Search This Blog

Saturday 19 January 2013

My Kembar???


BAB 14

Baju singletnya sudah renyah dihujani oleh Peluh. Namun itu tidak sedikit pun tenaganya berkurangan. Punching bag itu ditumbuk dan ditendang. Ilmu seni mempertahankan diri nya masih dipraktikkan walau sudah beberapa lama ditinggalkan. Walaupun dia sudah secara rasminya selamat dari bahaya, namun, apa salahnya mengambil langkah berjaga – jaga. Dia menendang kuat punching bag itu. Skill nya masih lagi kuat. Ilmu yang diajar kepadanya tanpa rela hati dia terpaksa menerima. Selama 20 tahun dia dipaksa belajar seni pertahankan diri, kini, sukar untuk dia membuang ilmu itu.  setelah 4 jam dia bertinju dengan punching bag, akhirnya dia duduk keletihan. Dia mengesat peluhnya. Botol airnya dicapai. Perlahan dia meneguk air hingga habis sebotol. Setelah dia mendapat tenaga semula, dia berdiri dan meninggalkan bilik senaman rumahnya. Masuk saja dalam bilik tidurnya, iphone nya berbunyi minta diangkat.
“ Hello, pa.”
“ Hello. Eh, Assalamualaikum.” Papanya membetulkan ayat. Dia ketawa.
“ Waalaikumsalam. Hmm. Papa buat apa? Apa khabar?” soalnya. Leftenan Everett Mikail senyum. Jikalau menelefon Arina, mesti tidak ketinggalan soalan yang sama.
“ Papa kat rumah ni, rindu dekat Rina. Papa baik je. Sihat. Kerja je ada busy sikit. Rina bila nak balik Melaka? Papa rindu nak jumpa anak papa ni.” Ujarnya. Arina diam.
“ Okey. Nanti Rina datang. Hari Isnin depan Rina ambik cuti. Letih jugak kerja memanjang.” Ujarnya terus membuat keputusan.
“ Kalau macam ni, papa pun ambik cuti jugak lah. Kita bercuti, nak? And, papa ada benda nak bagitau kat Rina nanti.” Ujarnya gembira. Arina sudah mula tertanya – tanya dengan ayat terakhir papanya. Belum sempat Arina hendak mengusulkan soalan, papanya sudah meletak telefon. Arina menjuih bibir.
“ Papanya Memang suka nak buat hati Rina tertanya – tanya. Takpe, esok aku tanya sampai papa jenuh.” Katanya sendiri. Di hujung talian, Leftenan Everett Mikail sudah tersengih – sengih. Biarlah anak angkatnya tertanya – tanya. Dia membelek fail yang baru semalam diterimanya. Gambar Arina dipinkan di dalam fail itu. Semua maklumat mengenai asal usul Arina sudah diterima nya. Leftenan Everett Mikail senyum. Dalam pada masa yang sama, dia juga bersedih. Arina adalah satu – satunya anak yang dia ada, Walaupun cuma anak angkat, dia tetap menyayangi Arina macam anak sendiri. Satu persatu maklumat itu dibacanya.
“ Nama Arina Marissa binti Hasbullah. Lahir pada 22 september 1987, Perempuan, Islam. Negeri asal, Johor. Was kidnapped on 1989.” Bacanya perlahan. Arina  diculik pada umur 2 tahun. Dijual di Thailand. Dibeli oleh Taiga. Nama yang sudah tenggelam kini naik semula. Fikiran nya melayang pada masa lalu. Ketika dia sekali lagi dipertemukan dengan anak angkatnya. Ceritanya pula, susah untuk diterima akal, namun, itulah yang berlaku. Beberapa orang askar di kem telah menemui gadis itu di dalam hutan ketika mereka menjalankan latihan. Gadis itu kelihatan dalam ketakutan, cedera dan hampir terbunuh oleh salah seorang dari askar yang menjalani latihan pada masa itu. Hampir seminggu Arina disoal siasat, namun gadis itu tidak