BAB 16
Ketukan
pintu yang kuat membuatkan kerja Arina terhenti. Dia mengangkat wajahnya.
Separuh badan Jay terjegul di muka pintu. Arina menarik nafas. Dia sudah
mengagak lelaki itu mesti mengajaknya makan tengah hari lagi. semenjak Camelia
bercuti, selama itulah juga biliknya menjadi bilik pelawat dan semestinya
pelawat yang sering mengunjunginya adalah Jay. Matanya menyoroti langkah Jay
hingga ke mejanya. Lelaki itu duduk tanpa dijemput.
“
Have lunch with me my dear.” Ajaknya penuh romantis. Arina seperti biasa buat
muka bekunya.
“
Mister Jay, awak nampak tak, pintu tu?” katanya. Jay menoleh ke arah pintu.
Kemudian jejaka itu mengangguk.
“
Yes. Itu Memang pintu. Kenapa? Awak nak saya tolong bukak kan ke?” selorohnya.
Arina memberi senyuman sesinis yang mungkin.
“
Ya. Bukak dan tolong keluar sekali. Saya tak nak diganggu. Saya nak buat kerja.
Please. Get out of my office.” Bentak nya tegas. Jay diam, kemudian senyum.
Gadis itu Memang susah lentur dengan ajakan nya. Dia bangkit dan berlalu
keluar. Arina senyum. Akhirnya mengalah jugak mamat sengih ni! Nasib baik lusa
Camelia dah start kerja. Senang jugak aku nak halang dia jadi pengunjung tegar
bilik ni. Dia meneruskan kerjanya.
“
I’ll come again tomorrow, sayang.” Ayat terakhir dari Jay membuatkan Arina
menoleh semula ke pintu. Jay sempat mengenyitkan matanya sebelum menutup daun
pintu. Arina menjelingkan matanya ke atas.
“
Memang dasar buaya Emas betul la.” Gumamnya sendiri.
Camelia
duduk termenung sendiri di pangkin rumah peninggalan arwah keluarga mereka.
Jauh termenung hinggakan Rizal sampai pun dia tidak sedar. Rizal keluar dari
perut kereta Mazda RX-8 miliknya. Sampai saja di rumah, matanya terus tertancap
ke arah sekujur tubuh milik adiknya. Tanpa pamitan, dia duduk di sisi Camelia.
Dan seperti adiknya, dia juga termenung. Badan nya masih letih kerana baru saja
balik dari misi yang mencabar bagi nya. Luka yang masih berbekas di tubuh cuba
disembunyikan sebaik mungkin. Tidak mahu adik beradiknya melihat kesan di badan
nya.
SUASANA
di kampung di negara Nigeria amat daif sekali. Penduduknya masih hidup dalam
keadaan yang miskin dan bergantung kepada hasil tanaman dan hasil hutan. Mata
pencarian mereka hanya lah dari hasil buruan dan tanaman saja. Di satu lokasi,
Rizal dan kumpulan nya bersedia untuk menyusup masuk ke dalam kampung. Rizal
memeberi signal kepada Sam yang bersembunyi di belakang pokok pisang. Badan
mereka yang ditutupi oleh daun dan baju yang gelap menyamai keadaan pokok
sekeliling. memandangkan pada masa itu malam, amat sukar untuk sesiapa untuk
mengetahui kehadiran mereka. Apabila keadaan selamat, Sam memberi signal kepada
ahli yang lain untuk bergerak. Mereka menyusup dengan senyap menuju ke sebuah
rumah yang dijadikan rumah sakit. Sam mendahului di hadapan, dan Rizal pula
mengikutnya dari belakang. Eddie menunggu dan mengawal di atas pokok, Azmi dan
Sandra pula berada di tepi sungai berdekatan kampung itu. Mereka perlahan masuk
ke dalam rumah itu. Serta merta hidung mereka menangkap bau darah dan bau
ubatan yang sudah sebati di rumah itu. pesakit yang rata – rata nya dari
golongan tua dan muda berbaring lemah di katil. Darah juga kelihatan masih
merah lagi dari balutan luka mereka. Sam terus menuju ke bilik yang paling
hujung sekali. Bilik yang Cuma ditutup dengan kain diselak. Empat pasang mata
kelihatan terkejut dengan kehadiran mereka.
“
Who are you?! And what are you doing. You’re interfering in a middle of a
operation!” sergah seorang doctor lelaki.
“
Kamu doctor Nur Azlina binti Sahib dan Mohd Hakimi Isa bin Mohd Tahir?” Tanya
nya. Apabila kedua – duanya tidak menjawab, Rizal menyambung katanya.
