Search This Blog

Wednesday 14 March 2012

My Kembar???

BAB 13
Kad jemputan ‘ annual dinner’ dibiarkan sepi di atas meja. Hanya fail kerja didepan matanya kini. Pintu biliknya diketuk. Muncul wajah setiausahanya, Camelia membawa latte yang dimintanya.
“ Ni dia Latte, boss.” Ujarnya sambil meletakkan cawan lattenya di meja. Arina sekadar mengangguk. Tanpa disuruh, Camelia duduk di hadapannya.
“ Boss, pakai apa malam dinner tu?” soalnya ceria. Arina masih melakukan kerjanya. Soalan Camelia dibiarkan sepi. Dia mengangkat wajahnya.
“ Saya maybe tak datang malam tu.” ujarnya tegas. Dia malas hendak berfikir dan paling malas hendak datang dinner nanti. Mulut Camelia ternganga.
“ Why? Kenapa boss tak datang? Kehadiran bos kan penting malam tu nanti.” Tegah Camelia. Dahi Arina berkerut. ‘ Ni, siapa bos siapa pekerja ni?’ fikirnya. Dia menarik nafas. Kemudian menyilangkan jarinya.
“ Malam tu cuma dinner. Malam untuk staff release tension. And above all, just untuk mengenalkan staff baru je pun. My appearance is not that needed that night. And I won’t bother to come anyway. Plus, the concept that they use for the dinner is not my kind of things. I’ll pass.” Jawabnya tegas. Camelia diam. Kemudian mengaru dagunya. Alasan ketuanya memang kadang – kadang agak betul di satu poin, tapi, masih juga salah baginya. Nampak sangat nak mengelak.
“ But the theme is not that bad. Masquerade theme is cool, mysterious, elegant and you can be anyone that you want without no one notice that it was you. Seronok apa. Pergi la bos, eh..” katanya seraya memujuk. Arina menggeleng. Kemudian dia meneruskan kerjanya. Camelia memuncungkan mulutnya.
“ You know, what you really need is social. You really have to interact with other staff. Don’t be just by yourself, please. Sorry to say this boss. But, the way you act toward us is unpleasant. You always gave us a cold, serious mood, and that makes us afraid of you. I don’t know what the other think, but I can see that they were afraid to talk, even to say ‘hi’  to you. If I’m not your secretary, I might think like they do out there. But I understand you, you maybe have a bad experience with someone or somewhere, but that doesn’t mean that you can treat yourself and us like that. Buka hati boss tu. komunikasi adalah penting dalam syarikat. We are here to help you. We are all here when you need help. Kami tulang belakang boss. So jangan la selalu fikir that you are alone. I’m not saying this as your secretary, but as a friend. Maybe, from the first, we start at the wrong foot, but, we can always start over, right.” Panjang Camelia memberi hujah. Arina terpana. Kata – kata setiausahanya Memang kaw kaw.  Mukanya berubah keruh. Camelia sedar dia sudah terlebih kata.
“ Maybe you’re right. Thank you, Lia. You may go.” Ujarnya perlahan. Tangan nya terus melakukan kerja. Camelia terasa serba salah. Dia sudah terlanjur kata. Camelia keluar dari bilik ketuanya. Dia memukul mulutnya yang lancang memberi hujah tadi. Di sudut pantry, satu senyuman terukir penuh makna.

Arisa bersiap – siap untuk keluar. Hari ini dia kena berjumpa dengan klien bersama Ezra. Atas sebab apa, atau kenapa, dia diminta untuk pergi bersama lelaki itu. bila ditanya, lelaki itu cuma katakan, dia perlukan pertolongan dalam perbincangan. Pintu biliknya diketuk. Wajah Ezra menyapa matanya.
“ Ready? Jom.” Ajaknya. Arisa senyum dan mengambil beg tangan nya. Dia berjalan bergandingan dengan Ezra. Mereka menaiki kereta BMW Z4M berwarna hitam milik Ezra.
“ Awak minat sport car ke?” soalnya. Terpegun dengan kereta Ezra. Ezra mengangguk.
“ I like all sporty car. This is one of my favorite.” Ujarnya bangga. Arisa mengangguk.
“ Tempat duduk pun dua je kan. Mana nya tak minat. Senang nak bawak awek.” Perlinya. Ezra ketawa. ‘ Awak la awek saya.’ Dia berkata dalam hati.
“ Takkan asal ada kereta sport, mesti ada kaitan dengan awek. Awak ni ada – ada je la. Idea pelik – pelik. saya takde girlfriend lagi. tengah cari, tapi takde yang sudi.” Ezra bermadah.
“ Takde yang sudi ke, or awak yang memilih?” sambung Arisa. Dia senang berkawan dengan Ezra. Lelaki itu bersikap terbuka dan mudah dibawa bergurau.
“ Yang sudi pun, bukan nya dia tahu.” Jawab nya penuh makna tersirat. Arisa ketawa. Ezra memandu ke Hotel Hilton, dimana mereka berjumpa dengan klien. Sudah sampai, mereka menuju ke Iketeru Restaurant. Restoran itu menyajikan hidangan Jepun. Sesuai kerana klien yang mereka bakal temui berasal dari Jepun.

