Search This Blog

Monday 24 February 2014

My Kembar???

BAB 21

Lelaki berjambang itu ditenung dibalik cermin mata hitam miliknya. Arina hanya diam disisi papanya. Entah kenapa hatinya terasa cuak. Otaknya ligat berfikir, pernahkan dia bertemu dengan lelaki ini. Kalau ya, dimana? Rizal? Ya, saat nama itu disebut oleh papanya, Arina sudah terbayang akan wajah lelaki yang pernah menyelamatkan nya. Lelaki yang sehingga kini, masih dikotak fikirannya. Namun, sangkaan nya salah, lelaki ini bukan Rizal yang difikirkan. Lelaki di hadapan nya kini, wajahnya agak cengkung dan sedikit kurus. Berbeza dengan Rizal yang dikenalinya, walaupun agak tegap dan sasa, namun, terdapat perbezaan pada badannya. Wajah lelaki ini yang agak suram dan jambang itu membuatkan nya sedikit rimas. ‘Selekeh betul lelaki ni!’ komennya dalam hati.
“ Saya nak bincang sesuatu dengan Tuan.” Tutur Rizal perlahan. Lt. Everett Mikail mengangguk. Kemudian menoleh ke arah Arina.
“ Err.. Sayang, boleh tak tunggu papa kat luar kejap. Papa nak bincang sesuatu kejap dengan anak buah papa.” Pinta Lt. Everett Mikail perlahan. Takut anak nya merajuk lagi. Arina menjegilkan matanya dibalik cermin mata hitamnya. ‘ Papa ni, kerja tak habis – habis. Benci!’ amuknya dalam hati. Kemudian dijelingnya lelaki yang dianggapnya mencuri perhatian papanya.
“ Hmmmmmmmmm… Pergilaaa.” Jawabnya panjang berjela terus berlalu. Lt. Everett Mikail sudah tahu. Itu tandanya rajuk anaknya sudah datang. Rizal hanya melihat wanita yang baru ditemuinya dengan ekor matanya. ‘ Malam – malam pun pakai spec mata. Buta kut.’ Fikirnya. Tapi, kenapa raut muka dia tu macam pernah nampak je?
“ Anak saya. Arina.” Lt. Everett Mikail memperkenalkan anaknya kepada Rizal. Rizal sekadar mengangguk. Mereka berlalu ke pejabat Lt. Everett Mikail.