berkata apa – apa. Akhirnya dia dilepaskan setelah diyakini gadis itu bukan nya ancaman. Kasihan juga apabila melihat keadaan Arina pada masa itu. Sukar dibayangkan dengan kata – kata. Dia membawa Arina ke rumahnya dan Membiarkan anak muda itu menyesuaikan diri pada keadaan dan rumah baru nya. Walaupun pada mulanya, Arina melawan, namun dia mengikutnya juga, atas sebab apa, Leftenan Everett Mikail juga tidak pasti. Pada mulanya, gadis itu langsung tidak bercakap dengan nya, hanya Leftenan Everett Mikail saja yang rajin bercakap dan bertanya, malah gadis itu hanya mengasingkan diri dari bertembung dengan nya. Selain itu, anak muda itu juga sering membawa sebatang pen ketika terserempak dengan nya. Baginya ianya suatu tabiat yang menghairankan, namun setelah beberapa bulan tinggal dengan nya, barulah gadis itu berani membuka mulut untuk melawan katanya. Leftenan Everett Mikail masih ingat lagi ayat pertama yang keluar dari bibir mulus anak angkatnya.
“ Saya.. Lapar..” katanya perlahan. Ayat itu membuatkan nya terkejut pada satu malam. Buku ‘Art of War’ yang dibacanya ditutup. Akhirnya gadis itu mahu juga membuka mulutnya setelah beberapa bulan membisu. Dengan senyuman, pertama kali Leftenan Everett Mikail masak masakan yang sedap dan menyelerakan. Gembira punya hal dapat dengar suara anak itu, sanggup dia masak banyak masakan hingga anak angkatnya itu tidak dapat menyumbatnya lagi ke dalam mulut. Penerimaan Arina dengan nya Memang memakan masa berbulan. Setelah hampir 6 bulan tinggal dengan nya, baru Arina mahu bercerita akan perihal dirinya.
Satu hari, Leftenan membawa satu fail yang mengandungi maklumat berkenaan Taiga dan konco nya. Dan entah bagaimana, fail itu berada di tangan Arina, ringan saja mulutnya memberitahu segala nya berkenaan Taiga, kelemahan dan semua tempat mereka bersembunyi. Malah gadis itu juga tahu akan sesiapa yang berhubung dengan Taiga, berurusan dengannya dan kegiatan nya, banyak juga nama yang terbongkar dan juga perbuatan mereka. itu sebabnya, kes itu, selesai dengan cepat dengan adanya maklumat yang banyak mengenai kegiatan Taiga. Namun, gadis itu meminta agar tidak memberitahu sesiapa bahawa dia yang memberitahu semuanya.
“ Yang ni saya kenal, saya pernah terserempak dengan dia sekali, di jepun.” Arina menghulurkan gambar yang terdapat di dalam fail itu.
“ Ni? Kat mana anak jumpa?” soalnya tidak sabar.
“ Dekat jepun. Dia ni ada connection dengan Yakuza. Kalau tengok muka Memang la tua dah tinggal nak mampos, tapi, pengaruh dia kuat. Itu je yang saya tau. dan yang ni…” sambungnya sambil menghulurkan lagi sekeping gambar. Leftenan Everett Mikail terkejut. Banyak betul yang gadis itu tahu.
“ Ni orang kanan pada kumpulan gangster kat Russia.” Terangnya. Leftenan Everett Mikail semakin berminat dengan anak muda ini. Banyak persoalan yang terlintas di benaknya, namun cuma disimpan dahulu.
“ How do you know?” soalnya.
“ I’ve met this guy when I’m at Moscow.” Jawabnya kemudian. Kemudian membelek lagi beberapa gambar. Satu persatu diserahkan kepada lelaki separuh umur itu dan memberitahu identiti mereka. Ketika itu, dia hanya ingin tahu, siapa sebenarnya gadis ini??