Arina bergegas memandu ke Hotel Hilton. Dia sebenarnya sudah terlewat untuk berjumpa dengan klien nya. Kakinya laju melangkah menuju ke Caffé Cino. Dia menarik nafas. Nasib baik klien nya belum sampai lagi. Dia duduk di tempat duduk yang disediakan dan memesan Latte. Sementara menunggu dia membelek fail dan kertas kerja. Takut mana – mana ada kesilapan dan salah dalam kertas kerja itu. Setelah lima belas minit kemudian, klien nya masih belum muncul juga. 
“ Mana klien aku ni?” gumamnya sendiri. Beberapa kali dia melihat jam tangannya. ‘Janji bertemu pukul 2. Ni dah pukul berapa?’ getusnya. Dia menelefon Camelia.
“ Lia, ada tak klien kita yang dari China tu call awak? Saya tunggu diorang dah lima belas minit. Diorang ada inform apa – apa ke?” soalnya menahan geram. Dia amat pantang dengan orang yang tidak menepati masa. Camelia yang berada di hujung talian menggaru kepala. Kemudian dia melihat jadual Bosnya. Serta merta dahinya berkerut.
“ Err.. Bos, bos mana ada appointment dengan klien tu hari ni. Appointment tu ditunda minggu depan. Bos tak dengar ke saya bagitau tadi?” balasnya perlahan. Arina tersentak. kemudian berfikir semula. Aduh! Baru dia teringat. Memang ada Camelia mengingatkan nya tentang penundaan appointment tadi, cuma dia terlalu sibuk dan terlupa akan pesanan itu. Dia menepuk dahi.
“ Shit. I forgot. Sorry, thanks Lia.” Ujarnya terus menekan butang merah. Dia mengemas meja dan berlalu ke tandas.