Arina yang menunggu di bangku berdekatan dengan blok pejabat papanya sudah panas punggung. Hatinya yang geram bertambah geram lagi apabila ada beberapa orang askar yang lepak tidak jauh darinya bersiul – siul kepadanya. Jengkel dengan perangai lelaki masa sekarang, dia bangkit dari duduknya dan berlalu.
“ Hey, nak kemana tu, cik adik. Meh sini, temankan abang.” Usik salah seorang askar prebet. Arina sudah menyumpah – nyumpah dalam hati. Arina berlalu masuk semula ke dalam blok dimana pejabat papanya. Tiba – tiba tangan nya ditarik lembut.
“ Jangan jual mahal dik. Abang – abang kat sini pun tengah boring ni. Meh la temankan. Lepak sama.” Salah seorang dari mereka menarik tangan nya, namun arina merentap tangan nya kasar. Tidak suka dibuat sesuka hati.
“ Lepas lah! Kalau nak sangat lepas gian tu, cari pelacur lagi baik!” Bentaknya kasar.
“ Apa ni, cik adik. Kasar bahasa tu. Kalau tak de pelacur pun. Cik adik pun boleh jugak. Mari la.” Ajak seorang lagi memegang bahunya kejap. ‘ Ni yang aku tak tahan ni! Siap korang!’
“ Lepas lah! Korang ni tak malu ke!!” marahnya cuba meleraikan pegangan tangan prebet muda yang tidak bertauliah itu. Semakin kuat pegangan nya.
“ Kat sini takde orang, cik adik. Takde siapa yang tengok pun. Jom la. Kitorang pun bukan nya ramai sangat, tiga orang je. Tak lama layan ni.” Tutur lelaki yang seorang lagi. Mereka sudah menghampiri Arina. Baru saja tangan nya memegang zip sweater, kaki Arina sudah menendang celah kelangkang askar prebet itu. Terduduk askar itu dibuatnya.
“ Hai, cik adik. Main kasar nampak.” Ujar askar yang memegang bahunya terus mencekak sweater Arina. Tangan nya dilayang hendak menampar pipi Arina. Belum sempat tangan nya melayang ke pipi mulus Arina, Arina lebih cepat bertindak dengan menyiku bahagian rusuk askar tadi. Satu sepakan kuat dilayangkan ke bahagian perut nya. Seorang lagi terduduk kesenakan. Askar yang seorang lagi terkaku di situ. Arina menjeling dari balik cermin mata hitamnya.
“ Kau nak kena jugak ke?! Meh sini kalau kau berani!” herdiknya memecah kesunyian. Teragak – agak askar itu diherdiknya.
“ Belasah dia, Kimi!” arah askar yang masih kesenakan tadi. Kimi menyerang, namun senang untuk Arina mematahkan serangan nya, akhirnya ketiga – tiga nya terduduk kesakitan. Arina duduk di bangku yang didudukinya tadi. Terburai ketawanya melihat askar yang rasanya masih baru lagi.
“ Nak melawan, tapi, berlawan pun tak pandai. Eh, lain kali, nak usha pompuan, tengok dulu kebolehan dia. Ni tak pasal – pasal hilang maruah kena belasah.” Ejeknya.
“ Rina!” tegur Lt. Everett Mikail tegas. Automatic Arina berdiri dengan sergahan papanya. Lt. Everett Mikail yang sudah dari tadi melihat anaknya membelasah tiga orang askar muda itu mendekati Arina. Rizal yang berdiri disebelahnya hanya melihat.
“ Kenapa belasah diorang?” Tanya nya lembut.
“ Gatal sangat nak kacau anak orang. Kena la habuan nya.” Balas Arina selamba menyindir tiga askar itu yang sudah kecut dengan kehadiran papanya. Mereka sudah mengganggu orang yang salah. ‘ Tau la korang nasib korang nanti.’ Bisiknya dalam hati. Lt. Everett Mikail melihat ketiga – tiga askar tersebut.
“ Tahu sekarang pukul berapa? Siapa yang benarkan korang lepak? Esok, tepat pukul 0600 datang pejabat saya. Sekarang balik ke bilik.” Arah Lt. Everett Mikail tegas. Benar – benar kecut perut ketiga – tiganya sebelum berlalu. Arina ketawa sinis.
