Search This Blog

Sunday 18 March 2012

Oh Tidak!! My husband is a spy!!!

BAB 2
Perlahan aku membuka mata. Mataku meliar ke sekeliling. Aku berada di dalam sebuah bilik yang lebih besar dari bilik tidurku. Di satu sudut, terdapat sebuah sofa yang panjang dan sebuah tv LCD, di satu sudut berhadapan dengan tv, terdapat kaunter kecil, seperti minibar. Aku kat mana ni?? Dinding nya pula terdapat suatu garis halus dan terdapat sebiji bebola hitam yang melekat pada garisan itu. Aku bangkit dari pembaringan, masih keliru, sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku. Tatkala kakiku menyentuh lantai, serta merta lampu bilik menjadi terang, tv LCD tadi terpasang dengan sendiri. Lantai itu bertukar warna, seakan – akan terdapat cahaya yang menyinar melaluinya.
“ Ah, awak dah bangun, cik Mira.” Sapa satu suara.
“ MAAAAAAKKK!!!” jeritku apa bila ada kelibat seorang lelaki yang terpancar dari bebola hitam tadi. Hologram. Mamat hologram itu rupanya. Kini saiznya bukan lagi mini, ini dah lifesize hologram. Aku terduduk kebingungan melihat mamat hologram itu.
“ Kau.. Kau.. Kau.. Aku kat mana ni??? Kau culik aku ke?” soalku sambil menunjuk ke arahnya. X ketawa.
“ Tak. Saya selamatkan awak. Bukan culik.” Balasnya tenang. Masih lagi berdiri berdekatan dengan katil tadi. Mata ku meliar ke pintu. Walau apa pun, aku tak percaya dengan nya. Aku perlu keluar dari bilik ini. Laju langkah ku keluar dari bilik.
“ Wait, miss Mira.” Panggilnya sambil mengejar aku. Bebola itu menurut langkah aku dari dinding. Sekelip mata bebola itu memintas dan kelibat hologram nya berdiri di hadapan ku. Aku melihat ke dinding, laa.. Luar bilik pun ada ke benda ni. Padan la cepat je dia kejar.
“ Lepaskan aku. Aku tak kenal kau siapa? Kau muncul je semua yang aku ada musnah, rumah aku, hidup aku, Julia. Kau siapa?! Kenapa semua ni terjadi kat aku!! Tolong, lepaskan aku.” Bentak ku sambil merayu dilepaskan. Mamat hologram itu diam saja.
“ Saya tak boleh lepaskan awak. Saya mesti lindungi awak daripada mereka. Sekarang, nyawa awak lebih penting. So, please, percaya kan saya. Saya bukan nya orang jahat, saya ditugaskan untuk melindungi awak. Sekarang, nyawa awak dalam bahaya. Keselamatan awak, adalah keutamaan saya.” Jelasnya tenang setelah diam seketika. Aku melihatnya.
“ Aku dalam bahaya? Kenapa?” soalku. Agak curiga juga. “Kenapa nyawa aku dalam bahaya, aku tak pernah timbulkan masalah Negara, masalah dunia apa lagi. I’m just a nobody. Seorang yatim piatu. Jadi kenapa nyawa aku dalam bahaya???” sambung ku. Ku lihat dia menarik nafas.
“ Kerana, papa awak.” Jawabnya pendek. Papa? Apa kaitan dengan arwah papa? Papa ku sudah tiada. Papa meninggal seminggu selepas mama. Masa itu, aku masih kecil lagi. Baru umur 15 tahun. Papa meninggal sebab accident ketika papa hendak pergi kerja. Itu yang dimaklumkan kepadaku. Pada umur yang sangat muda, aku sudah kehilangan kedua orang tua ku. Sudah pada tahun yang sama aku menghadapi ujian PMR. Di situ, aku berkenalan dengan Julia dan kami berkawan rapat sejak itu. Hanya Julia tempat ku bergantung, sahabat yang bagaikan seorang ibu, dan juga kakak kepada ku. Air mata ku mula bergenang lagi. Hari ini, aku kehilangan seorang lagi yang ku sayang.
“ Awak okey ke?” tanya nya prihatin. Okey?? Tak nampak ke orang tengah nangis ni!! Mula lah aku mengongoi di ruang itu. X kaget.
“ Hey, jangan menangis. Saya tak pandai pujuk orang. Err.. please, don’t cry.” Katanya lagi. Tangis ku masih tidak berhenti. Aku mahu bersendirian. Berada di tempat yang asing membuatku lebih sedih.
“ Leave me alone.” Pinta ku. X diam. Setelah itu, kelibat hologram nya hilang. Hanya aku di ruang itu. Sendiri. Dan sedih.