Meeting dengan klien Jepun Memang menyusahkan. Mereka banyak sangat demand dan sangat susah mencapai persetujuan. Tambahan lagi, mereka tidak tahu berbahasa English, dan tukang alih bahasa mereka tidak dapat datang pada hari itu. Arisa dan Ezra mengeluh.
“ Kalau bincang macam ni, sampai esok pun takkan siap ni, Ezra.” Bisik Arisa. Klien Jepun itu bercakap dalam bahasa mereka sendiri dan mereka ibarat ayam dan itik. Tidak tahu hendak bercakap dalam bahasa yang sama. Tiba – tiba sakit perut Arisa datang. ‘Mungkin akibat dari makan sushi tadi.’ Fikirnya.
“ Ezra, saya nak pergi toilet jap.” Ujarnya. Dia meminta kebenaran keluar dan terus menuju ke tandas wanita.
Arina berjalan jalan sekitar lobby hotel itu. Hatinya terasa tawar hendak kembali ke pejabat.
“ Daripada aku merayau macam orang takde kerja, baik aku makan.” Katanya sendiri. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menikmati makanan jepun. Entah kenapa hari ini liurnya terasa hendak makan makanan Jepun. Perlahan dia berjalan menuju ke Iketeru Restaurant. Dia duduk di kaunter meja yang disediakan, dan memesan beberapa jenis sushi. Dia menghirup green tea yang dipesan nya. Fail tadi ditatapnya. Bari saja tangan nya hendak menyelak fail, tiba – tiba tangannya ditarik.
“ Awak buat apa ni? Klien tunggu kat dalam, awak boleh siap makan kat luar?” marah pemuda yang menarik tangan nya. Arina tergamam.
“ Hah?” katanya. Namun, kakinya hanya menurut langkah lelaki tadi. Dia dibawa ke bilik tatami. Di situ, terdapat dua orang asing di matanya. Lelaki itu menyuruhnya duduk. Seperti orang yang dipukau, Arina duduk juga. Dia melihat lelaki yang turut duduk di sisinya. Ketika ini, dia rasa amat blur. Kemudian dia mendengar dua orang asing itu bercakap sesuatu.
“ Wareware wa, gōi nitsuite giron suru tame ni koko ni iru. Sō, wareware wa keizoku suru koto ga dekiru, shite kudasai. Wareware wa yori ōku no jikan o muda ni shitakunai.e. ( kami disini mahu berbincang berkenaan agreement itu, jadi, tolong jangan buang masa lagi.)” katanya ingin berlalu pergi. Riak mukanya nampak seperti marah. Arina keliru. Dia memandang lelaki itu kemudian dua orang jepun tadi.
“ Chotto matte kudasai. ( tunggu sekejap.)” katanya sambil menghalang dua lelaki Jepun tadi. Kedua duanya berhenti. Arina telah menghalang jalan keluar mereka. Arina memandang lelaki yang duduk memandangnya dengan pandangan yang Sukar dimengertikan. Dia menarik nafas. Hatinya terdetik untuk membantu lelaki itu. Mungkin dia tidak tahu bercakap dalam bahasa Jepun.
“ Apa masalah awak dengan diorang ni?” soalnya tegas. Ezra yang terpegun dengan ketegasan Arisa ditambah lagi dengan kebolehan Arisa yang tiba – tiba boleh bertutur dalam bahasa Jepun lagi mengejutkan nya.
“ Err…. Kita jumpa diorang sebab ada perjanjian yang hendak di tandatangan.” Terangnya laju. Arina mengangguk faham.
“ Dan'na wa, o zaseki o go yōi kudasai.( encik, sila duduk dulu.)” katanya. Dua lelaki Jepun tadi kembali duduk. Arina mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Nampaknya dia perlu menolong lelaki ini. Makan tengah harinya terpaksa ditangguh dahulu.
“ Mana agreement tu?” Tanya nya tegas. Ezra menghulurkan fail kepadanya. Dia meneliti fail itu. Sekejap saja dia sudah faham isinya.
“ Wareware no giron, shinshi o keizoku suru?( Boleh kita mulakan perbincangan?)” ujarnya. Lelaki jepun tadi mengangguk, dan Arina meneruskan hujahnya dalam bahasa Jepun. Adakala dia membantah, ada juga dia setuju. Ezra yang duduk di sisinya hanya tergamam dan tenggelam dalam perbincangan itu. Entah kenapa dia tidak dapat untuk mencelah kerana dia merasakan aura gadis itu terlampau kuat dan itu membuatkan lidahnya kelu. Dia hanya melihat Arisa menguruskan klien yang sepetutnya berurusan dengannya. Dia ralit merenung gadis itu. hatinya terdetik hairan, gadis itu tidak memakai tudung, dan baju yang dipakainya berbeza dari tadi. Gadis itu memakai kemeja berwarna hitam dan skirt paras lutut. Rambutnya diikat. Berbeza dengan Arisa ketika berada di pejabat tadi, yang hanya memakai baju kurung moden berwarna hijau lembut dan tudung rona yang sama. Pada mulanya dia tidak mengendahkan perbezaan penampilan nya, namun sekarang, fikirannya terasa keliru. Ezra hanya melihat Arisa. Akhirnya mereka mencapai persetujuan setelah 15 belas minit berbincang. Arina dan lelaki Jepun itu berjabat tangan.
“ Dōmo arigatōgozaimashita. Wareware wa, anata no kaisha to kyōryoku shite yorokonde ita.( terima kasih banyak – banyak. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan kalian.)” ujar lelaki Jepun itu. Arina mengangguk dan senyum.
“Anata wa kangei sa rete iru. Wareware ga tasukeru koto ga dekiru mono ga aru baai. Itsu demo tsūwa o ataeru koto ga dekimasu.( Sama – sama. Jika terdapat apa – apa yang anda hendak kami tolong, telefonlah kami.)” balasnya. Lelaki yang tidak dikenalinya mengiring kedua – dua lelaki Jepun itu keluar. Dia hanya tercegat di situ. Berkira – kira hendak balik saja ke pejabat. Dia mengambil tas tangan dan fail yang ditinggalkan nya di meja makan tadi dan terus berlalu. Ezra menarik nafas lega kerana perjanjian akhirnya dipersetujui oleh klien. Dia kagum dengan Arisa. Entah Bagaimana gadis itu mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Jepun. Penampilannya juga berbeza. Dia kembali semula ke Iketeru Restaurant. Arisa baru sahaja keluar dari tandas wanita. Sakit perutnya masih terasa, namun ditahan. Entah kenapa perutnya boleh maragam ketika itu. Terasa sudah lama meninggalkan Ezra dia kembali ke bilik tatami dimana Ezra dan dua lelaki Jepun itu berada. Ezra dilihatnya sedang duduk di bilik tatami keseorangan. Hatinya dirundung rasa bersalah. Adakah perjumpaan itu dibatalkan?
“ Ezra, mana klien?” soalnya. Ezra yang duduk menantinya menoleh. Agak terkejut dengan perubahan penampilan Arisa. Ezra mengerutkan dahi. Hairan bin ajaib. Gadis itu mengubah semula penampilannya seperti tadi. Arisa yang melihat perubahan wajah Ezra merasa lebih rasa bersalah.
“ Sorry, aku pergi lama sangat tadi. Perut aku meragam, lepas makan sushi tadi. Diorang mesti dah pergi kan? Sorry. Macam mana kita nak selesaikan masalah ni?” ujarnya. Ezra tergamam.
“ Kenapa pulak awak nak minta maaf? Kan awak dah selesaikan agreement dengan klien tadi. Awak tak ingat ke?” katanya. Kini Arisa pula yang tergamam. Dia menunjuk dirinya.
“ Saya selesaikan agreement? Bila?” soalnya mulai keliru. Ezra senyum.
“ Awak ni, jangan nak berlakon tak tau apa – apa. You were amazing just now. Saya sendiri terpegun tengok awak. Pandai awak eh? Awak tukar pakaian pastu terus jadi macam wonder woman dan selesaikan masalah kita.” Ujarnya. Arisa terkejut. ‘ Bila pulak aku selesaikan masalah? Aku kat toilet tadi.’ Katanya dalam hati. Arisa buat muka blur. Baru saja dia hendak membuka mulut, Ezra memotong katanya.
“ Dah.. Takpe, hanya saya je yang tau. At least masalah kita selesai, klien pun puas hati. So, let’s eat lunch.” Potongnya terus menarik tangan Arisa. Dan kekeliruan itu terus terhenti di situ.


