Search This Blog

Monday 21 November 2011

My Kembar???

BAB 3

“Maaari mong gawin ang paliguan ngayon, Tumagal ito.( kamu boleh mandi Sekarang. Ambil ni.)” kata orang tua yang dipanggil Puyat. Orang tua itu menghulurkan tuala kepadanya. Arina menapak ke arah belakang rumah. Terdapat pondok kecil dimana terdapat perigi dan juga gayung untuk nya mandi. Setelah selesai mandi, Arina masuk semula ke dalam rumah kecil milik orang tua itu. Orang tua itu sudah menyediakan minuman dan sedikit biskut untuk dijamah di balkoni rumah. Arina mengambil tempat duduk di tepi tangga.
“Maaari i hilingin ang u ilang mga katanungan, binibini?” soal orang tua itu setelah beberapa ketika sepi. Arina menoleh ke arah orang tua itu. Hati nya berbelah bahagi untuk memberitahu hal sebenar.
“ Hindi ko lakas mo kung hindi mo nais na. Ngunit titingnan mo gusto mo lang ay isang mahirap na araw. ( saya takkan paksa awak kalau awak tak nak beritahu. Tapi awak seperti baru melalui hari yang teruk.)” ujarnya lagi. mungkin melihat reaksi Arina yang keberatan untuk memberitahunya. Arina menggeleng kepala.
“ ito ay hindi tulad na. Ito lang mahirap para sa akin sabihin sa iyo. i am pagkakaroon ng isang hard oras, ngunit hindi na ngayon.” Balasnya lembut. Hatinya tidak henti – henti memanjat kesyukuran kepada tuhan kerana membantunya melarikan diri dari Taiga. Sudah 22 tahun dia terpisah dengan keluarga. Dia di culik kerana cuba menyelamatkan kakaknya. Setelah tiga hari dia di tahan di sebuah rumah yang usang, dia dijual ke Thailand. Di sana dia dibeli oleh Taiga. Pada mulanya, Taiga membelinya kerana memerlukan Budak suruhan, akan tetapi, apabila tangan Taiga menyentuh kepala nya, Arina terus mengigit tangan Taiga, hingga luka, dan kini menjadi parut. Taiga kagum dengan semangat Arina yang mudah melawan dan mudah bertindak ganas jika ada sesiapa yang mendekatinya membuatkan nasib Arina menjadi baik, Walaupun hanya sementara. Daripada menjadi orang suruhan, Arina dijaga dan dilatih seni mempertahankan diri, seperti Muay Thai dan Kickboxing. Nasib Arina berubah 360 darjah. Tugasnya bukan lagi orang suruhan, tetapi dia menjadi alat judi dalam perlawanan di pasaran gelap. Disitulah Taiga mendapat banyak keuntungan selain daripada menjual senjata api dan juga perdagangan manusia.
Arina dilatih dari umurnya 5 tahun sehingga dia mahir dalam seni mempertahankan diri. Makan minum nya dijaga dengan baik. Pada masa yang sama, Arina juga pernah mencuba melarikan diri daripada mereka, namun dengan kudrat yang tidak sekuat mana dan juga badan yang masih kecil, tidak mampu untuk melawan konco – konco Taiga. Oleh itu, sebagai pengajaran, setiap kali Arina cuba melarikan diri, dia akan dihukum, dan di pukul sehingga dia tidak mampu melawan. Sebab itulah badannya penuh dengan luka, dan parut. Pernah juga sekali kulitnya diselar dengan besi panas di bahu kiri nya. Besi itu yang bertanda nombor 16 diselar ke badan nya. Itulah hukuman terakhir yang terpaksa ditanggung Arina. Sejak itu, Arina tidak lagi cuba untuk melarikan diri. Dia menjadi takut untuk bebas. Takut untuk dibelasah. Dia terpaksa akur dengan Taiga. Nasib baik parut nya cuma di badan. Bekas luka lama banyak merata dibadan nya, tetapi tidak begitu ketara.
