Search This Blog

Saturday 19 January 2013

My Kembar???


BAB 15

Dia melihat dua orang kanak – kanak sedang bermain di buaian. Seorang duduk, seorang lagi menghayunkan buaian. Mereka bermain dengan gembira.
“ Risa, kita tolong ayun eh.” Ujar si adik. Dia tersenyum melihat keakraban dua beradik itu. Wajah mereka saling tak tumpah, memang serupa. Kembar Rupanya. Di satu sudut, si ibu sedang duduk memerhati anak nya bermain.
“Eh, itukan ibu?” katanya sendiri. Mata ibunya tidak jenuh memerhati sepasang kembar yang leka bermain itu. pandangan nya beralih semula kepada adik beradik itu. seorang lelaki yang tidak dikenali mendekati mereka. Tangan nya memegang dua batang ais krim.
“ Adik, nak ais krim tak?” soalnya ke arah kembar berdua. Kanak – kanak yang duduk di buaian turun dari buai dan berjalan menuju ke arah lelaki tadi. Ais krim itu diberi kepadanya. Manakala yang seorang lagi cuma melihat kembarnya berdekatan dengan lelaki itu. pandangan nya beralih kepada ibunya.
“ Eh, siapa tu?” katanya sendiri apabila ada seorang lelaki yang berbual dengan ibunya. Pandangan nya beralih semula kepada kembar tadi apabila dia Mendengar jeritan kanak – kanak tadi.
“ Risa!!” jerit kembarnya berlari mendapatkan yang seorang lagi. Kemudian digigitnya peha lelaki itu. Pada masa yang sama, dia tersentak. Itu aku kah? Dia melihat lelaki itu mencampak nya ke tanah. Kepala nya terhantuk ke batu. Darah mulai keluar dari kepalanya. Dia yang melihat turut memegang kepalanya, apa yang dilihatnya, turut dirasakan.
“ Risa!!!!” jerit kembarnya dan berlari mendapatkan Arisa, namun tanpa sempat berbuat apa – apa, badannya dikendong dan dia dibawa lari. Dia ingin membantu, namun, Entah kenapa dia hanya mampu melihat. dia beralih pandang ke arah ibunya. Saat itu, ibunya sudah rebah akibat dipukul dengan batu.
“ Ibu!!” dia ingin menolong tapi kakinya kaku disitu. Arisa terbaring kaku di tanah, manakala kembarnya dimasukkan ke dalam bonet kereta dan kereta itu memecut laju.
“ Arisa… Arina..” telinga nya menangkap suara ibunya yang lemah sebelum ibunya terkulai di situ.
“ RINA!!!!!” jeritnya. Automatic badannya terangkat dan terduduk. Arisa tercungap – cungap. Air mata sudah turun dengan lajunya.
“ Risa..” Dia menoleh. Awal berada di sisinya. Tangan lelaki itu mengusap belakangnya. Arisa bagai mengulangi sejarah tika itu. Semuanya bagaikan dimainkan berulang – ulang di mindanya.
“ Kau kat hospital sekarang.” Awal menjawab. Tahu apa yang bermain di fikiran gadis itu. Arisa melihat badannya. Lebam? Jangan – jangan….?? Awal yang sudah mengagak reaksi Arisa terus memegang pipinya.
“ Awal, aku.. Aku dah di…” ujarnya tersekat – sekat. Awal menarik Arisa dalam pelukan.
“ It’s okay. Kau tak apa – apa. Takda apa – apa yang terjadi kat kau.” Pujuknya. Arisa menolak badan Awal. Apa yang diberitahu tadi sukar diterima akalnya. Arisa menggeleng.
“ No. They raped me, right Awal? They did right? They did something to me. Tell me the truth, Wal!!!” Bentaknya terus menutup tubuhnya. Awal merenung anak mata Arisa. Kemudian dia menggeleng. Dia menarik Arisa kembali dalam pelukannya. Hanya itu yang dapat difikirnya untuk menenangkan gadis kesayangan nya. Tanpa sedar Arisa membalas pelukan itu. Awal tersentak. Tangan gadis itu tepat mengenai luka di belakangnya. Dalam diam dia menahan sakitnya.
“ Shhh.. No. Diorang tak sempat. Aku sempat datang masa tu. I won’t let them hurt you.” Jelasnya perlahan ditelinga Arisa. Air mata lancar menuruni pipi. Hatinya memanjat kesyukuran. Nasib baik Awal ada kemahiran mempertahankan diri. Nasib baik dia sempat datang ke rumah gadis itu. ketika dia tiba, gadis itu sudah dalam keadaan yang mengaibkan dan hampir dirogol. Cepat dia mencapai pisau yang terdampar di lantai dan menikam bahu kedua – dua penjahat itu. badan arisa terlepas dan dia ters mendapatkan tubuh Arisa. Akibat kelalaian nya, belakangnya terkelar oleh salah seorang lelaki yang bertopeng tadi. Awal memeluk kejap badan Arisa. Dia memejam matanya. Kemudian telinganya mendengar dua das tembakan dilepaskan. Polis sampai tepat pada masa dan dua lelaki tadi mati ditembak.
