tak gelap ke? Dah la malam ni.” Tegur Lt. Everett Mikail. Arina senyum. Rizal melirik gadis yang berada di sisi ketuanya. ‘Senyuman itu. Kenapa aku rasa pernah nampak je? Suara dia pun. Siapa dia ni?’
“ Papa kan ada.” Katanya sambil mengeratkan pegangan nya. Kepalanya disandarkan ke bahu papanya. Ingin bermanja dengan papanya. Sememangnya Arina kekurangan kasih sayang kekeluargaan. Lt. Everett Mikail senyum. Sejuk hatinya melihat anak yang sudah dianggap anak kandungnya.
“ Err.. Lt. saya gerak dulu lah. Lewat dah ni.” Ujar Rizal meminta diri. Terasa dia mengganggu saja. Lt. Everett Mikail mengangguk.
“ Prepare for the day after tomorrow.” Pesannya. Rizal mengangguk sebelum berlalu.
“ Diorang kemana lusa pa?” soal Arina.
“ Mission. And it’s classified.” Balas papanya. Tahu anaknya sentiasa ingin tahu akan kerjanya. Arina diam. Tidak jadi hendak bertanya lebih. Tahu la maksud classified tu apa. Arina menanggalkan cermin matanya. Baru terasa gelapnya jalan bila cermin matanya dibuka.
“ Nama dia siapa pa?” soalnya lagi. Dahi Lt. Everett Mikail berkerut.
“ Siapa?” soalnya semula.
“ Alaa.. Lelaki tadi tu lerr. Siapa lagi.”
“ Kenapa? Rina berminat ke?” usiknya. Arina menjeling.
“ Eh, takde masa Rina nak minat – minat ni. Baik minat kat Maher Zain tu. Lagi baik. Haa, siapa dia tu?” soalnya semula.
“ Nama dia Rizal. Ketua dalam satu Grup GK. Kalau minat dia pun ok apa. Baik tau dia tu. Just sekarang je dia ada lain sikit.” Lt. Everett Mikail sudah menjual minyak.
“ Grup GK? Apa tu?” soalnya tidak faham. Mereka sudah sampai rumah. Arina membuka pintu dan melabuhkan punggung di kerusi.
“ Grup diorang tu jalankan misi yang sulit. Kebolehan diorang lebih sikit dari askar biasa. Papa supervise diorang. Kiranya diorang tu anak buah papa la.” Terang Lt. Everett Mikail. Arina mengangguk.
“ Kenapa dia tu. Macam ada something wrong je.” Komen Arina. Lt. Everett Mikail duduk. Baru terasa lelahnya dari bekerja tanpa henti. Arina bangkit dan berlalu ke dapur. Membuat minuman untuk papanya.
“ Dia tu tak da apa – apa sebenarnya. Just patah hati je.” Jawab Lt. Everett Mikail perlahan namun Arina masih dapat mendengar dengan jelas.
“ Kenapa pulak? Awek dia lari ke pa?” soalnya yang mula berminat dengan topic Rizal.
“ Kalau Rina berminat, papa boleh tolong.” Lt. Everett Mikail sudah mula mengusik anaknya.
“ Hesy.. papa ni. Orang tanya baik – baik, ke situ pulak dia. Kita tak berminat la dengan dia. Dah la serabai, mulut dia tu lagi satu. Pedas sangat. Mana – mana pompuan yang boleh tahan dengan dia tu, memang Rina salute betul – betul la.” Katanya sambil menghulurkan mug berisi milo kepada papanya.
“ Mulut tu. Kalau tak komen tak sah. Dia bukan macam tu la dulu. Dulu dia takde jambang, bersih je muka dia. Tegas dan cekap bila buat kerja. Just, lepas satu misi tu yang dia berubah jadi macam tu.” Jelas Lt. Everett Mikail. Arina mengangguk.
“ But, papa cakap tadi, yang dia putus cinta, lepas tu cakap lepas misi dia berubah. Mana satu betul ni?”
“ Haaa.. kan lebih senang kalau Rina tanya sendiri. Nanti dalam seminggu dua ni, papa nak adakan BBQ kat rumah. Diorang satu geng ada sekali. Masa tu, Rina nak Tanya sampai dia sengal jawab pun boleh. Dah la, Papa letih la. Nak mandi, solat lepas tu tidur.” Lt. Everett Mikail sengaja mengelak. Karang makin dilayan, makin banyak soalan Arina nanti. Bukan nya dia tak tahu dengan sikap anak nya. Arina menyepetkan matanya, tanda geram dengan papanya.
“ Fine. But I’m not gonna ask him.” Cebik Arina.
“ Mana – mana la sayang. Asal Rina happy. Dah, papa masuk dulu. Goodnight sayang. Assalamualaikum.” Katanya sebelum hilang di balik pintu.
“ Waalaikumsalam.” Jawab Arina perlahan. Niatnya untuk mengorek identity lelaki itu terhenti disitu. Hmmph! Papa ni, bukan nya nak tolong pun. Siapa dia tu. Kenapa aku macam pernah nampak je. Kenapa aku macam kenal je? Cara dia jalan, cara dia bercakap, suara dia. Tapi, dia siapa? Dimana aku kenal dia?
“ Argh! Kenapa la otak tak boleh nak proses banyak info malam ni.” Getusnya setelah penat berfikir. Buntu fikirannya memikirkan siapa lelaki berjambang itu.


