Search This Blog

Monday 21 November 2011

My Kembar???

BAB 4
Rizal meninjau di tandas wanita dimana kali terakhir Sixteen dilihat. Dia meneliti di sekeliling. Tiada apa – apa yang pelik. Kemudian dia meneliti tingkap dimana Sixteen memboloskan diri. Nampak saiznya kecil. ‘ Kalau bandingkan saiz tingkap ni dengan saiz Sixteen, dah memang confirm luka badan dia nih.’ Katanya sendiri. Kemudian dia keluar dan menuju ke belakang tandas wanita. Kawasan itu kotor dan tanah yang becak menunjukkan kesan tapak kaki. Rizal tunduk untuk meneliti kesan itu. ‘ Confirm saiz kaki dia’ katanya lagi. tapak kaki itu menuju ke dalam hutan. Rizal melihat sekeliling. Tempat itu sangat terpencil dan kawasan itu dikelilingi oleh hutan. Tanpa membuang masa, Rizal mengikut bekas tapak kaki Sixteen. Entah kemana tuju gadis itu melarikan diri. Yang pasti Sixteen memang sudah merancang untuk lari. Dia melihat keadaan tanah. Ada nya berduri dan bekas kaca. Di situ juga terdapat bekas darah kering.
“ Mesti kaki dia luka jugak. Demi larikan diri je. Sampai tak sedar yang dia berkaki ayam.” Gumamnya sendiri. Timbul rasa kasihan kepada gadis itu. Walau cuma mengenalinya dari jauh saja. Rizal meneruskan pencariannya mengikut bekas jekak Sixteen.

Arina duduk di pangkin pondok kecil milik Puyat. Orang tua itu tengah membersihkan sekitar pondoknya. Sudah seminggu dia menetap di pondok usang ini. Sedikit sebanyak dapat juga merehatkan badan dan minda nya. Luka – luka nya juga semakin sembuh dan kurang kelihatan di mata kasar. itu pun kerana pertolongan orang tua itu. Ajaib nya, orang tua itu juga menolongnya untuk menhilangkan kesan parut di badannya. Itu yang membuatkan dia berasa amat terhutang budi kepada Puyat. Walaubagaimanapun, dia perlu meneruskan perjalanan. Dia tahu Taiga tidak akan berdiam diri apabila mengetahui kehilangan nya. Saat ini, Taiga mesti sudah mengerahkan konco – konconya untuk mencarinya. Dia melihat hari yang semakin gelap. Waktu yang sesuai untuknya meneruskan perjalanan. Perlahan dia mendekati orang tua itu.
“ Puyat, ito ay oras para sa akin na iwan ang. (tiba masanya untuk saya pergi.)” Tegurnya. Tangan Puyat yang ligat membersihkan pondoknya terhenti. Orang tua itu menoleh ke arahnya.
“ kung saan ikaw ay pagpunta sa?( kamu hendak pergi ke mana?)” soalnya. Dia melihat hari yang kian melabuhkan tirainya. Hairan kenapa gadis itu ingin pergi waktu – waktu begini.
“ Kailangan ko upang pumunta. Gusto ko upang bumalik sa aking bansa ( saya perlu pergi. Saya mahu kembali ke negara saya)” balasnya lembut. Orang tua itu diam. Berfikir barangkali. Kemudian dia mengangguk.
“ Maghintay ng isang saglit.” Ujarnya terus melangkah ke dalam pondok. Tidak lama kemudian, orang tua itu keluar kembali. Di tangannya terdapat beberapa keping duit.
“ Gamitin ang pera upang bumili ng pagkain at inumin. Ito ay hindi na magkano, ngunit ito ay makakatulong. ( ambik duit ini untuk kamu beli makanan dan minuman, ianya mungkin tidak banyak, tetapi ianya dapat membantu kamu.)” ujarnya. Arina berterima kasih kepada orang tua itu.
“ Salamat sa inyo. I tandaan ito. ( terima kasih. Saya akan ingat jasa kamu)” balas Arina. Setelah menyalami tangan orang tua yang telah banyak menolongnya dalam seminggu ini, Arina meneruskan perjalanannya ke bandar Manila. Dia tahu dia tidak boleh lama berada di bandar. Dia tahu konco – konco Taiga mesti merata – rata di bandar ini. Jadi dia cuma singgah di kedai serbaguna dan membeli makanan ringan, dan kemudiannya meneruskan perjalanannya. Dia menahan teksi.
“ Kung saan nais mong pumunta?” Tanya pemandu teksi itu.