Arisa yang sedar dirinya dipeluk meleraikan pelukan Awal. Tika itu, kotak fikirannya tertumpu kepada sebuah memori yang pernah dilupakan nya.
“ Rina. Awal. Rina. Aku nak cari Rina.” Ujarnya terus mencabut jarum yang dicucuk di tangan nya. Dia turun dari katil. Awal menahan langkah nya.
“ Kau nak kemana tu? kau belum stabil lagi. Kau tak boleh pergi mana – mana.” ujarnya mengarah. Dia menarik tangan Arisa dan menyuruhnya kembali ke katil. Namun, gadis itu menepis tangannya dan ingin berlalu.
“ Lepaskan aku! Aku nak cari Rina.” Bentaknya apabila Awal sekali lagi menahan tangan nya. Ketika itu doctor sudah masuk dan menahan badannya.
“ Lepaskan aku!!! Aku nak cari adik aku..!!! lepaslah!!” herdiknya dan cuba melawan. Doctor terpaksa menyuntiknya dengan ubat penenang. Tidak lama kemudian, badannya mulai lemah dan dia tertidur semula. Awal mendukung tubuh Arisa ke katil.
“ Kenapa dia macam ni, Mir?” soalnya kepada doctor yang merawat Arisa. Doctor Amir menulis sesuatu di atas kertas diagnos Arisa. Kemudian dia melakukan pemeriksaan. Awal sudah kaget dengan keadaan Arisa yang tiba – tiba menyebut nama yang dia sendiri tidak kenal ketika dia sedar tadi.
“ Aku rasa dia pernah amnesia.” Jelasnya setelah habis memeriksa keadaan Arisa. Dahi Awal berkerut.
“ Maksud kau?” dia meminta penjelasan. Sahabatnya, Amir membuka cermin matanya dan merenung Awal.
“ Aku rasa dia pernah hilang ingatan. Dan kejadian yang berlaku pada dia semalam somehow trigger her mind about her forgotten past. Belakang kepala dia ada kesan parut lama, maybe masa kecik dia ada terhantuk atau terjatuh dan kepala dia terhentak kuat pada satu objek. And kejadian tiga hari lepas, dia terhantuk lagi, dan itu yang membuatkan dia ingatan nya kembali semula.” Jelas nya perlahan. Awal mengangguk faham.
“ So that explain a lot when I met her that time.” Katanya perlahan.
“ Explain what?” Amir mula menyoal. Awal membuat isyarat agar mereka berbincang di luar.
“ Baru aku faham kenapa masa aku mula – mula kenal dia, dia tidur je memanjang. Rupanya dia koma masa tu.” Awal memulakan ceritanya.
“ Aku kenal dia masa umur aku 5 tahun. Masa tu, dia baru pindah dekat sebelah rumah aku. Aku nampak, bapa dia angkat dia masuk ke rumah. Aku ingat dia tidur biasa je. Lepas tu, satu hari mama aku suruh aku bagi kuih dekat rumah dia. Aku tengok dia masih jugak tidur. Ibu dia suruh aku selalu jenguk dia, jadi kawan dia. Aku buat je, selalu datang rumah dia. Bawak mainan datang rumah dia, bawak buku cerita, lepas tu baca depan dia, berbual dengan dia. Tapi dia tak jugak bangun – bangun. Aku Tanya ibu dia, ibu dia cakap dia sakit, dan perlukan tidur banyak. Lama jugak aku selalu jenguk dia, hari – hari sampai la satu hari tu dia bangun. Ibu dan bapa dia gembira sangat. Tapi, dia siap tanya lagi, siapa kami semua. Hairan, tapi aku tak kisah sangat, pasal aku happy sangat dia akhirnya bangun.” Sambungnya lagi. amir mengangguk.
“ Have you called her parents?” soalnya. Awal mengangguk.
“ Diorang dah dalam perjalanan balik aku rasa. But, in the meantime, I’ll take care of her. Just in case, kalau ada lagi orang yang serang dia datang balik.” Balasnya. Doctor Amir mengangguk dan berlalu. Awal masuk kembali ke bilik Arisa. Dia mengambil tempat duduk di sisi gadis itu.
“ Apa yang terjadi pada kau sebelum itu, Risa? Siapa Rina?” tangan Arisa diusap perlahan. Lama dia merenung wajah lena Arisa, akhirnya dia terlelap disitu.