Rizal membaringkan badannya. Dorm yang dikongsi dengan kawan - kawannya gelap dan sunyi. Hanya bunyi dengkuran saja yang bergema sekali sekala di bilik itu. Fikiran nya masih lagi ligat mengingati anak ketuanya. Kenapa aku macam pernah jumpa je dia ni? Senyuman dia tu, kenapa nampak similar sangat. But, tak mungkin tu dia? Suara dia, sama je tinggi rendah oktaf suaranya. Just part manja tu je yang baru first time dengar. Bau – bauan dia pun macam pernah cium je. But…
“ Argh! Kenapa la kau pakai spec mata gelap tu? Kalau kau bukak tadi tak la aku macam orang gila nak teka – teka macam ni!” marah nya pada anak ketuanya.
“ Ni tak, pakai spec mata segala, malam – malam pulak tu. Macam orang buta je.” Rizal melepaskan geramnya. Entah kenapa hatinya terasa geram apabila dia sendiri tidak dapat hendak menyelesaikan teka – teki yang bermain di fikirannya.
“ Dey, kau sedar tak sekarang pukul berapa?” tegur Daniel. Terkejut dia apabila mendengar bunyi Rizal yang terpekik macam marahkan seseorang tadi. Sedikit geram juga kerana tidurnya diganggu. Rizal tidak mengendahkan teguran Daniel sebaliknya bergerak ke katil sahabatnya dan berbaring disitu. Katil bujang milik Daniel kini sempit kerana badan Rizal sudah terlentang di situ.
“ Wei! Kau ni kenapa? Patah katil aku karang!” marah Daniel yang masih mamai. Terasa sempit apabila badan Rizal berbaring di katilnya.
“ Kau tolong la aku. Aku tengah bengang ni.” Luah Rizal sambil meraup wajahnya. Daniel memisat matanya. Dari suara Rizal, memang sahabatnya bengang. Tegang je bunyinya. Daniel membetulkan pembaringannya. Biar kedua – duanya selesa. Dia menongkat kepalanya dengan tangan kirinya.
“ Cerita la. I disini sedia mendengar.” Ujarnya.
“ Tadi, aku jumpa Lt. Mikail. Bincang pasal misi.” Tuturnya. Suaranya masih lagi tegang. Daniel tahu, cerita sebenar belum terbuka lagi. Ni baru mukadimah je.
“ Kenapa pulak? Ada yang tak okey ke masa bincang tu?” soalnya sekadar berbasa basi. Daniel cuba mengikut rentak Rizal. Jangan ditanya straight to the point, karang pandai la dia sendiri cerita.
“ Hmmm. Okey.” Jawabnya pendek.
“ Dah tu? Apa pulak masalahnya. Bunyi macam ada masalah dunia je.” Soalnya. Suasana senyap seketika. Kemudian kedengaran Rizal mengeluh kuat.
“ Anak Lt. Mikail yang kitorang selalu sebut – sebut tu ada tadi.” Ujar Rizal. Dalam gelap, Daniel menguntum senyum.
“ Kenapa pulak dengan anak Lt. Mikail?” soalnya hairan.
“ Entah. Aku macam pernah nampak je anak dia tu. Tapi, aku tak ingat kat mana aku pernah jumpa. Dia tu, similar sangat dengan..” tuturnya perlahan. Kantuk Daniel sudah hilang mendengar cerita Rizal.
“ Dengan siapa?” soalnya tidak sabar.
“ Marissa.” Sambungnya sepatah. Daniel terkedu.
“ But…” sambung Rizal lagi.
“ But apa?” sampuk satu suara dari kegelapan. Rizal dan Daniel terkejut. Dua – dua bangun dari perbaringan.
“ Weh, sambung cepat. But apa?” sampuk satu suara lagi. Tangan Daniel pantas menekan suis lampu. Sam, Azmi dan Eddie yang disangkanya sudah tidur mati rupanya juga sedang memasang telinga mereka. Sam dan Eddie meniarap sambil menongkat kepala mereka. Azmi pula duduk bersandar di kepala katilnya. Ketiga – tiganya senyum penuh makna.
“ Celaka punya kawan. Kacau mood je la orang nak feeling – feeling nih!!!” marah Daniel. ‘ Baru je nak dapat new story. Ada pulak yang busy body. Ceh.’
“ Bila korang bangun?” Tanya Rizal pula.
“ Aku belum tidur pun. Dari tadi dengar lagu. Terkejut dengar kau jerit melolong macam orang kena rasuk.’’ Jawab Azmi.
“ Aku pun belum tidur dari tadi. Baring – baring je tunggu mata lelap.” Jawab Sam.
“ Aku tak. Memang tidur dah pun. Bangun pun sebab kau menjerit macam apa je. Kau mengigau ke?” balas Eddie. Rizal bangkit semula dan berlalu ke katil nya.
“ Weh, sambung cerita kau.” Ujar Daniel ingin menyambung semula cerita yang terhenti tadi. Yang lain mengangguk setuju.
“ Dah, aku takde mood sekarang. Lain masa la aku cerita. Aku nak tido dulu.” Katanya terus membalut dirinya dengan selimut. Yang lain bungkam. Daniel menjegilkan matanya kearah kawan – kawannya.
“ Pasal korang la dia tak nak cerita. Baru syok – syok nak dengar, korang dah kacau line.” Getusnya geram.
“ Eleh. Kau ingat kau sorang je ke nak tahu, kitorang pun nak tau jugak tau.” Balas Sam. Eddie mengangguk setuju. Azmi hanya menggeleng kepala. Malas hendak masuk campur. Daniel bangun dari katilnya dan duduk di birai katil Rizal. Selimut sahabatnya ditarik.
“ Der, lain kali story tu biar sampai habis. Aku takkan benarkan kau tidur selagi kau tak cerita semuanya.” Ugut Daniel geram. Dia memberi isyarat kepada Sam dan Eddie untuk membantunya. Rizal membatukan diri.
“ Aku kira sampai tiga. Kalau tak cerita jugak, aku geletek kau.” Ugut Daniel lagi. Tiada respon.
“ Satu.”
“ Dua.” Tiada respon.
“ Dua suku.” Tokoknya lagi.
“ Dua setengah?” masih tiada respon dari Rizal.
“ Ti…” tangannya sudah dekat di pinggang Rizal..
“ ZZZZZZZZZzzzzzz…..”
Bunyi dengkuran kedengaran.
“ Erk. Eh.” Daniel memalingkan wajah Rizal.
“ Dah tidur mati daaa.” Kata Sam menggamit lengan Eddie.
“ Dah, jangan kacau dia. Maybe dia letih sangat tu. Ada masa dia cerita la tu.” Kata Eddie. Daniel mengangkat bahu dan bangkit dari katil Rizal. Lampu dipadamkan. 