“ Container port.” Balasnya. Pemandu teksi itu menurunkan handbrake dan terus memandu. Tanpa Arina sedari. Beberapa mata melihatnya dari jauh. Lelaki itu mengeluarkan telefon dan mendail.
“ Helo.” Suara garau menyapa di hujung talian.
“ I natagpuan ang kanyang.” Jawab suara itu.

Sudah berjam Rizal berjalan. Masih menjejak Sixteen. Peluh nya jangan dikira lagi. habis basah bajunya. Kalau diperah, boleh penuh segayung. Hari pun sudah gelap. Akhirnya dia menemui jalan kecil. Dia mengikut jalan itu. dia mengagak yang Sixteen juga mengikut jalan itu. kakinya sudah tidak larat berjalan. Dia teringat akan pengalamannya ketika mendapat latihan dan ujian semasa dia menyertai GGK. Latihan Ikhtiar hidup memang benar – benar mencabar nya. Mereka dibiarkan selama 3 minggu tanpa bekalan makanan dan minuman, pakaian yang dipakai cuma seluar dalam. Alat yang diberi adalah beberapa batang mancis, sebilah parang dan tempurung kelapa. Mereka perlu bertahan selama tiga minggu untuk melengkapkan sesi latihan. Selama tiga minggu itulah Rizal tercabar dengan penuh dugaan. Kesejukan malam juga perlu ditahan. Rizal tiba di baawah pohon rendang. Perlahan dia duduk menyandar di pohon rendang itu. melepaskan lelahnya. Hari sudah kian senja. Petunjuk Sixteen berakhir disitu saja. Dia tidak tahu kemana hala tuju Sixteen selepas keluar dari hutan tebal itu. tiba – tiba telinganya menangkap bunyi ranting patah. Pantas matanya melilau sekeliling. Matanta tertancap ke satu cahaya malap. Cahaya itu kian menghampirinya. Hati Rizal berdebar. ‘Entah – Entah hantu kot’ bisik hatinya.
“ Binata, ano ang iyong ginagawa dito? ( anak muda, kamu buat apa di sini?)” sapa satu suara. Rizal memusatkan matanya ke wajah yang kelihatan agak malap itu. ‘ orang tua Rupanya. Ingat hantu lagi. Hish, sempat jugak kau fikirkan pasal hantu ye, Zal.’ Kutuknya dalam hati. Dia senyum.
“ I don’t know how to speak Philippine. But I can understand what you said.” Balasnya. Hatinya berharap bahawa orang tua itu pun faham akan bahasanya. Orang tua itu mengangguk sahaja. Seperti faham maksudnya.
“ Mabuti. Maaari i maunawaan kung ano ang sinabi mo.” Balasnya. Rizal mengangguk faham.
“ Ano ang iyong ginagawa dito?(kamu buat apa di sini?)” soalnya sambil melangkah pulang ke pondok kecilnya. Sudah dua kali dia bertemu dengan orang asing. Di tempat yang sama pulak tu. Mula – mula perempuan, kemudian lelaki.
“ I am looking for a young lady.” Balasnya perlahan. Dahi orang tua itu berkerut. Dia mencari gadis yang menetap dengannya itu. Kenapa? Benaknya berfikir bahawa lelaki ini berniat yang tidak baik kepada gadis malang itu. bukan apa. Selama seminggu dia memerhati gadis itu. Entah apa yang dilaluinya hingga badannya penuh dengan luka dan parut. Kemudian bahu kirinya mempunyai bekas selaran bernombor 16. Otak tua nya mencerna info yang dilihatnya di depan mata. Akal tuanya berfikir. Adakah gadis itu diseksa? Walau apa pun, lelaki yang berada di hadapannya tidak harus dipercayai. Dia meneliti lelaki itu, basah kuyup dengan peluh. Sama seperti gadis yang ditemuinya seminggu lalu. Bezanya cuma lelaki itu tidak mempunyai luka dan parut seperti gadis itu.
“ Binibini? ( perempuan?)” soalnya. Dia berpura – pura seperti tidak tahu. Apapun, dia mesti mengetahui kisah dari lelaki ini juga. Dia tidak mahu menilai dari penampilan luaran lelaki ini sebelum membuat keputusan. Dia perlu menilai dengan soalan. Rizal mengangguk.
“ Yes, a young girl. I have been looking for her for a week. Have you seen her wandering around here?” Balasnya. Entah mengapa hatinya merasa lapang untuk bercerita kepada orang tua itu.