Arina masuk ke pejabat agak lewat pagi itu. Camelia masih lagi bercuti. Pejabat juga agak lenggang kerana banyak staf meminta cuti. Arina menarik nafas dalam – dalam. Terkial – kial dia membuka pintu pejabatnya.
“ Err.. Boss nak saya tolong ke?” Dia menangkap satu suara. Perlahan dia berpaling ke suara itu. Salah seorang pekerjanya mendekatinya. Dia beralih ke tepi, Membiarkan staff nya membuka pintu untuknya.
“ Thank you.” Ucapnya sebelum masuk ke dalam bilik.
“ Err.. Kenapa dengan tangan boss tu?” dalam takut – takut staf nya bertanya. Arina menoleh kembali.
“ Accident.” Jawabnya sepatah tanpa riak. Kemudian berlalu ke meja nya. Nasib baik dia kidal. Kalau tak, confirm susah nak buat kerja. Arina memulakan kerjanya. Pelan projek dibentang luas – luas.
“ Masuk.” Dia memberi arahan apabila Mendengar pintu bilik diketuk. Dia menangkat mukanya.
“ Boleh saya bantu, Jay?” soalnya. Lelaki itu memberi senyuman dan datang ke meja nya. Tapan dipelawa, dia duduk dengan selamba.
“ How can I help you?” soalnya kembali. Jay masih dengan senyuman nya. Dahi Arina mula berkerut.
“ If you don’t have anything to say, please, get out of my room.” Arahnya tegas. Jay memangku dagunya.
“ Can we eat lunch together today?” soalnya tiba – tiba. Arina mengangkat kening. Rupanya, ada tujuan lelaki itu masuk ke pejabatnya. Arina menyilangkan jarinya. Jay melihat tangan kanan Arina yang berbalut. Hatinya mula berdetak.
“ No.” jawabnya sepatah dan tegas. Jay senyum mendengar jawapan itu.
“ why?” soalnya.
“ I’m busy. As you can see.” Balasnya.
“ Everyone is busy, but they also need rest.” Tingkah Jay.
“ It’s because they work halfheartedly. I ate lunch when I want to. And absolutely not with you.” Balasnya tanpa riak. Kemudian dia meneruskan kerjanya. Malas hendak melayan lelaki itu. Belum lama masuk kerja sudah pandai naik daun. Jay bersandar. Senyuman masih mekar di bibirnya. Ada sesuatu tentang gadis itu menarik hatinya.
“ Betul kata semua orang. You are one hell of an Ice Queen.” Ujar Jay selamba. Arina mengangkat mukanya. dia langsung tidak terasa dengan ayat ‘Ice Queen’ tadi.
“ If you already know. So, buat apa buang masa nak ajak saya, Encik Jay.” Ujarnya tanpa riak. Matanya tajam merenung Lelaki dihadapan nya kini. Jay sekadar tersenyum dan berdiri.
“ If you’re still interested. My offer are still on just for you, dear.” Ujarnya sebelum beredar. Arina buat muka blur plus buat – buat tak tahu.