“ Malangkan aku.” Gumamnya sendiri. Air mata usah dipinta. Memang sudah kering ditelan pengalaman perit nya.
“ Ito ay huli na. Gusto ko upang pumunta sa pagtulog ngayon. Kukunin ko maghanda ng lugar para sa iyo sa pagtulog. umaasa maaari mong matulog na rin ngayong gabi pahinga na rin. ( sudah lewat ni. Pak cik nak tidur dulu. Pak cik sediakan tempat untuk kamu tidur. Moga kamu dapat tidur dengan tenang malam ni.)’’ kata – kata orang tua itu mengejutkan lamunan Arina. Arina mengangguk. Malam itu adalah malam yang paling tenang yang dia pernah rasakan. Tidak lagi dihantui ketakutan untuk menghadapi hari esok. Tapi, tidak mungkin Taiga tidak akan mencarinya sekarang.

MANILA INTERNATIONAL AIRPORT, PHILIPPINES, 12.00 MIDNIGHT
Rizal keluar dari balai ketibaan. Kereta salah seorang konco Taiga sudah sedia menunggunya di luar lapangan terbang.
“ Hei, bro. How is your flight?” soal Jay. Salah seorang anak buah Taiga berasal dari Amerika. Rizal senyum. Mod lakonan dan penyiasatan dimulakan.
“ Great. The stewardess are damn sexy. Can’t take my eyes off their ass.” Balas Rizal bersahaja. Jay memandu ke bandar Manila. Mereka membeli makanan di gerai yang menjual makanan halal. Jay tahu Rizal tidak memakan makanan yang kebiasaan dimakan nya. Pernah sekali Jay mengajak nya makan ‘Dinuguan’ atau ‘pork blood stew’. Tapi, Rizal menolaknya setelah mengetahui apakah maksud hidangan tersebut dengan alasan tidak memakan makanan yang haram. Walaupun Jay kurang memahami maksud Rizal, tetapi dia menghormati kehendak sahabatnya.
“ So, any interesting story happen when I’m gone?” Rizal memulakan perbualan setelah lama membisu. Ketika itu, Jay baru sahaja membeli minuman. Sebelum balik ke rumah Jay, mereka bersiar – siar dulu di bandar.
“ Umm… You wanna know the good news, or the bad one?” soalan Rizal dibalas dengan soalan. Dahi Rizal berkerut. 
“ The good news first.” Balas nya. Jay meneguk minuman nya.
“ Taiga won the bet in fight against Andika. He won almost 10,000 dollars. And you know, Sixteen are good when dealing with Andika’s fighter. She didn’t give them any chance to win. Watching her, is like watching a lion waiting to kill their prey. She beat him almost dead, man. And yeah, she beat him in 16 minutes only. Haha.. She deserve that name, Sixteen. ” Cerita Jay. Rizal mengangguk. Dia kenal siapa Sixteen. Walaupun dari jauh sahaja. Hatinya pernah tergerak untuk mendekati Sixteen, namun, ditegah oleh Jay. Jay memberi amaran, mana – mana anak buah Taiga tidak dibenarkan mendekati Sixteen. Bagi mereka, Sixteen ibarat seorang puteri kerana setiap pergerakan nya dijaga dengan ketat. Di matanya, Sixteen sangat cantik orangnya, tetapi kecantikannya dikaburi oleh sifatnya yang ganas. Rambut nya yang panjang sentiasa diikat satu. Di bahu kirinya menandakan dia kepunyaan Taiga. Badan nya dihiasi dengan kesan luka dan parut, Rizal menganggap bahawa semua itu didapati hasil dari perlawanan nya di gelanggang. Walau badan Sixteen tidak setegap mana, tapi kekuatan nya boleh menumbangkan 10 orang lelaki. Ini yang membuat Rizal kagum dengan nya.
“ Yeah. Like Taiga said, she is our asset. So, what is the bad news?” sambung Rizal. Kini dia melihat perubahan di muka Jay. Jay mengeluh. Kemudian dia menarik nafas.