“ Nakita hindi i sinuman ditto. Maliban sa akin.( saya takda lihat sesiapa disini. Kecuali saya sendiri)” balas nya. Rizal mengeluh. Dia kehilangan jejak Sixteen. Entah kemana gadis itu lari. Jauh di hatinya dia berharap gadis itu selamat.
“ Maaari i hihilingin mo?( boleh saya Tanya awak?)” soalnya. Rizal mengangguk. Mereka sudah sampai ke pondok orang tua itu.
“ Kung bakit ikaw ay naghahanap para sa babae na? ( kenapa kamu mencari wanita itu?)” soalnya. Dia inginkan kebenaran. Mungkin lelaki itu jahat. Mungkin juga baik. Namun dia melihat wajah lelaki itu seakan – akan ikhlas. Nampak baik. Tapi dia tidak mahu membuat spekulasi dulu. Lelaki itu perlu dinilai. Dia duduk di tangga pondok. Rizal pula mengambil tempat di sebelahnya. Pelita di tangannya di gantung di tempat yang disediakan. Rizal menarik nafas. Kemudian mula bercerita dari awal sampailah dia bertemu orang tua itu. orang tua yang mengenalkan dirinya sebagai Puyat mendengar dengan tekun. Di hatinya berfikir bahawa lelaki itu sebenarnya baik. Setelah selesai bercerita, Rizal meminta kebenaran untuk mandi dan meminjam bajunya untuk bersolat. Orang tua itu menunjukkan dimana bilik mandi dan menyediakan baju untuk orang asing itu. Ketika Rizal mandi. Dia menyediakan minuman kepada lelaki itu. fikiran nya memutuskan bahawa dia harus memberitahu gadis itu pernah bertandang dan sudah pun pergi.
“ I humihingi ng paumanhin.” Ujarnya tiba – tiba. Ketika itu, Rizal tengah menghirup kopi yang dibuat oleh orang tua itu. ‘ maaf? Kenapa pulak?’ fikirnya. Matanya mencerlung ke wajah tua itu. orang tua itu menarik nafas.
“ I na nakita na binibini, tulad ng kung ano ang sinabi mo lang ngayon.( saya pernah jumpa gadis yang awak cakapkan itu.)” ujarnya. Rizal tersentak. Pernah jumpa? Dahi Rizal berkerut. Adakah orang tua ini menipunya. Rizal baru hendak membuka mulutnya tetapi dipotong oleh orang tua itu.
“ Alam ko ikaw ay galit, ngunit makinig sa akin sa unang. Nakilala ko na babae. At siya ay ang pananatiling sa akin para sa isang linggo.  ( saya tahu awak marah. Tapi dengar dulu penjelasan saya. Saya kenal gadis itu. dan dia tinggal disini selama seminggu)” perlahan dia menutur kata. Rizal diam. Ingin Mendengar keseluruhan cerita. Mungkin orang tua itu menganggap dia sebagai orang jahat pada mulanya.
“ I makatulong sa kanyang, mukhang siya tulad ng siya ay natakot. Ito, i kanyang dalhin ditto. Ang kanyang katawan ay puno ng scars at bruises. Kaya, tulong i kanyang upang mabawi. Kahit na siya ay hindi kailanman sabihin sa akin anuman, ngunit alam ko siya ay pinagdudusahan. Naghahanap sa kanya, alam ko, siya ay tortured, ito? ( saya tolong dia, dia kelihatan seperti orang yang ketakutan. Jadi saya bawa dia ke sini. Badan dia penuh dengan parut dan lebam, jadi, saya tolong untuk rawat dia. Walaupun dia tak pernah beritahu apa – apa. Tapi saya tahu dia terseksa. Melihat keadaan dia, saya tahu. Dia  diseksa kan?)” panjang lebar hujah lelaki tua itu. Walau pahit untuk ditelan. Rizal mengangguk. Kebenaran itu tidak dapat disangkalnya. Bagaimana dia hendak membohong seorang tua. Mata tuanya tidak dapat dibohongi. Sudah puas makan asam garam dunia.
“ I don’t know much of her story. But I heard a lot that she was tortured when she were there. That is why I want to find her. I want to help her.” Balasnya ikhlas. Orang tua itu mengangguk. Kini dia yakin bahawa lelaki itu ikhlas.
“ Kung sabihin mo ito. pagkatapos ay pumunta ngayon. Tingin ko siya ay nasa panganib. ( kalau begitu, lebih baik kamu pergi Sekarang. Saya merasakan dia berada dalam bahaya.).” arahnya. Rizal mengangguk dan berdiri.