Rizal dan kawan – kawan nya masuk ke dalam bilik taklimat. Mereka semua duduk dan menunggu Leftenan Everett Mikail untuk masuk dan memberi taklimat kepada mereka. masing – masing membuat hal sendiri. Sam mengangguk – angguk kepala menghayati lagu heavy metal dengan ipod nya, Eddie pula sibuk membaca novel English bertajuk Pride and Prejudice karya Jane Austen, Daniel dan Rizal pula hanya duduk menanti sementara Azmi sibuk dengan komputernya. Mereka semua menoleh apabila mendengar pintu bilik taklimat dibuka dari luar. Seorang wanita berpakaian uniform tentera masuk dan berjalan menuju ke belakang bilik. Wanita itu duduk di meja di belakang sekali. Lapan pasang mata melihat wanita itu dengan penuh tanda tanya. Daniel berbalas pandangan dengan Rizal. Sam pula mengangkat bahu dan meneruskan aktiviti mereka. Hanya Azmi saja yang masih memandang wanita itu kerana wanita itu duduk berdekatan dengan mejanya. Wanita itu membalas pandangan nya. Azmi melihat penampilag wanita itu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kemudian dia membaca tag nama wanita itu.
“ Sandra. Your name?” ujarnya separuh berbisik. Sandra sekadar mengangguk. Azmi memberikan senyuman pada Sandra.
“ I’m Azmi. This is our team. Yang dok baca buku sampai mata nak tercabut tu, Eddie, yang tengah angguk kepala sampai nak terhantuk kat meja tu Sam, yang dok sebelah menyebelah kat depan sana tu, Rizal dan Daniel.” Dia memperkenalkan diri sekaligus kawan – kawan nya sekali. Sekali lagi Sandra mengangguk.
“ I’m Sandra.” Ujarnya memperkenalkan diri. Azmi mengangguk.
“ Kan dah sebut tadi nama.” Balasnya selamba. Sandra senyum. Senang dengan lelaki di sebelahnya ini.
“ Awak baru report duty ke?” soalnya ingin tahu. Sandra mengangguk.
“ Your first day la ni?” soalnya lagi. Sandra menggeleng.
“ Nope. Not my first day. But my..” perbualan mereka terhenti apabila Leftenan Everett Mikail masuk. Serentak mereka berdiri.
“ You all may sit down.” Arahnya sambil duduk di bucu meja. Mereka semua duduk. Leftenan Everett Mikail melihat anak – anak buah nya. Matanya tertancap ke arah meja di belakang sekali.
“ Agenda saya memanggil kamu semua kemari adalah saya nak kamu semua menjalankan satu misi.” Leftenan Everett Mikail memulakan sepatah dua kata. Serentak itu, bilik menjadi gelap dan LCD yang sedia dipasang memaparkan beberapa imej.
“ This is the information gather from one source about one activity yang dilakukan di negara Nigeria. Mereka merupakan satu kumpulan militia yang memberontak dengan kerajaan dan kini mereka mengganas di bandar and pihak tentera kerajaan Sukar hendak membendung kegiatan mereka.” terangnya.
“ What is our primary Objective, Sir?” soal Azmi.
