Search This Blog

Sunday 9 February 2014

BAB 18
Arisa baring menghadap siling. Semenjak dari kejadian yang hampir meragut maruah dan nyawanya, dia sudah jarang keluar dari rumah. Malah dia lebih banyak terperap di bilik nya saja. Arisa menarik selimut hingga ke paras dada. Bilik nya dibiarkan gelap gelita. Langsir dibiarkan nya menutup tingkap. Pintu biliknya diketuk. Cepat Arisa menutup kepalanya dengan selimut. Arisa diam tidak terkutik. Terasa kepalanya diusap dibalik selimtu yang menyalutinya.
“ Risa…” suara Awal menyapanya. Arisa tidak menjawab. Bergerak pun tidak.
“ Aku datang ni. Bukak la selimut ni.” Pujuk lelaki itu. apabila Arisa tidak memberi respon. Awal duduk di birai katil. Arisa seperti hilang keyakinan terhadap dirinya. Gadis itu seakan – akan takut untuk menghadapi dunia setelah kejadian yang menimpanya berlaku. Awal menarik nafas. Dia perlu menolong sahabat yang sangat disayanginya. Hatinya terdetik untuk memberi kekuatan kepada gadis yang dicintainya dalam diam.
“ Aku ingat lagi, masa first time aku jumpa kau, masa tu aku masih kecik lagi. aku takde kawan teman bermain. Yang ada tu pun pembuli. Haha. Kau percaya tak aku dulu seorang penakut. Pendiam pulak tu, main pun selalu sorang – sorang. Dah tu, aku ni mana takde keyakinan langsung. Semua yang aku buat pun teragak – agak. Kau bayangkan, aku nak kencing dalam rumah pun aku tak sure nak kencing kat toilet mana satu. Last – last nak tau aku kencing kat mana? Kat pokok belakang rumah. Sekali tu aku kantoi kat mama. Habis telinga ni kena piat. Aku ingat lagi masa kau baru pindah ke rumah sebelah. Aku happy sangat sebab ada jiran baru, nanti ada kawan baru. Tapi aku takut, aku takut sangat kalau kawan baru aku pun suka buli – buli aku. Jadi, for safe precaution, aku sembunyi dalam pasu bunga mama aku yang kebetulan dekat dengan gate rumah kau.’’ Ceritanya seraya ketawa. Arisa masih mendiamkan diri. Awal tahu, gadis itu mendengar ceritanya.
“ Aku nampak abah kau gendong kau masuk rumah lepas semua beg diangkat. Seronok tengok kau tidur sebab masa tu kau cute sangat. Tapi tengok sekejap aje, sebab kau dah masuk rumah. Tambahan lagi, kawan baru aku perempuan. Perempuan bukan pembuli, tak macam lelaki. Aku nak berkenalan dengan kau, tapi aku tak berani. Aku tak yakin dengan diri sendiri. So, aku diam je. Main kat taman depan rumah pun, sorang, tak best. Hingga la satu hari. Mama suruh aku hantar makanan kat rumah kau. Mula – mula aku tak nak. Tak berani. Tapi dalam hati aku happy sangat. Tapi mama paksa, mama suruh aku kawan dengan kau. Ibu kau pun suruh aku kawan dengan kau. Dalam takut – takut, aku berani jugak datang depan rumah kau. Ibu jemput aku masuk, tapi aku tak nampak kau kat mana – mana. Nak tanya aku tak berani. Macam biasa, aku diam ke.” Sambungnya lagi. Sesekali matanya mengerling ke arah selimut.
“ Selalu jugak la aku datang rumah kau. Tu pun pasal mama suruh hantar itu ini. Kalau tak pun, mama selalu lepak rumah kau, katanya nak share masakan, kalau tak share masakan, share resipi. Lepas tu kadang – kadang lepak sampai senja tak reti nak balik – balik.’’ Ceritanya sambil ketawa kecil. Teringatkan kisah lama. Mama nya dengan ibu Arisa seperti kawan baik. Sejak keluarga Arisa berpindah di  sebelah rumah mereka, hubungan ibu mereka menjadi rapat. Macam kawan baik dari kecik. Mamanya selalu datang ke rumah Arisa untuk belajar memasak dari ibu Arisa, dan mereka sering bertukar – tukar resipi dan kemahiran.
“ Sampai la satu masa aku takut – takut tanya mama, mana kau. Mama tak Jawab soalan aku, tapi dia senyum je. Petang tu mama bawa aku pergi rumah kau. Ibu kau tunjuk bilik kau. Masa tu kau masih koma, tapi bagi aku, masa tu aku fikir kau tidur. Jadi aku diam je tengok kau, tak berani nak ganggu. Takut ibu kau marah. Tapi, ibu kau suruh aku teman kau kat situ, siap bagi buku cerita lagi suruh aku baca dekat kau, biar kau dengar. Hairan jugak aku, tapi bila mama benarkan, aku baca je. Dari hari tu, aku selalu datang rumah kau, lepak dalam bilik kau, bawak mainan untuk kau, buku pun aku bawa, baca sama – sama. Lepas tu, bila balik je dari tadika, aku akan datang ke rumah kau. Mama kata, bawa banyak bercakap bila datang rumah kau. Aku selalu cerita apa yang berlaku setiap hari. Tanpa sedar, aku yang dari dulu pendiam, jadi orang yang banyak bercakap, dari yang takde keyakinan ni, selalu yakin bila bercakap. Maybe ada hikmah disebalik perkenalan kita. Sikap aku yang lama dah takde sejak aku kenal kau. Mungkin mama dan ibu kau tahu sifat aku boleh diubah.’’ Ceritanya lagi. Arisa yang sejak tadi berbungkus di dalam selimut membuka hingga keluar kepalanya. Awal senyum.