“ Have she told you where she was going?” tanyanya. Orang tua itu diam sejenak. Mengingati sesuatu.
“ Oo. sinabi niya na gusto siya upang bumalik sa kanyang bansa. ( ya. Dia ada cakap yang dia hendak kembali ke negaranya semula.)” jawabnya.
“ Her country? Where?” soal Rizal lagi. Dia tidak tahu dimana asal Sixteen.
“ Hindi ko alam. siya hindi sinabi sa akin. ngunit sa sandaling siya nagkausap ng kakaibang wika. Ito tunog tulad ng ‘ malangkan ak ku.’ Ngunit hindi ako sigurado kung ano ang ibig sabihin nito (  Saya tidak tahu. Dia tidak beritahu saya. Tapi saya pernah dengar dengar dia bercakap bahasa asing. Ia berbunyi seperti ‘ malangkan aku’. Tapi saya tidak tahu apa maksudnya.)” katanya. Rizal mengangkap bunyinya seperti bahasa melayu. Takkan Sixteen pandai bahasa melayu. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Jay.
“ Hello. Jay, can you tell me where Sixteen was abducted?” tanyanya.
“ Umm. I think she was abducted from Malaysia. Why do….” Jawabnya. Jay hendak bertanya lebih lanjut tetapi talian terus dimatikan. Rizal menyalam orang tua itu dan terus melangkah ke bandar. Fikiran nya ligat berfikir. Sixteen mesti mencari jalan Bagaimana hendak pulang ke Malaysia. Dia tiada passport, tiada duit. Bagaimana dia hendak pulang ke negaranya tanpa semua itu. Melainkan…


Pemandu teksi itu menurunkan Arina berdekatan dengan pagar pelabuhan. Setelah membayar tambang dengan duit terakhirnya, perlahan dia meninjau kawasan itu. Mana tahu ada pengawal keselamatan. Setelah dia yakin tiada pengawal. Pantas dia menyelinap masuk ke dalam pintu pagar. Dia menyusup mencari kontena yang tidak berkunci. Ketika itu, tidak ramai pekerja yang bekerja. Hanya ada beberapa orang saja yang masih memunggah barang masuk ke dalam kontena. Arina menyusup seperti pencuri menuju ke pejabat pelabuhan itu, ingin mencari senarai kontena yang akan di hantar ke Malaysia. Arina bersembunyi si balik dinding. Dia takut kehadirannya disedari oleh pekerja di situ. Tanpa disedarinya dia diekori oleh beberapa orang konco Taiga. Lelaki itu sudah mengeluarkan pisau dan berjalan mengikut Arina dari belakang. Ketika Arina lalai, salah seorang konco Taiga pantas mencekup badan Arina dari belakang dan mengacukan pisau di lehernya. Dua lelaki yang lain muncul dihadapan nya. Mereka tersengih. Arina kaget. Dia tidak mahu tumpas di tangan konco Taiga.
“ Where do you want to run, my dear.” Ujarnya dekat di telinga Arina. Geli Arina dengan perbuatan nya.
“ Well, before we end your life, why won’t you enjoy your last day with us, huh, miss Virgin.’’ Ujar yang seorang lagi. Arina memejam matanya. Takut dan marah bercampur satu. Tangan lelaki yang kedua sudah memegang pinggangnya. Lehernya dikucup oleh lelaki pertama. Lelaki yang ketiga Cuma melihat. Mungkin menunggu giliran.
“ You won’t and never gonna get me, asshole!!” herdiknya dan terus menendang kelangkang lelaki kedua. Kemudian dia menghantukkan kepalanya kearah lelaki pertama. Kakinya pantas menendang lelaki ketiga. Dengan kemahiran nya, dia tidak mungkin akan mengalah dengan mudah. Lelaki pertama bangun, kepalanya rasa berpinar. Kuat juga penangan kepala gadis itu. Mata Arina mencerlung ke lelaki pertama dan pentas membuat ‘flying kick’ ke arah kepala lelaki pertama. Diikuti dengan tumbukan padu dituju kepada lelaki kedua. Mereka tersungkur lagi. lelaki ketiga sudah mengeluarkan pisau dari poketnya. Arina mencapai batang besi yang kebetulan di tinggalkan di tepi dinding. Dia mengayakan batang besi itu seperti hendak bermain besbol.