“ Your primary objective is,  mencari dan menyelamatkan dua orang doctor yang bernama Nur Azlina binti Sahib dan Mohd Hakimi Isa bin Mohd Tahir. They were there to help the villagers that was attacked dan secondary objective adalah menyelamatkan seorang lagi merupakan warganegara Malaysia bernama Chen Li Lui yang tinggal di salah satu perkampungan yang berada di negara itu. Memandangkan keadaan di sana sangat bahaya untuk pihak kita untuk meminta mereka balik ke Malaysia, jadi misi ini diberikan kepada kamu. Kamu akan diturunkan di sini dan kamu dikehendaki untuk membawa package ke point yang ditetapkan, dan saya memberi amaran, keadaan di sana dianggap sangat bahaya. So, any question? ” Terangnya lagi sambil menunjukkan tiga gambar dan lokasi dimana misi mereka akan dijalankan.
“ Sir, rules of engagement?’’ soal Rizal.
“ Kamu akan pertahankan diri hanya jika diserang, dan jika tidak. Otherwise, do not engage.” Jawabnya.
“ Anything else?” soalnya.
“ Well then, kamu akan bertolak esok selepas subuh, and prepare yourself gentlemen and of course ladies, because apa yang bakal dilihat di sana mungkin akan memberi effect kepada kamu.” Ujarnya. Mereka semua berdiri.
“ And, before I forgot. Kenalkan ini, ahli baru dalam team kamu, Sandra Alisya. And Rizal, saya tahu kamu tidak menyukai adanya perempuan di dalam group, but, in this case, she will be joining you guys for this upcoming mission.” Jelasnya. Ternyata mereka semua terkejut. Rizal sekadar diam, Walaupun dia tidak berapa suka akan keputusan ketuanya, namun apa boleh dibuat.
“ And of course, saya takkan masukkan dia dalam group ini jika saya tidak tahu akan kemampuannya. You all may be dismissed.” Jelasnya sebelum berlalu keluar meninggalkan mereka semua. Mereka semua terkebil – kebil dengan penjelasan ketua mereka. mata Rizal mencerlung ke arah ahli baru mereka. Perlahan dia melangkah ke arah wanita itu. Antara ikhlas dengan tidak dia menghulurkan tangan nya. Sandra menyambut salam nya.
“ Welcome to our team. My advice, don’t die, cub.” Ujarnya terus berlalu. Sandra diam. First impression nya kepada Rizal adalah, garang dan tegas. Bukan lelaki yang senang didekati. Rizal pula secara automatic memberi gelaran Cub kepada Sandra. Kemudian Eddie dan Sam pula mendekati Sandra.
“ Welcome. Harap dapat beri kerjasama nanti.” Kata Sam.
“ I agree with Rizal. Not that I underestimated woman in army, but, still, don’t die out there.” Ujar Eddie. Sandra sekadar mengangguk.
“ Korang ni, jangan la takutkan dia pulak, nanti silap haribulan mati ketakutan pulak dia, kita jugak yang kena dengan LT.” tegah Daniel. Kasihan pula dengan ahli barunya. Baru saja mula kerja, sudah diberi amaran yang entah apa – apa. Sandra senyum.
“ Awak jangan ambik hati sangat dengan kata – kata diorang tu. Diorang tu saja je nak buat iman awak goyah.” Akhirnya Azmi membuka mulut setelah semua kawan nya berlalu. Sandra menoleh ke arah Azmi.
“ Tak. Actually, saya tak gentar pun dengan apa yang diorang cakap. It makes me feel alarmed.” Balasnya senang. Azmi mengemaskan laptopnya. Mereka berjalan beriringan keluar dari bilik taklimat.