Friday 21 February 2014

erima kasih x terhingga...!!!

thank you guys, sebab suka n still keep follow my entry..walaupun sy jarang update, but sy still suka menulis..hanya masa untuk saya menulis membuatkan sy jarang update entry..so, i'm sorry ya, kalau sy lama menyepi..my kembar baru nak sampai kemuncak..sy tgh cari ilham supaya cerita My Kembar??? x jauh dari plot sebenar..honestly saya rasa sukar bila nak dalami sifat jahat ( sebab kena plotting evil je) utk buat storyline sy menarik..but I will keep it up.. assalamualaikum


xoxo cik yaya

My Kembar???

BAB 20

Arina duduk kebosanan di rumah nya. Papanya Leftenan Everett Mikail masih belum lagi pulang dari kerjanya. Hendak membuat kerja, dia tak bawa laptop, malah semua alat elektronik yang berkaitan dengan kerjanya juga ditinggalkan di kondo miliknya di KL. Hanya telefon bimbit peribadinya saja yang dibawanya. Itupun hanya beberapa orang saja yang tahu nombor nya yang satu ini. Arina melihat jam dinding.
“ Ini dah lebih. Lebih dari pukul 7 dah. Papa belum balik lagi.” Gerutu Arina sendiri. Geram dengan kesibukan papanya. Tanpa berfikir panjang, dia mencapai kunci rumah dan beg sandangnya dan berjalan kaki menuju ke tempat kerja papanya. Sweaternya disarung menutup tubuhnya yang hanya memakai singlet hitam. Bukan nya jauh pun perjalanan dari rumah ke pejabat papanya. Sepuluh minit je… cermin mata hitamnya dipakai.

Rizal, Daniel dan yang lain duduk diam di tempat masing – masing sambil mendengar taklimat dari ketua mereka. Lusa mereka akan berangkat lagi atas dasar tugas. Misi mereka kali ini adalah untuk menyiasat dan menyelamatkan salah seorang ahli kerabat yang telah ditahan secara senyap di satu lokasi.
“ Nama dia adalah Tengku Nur Syaza Zafira dan seorang lagi Tengku Zulkarnain Isycyandar ditahan dan disembunyikan somewhere di Gurun. Lokasi tepat mereka belum lagi diketahui. Siapa mereka yang menculik mereka masih belum diketahui lagi, masih dalam siasatan tapi, pihak kita mengesyaki bahawa kes ini ada kaitan dengan perniagaan parents mereka.” Terang Leftenan Everett Mikail.
“ Dengki la tu.” Bisik Azmi dekat Sandra. Sandra ketawa kecil.
“ Dan mengapa mereka memilih untuk menahan kedua – dua nya di gurun juga menjadi persoalan. Namun, saya ingin menegaskan anda semua, agar berhati – hati and keep your eyes together out there. Kawasan gurun bukan seperti kawasan yang biasa kamu tempuh. Kawasan seperti ni lebih terbuka dan jika kamu tersalah langkah, lokasi kamu akan diketahui dan misi ini akan serta merta gagal. Use anything in your profession to camouflage yourself silently and professionally. Understood?”
“ Yes Sir!” jawab mereka serentak.
“ Question anyone?” Leftenan Everett Mikail bertanya kepada anak – anak buahnya. Rizal mengangkat tangan nya.
“ Yes, Rizal.”
“ What is our first priority?” soalnya.
“ Find those two, and rescue them. Dan lakukannya secara senyap. If anything happen, make sure that you all make it out alive and our subject too. Do not take them out of the blue. Kita masih tidak pasti bilangan mereka sebenarnya dan tujuan mereka. So I hope kamu semua berhati – hati.” Terangnya walaupun dia sendiri berasa tidak sedap hati melepaskan anak buahnya menjalan kan misi ini.
“ Anything else?’’
“ Buat party kat rumah Leftenan bila misi ni berjaya. Janji?” Seloroh Daniel. Automatic semua mata memandang nya. Sepi. Leftenan Everett Mikail yang sedari tadi serius meletuskan ketawa nya. Sudah biasa dengan perangai anak buahnya. Nakal tetapi professional apabila menjalankan tugas. Semua mata beralih kearah ketuanya. Mungkin tidak menyangka reaksi ketua mereka boleh jadi begitu.
“ So do this mission successfully dan saya akan menunggu kamu semua balik nanti. Jika tiada apa – apa lagi, boleh bersurai.” Ujarnya sambil mengemas fail nya. Leftenan Everett Mikail terus berlalu ke pejabatnya. Ingin berehat sebentar sebelum balik ke rumah. Rumah? Entah mengapa dia terasa ada sesuatu yang tak beres? Apa yang ada di rumah? Fikirnya sambil berjalan perlahan menuju ke pejabatnya.
“ Sekarang pukul berapa?” soal seseorang yang sedang duduk membelakangkan nya apabila dia membuka pintu pejabatnya. Leftenan Everett Mikail tersentak. Siapa pulak tetamu yang bertandang di pejabatnya malam – malam begini. Perlahan tubuh itu berpusing. Leftenan Everett Mikail menepuk dahi.
“ Astaghfirullahalazim. That’s it!” katanya sendiri sambil menggaru kepalanya. Baru dia teringat apa yang ada di rumah. Arina! Dia melihat jam tangan nya. Sudah hampir pukul 9.
“ Rina dah lama ke tunggu papa?” soalnya sambil menutup pintu. Arina tidak menjawab sebaliknya memuncungkan mulutnya. Tahulah papanya yang dia tunggu hampir sejam lebih.
“ Papa lupa Rina ada kat rumah ek?” tebaknya tepat mengena. Leftenan Everett Mikail hanya mempamerkan sengihan saja.
“ Sorry ye, sayang. Papa tak sedar masa berlalu. Sibuk sangat masa ni.” Pujuknya sambil mengusap kepala Arina. Tahu bagaimana hendak memujuk anak angkatnya. Rajuk Arina terus melayang bila papanya mengusap kepalanya. Terasa disayangi dan selamat. Kasih sayang papanya tidak banyak bezanya dari keluarga kandung. Itupun, kini masih tiada sebarang klu dimana mereka sekarang.
“ Hmm.. Takpe. Sekarang, papa busy jugak ke?” soalnya kembali. Leftenan Everett Mikail menggeleng.
“ Ni, apahal pakai spek mata hitam ni? Tak tau hari malam dah ke?” perlinya. Arina mencebik.
“ Saja je nak main jadi detective. Haha. Pesalah mesti disoal siasat.’’ Jawabnya selamba.