“ The bad news is, Sixteen.” Katanya perlahan.
“ Sixteen, what? Did she got hurt?”
“ Hurt? No. She ran away. Right after the game end, man.” Sambungnya perlahan. Rizal terkejut. Sixteen lari? Kenapa? Persoalan mula timbul di benaknya.
“ What?! She ran away? How?” soal Rizal. Berminat akan berita buruk itu. Sudah tentu Taiga meradang dengan kehilangan Sixteen.
“ I don’t know. What I’ve heard is, she went to the toilet and, poof! Missing. Just like that. They said she escaped from the windows.” Balas Jay. Rizal mengangguk. Masih berfikir kenapa Sixteen lari.
“ But I’ve already checked at the toilet window, it was too small to fit with our body. But compared with that window size with Sixteen, she might get bruises.” Sambungnya. Dahi Rizal berkerut.
“ How small?” soal Rizal.
“ About this small.” Balasnya sambil membentukkan tangannya menjadi sebesar saiz kotak kecil. Kepala Rizal ligat berfikir. ‘Muat ke dia nak keluar dari tingkap kecik macam tu?’ soalnya dalam hati.
“ That’s weird.” Ujar Rizal.
“ What weird?” soal Jay.
“ Why Sixteen wanna run away? She was treated like a princess there. Why would she want to run away?” soalnya. Jay ketawa kecil.
“ Just because you know her for the past few years, doesn’t mean she was treated that way before. I have been watching her since she was this small. And I know what she has been through.” Terang Jay dengan gayanya. Rizal semakin berminat untuk mengetahui latar belakang Sixteen. Dulu, dia ingin bertanya, namun setelah ditegah oleh Jay, dia memendam semua persoalan di hati.
“ Been through? What do you mean by that?” Rizal sudah mula mengorek rahsia.
“ Well, actually, she was abducted when she was three. Sold at Thailand. She was bought by Taiga. At first, Taiga was only want a servant, but, looking at Sixteen, he changed his mind. Instead of being a servant, Sixteen was trained how to fight, and when she was good enough, Taiga make her as a bet to win a fight in black market.” Jay membuka kisah Sixteen. Rizal mendengar penuh minat.
“ Have you ever wondered how she got a lot of scars and bruises at her body?” soal Jay. Rizal mengangkat bahu. Dia tidak mahu bertanya banyak soalan. Nanti Nampak sangat dia ni berminat dekat Sixteen.
“ When she was 5. She was trained hard. Real hard. What I’ve heard, she tried to escaped before, but failed many times. Everytime she tried to ran away, and when she was caught, she was punished badly. So, I don’t have to tell you picture on how she was punished right.” Sambung Jay. Rizal tersentak. Sixteen dihukum setiap kali cubaan nya untuk lari. Dengan parut yang banyak di badan nya, sudah tentu hukuman yang diberi amat menyakitkan. Sebab itulah sifat Sixteen ganas. Dia tidak membenarkan rasa lemah menguasai diri. Tiba – tiba Rizal rasa lega, bagus juga Sixteen dapat lari. ‘Terima kasih Jay. Kerana memberikan ku info.’ Ujarnya dalam hati. Panggilan telefon mematikan perbualan mereka. mereka berdua diarahkan untuk berjumpa dengan Taiga di tempat persembunyian.


ARISA sibuk menyiapkan laporan kewangan. Banyak kerja nya yang berlambak tinggal untuk di siapkan lagi. nasib baik dia bos. Bukan pekerja bawahan. Arisa telah mengambil alih perniagaan syarikat abahnya, dan sejak itu, dia sibuk bagai nak gila menguruskan syarikatnya. Namun, dengan kesibukan nya, dia dapat meluangkan masa dengan keluarga tercinta. Deringan telefon menghentikan kerjanya. Arisa senyum melihat nama yang tertera di skrin telefon.