“ Come get some, if you dare.” Cabarnya. Lelaki ketiga mengacu – acu ke arahnya. Dengan mudah dia menepis pisau itu dan memukul kepala lelaki ketiga. Lelaki itu jatuh tersungkur. Arina memukul lagi kesemuanya dengan batang besi itu sehingga dia puas hati, kemudian cabut lari. Apa bila dia terasa selamat, dia berhenti. Menarik nafas. Jauh juga dia lari, Entah ini berapa blok kontena jauh dia lari. Demi menyelamatkan diri.
“ Huh. Nasib.” Dia menarik nafas lega. Dia bersandar di balik kontena tadi. Kemudian telinganya Mendengar derap kaki melangkah. Semakin dekat. Batang besi masih erat dipengangnya.
“ Ash, you go that way. And Maling, you go this way. I saw her run here just now.” Telinganya mendengar suara tiga lelaki keparat tadi. ‘ masih hidup lagi.’ gumamnya dalam hati. Dia melihat kiri dan kanan, kemudian cuba menilik di belakang. Mana tahu lelaki itu masih ada.
“ Think you can outrun us, sweetie?” suara garau itu menyapa mukanya. Arina terkejut. Lelaki kedua tadi menjumpainya. Dia mengundur. Hatinya yang takut, hanya Tuhan saja yang tahu. Kemudian, lelaki pertama dan ketiga juga muncul entah dari mana. ‘ Hancuss aku kali ni.’ Mereka kian mendekatinya. Arina memejam mata. Mula pasrah dengan takdir. Mula redha dengan nasib. Semangatnya untuk hidup mula mati. Kemudian…
Zupp.. Zupp.. Zupp.. ketiga – tiga lelaki itu rebah. Arina membuka mata. Terkejut kerana ketiga – tiga lelaki itu sudah rebah menyembah bumi. Kemudian darah perlahan – lahan keluar dari badan mereka. kepala mereka semua berlubang. Terbeliak matanya melihat tubuh mereka terkujur di tanah. Kakinya yang bergegar tidak dapat menampung badannya. Dia terjelepok ke tanah. Hatinya memanjat kesyukuran kepada Tuhan kerana menyelamatkannya. Air mata jangan kata lagi, sudah mencurah – curah turun di pipi.
“ Are you okay?” soal satu suara. Dia menoleh. Rizal sudah berjalan mendekatinya sambil memegang pistol dengan ‘silencer’. Mungkin dia yang bunuh mereka. Arina mengumpul segala tenaga untuk berdiri. Mungkin dia pula yang akan mati selepas ini. Kakinya masih lagi bergetar, takut. Sekali lagi dia terjelepok ke tanah. Semangatnya hanya tinggal satu sahaja. Dia mengesot ke belakang. Tangis nya bagaikan tertahan – tahan kerana ketakutan. Tiba – tiba lelaki itu berhenti. Pistolnya dicampak ke tepi.
“ Don’t be scared okay. I’m not the bad guy.” Pujuk Rizal. Menyedari yang gadis itu ketakutan. Dia terus mencampak pistolnya. Dia mendekati Sixteen a.k.a Arina. Badan gadis itu mengeletar tahap gila kerana takut. Air mata lebih sebaldi kalau ditakung. Badan gadis itu tersentak saat tangan nya memegang lengan. Dia mencangkung di hadapan gadis itu.
“ Hindi saktan ako. pakiusap. hindi saktan ako.( jangan apa – apakan saya. Tolong. Jangan apa – apakan saya.)” pintanya.
“ I won’t hurt you. I won’t kill you.” Balasnya. Seperti tindakan reflex, Arina menendang perut Rizal. Lelaki itu jatuh terbaring. Kemudian Arina berdiri dan mula melarikan diri. Dia tidak mempercayai lelaki itu ingin menolongnya. Rizal yang jatuh terlentang bangun dan mengusap perutnya.
“ Mak aih. Kuat betul minah ni tendang.” Rungutnya sambil mengusap perutnya. Kemudian berdiri mencapai pistolnya, lalu disematkan di poket belakang nya. Dia terus berlari mendapatkan Sixteen. Arina berlari tanpa arah tuju. Dia kaget yang teramat sangat cuba untuk membuka pintu kontena satu persatu. Cuba untuk bersembunyi di dalam nya. Cuba dan cuba satu persatu dan akhirnya salah satu pintu terbuka. Cepat dia masuk ke dalam dan berundur ke belakang. Esak nya cuba ditahan tapi tak dapat. Bunyi Esakan nya masih dapat didengari. Rizal pula melilau mencari Sixteen. Senak perutnya dapat lagi ditahan. Bekas tendangan itu masih berbekas dan masih terasa. ‘Nasib gadis tu tending kat perut. Kalau kat situ, mau nya takda keturunan aku ni’. Fikirnya. Kemudian matanya tertancap ke arah satu kontena biru. Telinganya cuba mendengar sisa – sisa bunyi. Suasana senyap seketika. Kemudian telinga nya menangkap bunyi esakan yang cuba ditahan. ‘Sah, Sixteen ada di dalam ni’ katanya. Tiba – tiba hatinya terbelah bahagi samada hendak masuk atau tidak. Kalau dia masuk, Entah apa lagi gadis tu akan buat. Entah lebam – lebam dia dikerjakan. Perempuan, kalau dah takut, tangan dengan kaki bukan dapat duduk diam. Ada saja benda boleh dicapai dan ada nya boleh mencederakan orang. Akhirnya dia berdiri static di pintu kontena itu.