“ Lepas tu?” soal Arisa. Cerita Awal Berjaya menarik perhatian nya.
“ Lama jugak aku lawat kau. Hairan pun ada, sebab tiap kali aku datang, masa tu kau mesti tidur. Pernah sekali aku goyang badan kau, tapi kau takde reaksi, so aku Tanya ibu. Ibu cakap, kau sakit. Perlukan rehat banyak. Lepas tu aku tak kacau kau lagi dah. Aku datang luangkan masa dengan kau. Main dengan kau, cerita dengan kau. Hinggalah satu hari, kau bangun dari tidur. Happy sangat aku masa tu, sampai satu rumah aku jerit Panggil mama dan ibu. Abah kau pun ada masa tu. kau ingat tak ayat apa yang keluar dari mulut masa kau bangun tu?’’ soal Awal. Arisa menggeleng.
“ Kamu siapa? Soalan tu yang keluar. aku tak hairan, sebab masa tu aku happy sangat. Kawan aku dah bangun. Mula – mula kau macam kekok bila aku ada. Macam tak suka pun ada. Mana tak nya, hari – hari aku terconggok depan rumah kau. Kadang – kadang tidur sana pun ada. Tapi, ibu kau cakap tak apa, ibu kau lagi suka sebab aku ada. Lama – lama, kau biasa, dan kita terus jadi kawan dari hari tu.” ceritanya senang. Awal menapak ke tingkap dan menyelak langsir. Arisa menutup mata kerana kesilauan.
“ Awal!” marah Arisa.
“ You know what. Masa ni aku rasa nostalgic sangat. Sebab dulu, kau dengar cerita aku dalam keadaan koma, dan sekarang kau dengar masa kau dah sedar.” Ujarnya lagi. Arisa senyap. Matanya cuma memandang batang tubuh Awal yang berdiri diterangi oleh cahaya.
“ So, aku nak kau pun bangkit dari ketakutan kau. Keluar dan jalani hidup yang baru. Temui keyakinan dari dalam diri. Aku tak nak kau terperangkap dalam trauma. Demi Allah, aku juga takut masa kejadian tu. Bukan nya takut nyawa aku melayang, tapi aku takut kau dicederakan. Aku takut kau diapa – apakan masa tu.” katanya sambil melangkah ke katil semula. Awal duduk di birai katil. Tangan Arisa dicapai.
“ Aku nak lihat Arisa yang ceria, yang sentiasa bersemangat setiap masa, bukan Arisa yang pendiam dan takut. Lihat keadaan kau masa ni, sama seperti masa kau baru sedar dari koma dulu.” Nasihat nya. Arisa masih diam. Dia sendiri tidak tahu apa yang bermain di fikirannya.
“ Semua yang terjadi bukan salah Risa.” Awal dan Arisa berpaling. Datin Habsah dan Dato’ Hisham berdiri di muka pintu.
“ ibu tahu, Risa menyalahkan diri atas kejadian yang menimpa Rina kan.” Tebak Datin Habsah. Arisa menunduk. Tekaan ibunya tepat mengenai hatinya. Dia merasa sangat bersalah kerana tak mampu hendak menyelamatkan kembarnya sendiri, malah, dia sendiri tidak ingat yang dia mempunyai kembar.
“ Risa.. Rasa bersalah sangat, bu. Kenapa masa tu, Risa boleh terperdaya dengan pujukan orang yang asing. Kalau tak, mesti Rina tak diculik. Semua salah Risa. Rina tau yang orang tu ada niat jahat, Rina ada tarik tangan Risa, tapi Risa tak endah je. Risa dah kehilangan kembar Risa, bu.” Luah Arisa.
“ Sebelum ni, Risa selalu mimpi buruk. Seakan – akan Risa betul – betul alami dalam mimpi tu. kebanyakan nya sangat menyakitkan, bu. Risa mimpi Risa kena pukul. Risa mimpi Risa kena berlawan kena belasah. Yang paling teruk. Risa kena selar, bu. Risa tak fikir tu semua mimpi, sebab Risa sendiri pernah tengok kesan dari mimpi Risa. Mungkin Rina alami semua tu, bu. Dan Risa tau dia dalam kesakitan. Risa tau, tapi Risa tak dapat tolong dia, bu. Risa rasa bersalah, bu.” Luahnya lagi. Datin Habsah memeluk Arisa. Cuba memberi ketenangan kepada anak nya. Belum lama dia sampai di kota London, dia dan suaminya menerima berita yang amat mengejutkan. Rumahnya dipecah masuk dan Arisa hampir dirogol dan hampir dibunuh. Lemah tubuhnya apabila mendapat panggilan dari Awal. Hatinya bersyukur kerana Arisa selamat tanpa sempat diapa – apakan.
“ Bukan salah Risa. Risa masih kecil lagi masa tu. Abah pun masih cari Rina sampai sekarang. Lama dah kami cari dia, nak. Tapi, belum jumpa lagi. Jangan simpan rasa bersalah tu, ibu tau, satu hari nanti, kita akan jumpa Rina.” Pujuk Datin Habsah. Arisa membalas pelukan ibunya. Tubir matanya yang bergenang akhirnya lancar turun. Awal dan Dato Hisham keluar dari bilik Arisa. Memberi peluang kepada Arisa dan Datin Habsah berdua.
“ Bah, Awal balik dulu ye. Nanti kalau ada masa, Awal datang lagi. Bagitau Risa yang saya balik ye.” Ujar Awal. Dato’ Hisham mengangguk.

“ Baik – baik bawak kereta tu.” pesan nya. Setelah menyalam Dato’ Hisham, dia terus pergi meninggalkan rumah Arisa.

No comments:

Post a Comment