Rizal dan Daniel berjalan menuju ke bilik mereka. Kawan nya yang lain sudah lama sampai. Hanya mereka berdua yang masih berlenggang kangkung berjalan balik. Daniel tahu, sahabatnya hanya akan bersikap begini apabila banyak yang perlu difikirkan.
“ Fikir kan mission ke?” soal Daniel memecah kesunyian. Rizal menoleh ke arahnya. Kemudian menggeleng.
“ Fikir pasal strategi ke?” soalnya lagi. Sekali lagi sahabat baiknya menggeleng.
“ Or, Marissa?” soalnya. Akhirnya Rizal mengangguk. Ada sesuatu yang belum diceritakan kepada Daniel.
“ I think I found her.” Ucapnya perlahan. Daniel tersentak. Rizal dah jumpa?
“ Siapa?”
Rizal menjeling Daniel. ‘ Buat – buat tak tau pulak.’
“ Marissa.” Jawabnya pendek. Daniel menepuk bahu Rizal.
“ Bagus la tu. Kat mana kau jumpa dia?”
Rizal mengeluh.
“ Haih, kenapa mengeluh pulak? Cer story sikit.”
“ Tapi, aku tak sure la tu dia. Tapi, macam dia tu ada jugak..” ceritanya kurang pasti. Langkah Daniel terhenti. Dia menarik lengan Rizal. Langkah Rizal terhenti. Daniel mengamati wajah milik kawannya itu. Wajah Rizal yang sudah ditumbuhi jambang ditenung. ‘Nasib baik aku ni dah lama kenal kau, kalau tak, memang tak kenal langsung tengok muka kau ni.’ Omelnya dalam hati. Terasa seperti banyak yang dipendam oleh sahabat baiknya kini disebalik jambangnya itu.
“ Aku rasa ada banyak benda yang kau tak bagitau aku.” Duganya. Rizal sekadar mendiamkan diri. Banyak yang dia hendak ceritakan kepada kawan baiknya, tapi, entah mengapa mulutnya terasa berat hendak berkata – kata.
“ Err.. Aku nak jumpa Lt. Mikail kejap. Ada benda yang aku nak bincang dengan dia.” Katanya terus berlalu. Daniel tidak sempat menahan. Hanya mampu menghantar kelibat Rizal dengan matanya saja. Rizal mempercepatkan langkah hingga dia merasa dirinya tidak diekori oleh Daniel. Dia sendiri hairan dengan sikapnya. Dia berjalan ke pejabat ketuanya tanpa sedar yang dia sendiri berdiri di depan pintu office itu. Baru saja dia hendak mengetuk, dia terdengar suara ketuanya dan suara seorang perempuan ketawa.
“ Ketua ada pelawat ke?” tekanya. Tangannya diturunkan semula. Tidak jadi hendak berjumpa dengan Lt. Mikail.
“ Apa yang aku buat kat sini anyway.” Soalnya sendiri. Blurr sendiri. Terasa yang dia sudah lama berdiri di depan pintu seperti patung, akhirnya dia berlalu.



Arina dan Lt. Everett Mikail keluar dari office itu. Hendak balik bersama papanya. Sudah lama dia tidak menjejak kaki di pangkalan ini. Pertama kali pun adalah ketika dia secara tidak sengaja masuk ke dalam kawasan larangan. Itupun sebab dia melarikan diri dari konco – konco Taiga yang sedang mengejarnya ketika itu. Sudahlah dikejar, dia hampir terbunuh dengan askar yang membuat latihan di situ. Seminggu dia disoal siasat, satu hari, dia dilepaskan atas arahan papanya. Bukan setakat dilepaskan, malah dia juga diberi tempat tinggal di bawah pengawasan papanya. Pada mulanya, dia sendiri agak kekok dengan keadaan sekeliling. Terasa amat asing baginya. Setelah beberapa ketika, baru dia mula berani hendak bercakap dengan lelaki separuh umur yang membantunya.
“ Ke mana dah tu? Afrika ke?” tegur Lt. Everett Mikail. Arina tersentak dengan teguran papanya terus tersengih. Dia mengalihkan pandangan ke hadapan. Suasana di situ agak lenggang. Biasala waktu malam. Matanya tertancap kearah susuk tubuh yang berjalan tidak jauh di hadapannya.
“ Macam kenal je cara jalan tu.” Gumamnya sendiri. Matanya ralit memerhati susuk tubuh itu. Kenapa macam kenal je. Tapi, dimana eh?
“ Tengok orang macam nak makan. Kenapa? Berminat ke? Kalau minat, papa boleh tolong ushakan.” usik Lt. Everett Mikail sambil melihat kearah yang sama. Sudah tahu siapa gerangan nya itu. Rizal. Arina membalas dengan jelingan. Sudah tahu akan reaksi anaknya. Lt. Everett Mikail ketawa. Arina memakai semula spek mata hitamnya.
“ Papa, jangan nak tegur pulak.” Dia memberi amaran ketika mereka sudah mendekati kearah lelaki tersebut. Lt. Everett Mikail sekadar senyum.
“ Rizal.” Panggil Lt. Everett Mikail. Arina terkedu. Lelaki di hadapan nya kini berpaling. 