ARINA yang berada di dalam sudah berhenti esakan nya. Kini Perasaan takutnya berganti dengan hairan. Dia tahu lelaki tadi ada di luar pintu kontena ini. ‘ Takkan dia dah belah kot? Habis, apa gunanya dia bunuh 3 setan tu tadi kalau dia nak bunuh aku?’ fikirnya. ‘ Takkan dia Panggil Taiga kot.’ Fikirnya lagi. Serta merta hatinya takut kembali. Bagaimana jika Taiga menemui nya. Bukan nya seksaan, tapi mesti dia bunuh terus aku. Terketar ketar dia menghampiri pintu. Saat tangan nya hendak mencapai tombol pintu kontena itu, pintu kontena itu dibuka dari luar. Susuk tubuh lelaki tegap menerjah masuk dan melanggar badannya yang kebetulan berdekatan di pintu tadi. Arina jatuh dan terhantuk ke kotak kayu yang berdekatan dengannya. Kini, dunia nya gelap.


Lagu ‘ my sacrifice’ dari band Creed berkumandang di corong radio. Jari Arisa mengetuk – ketuk stereng kereta. Hari ini dia berjanji dengan Awal untuk berjumpanya di rumah ibu dan bapanya. Telefon nya berdering membuat nya menoleh ke kiri. Tangan nya mencapai ‘handsfree’ dan melekapkan nya di telinga.
“ Assalamualaikum.’’ Ucap Awal. Arisa senyum. ‘Ingat jugak dia nak bagi salam. Mesti tak tahan dengan sendiran aku.’ Getusnya.
“ Waalaikumsalam. Ada apa?”
“ Kau dah sampai ke?” Tanya nya. Tiba – tiba muncul idea nakal di benak Arisa.
“ Ermm.. Eh, mak aku tak call kau ke tadi?” bohongnya. Dahi Awal berkerut.
“ Call? Takde pun. Kenapa?” Awal sudah masuk dalam perangkapnya. Arisa ketawa dalam hati.
“ Laa… Takde? Aku dah pesan dah dengan mak tadi, suruh call kau. aku tak sempat tadi. Aku tak dapat la pergi sana hari ni. Tetiba je ada errand yang aku terpaksa buat.” Balasnya. Suaranya sengaja di sayukan.
“ Hah? Kenapa tak bagitau awal – awal?” soalnya. Sedikit terkilan dengan jawapan Arisa. ‘ Hah.. Sudah. Awal ni kalau merajuk boleh tahan sampai berbulan – bulan.’ Getusnya. Dia memusing sterengnya masuk ke perkarangan rumah Awal. Pantas dia mematikan enjin dan keluar dari kereta. Dia meninjau sekeliling. Dia cuma melihat ibu dan ayah Awal saja di laman rumah. Dengan telefon yang masih melekap di telinga, dia menyalam kedua ibu dan bapa awal dengan sopan. Senyuman nya melirik hingga ke pipi. Ibu dan bapa awal mengangguk tanda faham. Tahu yang Arisa tengah menyakat Awal.
“ hello? Hmm… Dah la. Kalau kau tak dapat cancel je.” Katanya setelah soalan nya tadi tidak dibalas. ‘ Hah.. Sudah, dia dah merajuk.’
“ Hmm.. Tak abis – abis nak menyakatnya si Arisa ni.” Kata bapa Awal, Dato’ Tarmizi. Arisa ketawa kecil.
“ Dah merajuk la dia tu.” Sambung Datin Suraya. Arisa mengangguk. Kedua – dua orang tua Awal ketawa. Mesti cemberut muka anak nya yang berada di dalam rumah.