Makan malam mereka amat meriah pada malam itu. Seluruh keluarga berkumpul di rumah peninggalan keluarga demi untuk bertemu dengan abang sulung mereka, Muhammad Shahrizal Affan a.k.a. abang ninja. Dahi Rizal berkerut mendengan adik bongsunya ketawa bagai lupa dunia ketika memanggilnya dengan gelaran ninja. Laju tangan nya menyekeh kepala adik nya.
“ Ouch, sakit la bang. Agak – agak le kalau nak sekeh tu. Boleh leper kepala Lia dengan tangan abang ni.” Bentaknya. Izzat dan Ikram hanya ketawa. Walaupun keluarga nya kecil, namun, jika bertemu, boleh mengalahkan berpuluh orang jika mengikut skala kebisingan mereka.
“ Sapa suruh cari pasal. Sebut lagi ninja, abang karate kepala tu nanti.” Giat Rizal tersengih – sengih. Sekejap menayang muka serius nya, tapi sekejap saja. Rasa kesunyian nya sedikit terubat dengan adanya keluarga disisi nya. 
“ Dah. Sudah la tu. Gaduh mengalahkan Budak – Budak.” Tegur Izzat. Rizal bangkit diikuti oleh Ikram dan Izzat ke ruang tamu. Camelia mengemas meja makan dan berlalu ke dapur untuk membancuh air kopi. Rizal menekan punat remote. Dia memilih channel sukan untuk melihat perlawanan bola. Tidak lama kemudian, Camelia datang menatang dulang berisi air kopi. Setelah menuang air, dia duduk di sisi suaminya.
“ Apa ni, tengok bola. Boring nya.” Komen nya sedikit kuat. Serta merta tiga kepala menoleh ke Arahnya. Rizal yang memegang remote terus menaikkan lagi volume televisyen. Sengaja hendak menyakitkan hati Camelia. Dia sudah masak dengan Camelia yang tidak minat dengan sukan. Izzat ketawa. Camelia menayang muka singa nya.
“ Abang. Low down the volume. Bingit lah.” Marah nya. Rizal buat – buat tak dengar. Camelia memandang Ikram, minta simpati. Ikram yang faham akan renungan itu lantas menurunkan volume tv.
“ Baik la dia, ada Ikram tolong.” Usik Rizal. Camelia memberikan jelingan.
“ Itukan ‘My Man’ dia.” Sambung Izzat. Ikram ketawa. Bukan kerana nama nya yang dibangkitkan, tapi melihat reaksi isterinya yang nyata geram akan kedua abang – abang nya. Ikram memeluk bahu isterinya.
“ My man ke, Ip man ke, Superman ke, semuanya bukan abang. Abang nak jadi Lawyer man Lia.’’ Sambung Ikram. Lia ketawa kecil. Kemudian bersandar ke bahu Ikram. Rizal sudah menukar ke channel lain. Channel HBO menjadi pilihan nya, cerita Tears Of The Sun menjadi pilihan nya.
“ It so typical you la, ninja. Takde cerita lain ke selain perang?” komen Camelia lagi. Soalan Camelia dibiarkan sepi. Semua khusyuk menonton cerita itu, dimana Bruce Willis dan group nya menjalankan misi menyelamatkan seorang doctor wanita di Nigeria. Camelia langsung tidak menumpukan perhatian. Dia melihat suaminya yang juga sangat khusyuk menonton, kemudian dia melihat Izzat yang baring di lantai. Akhirnya dia mengerling ke arah Rizal. Semuanya menumpukan kepada cerita. Matanya menangkap remote yang berada sebelah suaminya. Muncul idea nakal di benaknya, perlahan jarinya bergerak mencapai remote. Mujur remote itu tidak jauh. Dapat saja remote di tangan, dan…
“ Oooooooiii!!!” ketiga – tiga mereka menjerit apabila skrin tiba – tiba gelap. Camelia menahan ketawa.