Sunday 9 February 2014

just update

sorry to my viewers..saya dh lama x update my blog..saya xdpt nk focus buat msa skrg..but i will try to post if i got more time..
BAB 19

“ I love you.” Kata – kata itu terngiang – ngiang di kepala Arina. Terkebil – kebil matanya melihat jejaka yang menuturkan ayat keramat itu malam tempoh hari. Arina memegang kepalanya.
“ Shit! What the hell is he thinking?! Confessed depan orang ramai lagi tu!! argh!!! Stress aku!! Liaaa!!!” tuturnya separuh menjerit. Camelia yang Mendengar namanya dipanggil terkocoh – kocoh masuk ke office bosnya.
“ Ya, bos. ada apa?” arina kini dilihatnya menekap mukanya di atas meja. Macam orang putus cinta saja lagaknya. Macam kartun pun ada. Camelia menahan tawa. Arina senyap. Seketika kemudian dia mengangkat wajahnya dan memandang Camelia. Camelia yang sedari tadi menahan ketawa terburai juga apabila melihat riak wajah bos nya.
“ Lia…….” Sebutnya dan menyembamkan muka nya kembali ke meja. Kuat. Camelia terkejut dengan reaksi Arina.
“ Boss…” segera dia mendapatkan Arina.
“ I’m okay.” Balasnya perlahan tanpa mengangkat mukanya. Camelia menarik nafas lega dan duduk di kerusi di hadapan Arina.
“ Kenapa bos ni?” Camelia memusatkan pandangan matanya ke arah Arina. Arina mengangkat wajahnya.
“ Kau tak nampak ke masa dinner malam tu? Mamat gila ntah apa – apa tang tiba – tiba je nak confess feeling dia kat aku. Dah la tu, depan orang ramai lagi. Aku malu tau tak. Malu. Everyone was looking at me!! Mana nak simpan muka aku ni. Jatuh air muka.. Jatuh air muka…” Luahnya separuh menjerit. Camelia tergamam. Dia menjengah ke tingkap. Melihat samada staf masih ada ke tidak di luar. Pertama kali dia melihat reaksi bos nya begitu. Jiwanya kusut dan nampak tidak terurus Walaupun luarannya nampak macam biasa. Arina menutup wajahnya. Dia sangat benci perasaan ini. Sangat benci.
“ Chill out la boss. Bukan nya sorang je yang pernah confess kat bos sebelum ni. Ramai dah. Tu pun semua bos tak layan. Takkan la bila Encik Jay yang confess, bos jadi gelabah. Buat macam biasa la.” Ujarnya selamba.
“ Chill out kau kata? Masa kau cuti tu, mamat gila ntah apa – apa tu selalu masuk office aku tau. naik tension aku dia kacau. Kalau sekali dua tu aku masih okey. Ni tak, hari – hari. Aku ulang, hari – hari. Argh!! TENSION AKU.. Tambah lagi dia confess siap dengan mikrofon depan orang ramai malam tu. Mana aku nak letak muka aku, Lia. Jatuh standard aku. Ni lagi satu, satu syarikat ni dah fikir kami ni dating. Argh! Kalau boleh, nak aje aku toreh – toreh mulut dia buat pekasam. Suka hati nenek moyang dia je nak declare kat sana.” Marah Arina. Jay sudah dicopnya dengan nama ‘ mamat gila ntah apa – apa’. Camelia menongkat dagunya. ‘ Betul jugak. Banyak – banyak lelaki yang suka bos aku ni, mana pernah berani nak confess depan orang ramai macam tu sekali.’ Fikirnya.
“ Macam ni la bos. saya ada idea. But, I don’t know how you will react with my idea.” Cadang Camelia setelah beberapa lama membisu.
“ Well, how can I say this… Ermm.. As crazy as it may sounds, how about kalau bos pergi jumpa dia and tolak lamaran dia tempoh hari. And say that you already someone in your heart.” Ujarnya perlahan. Arina diam. Berfikir. ‘Untuk tolak lamaran dia. Yes, I agree. But how can I say yang aku dah ada pilihan hati.’
“ Dia tu bukan nya makan saman pun. Aku tolak berkali – kali pun dia masih dengan muka tak malu dia datang kat sini. Next option.” Arina menolak cadangan setiausahanya.
“ Hmm.. kalau bos tuduh dia gay? Amacam?” Arina mengangkat kening.
“ What? Dah sah – sah dia confess depan orang ramai, nak tuduh dia gay pulak? Next option.”  Sangkalnya sambil ketawa kecil. Camelia menarik nafas lega. At least dia mampu membuat bos nya senyum.
“ Match him up with another girl?” cadangnya lagi.
“ Nak match dengan sapa lagi? dengan cleaner syarikat ni ke? Eh, takde kerja aku nak jadi matchmaker. Aku just nak dia tu faham yang aku tak suka kat dia. Tu aje.” Arina menongkat kepalanya. Camelia mengaru kepala yang tidak gatal.
“ Hmm.. apa kata bos ambik cuti. Nak?” cadang nya. Dahi Arina berkerut.
“ Apa kena mengena pulak aku cuti dengan hal dia tu?” soalnya kembali. Tidak faham dengan idea yang entah apa – apa dari setiausahanya. Camelia senyum.
“ Pasal. Saya tengok bos kusut sangat Sekarang. Macam ada masalah dunia je gamaknya. You need a rest la bos. tak salah kalau bos cuti kan. Rehat kan minda. Maybe dapat jugak jumpa solution dengan bercuti tu. Pasal Encik Jay tu, bos jangan risau. I can handle si mamat gila ntah apa – apa bos tu.” camelia berkata dengan yakin. Arina diam sebentar.
“ Betul jugak ek.” Katanya kemudian.
“ Besides, bos bukan nya selalu bercuti pun. Haa.. Lagi satu, kan hari tu bos kata nak bercuti. Kata nak balik Melaka. Balik la bos. you need a rest. Free yourself from your stress.” Katanya.
“ Aih, menghalau nampak?” usik Arina. Camelia ketawa. Hatinya serba sedikit bersyukur dengan usikan itu. Ini kali pertama bos nya meluahkan perasaan kepada nya. ‘Normal jugak bos aku rupanya. Ingat la nak stay jadi ice queen sampai bila – bila.’
“ Tak lah bos. I’m glad that you finally take a break.”
Arina menarik nafas lega. Baru dia teringat yang dia ada hal dengan papanya. Papanya kata hendak berbincang sesuatu dengan nya. Tapi dengan kesibukannya yang tidak putus – putus. Janjinya yang hendak bercuti bersama tinggal janji saja.
“ Esok saya on leave.” Beritahunya.
“ Berapa lama bos?”
“ Tak tahu lah. Saya ingat nak cuti puas – puas, baru kerja balik.” Balasnya. Camelia mengangguk.