“ Awal kat mana, mama?” dia bertanya. Sudah biasa membahasakan ibu Awal dengan panggilan mama. Bukan apa, sejak kecil lagi dia sudah mengenali awal. Sejak umurnya 3 tahun dia berkawan dengan Awal. Ini kerana, Awal merupakan jiran sebelah rumahnya. Pertama kali dia melihat Awal adalah ketika dia bangun dari tidur. Ketika itu, wajah yang berada di hadapannya begitu asing sekali. Dia tidak mengenali semuanya. Kemudian wanita yang duduk sambil memegang tangannya memperkenalkan dirinya sebagai ibu, dan lelaki yang berdiri di sebelah ibu nya mengatakan yang dia itu abahnya.
“ Awal ada kat belakang tu. Kat kolam renang.” Jawab ibunya menghentikan lamunan Arisa. Laju kaki Arisa melangkah ke kolam yang terletak di belakang rumah. Awal ketika itu merenung telefon bimbit nya. Badannya sudah separuh berendam di dalam kolam. Yang menghairankan, Awal berendam dengan baju nya sekali. Arisa tidak jadi melangkah. Dia melihat Awal di balik pintu. ‘ Takkan merajuk sampai macam tu.’ Fikirnya. Awal melepaskan telefon bimbitnya dan meletakkan di tepi. Kemudian dia menyelamkan kepala. Arisa menunggu. Seminit. Dua minit. Tiga minit. Empat minit. ‘ Eh, tak boleh jadi ni.’ Fikirnya. Laju kakinya melangkah ke tepi kolam. Dia menjenguk untuk melihat Awal. Awal siap berendam duduk memeluk kaki di dasar kolam.
“ Tahan jugak nafas dia. Awal??” Panggil Arisa. ‘ takkan merajuk sampai macam ni kut?’ fikirnya. Tapi masih tiada juga reaksi Awal untuk naik ke dasar. Arisa mulai risau. Dia takut Awal pengsan. Banyak fikiran negative muncul di benaknya. Menyesal jugak dia menyakat Awal tadi.
“ Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak? Err…” akhirnya Arisa membuat keputusan.
Burr..!!!! Arisa juga menyelam. Dia tidak peduli dengan tudungnya. Terus terjun ke dalam air. Kini Arisa berada di hadapan Awal. Awal memejamkan matanya. Tangan nya teragak – agak memegang bahu Awal. Baru saja tangan nya hendak menyentuh Awal, tiba – tiba mata Awal terbuka luas. Dua – dua terkejut. Dua – dua tergamam. Pada masa yang sama Arisa kehabisan oksigen. Pantas Awal memegang lengannya dan menarik nya sama ke dasar air. Arisa terbatuk – batuk. Terminum air kolam. Merah matanya. Kini dua – dua basah kuyup. Awal meraup mukanya.
“ Risa, kau buat apa ni? Dah gila ke?” marah Awal. Arisa masih lagi terbatuk – batuk. Awal menarik tangan Arisa dan mengangkatnya ke tepi kolam. Dia turut naik dan bangun mengambil tuala di bangku. Baju kurung putih yang dipakai Arisa ketika itu sangat mengancam matanya. Pantas tangan nya menutup badan Arisa. Tangan nya menepuk – nepuk lembut belakang Arisa. Mukanya yang merah menahan malu cuba diusir dengan menolong Arisa bernafas.
“ Kenapa kau masuk dalam kolam tu? Dah buang tebiat ke?” Tanya nya . Kini suaranya lembut. Tidak setegang tadi. Arisa menutup tubuhnya dengan tuala. Takut Awal nampak apa yang tidak sepatutnya. Tapi, Awal memang dah nampak pun.
“ Yang kau tu berendam sampai lebih dari lima minit tu tak buang tebiat ke?”  balas Arisa. Tidak mahu kalah. Awal senyum. Rupanya Arisa melihatnya berendam dari tadi rupanya. Wajah Arisa yang sudah basah kuyup ketika itu sangat menarik perhatian nya. Baginya sangat comel. Serta merta mukanya merah.
“ Kau masuk la dulu. Pergi bilik atas. Nanti aku Panggil mama suruh bagi kau baju.” Balasnya tanpa menjawab soalan Arisa. Dia berdiri. Ingin segera memanggil mamanya. Pipinya yang merah sudah tidak dapat diselindung lagi. dia meninggalkan Arisa terpinga – pinga.
“ Sempat lagi kau bayang yang lebih – lebih, Awal.’’ Marahnya sendiri. Dia meraup mukanya lagi. Pantas kakinya mendapatkan mamanya.
