Search This Blog

Sunday 18 March 2012

Oh Tidak!! My husband is a spy!!!

PROLOG
-Nur Amiratul Radzi-
Patung teddy bear ku peluk erat. Comel nya!!!!! Kawaiiii!!! Jap.. jap, tengok harga dulu…
“ Whaaa!! Shit!! Mahal nya...” omel ku. Lalu tangan ku meletakkan kembali patung teddy bear itu kembali di rak nya.
“ Tak jadi beli ke?” soal Julia dari belakang. Aku menggeleng. Mana nak beli, harga pangkal 300 wooo!!!! Kopak duit aku…
“ Ek, tadi bukan main je semangat siap peluk lagi. Dah la, dari kita buang masa macam pak guard je kat kedai ni, baik kita pergi makan kat kedai seberang tu. Jom.” Julia menarik tangan ku. Sempat ku melambai pergi kepada teddy bear itu. Selamat tinggal teddy ku sayang.. aku tak mampu membeli mu.. dirimu terlampau mahal untuk ku capai.. sayang seribu kali sayang, antara dirimu dan moneyku, money ku lebih penting.. selamat tinggal.. babai!!! So long…..
“ Woi!! Sempat lagi nak buat drama. Buat malu je kau ni. Cepat la, perut aku dah lapar ni.” Marah Julia. Tahu apa yang bermain di fikiran ku. Aku hanya mencebik. Tak faham langsung la dia ni!! Aku nak teddy tu!!! Aku duduk di hadapan Julia. Begku ku sangkut di kerusi. Muncung ku yang dari tadi ku tarik, boleh pulak dia buat tak faham. Apa punya best friend la dia ni!! Julia menggamit waiter yang berada tidak jauh dari kami.
“ Nak makan apa kak?” soalnya sambil memberi menu kepada kami berdua. Aku membelek menu.
“ Saya nak makan nasi paprika dan air bandung laici. Kau pulak Mira?” Julia terlebih dahulu memesan makanan. Aku masih lagi memilih.
“ Sama macam kau lah je lah, Ju.” Ujarku setelah tidak dapat membuat keputusan. Waiter itu mencatit pesanan kami kemudian berlalu. Mata ku melihat semula teddy bear yang berada di kedai di seberang jalan. Oh, teddy.. tahukah engkau, aku mahukan kamu.
“ Dah la tu, karang aku beli untuk kau. Hadiah harijadi kau nanti.” Kata Julia membuat kepala ku terus menghadapnya. Aku memberikan nya pandangan tidak percaya.
“ Betul Julia????” soalku meminta kepastian. Julia mengangguk. Terus tangan nya ku raih gembira. Aku cium tangan nya. Kau lah sahabat terbaik ku!! Aku sayang kau, Julia!! I love you forever and ever!!!!!
“ Oi.. Oi.. Dah, jangan buat drama kat sini pulak…” katanya terus menarik tangan nya. Aku tersenyum gembira. Teddy bear yang sudah hampir lima bulan ku idamkan akhirnya akan menjadi milik ku juga. Yay!!
“ Macam budak – budak. Cuba la matang sikit.” Omelnya kemudian. Aku mencebik. Dah aku memang macam ni. Bukan aku tak matang, just tak bersedia nak hadapi dunia yang banyak cabaran dan dugaan. Aku takut yang nanti aku tak kuat nak hadapi semua tu. Jadi aku sembunyikan diri dengan bersifat keanak anakan.
“ Mira, aku gi toilet dulu. Tiba – tiba sakit perut la pulak. Kau tunggu sini. Jangan pergi mana – mana.” Julia terus meninggalkan ku dan meluru ke belakang. Aku hanya mengangguk. Sementara itu, aku mengambil telefon ku dan earphone, nak dengar lagu ‘hourglass’.
Little boy,
When you speak
I can’t help but kiss your cheek…
Tiba – tiba earphone ku ditarik. Ku lihat seorang lelaki bercermin mata hitam yang ku sendiri tak kenal duduk di hadapan ku. Dia meletakkan beg di hadapan ku. Apa ni? Dia ni siapa? Ku renung dia yang memakai cermin mata hitam dan memakai jaket kulit berwarna hitam. Ada karisma, tapi, siapa dia?
“ Awak tolong simpan beg ni, for me. Saya minta tolong dari awak, nanti saya cari awak bila saya nak beg ni balik. And one more thing, jangan bukak beg tu!” Katanya terus berlalu. Belum sempat aku nak nak bagi reaksi dia terus beredar. Eh. Eh. Apa ni?? Beg itu ditinggalkan di atas meja.
“ Erk.. Oi.. tunggu.. Encik!!” laungku kuat sambil membawa beg itu mengejarnya. Keluar saja dari restoran itu, kelibatnya sudah hilang. Dan aku tertinggal blurr sendiri di situ. Apa ni? Aku kembali ke meja. Julia baru saja keluar dari belakang.
“ Apa yang kau bawak tu, Mira?” soal Julia hairan. Aku yang masih blurr itu tak tahu nak jawab macam mana. Mana tak nya, aku sendiri tak tau siapa mamat yang boleh bagi beg ni. Mata ku mencerlung ke arah Julia.
“ Kau nak kenakan aku eh? Aku masuk dalam rancangan bang bang boom ke? Ke just for laugh?” duga ku. Terasa kena mainkan pun ada jugak ni. Muka Julia dah blurr.
“ Bila masa pulak kau ni famous sampai nak masuk dalam rancangan tv ni? Aku tanya kau mana kau dapat beg tu?”  soalan ku yang dibalas dengan soalan membuat kan ku kembali blur. Jadi, siapa yang bagi aku beg ni?? Aku meneguk liur. Jangan- jangan ada barang haram dalam beg ni? Ke anak yang dibuang, pasal kes buang anak dah femes kat Malaysia ni? Atau paling teruk, bom?? Takkan la ada terrorist nak letupkan restoran pulak?? Aku duduk di tempat duduk ku tadi.
“ Jadi, siapa la yang baik sangat bagi aku beg ni?”
“ Mana la aku tau. Kau tak kutip kat mana – mana ke tadi?” aish, minah ni, sempat lagi nak buat tuduhan. Ceh!
“ Buat apa aku nak kutip. Buang masa je lah. Tadi ada mamat tu yang bagi beg ni, lepas tu boleh je dia blah macam tu. Siap bagi warning lagi, jangan bukak beg ni.” Tukas ku.
“ Apa yang patut aku buat dengan beg ni?” soalku kemudian.
“ Apa susah, buang je lah. Tau – tau yang bagi tadi tu orang gila. Buatnya ada benda haram dalam tu, kita yang naya.” Ujar Julia separuh berbisik. Hesy, dia ni. Nasib baik mulut dia ni tak masin. Perbualan kami terhenti apabila waiter menghantar makanan kami. Aku meletakkan beg itu di kerusi sebelah dan mula menjamah makanan. Selepas makan, kami terus pergi. Beg itu aku tinggalkan di tong sampah berdekatan dengan restoran tadi.

No comments:

Post a Comment