Rizal masuk ke dalam office ketuanya, Leftenan Everett Mikail. Lelaki itu sedang berdiri menghadap tingkap.
“ Tuan Panggil saya.” Leftenan Everett Mikail menoleh.
“ Duduk, Rizal.” Pelawanya. Rizal duduk. Matanya menangkap sebuah fail di atas meja ketuanya. ‘ Macam pernah nampak je fail ni.’ Fikirnya. Leftenan Everett Mikail duduk dan membelek fail di atas mejanya.
“ He’s back.” Kata Leftenan Everett Mikail. Dahi Rizal berkerut. Siapa kembali?
“ Sapa yang kembali, tuan?” Tanya nya.
“ Taiga.” Nama yang disebut itu membuat Rizal terpana.
“ How? Why?” soalnya tidak faham. Taiga kan sudah dipenjara seumur hidup. Kembali macam mana lagi?
“ Taiga memang masih dipenjara. But, kegiatan dia kembali aktif.” Balas Leftenan Everett Mikail.
“ Tak mungkin. Bukan nya semua konco – konconya pun ditangkap ke. Semua sekali.” Hilag sudah bahasa formal nya.
“ Itu yang saya fikir jugak. Tapi, masakan pokok akan bergoyang kalau takde angin yang meniupnya.” Ujarnya. Rizal diam. Nampaknya kes lama terbuka kembali.






“ Rina!!” terkejut bukan kepalang Leftenan Everett Mikail apabila melihat kelibat anak nya duduk di depan pintu. Arina yang tertidur akibat menunggu papanya mengangkat mukanya. ‘Ingat siapa la tadi yang dok terconggok depan pintu. Baik bukan hantu.’ Dia melihat jam tangan. Baru pukul 5 pagi.
“ Eh, papa. Baru balik?” soalnya naïf. Timbul rasa bersalah di hati Leftenan Everett Mikail. Semalaman dia tidak balik kerana membuat kerja. Bila anaknya balik?
“ Rina bila balik? Kenapa tak call papa?” soalnya penuh rasa bersalah. Rasa geram pun ada. Arina memberi senyuman. Rindu dengan papanya sudah terlerai.
“ Rina ingat nak buat surprise. Rupanya, papa yang bagi surprise kat Rina.” Selorohnya. Leftenan Everett Mikail menggeleng. Pelik pun ada.
“ Kenapa Rina tak masuk dalam je? Kunci kan ada kat Rina.’’ Arina mengeluarkan kunci dari poketnya dan membuka pintu.
“ Tak nak. Nak bagi surprise jugak kat depan pintu. Kalau Rina masuk, nanti tak pasal – pasal papa fikir Rina ni pencuri. Haa.. Nanti bukan nya surprise jadinya. Lagipun, Rina ingat papa balik macam biasa, sampai tertidur pulak tunggu.” Selorohnya sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Melepaskan penatnya dari duduk di lantai semalaman. Leftenan Everett Mikail berlalu ke dapur.
“ Nah, minum air ni.” Leftenan Everett Mikail menghulurkan air milo kepada anak nya.
“ Sedap pa. Papa tau tak, kat KL tu, takde air yang sesedap macam papa buat. Rina rindu nak balik sini.” pujinya ikhlas.
“ Elehh.. bodek je. Haha. Bodek ada makna la tu.” perli Leftenan Everett Mikail. Arina memuncungkan mulutnya.
“ Mana ada. Rina puji ikhlas ni pun tak caya ke? Hehe. Part ada makna tu, memang ada pun. Pa, masakkan nasi ayam favorite Rina, pleeeeaaaasssseeee?” pintanya sambil membuat muka manjanya. Leftenan Everett Mikail ketawa melihat telatah Arina. Kemudian dia mengangguk.
“ Rina dah solat?” soalan papa angkatnya dijawab dengan gelengan. Leftenan Everett Mikail sudah menjegilkan matanya. Sebelum papanya memulakan ceramah, Arina terlebih dahulu menjawab.
“ Mayday! Mayday! Jepun menyerang, pertumpahan darah berlaku di medan peperangan.” jawabnya. Leftenan Everett Mikail tidak jadi membuka mulutnya. Sebaliknya hanya menggelengkan kepala. Ada – ada saja jaapan anak nya bila menyebut hal period.
“ Macam perli je. Mentang – mentang la papa ni dalam army. Ada je jawapan kamu.”
Arina ketawa.
“ Pa, Rina nak tidur dulu.” Ujarnya dan bagkit dari tempat duduknya. “Eh, pa, hari tu papa dah janji, nak ambil cuti bila Rina cuti. Esok ambik cuti.” Katanya yang lebih berbaur arahan.
“ Buat masa ni, tak boleh la, sayang. Masa ni, papa sibuk.” Jawapan ayah angkatnya membuat mulut Arina memuncung sedepa.
“ Hmm.. Takpe lah. Kalau papa busy. Rina tak nak ganggu papa.” Ujarnya seperti berjauh hati. Leftenan Everett Mikail rasa serba salah.
“ But, janji kat Rina, nasi ayam mesti buat. And, papa kena balik sebelum pukul 6.” Arahnya. Dahi Leftenan Everett Mikail berkerut seribu. Menandakan usianya juga yang kian meningkat.
“ Nasi ayam tu, papa on je. But, kenapa pulak kena balik sebelum pukul 6?” soalnya hairan.
“ Takkan la nak biar Rina dok terperap je kat rumah ni tunggu papa. Bosan la cuti kalau papa sibuk memanjang. Kerja tu kerja jugak, badan pun nak kena rehat jugak.” Baru Leftenan Everett Mikail faham. Dia tersenyum sinis.
“ Elehh.. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia lagi lebih. Yang dia tu, kerja kat KL sampai midnight tak apa la. Balik malam, makan minum belum tentu lagi terjaga, rehat apa lagi. Call papa pun jarang, sms lagi la. Alih - alih papa jugak yang kena.” Sindir Leftenan Everett Mikail. Arina diam. ‘ Aih? Orang tua ni, sempat pulak nak sindir aku. Tapi betul jugak.’ Arina tersengih. Mengaku salahnya.
“ Dah, pegi tido. Papa pun nak rehat. Karang nak pergi kerja lagi.” ujarnya bangkit dari kerusi. Arina juga sama. Mereka masuk ke dalam bilik masing – masing.