Aku tersedar dari lena, akibat lenguh duduk di lantai yang sejuk. Mataku bengkak akibat menangis tadi.  Perlahan aku mengangkat muka.
“ How do you feel now? Okay?” soal mamat hologram itu. Dia bercangkung di hadapan ku. 
“ MAAAAAKKKK!!!” jeritku terkejut dengan kehadiran nya yang mengejut itu.
“ I take that as a okay.” Katanya kemudian.
“ Lain kali bagi salam laa!!! At least good morning ke??!! Jangan sapa orang mengejut macam tu!! Boleh membawa mati tau!!” bentak ku. Ku lihat X ketawa.
“ You’re funny, miss Mira. Okay. Lain kali saya bagi salam okay.” Katanya. Aku mencebik. Berapa kali dah dia buat aku terkejut macam beruk. Pertama kali dekat iphone, second dekat bilik, sekarang dekat sini. Aku mengurut punggung ku yang terasa kebas. Entah berapa lama sudah aku duduk di situ.
“ Penat? Sorry sebab saya tak dapat nak tolong alih awak masuk dalam bilik. Pergilah sambung tidur. Rehat.” Katanya separuh mengarah. Aku menggeleng.
“ Kau, ni rumah kau ke?” soalku. Ku lihat dia menggeleng.
“ Jadi, ni rumah siapa?”
Dia menunjuk ke arah ku. Hah??
“ Buat masa sekarang, tempat ini, untuk awak.” Katanya.
“ Oh.. err.. Boleh aku tanya tak?”
“ Boleh. Apa dia cik Mira?”
“ Mana dapur? Aku lapar la.” Kataku. Baru ku sedar yang aku belum menjamah makanan lagi. Padan la perut ku rasa pedih je.
“ Oh. Meh, saya tunjukkan. Jom. Boleh jugak kita buat tour through this place.” Katanya. Aku mengangguk. Aku sudah membuat keputusan. Walaupun aku masih tidak mempercayai mamat hologram ni, tapi, sekarang, hanya dia saja yang membantu aku. Dan aku tiada tempat tinggal lagi. Sambil itu, dia menerangkan dan menunjukkan sekitar rumah ini. Agak luas juga, dan perhiasan nya sikit, hanya di hiasi dengan meja kecil di sudut, cermin, pasu, dan gambar berbentuk lukisan. Semua tempat begitu. Ruang tamu, dan semua bilik tidur. Hiasan nya sangat simple dan bersih, cat rumah yang berwarna cream membuatkan perasaan ku sedikit tenang. Konsep rumah yang moden dan terbuka memudahkan ku menghafal setiap tempat. Dan di setiap dinding, terdapat garis halus yang membolehkan bebola itu bergerak. Dan bebola hitam itu lah yang memancarkan mamat hologram itu. Moden dan canggih!! Terlampau canggih!!
“ Tempat ni, rumah ke?” soalku. X mengangguk.
“ Jadi, kenapa kau panggil ni tempat??”
“ Saja je. Buat awak tertanya – tanya.” Jawabnya selamba. Ceh! Ada masa jugak nak kenakan aku.
“ Any more question?” tanya nya.
“ Rumah ni kat mana?” soalku. Hairan juga kerana ku lihat di luar tingkap, gelap semacam je. Sempat juga aku menyingkap langsir tadi. Gelap.
“ Esok la awak tengok. Sekarang tengah malam. So, tak dapat nak jelaskan sangat keadaan luar tu.” Katanya selamba.
“ Selamat ke?”
“ Of course la selamat cik Mira.”