“ Hmmph.. Berani sangat kacau, nasib aku ni baik, kalau tak, siap lebam – lebam aku bagi korang.” Ejek Arina dengan gaya nya. Lt. Everett Mikail hanya menggeleng kepala. Anaknya masih tidak puas hati agaknya. Rizal yang sedari tadi melihat tersenyum. Lucu jugak anak ketuanya.
“ Eh… takde adab ke? Dah kacau anak orang, boleh je blah macam tu je?” sergah Arina lagi. Ketiga – tiga askar prebet itu berhenti. Takut dengan wanita dihadapan mereka kini. Arina mencekak pinggang dan mendekati mereka.
“ Hey, kalau dah buat salah, macam biasa, orang akan minta apa?” soalnya sinis.
“ Err.. Minta.. Minta maaf kak.” Jawab seorang teragak – agak.
“ Apa dia? Tak dengar la. Cakap sekali lagi.” Sengaja dia memerli.
“ Minta maaf kak!!” ucap mereka bertiga serentak. Arina mengangguk puas hati.
“ Baaaaguuuusssssss anak – anak… dah, dah. Balik bilik. Esok nak kena denda lagi.” Sindir Arina lagi. Mereka bertiga berlalu.
“ Rina, sudah – sudah la tu.” Tegur Lt. Everett Mikail lembut. Arina hanya ketawa kecil.
“ Budak – budak macam tu memang patut kena ajar pun, pa. kalau tak, sampai bila – bila diorang takkan respect kaum wanita. Kaum wanita memang target mudah bagi kaum lelaki, tambah pulak tu kalau jumpa yang panas baran. Tiap – tiap minggu masuk hospital kena dera, kena belasah. Kes sekarang banyak terjadi, pa.” terang Arina panjang. Rizal yang berdiri disebelah Lt. Everett Mikail terasa kagum dengan anak ketuanya. Lt. Everett Mikail senyum dengan hujah anaknya. Arina menggamit tangan papanya dan berjalan bersama - sama.
“ Kes buang anak pun banyak jugak berlaku. Itu pun datangnya dari kaum wanita jugak.” Tukas Rizal tiba – tiba. Sengaja hendak menguji tahap IQ an kesabaran anak ketuanya.
“ Takkan nya ada anak tanpa lelaki.” Balas Arina penuh dengan kata tersirat. Rizal senyum. Betul jugak!
“ Takkan adanya zina tanpa godaan wanita.” Bidasnya lagi.
“ Takkan adanya godaan jika tidak dibawa berdua – duaan oleh lelaki.” Balasnya lagi.
“ Takkan adanya hubungan jika wanita tak bagi green light. Murah sangat ke maruah, sampai senang nak dipikat.” Bantah Rizal.
“ Green light takkan ada jika lelaki tak menutur kata – kata manis kepada kaum wanita, menjanjikan pelbagai kemewahan palsu kepada mereka, agar kepercayaan diberi, sekali gus dengan tubuh – tubuh sekali lelaki dapat. Lepas tu, dah ‘kenyang’ Sembilan bulan sepuluh hari, tak nak mengaku tu anak.” Tukasnya. Rizal diam. Kata – kata yang pedas dan tajam dari anak ketuanya.
“ Sebaik – baiknya untuk mengelakkan semua tu, ada baiknya halalkan saja hubungan itu dengan cara yang betul.” Celah Lt. Everett Mikail tiba – tiba. Dari tadi hanya mendengar perbahasan anak nya dengan Rizal. Rizal dan Arina memandang Lt. Everett Mikail yang berada di tengah – tengah.
“ Betul jugak kan.” Arina setuju dengan kata papanya. Rizal hanya diam. Mengiyakan dalam hati.
“ Yang Rina ni, pakai spec mata hitam malam – malam ni kenapa? Tak gelap ke? Dah la malam ni.” Tegur Lt. Everett Mikail. Arina senyum. Rizal melirik gadis yang berada di sisi ketuanya. ‘Senyuman itu. Kenapa aku rasa pernah nampak je? Suara dia pun. Siapa dia ni?’
“ Papa kan ada.” Katanya sambil mengeratkan pegangan nya. Kepalanya disandarkan ke bahu papanya. Ingin bermanja dengan papanya. Sememangnya Arina kekurangan kasih sayang kekeluargaan. Lt. Everett Mikail senyum. Sejuk hatinya melihat anak yang sudah dianggap anak kandungnya.
“ Err.. Lt. saya gerak dulu lah. Lewat dah ni.” Ujar Rizal meminta diri. Terasa dia mengganggu saja. Lt. Everett Mikail mengangguk.