Camelia berjaya mendapatkan cuti untuk seminggu. Hatinya berbunga untuk berjumpa dengan Rizal. Suaminya Ikram juga bercuti seminggu bersamanya.
“ Lama tak jumpa abang. Seronok nye.” Ujarnya excited. Ikram senyum. Dia juga sama seperti Camelia, tapi tidak lah se excited isterinya. Lama tidak bertemu dengan abang ipar sulungnya. Sepanjang perjalanan, mulut Camelia tidak berhenti dari bercerita tentang abangnya. Dan yang paling lawak, Camelia menggelar abang nya ninja.
“ Kenapa pulak sayang panggil abang Zal macam tu?” Tanya Ikram. Camelia ketawa.
“ Dah dia memang macam ninja. Kerja dia menghilang je. Lepas tu, tak lama pastu ada balik. Abang Zal kalau ada kerja, selalu berada di banyak tempat. See. Like a ninja kan.” Balasnya. Ikram ketawa kecil. Dia mencapai tangan Camelia.
“ Kes abang macam mana?” Tanya nya setelah beberapa ketika membisu.
“ Tak nak la cerita pasal kerja. Bosan jugak kalau bawak kerja balik rumah.’’ Balasnya. Camelia memusingkan kepalanya. Walaupun suaminya sentiasa sibuk dengan kerja, namun, setiap kali balik ke rumah, hal kerja memang tidak akan disebut. Alasan nya cuma, malas hendak berfikir tentang kerja ketika di rumah.
“ Alaaa.. Ni bukan rumah abang sayang oi. Kita dalam kereta. Lagipun, perjalanan jauh lagi ni. Nak dengar jugak cerita pasal mahkamah. Cerita laa…” pujuknya. Dia menarik – narik lengan baju Ikram. Ikram menggeleng kepala.
“ Baiklah.” Balasnya dan mula bercerita. Pada mulanya, Camelia Mendengar dengan tekun. Lama kelamaan, dia tertidur kerana keletihan.

2 comments:

  1. best... cepat2 laa upload lagi x puas arr baca..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap sabar menanti ye...hehe..lma da x update..busy lately...don't worry..cerita tetap go on...

      Delete