Dua hari Arisa kesunyian di rumah sejak ibunya senyap – senyap pergi bercuti. Sengaja dia mengambil cuti, untuk berehat. Pak Harun dan Mak Enot juga dibenarkan balik kampung. Tinggal dia keseorangan di rumah yang sederhana besar itu. sungguh dia kebosanan seorang diri di rumah. Semua sudah dilakukan nya hari ini, mengemas rumah, masak, siap shopping barang makan lagi tadi.
“ Baru aku tau, ni perasaan budak tu dalam cerita Home alone. Menyesal jugak aku ambik cuti. Adeii.” Ujarnya.
“ Menyesal pulak aku suruh Pak harun dan Mak Enot balik hari tu.” gumamnya sendiri. Dia naik ke bilik dan membawa laptopnya turun ke ruang tamu. Laptopnya dibuka dan dia berlalu ke dapur untuk mengambil snek. Setelah itu, dia menyiapkan kerjanya hingga tidak menyedari hari sudah malam. Dia berlalu ke bilik nya untuk mandi. Tanpa dia sedari, ada beberapa mata yang dari tadi memerhatikannya dari satu sudut.

“ Uwaah… Selesanya lepas mandi.” Katanya sendiri. Arisa melangkah ke almari baju dan membuka almari sliding door miliknya. Baru tangannya mencapai baju tidur, badan nya ditolak ke belakang. Arisa menjerit, seorang lelaki memakai topeng keluar dari almarinya. Hatinya berdegup kencang. Kini bukan seorang, tetapi dua yang muncul. Seorang lagi masuk dari pintu biliknya, kemudian mengunci biliknya dari dalam. Tuhan saja yang tahu betapa takutnya Arisa kini. Dua lelaki tadi senyum melihatnya yang hanya bertuala itu. Oleh kerana ketakutan, sepatah ayat pun tidak mampu diluahkan dari bibir mungil nya. Dia melangkah ke belakang.
“  Takut?” salah satu lelaki yang bertopeng itu bersuara. ‘ Mestilah takut, kau gila!’ bentaknya dalam hati. Entah kenapa mulutnya terkunci saat itu. Pergerakan badannya terbatas kerana saat itu, tubuhnya sudah mengenai meja soleknya.
“ Don’t be scared my dear.” Ujar yang seorang lagi.
“ Ya Allah. Selamatkan HambaMu.” Doanya dalam hati. Tangan nya memegang tuala dengan kuat. Sebelah lagi memegang meja solek nya.
“ DIE!” jerit seorang lagi dan meluru menyerangnya. Arisa memejam matanya. Kemudian dia mendengar bunyi seperti ada orang dipukul. Perlahan dia mencelikkan matanya. Lelaki itu sudah rebah. Yang seorang lagi tergamam. Matanya buntang melihat sebelah tangan nya yang memegang bingkai gambar yang terletak di mejanya. Terdapat kesan darah pada bingkai gambar yang diperbuat dari aluminium itu. Akalnya mencerna bahawa dia berjaya mencederakan lelaki yang terbaring tadi. Arisa menutup mulutnya, bingkai gambar tadi dilepaskan.
“ Kau! Mati kau kali ni!” ugut lelaki yang seorang lagi dan mengeluarkan pisau belati. Entah Bagaimana badan Arisa mampu bergerak dengan sendiri nya dan mengelak serangan lelaki bertopeng itu. Tanpa sedar, dia melompat dan menendang bahagian kepala lelaki tadi. Lelaki itu jatuh, pisaunya tercampak jauh darinya. Arisa menapak ke belakang. Matanya melihat pintu bilik. Laju kakinya berlari ke pintu dan keluar. langkahnya laju menuruni tangga. Perasaan nya yang hendak menangis yang sejak tadi ditahan akhirnya keluar juga. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Awal. Pada masa yang sama dia menuju ke dapur. Pisau yang terletak di tempatnya dicapai dan bersandar di balik peti sejuk ketakutan. Sebaik saja awal mengangkat telefon nya, semakin laju tangisnya.
“ Hello.”
“ Awal. To.. Tolong. Ada orang, nak.. bunuh aku.. aku takut.. Awal..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, tangan nya ditarik dan badan nya terjelepok ke lantai. Telefon nya terhempas jauh darinya.
“ Arisa!! Helo!!” Awal dihujung talian sudah mula dihambat rasa risau. Dia menelefon polis.
“ Mana kau nak lari hah?! Hahaha..” ugut lelaki tadi. Arisa sudah mengigil ketakutan. pisau ditangan nya dipegang kejap. Lelaki itu melangkah menuju ke Arahnya. Tinggal selangkah lagi jarak mereka, Arisa terus melibaskan pisau ke kaki lelaki itu. belum sempat Arisa melarikan diri, badan nya ditendang. Hampir terlupa bahawa terdapat dua orang penjenayah yang berada di rumahnya. Badan Arisa terdorong ke kaunter dapur. Serta merta badan nya dihimpit. Tuala yang membaluti tubuhnya ditarik kasar.
“ Awaaallll!!!! Tolong!!!” jeritnya. Pang!!! Pipinya ditampar kuat. Terasa berpinar kepalanya. Tangan nya menutup badannya yang terdedah. Sekali lagi pipinya ditampar kuat. Tubuhnya terhumban ke hujung kaunter dan kepalanya terhantuk di bucu kerusi yang berada di situ. Kini, dia tidak nampak apa – apa lagi.

“ Adoi!!” Arina mengaduh. Dia membuka matanya. Kepalanya terhantuk ke lantai. Apa punya mimpi ni? Sampai aku ganas sangat tidur. Dia bangkit. Katil nya sudah serabai. Matanya tertancap ke atas cadar. Merah. Kesan darah. Tangan nya terdapat kesan luka dan ada kesan kaca berdekatan dengan katilnya. Sah, memang dia mengigau sampai gelas di meja sisi pun jadi mangsa. Hairan dengan mimpinya yang didatangi dua orang penjahat. Dia berlalu mendapatkan first aid. Kemudian dia bersiap – siap untuk ke pejabat. 

No comments:

Post a Comment