Search This Blog

Sunday 18 March 2012

Oh Tidak!! My husband is a spy!!!

Bab 1
“ OMG, handphone siapa ni? Ni bukan handphone aku!!” jerit ku apabila kami sudah hampir sampai ke rumah sewa. Julia yang memandu menoleh ke arah ku.
“ Apahal jerit – jerit ni Mira? Terkejut aku.” Tegur Julia. Aku menunjukkan telefon jenama apple itu kepada nya.
“ Ni bukan handphone aku.” Kataku.
“ Mana kau dapat ni?” soalan Julia ku jawab dengan mengangkat bahuku.
“ Mana aku tau. Tadi elok je aku dengar lagu tadi sebelum lelaki tu.. OMG, Julia..” jerit ku. Julia memarkirkan kereta di depan rumah.
“ Alhamdulillah, kita selamat sampai. At least sebelum aku mati terkejut sebab kau jerit. Apa ni, Mira. At least tunggu la sampai rumah dulu.” Tegurnya. Aik? Boleh pulak dia buat dek je. Aku yang gabra ni dia tak tau ke?????? Sekali lagi aku menunjukkan nya iPhone yang ku temui di dalam beg ku tadi.
“ Haa.. mana kau dapat iPhone ni??” soal nya. Eh, macam berulang je soalan ni.
“ Mana la aku tau. Aku jumpa dalam beg aku tadi. Handphone aku hilang.”  Adu ku. Julia duduk di kerusi. Lama dia diam. Mungkin tak tau nak jawab camner kot.
“ Huh. Takpe lah. Aku naik dulu. Letih.” Kataku separuh merajuk. Tapi, apa yang aku nak rajukkan. Bukan salah Julia pun.
“ Hmmm.. Merajuk la tu.. Macam kanak – kanak. Hesy. Tak kuasa aku nak layan.” Balas Julia. Aku buat – buat tak dengar. Beg sandang ku campak di tepi katil. Aku membelek iPhone yang ku jumpa di dalam beg tadi. Aku menekan butang on namun tiada apa yang berlaku. Takde bateri ke benda ni?? Aku menekan butang itu sekali lagi. Tiba – tiba pancaran laser keluar dari telefon itu dan laser itu seperti mengscan wajahku. Kemudian terpapar sesuatu di skrin.
“ Nur Amiratul Radzi bt Ramdan. Eh, nama aku?”
Access granted.
‘ welcome miss Amiratul.’
Aku membaca ayat yang terpapar di skrin iPhone itu. Aik? Macam mana benda ni tau nama aku????? Canggihnya!!
“ Finally, cik Mira on jugak handphone ni.”
“ Makk!!” aku mencampakkan iPhone itu ke katil. Terkejut beruk aku dibuatnya. Mana tak nya, tang tiba – tiba je keluar hologram dari iPhone tu.
“ Jangan takut cik. Saya tak makan orang.” Kata lelaki hologram itu. Makan??? Kau ingat aku makanan ke?? Lelaki yang muncul dalam bentuk hologram itu senyum. Boleh jugak aku nampak dia senyum. Walaupun hologram dia saiz mini. Wahahaha..
“ Err.. Awak ni..??”
“ Jangan takut. This is just a hologram. Finally, saya dapat jugak contact cik.” Jelasnya lega.
“ Kejap. Kejap. Awak ni.. Siapa?” soalku. OMG. Oleh kerana terkejut plus keliru ditambah lagi dengan perasaan yang bercampur baur. Aku tak dapat meluahkan apa yang bermain di fikiran ku.
“ Saya tak dapat beritahu sekarang. Tapi cik boleh panggil saya X. buat masa sekarang, cik tak perlu tahu siapa saya. Time will reveal everything.” Balasnya. Aku terkaku di tempat ku berdiri. Tak tahu nak bagi reaksi apa.
“ iPhone ni? Awak punya ke?” soalku. Aku lihat dia mengangguk.
“ Jadi, yang tadi tu.??”
“ Bukan saya. Orang bawahan saya. Dia hanya jalankan tugas.” Katanya. Aku makin keliru. Apa ni? Aku dalam keadaan yang teramat blurr!!!
“ Saya tahu, cik mesti confuse sekarang.” Katanya. Tahu pun,. Aku confuse sampai tak terkata dah! I’m really speechless!
“ Okey. Saya akan terangkan kepada cik. But, please, sit down first.” Pelawanya. Teragak – agak aku mendekati katil. Aku duduk di hujung katil. Agak jauh dari iPhone itu. Kedengaran lelaki hologram itu ketawa. Apa yang melucukan pun aku tak tahu.