“ Helo. Sibuk ke?” soal suara di hujung talian.
“ Waalaikumsalam. Busy tu tak la jugak.” Jawab Arisa separuh mengusik. Suara itu ketawa.
“ Sorry. Assalamualaikum.” Dia membetulkan silapnya. Arisa ketawa kecil.
“ Haa.. Kenapa call? Ada hal ke?” soal Arisa.
“ Laa. Takkan la ada hal je call kau. Apa la kau ni. Aku call pasal aku rindu.” Seloroh lelaki itu. Tapi Memang benar pun. Dia memang merindui Arisa.
“ Ada – ada je la kau ni Awal. Hmm… Ni mesti ada benda nak minta ni.” Duga Arisa.
“ Kau dah lunch ke?” soal Awal. Tidak mengendahkan kata – kata Arisa. 
“ Belum lagi. Takde masa la nak keluar. Kerja berlambak ni haa. Kalau kau ada kan bagus..” balas Arisa. Di hujung talian Awal sudah senyum sampai ke telinga. Ada jugak kata rindu di situ. Awal sebenarnya berada di luar pejabat Arisa. Dia tahu Arisa Memang tak kan keluar waktu lunch jikalau kerja nya berlambak. Walaupun Arisa selalu kata yang dia tidak sesibuk mana, namun Awal tahu itu cuma untuk menyedapkan telinga nya saja.
“ Hmm. Baru ingat nak ajak kau lunch tadi. Tak pe lah. Kau busy kan.” Rajuk Awal. Sengaja hendak menduga Arisa. Matanya mengintai ke bilik Arisa. Nasib baik ruang pejabat itu kosong. Semua orang keluar lunch. Tak de la orang fikir dia macam orang tak betul kat luar bilik Arisa. Dilihatnya dahi arisa berkerut. ‘ Apahal  pulak mamat nih. Tetiba je bunyi macam merajuk.’ Gumamnya.
“ Kenapa pulak kau ni?” soal Arisa. Mungkin Awal terasa hati dengan kata – katanya. ‘ Tapi, aku tak kata benda yang tak betul pun.’ Fikirnya lagi.
“ Tak de lah. Aku nak ajak kau makan McD ni. Aku dah siap pesan lagi. dah siap hidang dah. Tunggu kau je. Tapi… Kau busy kan. So, tak pe lah. Aku makan sorang je.” Suara Awal sengaja memanjangkan rajuk. Tapi dalam hati menahan ketawa. Kata – katanya membuat Arisa berdiri. ‘ Memang ada McD kat bawah tu. Takkan Awal tunggu kat bawah tu.’ Gumam nya. Nak tak nak, terpaksa lah Arisa melangkah keluar dari pejabatnya. Kesian pula dengan Awal makan sorang – sorang. Buka je pintu, muka Awal sudah tersengih – sengih di hadapan nya. Arisa terkejut. Awal menjinjit dua beg kertas berisi burger McD. Tanpa dipelawa, dia masuk ke dalam bilik Arisa sendiri.
“ Memandangkan kau busy, so, aku bawa lunch dekat kau. Jom la makan.” Pelawanya. Arisa masih lagi tercegat di pintu. Melihat nya tidak berkelip. Melihat Arisa yang seperti patung itu membuat tawa Awal bergema. Perlahan dia bangun mendekati Arisa.
“ Kenapa ni? Terkejut ke tengok aku? Heloo? Arisa?” Awal menghayunkan tangan nya ke muka Arisa. Jarak muka mereka hanya beberapa inci sahaja. Arisa seperti tersedar dari mimpi. Pantas tangan nya mencubit lengan Awal. Baru sedar dia telah terkena. Awal mengaduh kesakitan. ‘Bisa jugak cubitan dia ni. But I like.’ Kata Awal dalam hati. Arisa berlalu ke meja nya. ‘ Dekat betul muka dia tadi.’ Kata nya dalam hati. Awal menurut di belakang. Dia memberi sebiji burger kepada Arisa. Arisa menyambutnya perlahan.