Rizal termenung sendiri. Sengaja dia minta cuti setengah hari untuk merehatkan mindanya. Dia terimbau pada malam dinner masquerade tempoh hari. Tatkala lagu yang didendangkan pada malam itu mengamit hatinya mengingati gadis yang sudah sekian lama di carinya, matanya menangkap sebatang tubuh milik seseorang yang sangat dikenalinya.
“ Marissa.” Bisiknya sendiri. Spontan tubuhnya berdiri dan ingin melangkah ke arah gadis yang sedang berdiri di tengah – tengah hallway itu. Hatinya yakin tatkala dia melihat terdapat bekas bernombor 16 yang kelihatan samar – samar di bahu kiri nya. Panggilan adiknya tidak diendahkan sebaliknya kakinya terus melangkah. Baru beberapa langkah, dia terhenti apabila melihat seorang lelaki memegang tangan gadis itu, dan mengucapkan perkataan ‘I Love You’ kepada nya. Rizal terkaku di situ. Semua mata memandang mereka berdua. Seketika itu, gadis tadi melepaskan tangan nya dan terus berlalu keluar. Tanpa sedar, Rizal turut mengikut gadis itu keluar. Sesuatu menarik hatinya untuk mengikut gadis itu. laju langkah gadis itu, laju juga dia mengikutnya.
“ Awak.” Panggilnya seraya menarik tangan gadis itu. Secara spontan badan gadis itu terdorong ke belakang, namun sempat ditahan. Wajah gadis itu yang ditutup dengan topeng ditenung. pada masa yang sama, Rizal mencari ayat untuk dicakapkan kepada gadis di hadapannya kini.
“ Let go off my hand.” Ucap gadis itu. Rizal diam. Masih merenung nya. ‘ Siapa pulak mamat berjambang ni.’ Soalan itu timbul namun hanya di dalam hati. Lelaki berjambang itu ditenung, wajah yang ditutup dengan topeng membuatkan Arina sukar hendak mengenali siapakah gerangan lelaki itu.
“ What do you want?” soal gadis itu dingin. Suara itu! Pantas Rizal memegang dadanya.
Dup! dup! dup! dup!
Makin kuat perasaan nya mengatakan gadis itu adalah Marissa. ‘ Suara ini, suara Marissa!’ Rizal menggenggam tangan nya.
“ Dey, Mr. Phantom of the Opera. Let go off my hand.” Arahnya kasar. Entah dari mana nama panggilan itu datang. Rizal tersentak. ‘Mr. Phantom of the Opera?’. Perlahan Rizal melepaskan genggaman tangannya.
“ Err… Awak. Nama. Apa? Err. Kita, pernah jum... Jumpa ke?” soalnya satu – satu. Entah kenapa keras rasa lidahnya untuk berkata – kata. Tiada respon dari gadis itu. Dingin dan beku.
“ Kau baru belajar bercakap ke? Can you read my lips? I’M NOT INTERESTED!” Balasnya tegas dan dingin. Sekali lagi Rizal terkaku di situ. Terkaku dengan ayat yang dituturkan gadis itu. Rizal melihat sekali lagi bahu kiri gadis itu. Matanya nampak dengan jelas dan nyata, tanda bernombor 16 di bahu kiri nya.
“ Abang?” tegur Camelia. Hairan hatinya melihat abangnya yang terkocoh – kocoh keluar dari dewan ballroom tadi. Dan, siapa gadis tadi? Takkan la Boss nya. Kalau itu boss nya, kenapa pulak abangnya kejar tadi? Persoalan demi persoalan muncul di benaknya. Rizal yang tersedar dengan teguran Camelia terus berlari. Ingin mengejar gadis itu.
“ Abang!” Panggil Camelia separuh menjerit turut menurut langkah abangnya. Kenapa dengan abang ni? Laju langkah abangnya keluar hingga ke foyer, namun kakinya terhenti apabila dia melihat kereta Nissan Fairlady 570z meluncur laju meninggalkan hotel itu. Camelia yang sudah tercungap – cungap mengikut langkah abangnya juga sempat melihat kereta bos nya meninggalkan perkarangan foyer hotel. ‘Sah! Itu bos nya, Arina. Abang kenal ke?’ soalnya dalam hati. Rizal memegang dadanya. Sesak dan kesal menyelubungi jantungnya. Dalam hati, dia menyumpah dirinya kerana tidak bertindak cepat tadi.
“ Abang?” Panggil Camelia lagi. kini, baru Rizal berpaling.
“ Siapa tu?” sengaja Camelia bertanya. Mungkin abangnya mahu bercerita. Rizal menggeleng.
“ Mungkin salah tengok kut. Jom balik.” Ajaknya terus berlalu. Camelia ditinggalkan kebingungan.