“ Prepare for the day after tomorrow.” Pesannya. Rizal mengangguk sebelum berlalu.
“ Diorang kemana lusa pa?” soal Arina.
“ Mission. And it’s classified.” Balas papanya. Tahu anaknya sentiasa ingin tahu akan kerjanya. Arina diam. Tidak jadi hendak bertanya lebih. Tahu la maksud classified tu apa. Arina menanggalkan cermin matanya. Baru terasa gelapnya jalan bila cermin matanya dibuka.
“ Nama dia siapa pa?” soalnya lagi. Dahi Lt. Everett Mikail berkerut.
“ Siapa?” soalnya semula.
“ Alaa.. Lelaki tadi tu lerr. Siapa lagi.”
“ Kenapa? Rina berminat ke?” usiknya. Arina menjeling.
“ Eh, takde masa Rina nak minat – minat ni. Baik minat kat Maher Zain tu. Lagi baik. Haa, siapa dia tu?” soalnya semula.
“ Nama dia Rizal. Ketua dalam satu Grup GK. Kalau minat dia pun ok apa. Baik tau dia tu. Just sekarang je dia ada lain sikit.” Lt. Everett Mikail sudah menjual minyak.
“ Grup GK? Apa tu?” soalnya tidak faham. Mereka sudah sampai rumah. Arina membuka pintu dan melabuhkan punggung di kerusi.
“ Grup diorang tu jalankan misi yang sulit. Kebolehan diorang lebih sikit dari askar biasa. Papa supervise diorang. Kiranya diorang tu anak buah papa la.” Terang Lt. Everett Mikail. Arina mengangguk.
“ Kenapa dia tu. Macam ada something wrong je.” Komen Arina. Lt. Everett Mikail duduk. Baru terasa lelahnya dari bekerja tanpa henti. Arina bangkit dan berlalu ke dapur. Membuat minuman untuk papanya.
“ Dia tu tak da apa – apa sebenarnya. Just patah hati je.” Jawab Lt. Everett Mikail perlahan namun Arina masih dapat mendengar dengan jelas.
“ Kenapa pulak? Awek dia lari ke pa?” soalnya yang mula berminat dengan topic Rizal.
“ Kalau Rina berminat, papa boleh tolong.” Lt. Everett Mikail sudah mula mengusik anaknya.
“ Hesy.. papa ni. Orang tanya baik – baik, ke situ pulak dia. Kita tak berminat la dengan dia. Dah la serabai, mulut dia tu lagi satu. Pedas sangat. Mana – mana pompuan yang boleh tahan dengan dia tu, memang Rina salute betul – betul la.” Katanya sambil menghulurkan mug berisi milo kepada papanya.
“ Mulut tu. Kalau tak komen tak sah. Dia bukan macam tu la dulu. Dulu dia takde jambang, bersih je muka dia. Tegas dan cekap bila buat kerja. Just, lepas satu misi tu yang dia berubah jadi macam tu.” Jelas Lt. Everett Mikail. Arina mengangguk.
“ But, papa cakap tadi, yang dia putus cinta, lepas tu cakap lepas misi dia berubah. Mana satu betul ni?”
“ Haaa.. kan lebih senang kalau Rina tanya sendiri. Nanti dalam seminggu dua ni, papa nak adakan BBQ kat rumah. Diorang satu geng ada sekali. Masa tu, Rina nak Tanya sampai dia sengal jawab pun boleh. Dah la, Papa letih la. Nak mandi, solat lepas tu tidur.” Lt. Everett Mikail sengaja mengelak. Karang makin dilayan, makin banyak soalan Arina nanti. Bukan nya dia tak tahu dengan sikap anak nya. Arina menyepetkan matanya, tanda geram dengan papanya.
“ Fine. But I’m not gonna ask him.” Cebik Arina.
“ Mana – mana la sayang. Asal Rina happy. Dah, papa masuk dulu. Goodnight sayang. Assalamualaikum.” Katanya sebelum hilang di balik pintu.
“ Waalaikumsalam.” Jawab Arina perlahan. Niatnya untuk mengorek identity lelaki itu terhenti disitu. Hmmph! Papa ni, bukan nya nak tolong pun. Siapa dia tu. Kenapa aku macam pernah nampak je. Kenapa aku macam kenal je? Cara dia jalan, cara dia bercakap, suara dia. Tapi, dia siapa? Dimana aku kenal dia?
“ Argh! Kenapa la otak tak boleh nak proses banyak info malam ni.” Getusnya setelah penat berfikir. Buntu fikirannya memikirkan siapa lelaki berjambang itu.