Kereta Mitsubishi Evolution X dipandu laju membelah jalan. Setiap lencongan mesti tidak ketinggalan aksi driftnya. Pemandunya tersenyum senang. Puas hati dengan kebolehan kereta miliknya. Dia memberhentikan keretanya di perkarangan tempat letak kereta di Penjara Kajang. Setelah memastikan keretany dikunci, dia melangkah masuk ke dalam penjara dan terus berjalan menuju ke bahagian untuk pelawat banduan. Setelah 15 minit menunggu, orang yang hendak dijumpai keluar juga. Matanya ralit memandang banduan yang berjalan diiringi pengawal penjara ke arahnya. Tangan dan kakinya digari. Wajahnya ditumbuhi jambang dan sugul penampilannya. Namun matanya terpancar sinar dendam. Banduan itu duduk di hadapannya. Dia mengukir senyuman.
“ Comment allez-vous? êtes-vous bien? ( Apa khabar? Sihat?)” dia memulakan perbualan. Sengaja dia bercakap dalam bahasa perancis agar tiada sesiapa di situ faham akan perbulana mereka. Banduan itu senyum sinis.
“ Dois-je répondre à cette question?( perlukah aku jawab soalan itu)” balasnya. Lelaki itu ketawa dengan jawapan tadi.
“ Ce que tu fais ici?( kamu buat apa disini?)” soal banduan itu. lelaki itu senyum. Matanya membaca nombor kod di baju banduan itu.
“ Avez-vous trouvé cette femme?( kamu dah jumpa perempuan itu?)” soalnya lagi. lelaki tadi mengangguk.
“ Oui. Je l'ai trouvée. Je travaille avec cette femme. ( Ya, saya dah jumpa. Saya bekerja dengan nya sekarang.)” jawabnya sambil senyum.
“ Vous travaillez comme quoi? Où êtes-vous travailler? ( Kamu bekerja sebagai apa? Kamu kerja dimana?)” tanyanya tidak sabar. lelaki itu ketawa kecil. Bagai ada yang menggelikan hatinya. Dia bersandar di kerusi. Banduan itu mula merasa marah.
“ Ne jouent pas avec moi! dites-moi le truthe, Jay! ( jangan main - main dengan saya!)” bentaknya. Lelaki itu menghentikan tawanya. Hanya senyuman sebagai ganti. Kemudian dia menarik nafas.
“ Elle a vécu une vie très réussie. Je ne sais pas comment elle fait. Mais elle est maintenant une femme très réussie. ( Dia hidup senang Sekarang. Saya tak tahu Bagaimana, tapi dia sudah berjaya sekarang.)” jawabnya. Banduan itu diam. Ligat berfikir tentang jawapan tadi.
“ Rizal est avec elle? ( Rizal ada bersama dia ke?)” soalnya. Jay menggeleng.
“ Je ne sais pas où que l'homme est allé. Mais je sais qu'il n'était pas avec Sixteen. ( saya tak tahu dimana lelaki tu. Tapi saya tahu dia tidak bersama Sixteen.)” balasnya.
“ Oui, comment était votre vie ici, la taïga? Est-il amusant? ( jadi, bagaimana dengan hidup kau kat sini, Taiga? Seronok?)” soalnya separuh bergurau. Mata Taiga mencerlung ke Arahnya.
“ Je veux que vous pour terminer votre travail. Ne joue pas autour. Comprendre! Tuer cette femme quand vous avez la chance! ( aku nak kau habiskan kerja kau. Bukan nya main – main. Faham! Bunuh dia kalau ada peluang!)” bentaknya terus berlalu meninggalkan Jay di situ. Jay tergamam. Dia menyelak rambutnya ke belakang. Kemudian dia senyum dan berlalu.

3 comments:

  1. Best..... #^_^
    Cite lama dah tak update kena review 1 bab kebelakang baru boleh faham jalan cerita....
    Hope writer rajin update next entry novel ni....

    ReplyDelete
  2. thank you sbb like the story..lma jugak xsmbung sbb busy, tmbh lgi soft copy novel ni tgl kt kpg..no worries..skrg ne dh smbung lgi..n keep on waiting for the next chapter ya..

    ReplyDelete