Aku membelek cabinet di dapur. Lengkap dengan semua kelengkapan dapur. Hiasan dapur yang juga simple dan luas membuatku terlopong seketika. Dapur dia lebih besar dari bilik mandi aku!!! Senang untuk ku mengagak, mamat hologram ni, mesti kaya punya. Betul apa, rumah yang besar dan luas, lengkap dengan kecanggihan nya cukup untuk membuat ku kagum. Terasa macam duduk dalam computer pun ada, dan lampu di setiap ruang diaktifkan dengan haba tubuh manusia. Bukan setakat itu, yang membuatkan aku lebih kagum, kerana, barang dapurnya lengkap, di satu ruang berdekatan, terdapat bilik stor yang menempatkan semua herba dan rempah ratus, termasuk makanan dalam tin disimpan di stor itu.
“ Awak boleh guna apa saja yang awak suka. Masak la. Tapi, jangan lewat sangat tidur.” Ujarnya. Aku mengangguk. Menyimpan rasa kagum itu di dalam hati. Aku mengambil dua bungkus mee magi yang ada di stor itu dan mula memasaknya. Dan X, dia hanya memerhati aku di situ. Ada limit jugak hologram dia tu. Tak sampai dua meter dari dinding saja jarak nya. Setelah menghabiskan makanan tengah malam ku, aku membersihkan peralatan dan keluar dari dapur. X masih setia mengikut ku.
“ Are you okay?” soalnya. Aku hanya mengangguk. Walhal aku masih lagi sedih. Tapi, aku tidak mahu menangis. Aku tidak mahu menangis. X mengangguk faham. Sampai di luar bilik, aku berpaling kepadanya.
“ No entry.” Kataku pendek. Ku lihat dahinya berkerut. Hairan barangkali.
“ Bukan muhrim.” Kataku lagi. Kini tawanya meletus. Benar – benar dia ketawakan aku.
“ Saya dah cakap, saya tak dapat sentuh cik. Saya cuma hologram.”
“ Aku tahulah. Tapi, aku tak nak kau masuk suka hati kau je. Ingat. No entry.” Aku memberi amaran. Dia menyambung ketawa.
“ Okay.. Okay.. bilik tidur considered as private place.” Katanya kemudian. Aku membuka pintu bilik. Mulai dari hari ini, inilah tempat tinggalku. Inilah tempat tidurku.
“ Good night cik Mira.” Katanya. Aku hanya mengangguk dan menutup daun pintu.  Canggih betul la rumah dia ni. Rasa macam tinggal dekat future world je. semua nya automatic. Tapi, aku tak tahu dia siapa. Kenapa dia tolong aku? Macam mana dia kenal aku? Kenapa dia cakap hidup aku dalam bahaya?

5 comments:

  1. Baru bace 2 bab,and rase cerite nie unik je...
    Lain dari yang lain...good job sis!

    ReplyDelete
  2. thnx sbb like this story..cerita ni masih bru lgi....idea yg mlambak2 dtg membuatkn cerita ni d taip..

    ReplyDelete
  3. a`salam. writer bila nak sambung novel2 ni??dah lama tunggu

    ReplyDelete
  4. Klau ade sambungan kn best... Skrng novel cinta semua jenis romantik. Jarang ade yg masuk aksi bagai... Cerite yg akak tulis lain dari yg lain. Sye suke!!

    ReplyDelete
  5. Klau ade sambungan kn best... Skrng novel cinta semua jenis romantik. Jarang ade yg masuk aksi bagai... Cerite yg akak tulis lain dari yg lain. Sye suke!!

    ReplyDelete