Rizal membaringkan badannya. Dorm yang dikongsi dengan kawan - kawannya gelap dan sunyi. Hanya bunyi dengkuran saja yang bergema sekali sekala di bilik itu. Fikiran nya masih lagi ligat mengingati anak ketuanya. Kenapa aku macam pernah jumpa je dia ni? Senyuman dia tu, kenapa nampak similar sangat. But, tak mungkin tu dia? Suara dia, sama je tinggi rendah oktaf suaranya. Just part manja tu je yang baru first time dengar. Bau – bauan dia pun macam pernah cium je. But…
“ Argh! Kenapa la kau pakai spec mata gelap tu? Kalau kau bukak tadi tak la aku macam orang gila nak teka – teka macam ni!” marah nya pada anak ketuanya.
“ Ni tak, pakai spec mata segala, malam – malam pulak tu. Macam orang buta je.” Rizal melepaskan geramnya. Entah kenapa hatinya terasa geram apabila dia sendiri tidak dapat hendak menyelesaikan teka – teki yang bermain di fikirannya.
“ Dey, kau sedar tak sekarang pukul berapa?” tegur Daniel. Terkejut dia apabila mendengar bunyi Rizal yang terpekik macam marahkan seseorang tadi. Sedikit geram juga kerana tidurnya diganggu. Rizal tidak mengendahkan teguran Daniel sebaliknya bergerak ke katil sahabatnya dan berbaring disitu. Katil bujang milik Daniel kini sempit kerana badan Rizal sudah terlentang di situ.
“ Wei! Kau ni kenapa? Patah katil aku karang!” marah Daniel yang masih mamai. Terasa sempit apabila badan Rizal berbaring di katilnya.
“ Kau tolong la aku. Aku tengah bengang ni.” Luah Rizal sambil meraup wajahnya. Daniel memisat matanya. Dari suara Rizal, memang sahabatnya bengang. Tegang je bunyinya. Daniel membetulkan pembaringannya. Biar kedua – duanya selesa. Dia menongkat kepalanya dengan tangan kirinya.
“ Cerita la. I disini sedia mendengar.” Ujarnya.
“ Tadi, aku jumpa Lt. Mikail. Bincang pasal misi.” Tuturnya. Suaranya masih lagi tegang. Daniel tahu, cerita sebenar belum terbuka lagi. Ni baru mukadimah je.
“ Kenapa pulak? Ada yang tak okey ke masa bincang tu?” soalnya sekadar berbasa basi. Daniel cuba mengikut rentak Rizal. Jangan ditanya straight to the point, karang pandai la dia sendiri cerita.
“ Hmmm. Okey.” Jawabnya pendek.
“ Dah tu? Apa pulak masalahnya. Bunyi macam ada masalah dunia je.” Soalnya. Suasana senyap seketika. Kemudian kedengaran Rizal mengeluh kuat.
“ Anak Lt. Mikail yang kitorang selalu sebut – sebut tu ada tadi.” Ujar Rizal. Dalam gelap, Daniel menguntum senyum.
“ Kenapa pulak dengan anak Lt. Mikail?” soalnya hairan.
“ Entah. Aku macam pernah nampak je anak dia tu. Tapi, aku tak ingat kat mana aku pernah jumpa. Dia tu, similar sangat dengan..” tuturnya perlahan. Kantuk Daniel sudah hilang mendengar cerita Rizal.
“ Dengan siapa?” soalnya tidak sabar.
“ Marissa.” Sambungnya sepatah. Daniel terkedu.
“ But…” sambung Rizal lagi.
“ But apa?” sampuk satu suara dari kegelapan. Rizal dan Daniel terkejut. Dua – dua bangun dari perbaringan.
“ Weh, sambung cepat. But apa?” sampuk satu suara lagi. Tangan Daniel pantas menekan suis lampu. Sam, Azmi dan Eddie yang disangkanya sudah tidur mati rupanya juga sedang memasang telinga mereka. Sam dan Eddie meniarap sambil menongkat kepala mereka. Azmi pula duduk bersandar di kepala katilnya. Ketiga – tiganya senyum penuh makna.
“ Celaka punya kawan. Kacau mood je la orang nak feeling – feeling nih!!!” marah Daniel. ‘ Baru je nak dapat new story. Ada pulak yang busy body. Ceh.’
“ Bila korang bangun?” Tanya Rizal pula.
“ Aku belum tidur pun. Dari tadi dengar lagu. Terkejut dengar kau jerit melolong macam orang kena rasuk.’’ Jawab Azmi.
“ Aku pun belum tidur dari tadi. Baring – baring je tunggu mata lelap.” Jawab Sam.
“ Aku tak. Memang tidur dah pun. Bangun pun sebab kau menjerit macam apa je. Kau mengigau ke?” balas Eddie. Rizal bangkit semula dan berlalu ke katil nya.
“ Weh, sambung cerita kau.” Ujar Daniel ingin menyambung semula cerita yang terhenti tadi. Yang lain mengangguk setuju.
“ Dah, aku takde mood sekarang. Lain masa la aku cerita. Aku nak tido dulu.” Katanya terus membalut dirinya dengan selimut. Yang lain bungkam. Daniel menjegilkan matanya kearah kawan – kawannya.
“ Pasal korang la dia tak nak cerita. Baru syok – syok nak dengar, korang dah kacau line.” Getusnya geram.
“ Eleh. Kau ingat kau sorang je ke nak tahu, kitorang pun nak tau jugak tau.” Balas Sam. Eddie mengangguk setuju. Azmi hanya menggeleng kepala. Malas hendak masuk campur. Daniel bangun dari katilnya dan duduk di birai katil Rizal. Selimut sahabatnya ditarik.
“ Der, lain kali story tu biar sampai habis. Aku takkan benarkan kau tidur selagi kau tak cerita semuanya.” Ugut Daniel geram. Dia memberi isyarat kepada Sam dan Eddie untuk membantunya. Rizal membatukan diri.
“ Aku kira sampai tiga. Kalau tak cerita jugak, aku geletek kau.” Ugut Daniel lagi. Tiada respon.
“ Satu.”
“ Dua.” Tiada respon.
“ Dua suku.” Tokoknya lagi.
“ Dua setengah?” masih tiada respon dari Rizal.
“ Ti…” tangannya sudah dekat di pinggang Rizal..
“ ZZZZZZZZZzzzzzz…..”
Bunyi dengkuran kedengaran.
“ Erk. Eh.” Daniel memalingkan wajah Rizal.
“ Dah tidur mati daaa.” Kata Sam menggamit lengan Eddie.
“ Dah, jangan kacau dia. Maybe dia letih sangat tu. Ada masa dia cerita la tu.” Kata Eddie. Daniel mengangkat bahu dan bangkit dari katil Rizal. Lampu dipadamkan. 