“ Kan tadi saya cakap, saya tak makan orang. Tak payah la duduk jauh sangat. Dekat lagi.” Katanya dengan ketawa yang masih bersisa. Pantas aku menggelengkan kepala.
“ Kenapa? Masih takut?” duganya. Aku menggeleng lagi.
“ Bukan muhrim.” Balasku pendek. Sekali lagi tawanya meletus. Betul - betul dia ketawa. Apa? Jawapan aku tu tak munasabah ke?
“ You are so funny miss Mira. Saya bukan nya duduk berduaan dengan cik pun dalam bilik ni. This is just my hologram. Jangan takut. Saya tak dapat sentuh cik pun.” Jelasnya. Aku hanya mendiamkan diri. Masih hairan dengan situasi sekarang.
“ I know sekarang cik dalam keadaan terkejut, hairan dan keliru dengan keadaan sekarang. Jadi saya akan terangkan perlahan – lahan. Is it okey? Atau cik perlukan masa?” ujarnya.
“ Saya keliru, terkejut, and speechless enough for your info. Siapa awak? Macam mana awak tahu nama saya, siapa saya and everything about me? Tambahan pulak, mana awak tahu yang tadi tu saya?” soalku bertubi – tubi. Lelaki holo saiz mini itu melihat ku.
“ As much as I want to answer that, miss. Tapi sekarang, bukan masa untuk saya jelaskan semuanya. Time will reveal everything. Tapi, saya bersyukur sebab sekarang awak selamat. At least for now.” Ayat terakhirnya membuat benak ku berfikir. Apa maksud nya buat masa sekarang?
“ Apa maksud awak?”
“ Saya nak cik keluar dari rumah sekarang.” Katanya. Hah?
“ Apa pasal pulak saya nak keluar?”
“ Do you trust me?” soalnya. Laju kepala ku menggeleng. lelaki holo yang bernama X menepuk dahi nya.
“ Buat masa sekarang, please trust me. Can you get out from your house?” katanya lagi.
“ Why?”
“ Please. Saya kata keluar dari rumah tu sekarang!” katanya separuh membentak. Serta merta bulu roma ku meremang. Apasal ni? Perlahan aku mencapai iPhone itu dan berlalu keluar dari bilik. Julia tiada di ruang tamu. Dia dalam bilik barangkali.
“ Dah. Saya dah keluar. Puas?” soalku di luar bilik.
“ Bukan luar ni, outside! Now.” Arahnya lagi. Kini X tidak lagi dipapar melalui hologram. Hanya wajahnya yang terpapar dari skrin. Dengan langkah malas, aku keluar dari rumah hingga ke pintu gate rumah.
“ Bukak gate ni.” Arahnya. Walaupun hatiku membentak namun perlakuan ku menurut arahan nya. Setelah gate ku buka, aku melangkah keluar hingga ke taman seberang jalan. Tunggu dulu. Apa yang aku buat ni? Mataku mencerlung ke arah iPhone.
“ Apasal aku kena ikut cakap kau? Aku baru kenal.. No, I barely know you. Dan kau nak aku buat semua ikut suka kau je.” Marah ku sambil memusingkan badan. Ingin kembali semula ke rumah. Dah la fikiran aku tak tentu sekarang.
BOOOOOOOMMMMMM!!!!!!
Telinga ku mendengar bunyi letupan. Mataku menatap rumahku meletup. Aku terkaku disitu. iPhone di tangan terlepas. Hanya mampu melihat rumah sewa ku ranap dijilat api. Tanpa sedar aku terduduk di taman itu. Nafas ku turun naik tidak menentu. Ku lihat sekeliling, letupan itu menyebabkan hampir 6 buah rumah hancur dibom. Bom???
“ Mira… Mira..” X memanggil ku. Dengan pandangan kosong, aku melihat iphone di sisi ku. Tiba – tiba aku teringat sesuatu.
 “ JULIAAAA!!!!” jerit ku. Serta merta air mata ku merembes keluar. Julia. Kawan baik ku!! Laju kaki ku berlari ke arah rumah yang sudah bersepai. Ingin mencari Julia. Terhenjut – henjut bahuku menahan sedu. Hanya Julia yang aku ada di dunia ini. Dibalik batu bata yang bersepah, aku alihkan. Mulutku hanya menyebut nama Julia. Luka tangan ku akibat terlampau kasar mengalihkan apa yang tinggal di rumah yang sudah hancur. Pandangan ku mulai kabur. 

No comments:

Post a Comment