“ Wah. GCB, my favorite. Thanks awal.” Ucapnya. Awal membeli burger kegemarannya. Kertas burger itu dibuka pantas. Selesai membaca bismillah, burger itu digigit nya dengfan penuh nikmat. Awal yang melihat pun hendak ketawa. Terasa lucu dengan perangai kawannya.
“ Makan macam tak ingat dunia.’’ Gumam nya. Tapi dapat didengari oleh Arisa.
“ Tak shuke shudah.( tak suka sudah)’’ Balasnya dengan mulut yang penuh. Tersedak Awal dengan jawapan Arisa. Pantas tangan nya mencapai air.
“ Hei. Mak aku pesan, tak baik cakap masa mulut penuh. Lebih – lebih lagi perempuan. Hesh.. Buruk benar perangai macam tu.” Awal mula berleter. Pantang melihat perangai Arisa yang kadang – kala tidak senonoh. Arisa cuma mengangkat bahu. Dia meneruskan makannya. Awal menggeleng kepala.
“ Alaa. Aku buat pun depan kau je. Depan orang lain tak la. Kau sorang je tau keburukan aku.” Jawab Arisa.
“ Yelah. Nanti kau kahwin karang, kau buat juga depan laki kau.’’ Suapan Arisa terhenti. Kata – kata Awal membuat dia berfikir.
“ Yelah kan. Sapa la lelaki malang yang nak kat aku ni.” Sengaja dia menjawab begitu. Sekali lagi Awal tersedak. ‘lelaki malang? Aku lah kot.’ Fikir Awal dalam hati. Arisa ketawa melihat reaksi Awal. Dia sengaja menduga hati Awal. Suka melihat reaksi Awal yang dimata nya sangat comel. ‘Berbunga hati ni tengok dia.’ katanya dalam hati.
Jay dan Rizal masuk ke bilik Taiga. Bilik itu masih berselerak. ‘ Seram jugak bilik ni.’ Gumam Rizal. Dia melihat Taiga duduk di kerusi di satu sudut sambil minum arak. Teruk juga keadaan Taiga sekarang. Mana taknya, aset nya hilang. Mereka berdua tidak berani hendak menegur.
“ I have a task for one of you.” Taiga memulakan kata. Mereka berdua Mendengar dengan teliti.
“ What task?” Jay memberanikan diri bertanya. Rizal sekadar membisu. Taiga meneguk lagi air haram itu. Kemudian berkata “ I want one of you to find Sixteen.” Rizal tersentak. Ini merupakan peluang untuknya untuk mencari dimana gadis itu.
“ And when you found her. I want you to end her life.” Sambungnya lagi. Ternyata Taiga sudah menyimpan dendam kepada Sixteen. Rizal menelan liur.
“ I’ll go.” Balas Rizal perlahan tapi yakin. Mata Taiga mencerlung ke arah Rizal. Kemudian dia berdiri. Dia berjalan ke satu sudut yang disitu terdapat sebuah meja. Dia menarik laci dan mengeluarkan sebelah pisau belati dan kemudian nya dia memberi kepada Rizal. Rizal menyambut pisau belati itu.
“ Find her. And when you found her, I want you to end her life with this. Bring her head to me as a proof.” Ujarnya. Hatinya penuh dengan dendam kepada Sixteen. Rizal mengangguk faham. Walaupun hatinya menidakkan arahan itu.
“ How many days she had run away already?” soal Rizal. Soalan ini tidak sempat ditanya kepada Jay tadi. Taiga duduk dan meneguk lagi arak di tangan nya.
“ 7 days. Go. Now.” Arahnya tegas. Di kepalanya, dia hanya mahu Sixteen mati.rizal dan Jay keluar dari bilik Taiga. Mereka menuju ke kereta Jay.
“ Can you send me there. I wanna look for clue.” Arah Rizal. Jay mengangguk dan terus memandu. 

No comments:

Post a Comment