18 comments:

  1. Best la jln citer nie..dh lme x bce novel yg jln citer dia besttt...so,keep it up & gud luck k☆☆☆ x sabo nk tggu sambungan nye..hihiii

    ReplyDelete
  2. Lau Novel terbit ckp tau. Sy nk g beli

    ReplyDelete
  3. jalan cerita menarik..teruskan menulis..good luck!!

    ReplyDelete
  4. Btol3..kalo dh/ade buat buku cpt2 inform k..nk gi bli..bleh wat koleksi.������

    ReplyDelete
  5. Sis, u bz eh skrg? Bila nk smbung? Sob3x.. Cite best.. Xsbr tggu next chapter..

    ReplyDelete
  6. Thanks for showing up such fabulous information. I have bookmarked you and will remain in line with your new posts. I like this post, keep writing and give informative post...!
    Sarajevo Poljine

    ReplyDelete
  7. Today, I visit your website and after reading your blog i realize that it is very informative. I'm highly impressed to see the comprehensive resources being offered by your site.
    Trebinje apartman

    ReplyDelete
  8. I was very encouraged to find this site. I wanted to thank you for this special read. I definitely savored every little bit of it and I have bookmarked you to check out new stuff you post.
    pediatric dentist in india

    ReplyDelete
  9. syp trus dh skrg cite ni... sob sob :(

    ReplyDelete
  10. Ala.. nk lagi cite ni.. best doh!!

    ReplyDelete
  11. Cerita ni sumpah bermakna untuk aku. Walaupun dah lima tahun since aku baca cerita ni.. aku tak pernah lupa. Dan masih berharap agar ada sambungan untuk cerita ini. Ah btw Ryn Scarlett atas ni saya la tu hehe

    ReplyDelete
  12. 2022 rn. Saja lawat balik cerita ni.. tiba2 rindu pulak storyline dia. Cerita ni banyak bagi aku idea for my story so.. memang takkan lupa lah. Anyway Diana Daniel dngn Ryn Scarlett tu saya laaa.. hahaha

    ReplyDelete
  13. 2023. Saja menyinggah tetiba teringat story ni. After all, this story means a lot to me.

    ReplyDelete