Sudah seminggu Arisa sedah mula bekerja. Sengaja dia menyibukkan dirinya dengan kerja untuk melupakan perkara yang berlaku pada dirinya. Ketukan pintu membuat kerjanya terhenti.
“ Masuk!” Arahnya dan terus membuat kerja.
“ Sibuk?” soal satu suara. Arina mendongak. Ezra memberi senyuman di hadapannya. Namun Arisa tidak memberi respon.
“ Hmmm…” jawabnya dan terus meneruskan kerja. Senyuma Ezra mati. Kenapa dengan dia ni? Ezra duduk.
“ Hey, kenapa ni? You ada masalah ke?” soalnya prihatin. Arisa memandang Ezra. ‘Tak pernah – pernah dia masuk office aku. Apa hal pulak hari ni boleh datang pulak?’
“ Takde. Biasa je. Sibuk.” Balasnya satu – satu. Sememangnya dia tidak ingin diganggu. Ezra perasan akan suara Arisa yang seakan – akan dingin. Dia bangkit dari duduknya. Tujuannya datang ke bilik gadis itu untuk memberitahu nya sesuatu.
“ Hmmm.. Aku rasa aku tak patut ganggu kau buat masa ni. But, anyway. Aku datang ni bersebab. Aku nak bagitau, yang aku nak kahwin tak lama lagi. Thought that you’re the one that I want to tell first.” Ujarnya lemah. Arisa tersentak terus mengangkat mukanya memandang Ezra. Dipandangnya wajah Ezra yang seperti merajuk. Tapi, merajuk ka lelaki ni? Merajuk pun pasal apa? Perlahan dia menguntum senyuman.
“ Tahniah. Akhirnya kau tamatkan jugak zaman bujang kau. Bila tarikh keramat tu?” Ezra terpana dengan reaksi Arisa namun cepat – cepat dikawalnya riak wajahnya yang sudah memang keruh sekeruh – keruh air lumpur.
“ Err.. Tak lama lagi. Nanti ada aku bagi kad nya. Emm.. Aku keluar dulu.” Katanya terus berpaling memulas tombol pintu. Saat pintu dibuka, matanya bertembung dengan mata Awal. Serta merta hatinya sakit. Kenapa dia terasa kalah dengan lelaki dihadapannya kini. Awal memberi senyuman seperti biasa namun senyuman nya dibalas dengan muka yang masam. Tanpa pamitan, Ezra berlalu meninggalkan mereka.
“ Kenapa pulak la dia ni? Period kut.” gumam Awal kemudian mengalih pandang ke arah Arisa yang juga memandangnya kini. Berubah wajah Arisa tatkala matanya bertembung dengan mata Awal. Sudah berapa kali dia mengelak dari berjumpa dengan lelaki ini. Entah mengapa sejak dari kejadian itu, perasaan nya lain benar setiap kali terfikirkan Awal. Dan dia sendiri tidak tahu perasaan apa kah itu. Arisa mengawal riaknya saat itu, Awal duduk di kerusi yang disediakan. Duduk dan diam disitu. Arisa juga beku. Hanya mata mereka saja yang berbicara.
“ Lama tak jumpa.” Tutur Awal setelah 30 minit membisu. ‘Tahan jugak minah ni jadi patung. Jenuh jugak punggung aku dok kat sini tak gerak – gerak.’ Gumam nya dalam hati. Arisa mencari ayat.
“ Err.. busy kebelakangan ni.” Jawabnya. Awal mengangguk. Busy pun takkan la sampai rumah pun kau boleh lari jugak bila aku datang.
“ Ibu dan abah camne? Sihat?” soalnya berbasa basi. Arisa mengangguk. ‘ Takkan la tak tahu kut? Bukan nya kau hari – hari ke datang rumah. Ceh, takde modal la tu.’ Kutuk Arisa.
“ Kau busy tak sekarang?” soalnya. ‘ Tak nampak ke aku tengah buat apa sekarang? Aku busy laaa!!!’ balas Arisa hanya di dalam hati. Awal yang melihat muka cemberut Arisa hanya dapat menahan tawanya. Tau la kau kutuk aku kat dalam hati tu. Tanpa menunggu jawapan Arisa, Awal berdiri dan menarik tangan Arisa keluar dari office nya.

“ Hey, lepas la weh. Kau nak bawak aku ke mana ni?” soalnya dalam marah. Awal Cuma senyum dan terus menarik. Genggaman tangan nya semakin kejap apabila Arisa cuba melepaskan genggaman tangan nya. Arisa yang sedar aksi mereka disaksikan oleh staff yang lain menunduk kepala. Seolah – olah dia baru saja melakukan kesalahan besar. Dalam hatinya, bergelen – gelen rasa marahnya kepada Awal.