“ Ma, boleh tak bagi Arisa baju. Dia basah kuyup kat belakang tu.” Tegurnya. Ibu dan bapa nya terkejut dengan penampilan anaknya yang basah kuyup.
“ Awal, kenapa basah ni?” soal ayahnya.
“ Jatuh tadi, Pa.” dia memberi alasan.
“ Ma, boleh tak bagi Arisa baju. Dia basah kuyup kat belakang tu.” Ulangnya lagi. Datin Suraya tersentak seperti orang baru bangun tidur terus masuk ke rumah. Awal kemudiannya melangkah ke dalam. Ketika itu telinga nya sempat menangkap bait kata ayahnya, hingga mukanya bertambah merah menahan malu.
“ Takkan jatuh sekali dengan Arisa kot? Ke main siram – siram kat kolam tu. Anak orang tu, Wal. Kalau suka papa boleh tolong pinangkan.” Ujar ayahnya separuh bergurau. Dia tahu hati anak nya telah dicuri oleh gadis itu. langkah Awal Bertambah laju hingga hilang kelibatnya dari pintu. Telinga nya sekali lagi mendengar ayahnya ketawa terbahak – bahak melihat reaksi nya.
“ Papa ni. Sehari tak sakat tak sah. Sama je maca Arisa.” Rungutnya. Dia terus masuk ke bilik dan menukar baju. Di fikiran nya masih lagi terbayang susuk tubuh Arisa yang kelihatan di balik baju kurung putihnya. Di matanya kini cuma Arisa yang berpakaian seperti transparent. Dia memejam matanya. Wajah Arisa yang basah dan bibir yang merah bagai memanggil – manggil nafsunya untuk menyentuh gadis itu. Namun, perasaan itu cepat di buangnya ke tepi. Dia menggeleng kepala.
“ Ingat Allah, Wal. Mengucap. Tak baik kau membayang – bayangkan tubuh wanita bukan muhrim macam tu.” Dia melarang diri sendiri. Cepat mulutnya beristighfar. Cuba menghilangkan rasa yang sudah lama bertamu di hati.

Arisa pula sedang menunggu mama nya untuk memberikannya baju salinan. Dia kini hanya bertuala. Dia duduk di birai katin menunggu mama nya menyerahkan baju.
" Macam mana la aku boleh ikut masuk sekali dalam kolam tadi. Malunya." dia mengetuk kepalanya sekali.
“ Lama pulak mama ni.” Katanya. Terfikir bagaimana dia mendapat idea yang gila untuk masuk sekali ke dalam kolam itu. Mula – mula niatnya hanya hendak menarik Awal. Tetapi, apabila melihat wajah yang tenang Awal, dia tergamam. Hatinya ingin menetap wajah itu selama yang boleh. Wajah Awal iras pelakon cerita Die Hard 4.0, Timothy Olyphant kelihatan sangat indah ketika itu. keningnya terbentuk dengan rapi ditatap. Kalau dilihat sekali, Awal Memang kelihatan seperti seorang yang serius. Itu kerana kening dan matanya yang tajam ketika merenung orang banyak memainkan peranan. Bibirnya yang nipis ketika itu sangat indah di matanya. Sesuatu yang aneh hadir di hatinya.
“ Risa, kau dah siap ke?” Suara Awal bergema di depan pintu. Belum sempat Arisa bertindak, pintu sudah dibuka dan kepala Awal sudah menjengah ke dalam bilik. Kini dua mata bertatapan lagi. Awal menelan liur.  Arisa terpana. Kedua – dua nya tergamam untuk kedua kali.
“ Err….” Awal terus hilang di balik pintu. Merah lagi mukanya. Arisa pa lagi. kali kedua Awal melihat nya dalam keadaan yang tidak sempurna. Malu jangan dikira. Memang sudah tidak dapat di ukur lagi banyaknya.
“ Haa.. Wal, dah tukar baju kau. Panggil kan papa..” belum habis ayat Datin suraya, Awal telah pun meninggalkan nya. Laju kaki Awal menuruni tangga. Datin suraya terkulat – kulat di situ. Dia melihat muka anaknya merah. Kemudian dia melihat dari mana Awal muncul tadi. Pintu bilik Arisa terbuka sedikit. Patutlah muka merah macam tomato. Ada sebab nya. Datin Suraya menuju ke bilik Arisa. Dilihatnya Arisa berdiri dalam keadaan statik. ‘ Ni sorang lagi. Tegak je macam patung.’ Gumamnya. Malam nanti ada jugak topik lain yang dapat dibualkan dia dengan suaminya. 

No comments:

Post a Comment