“
I assume you two are. Kamu berdua mesti ikut kami balik ke Malaysia. Malam ini
juga.” Terangnya lebih kepada mengarah. Kedua – duanya tergamam. Agaknya masih
tidak faham akan maksud katanya tadi. Doctor Hakimi membuka sarung tangannya.
Dia melihat ke arah isterinya. Memberi isyarat untuk meneruskan rawatan.
“
Zal, kau assist doctor ni kejap.” Arahnya. Sam terus mengambil tempat.
“
Saya tolong puan.” Ujarnya. Rizal dan doctor Hakimi keluar dari bilik itu.
nyata sekali doctor lelaki ini masih tidak puas hati dengan kedatangan mereka
yang tidak diundang itu.
“
Would you tell me, why are you here? Awak tahu tak, awak mungkin akan
mengganggu penduduk kampung ini. Kampung ni sudah teruk diserang beberapa hari
lepas. Melihat kamu di sini, mungkin mereka akan menganggap kamu adalah orang
jahat.” Tegasnya separuh berbisik. Mungkin tidak mahu mengganggu ketenteraman
pesakitnya. Mereka berjalan keluar dari rumah itu. Rizal memberi isyarat kepada
Eddie. Eddie mengangguk dan mereka berjalan menuju ke satu sudut.
“
Kami adalah wakil yang diarah untuk membawa kamu berdua balik ke Malaysia. Saya
tidak dapat jelaskan lebih lanjut, tapi, nyawa anda berdua dalam bahaya jika
kamu teruskan untuk berada di sini. Negara ni disahkan sudah tidak selamat
lagi, jadi kami di arahkan untuk membawa kamu balik semula ke Malaysia.”
terangnya. Doctor Hakimi terdiam. Dia merenung sekelilingnya. Kemudian satu
keluhan keluar dari bibirnya.
“
I can’t just leave them like this. Not like this.” Ucapnya perlahan. Rizal
diam. Matanya merenung tepat ke wajah dihadapan nya. Lama doctor itu diam
sebelum menyambung katanya.
“
I can’t go. I won’t leave them. I can’t just leave them and and live while I
see them suffer. Saya minta maaf. Saya takkan balik.” Doctor Hakimi membuat
keputusan. Rizal merenung matanya. Wajah doctor itu sangat tenang tatkala
menutur katanya.
“
Saya tau kamu mesti tak suka akan keputusan saya, tapi, saya harap awak faham.
Saya dah berada di sini hampir 6 bulan, dan saya dah lihat banyak perkara yang
menyedihkan. Dan saya tak sanggup untuk tinggalkan mereka begitu je. Saya nak
tinggal di sini untuk tolong mereka.” tegasnya. Rizal tersentak, namun cuba
dikawal perasaannya kini.
“
Saya pun takkan tinggalkan tempat ni.” Sampuk seseorang dari satu sudut. Rizal
dan doctor Hakimi menoleh ke arah suara itu. Doktor Nur Azlina berjalan
mendekati mereka berdua. Tangan suaminya disambut.
“
Saya takkan tinggalkan tempat ni, bang.” Ujarnya kepada suaminya. Doctor Hakimi
membalas genggaman isterinya. Rizal tidak membalas. Seakan – akan sukar
untuknya memaksa mereka mengikutnya balik.
“
Kamu balik lah. Kami akan tanggung risiko sebab tinggal sini.” Ujarnya lembut.
Rizal diam. Kemudian dia memanggil Azmi. Keesokan harinya, mereka balik semula
ke Malaysia. Diingatnya panas hingga ke petang, Rupanya hujan ditengah hari.
Belum lama mereka bertolak pergi, kampung tersebut diserang. Bingit bunyi nya
hingga mampu didengari oleh mereka yang kian menjauh di atas helikopter. Mereka
pandang sesama diri.
“
Zal.” Tegur Daniel. Bahu Rizal dipegang. Dia tahu Rizal sedang memikirkan
sesuatu.
“
Kita patah balik.” Ujar Rizal kemudian. Daniel senyum. Akhirnya helicopter yang
dinaiki mereka berpatah semula ke kampung tadi. Mereka mendarat di kawasan yang
lapang yang agak jauh dari kampung tersebut. Seketika mereka sampai di kampung
itu, semua tergamam. Apa yang dilihat saat itu Sukar digambarkan oleh kata –
kata. Darah dan mayat bergelimpangan di tanah. Seketika nafas Rizal sesak.
Namun Cepat – Cepat disabarkan hatinya. Dia memberi arahan kepada anak buahnya
untuk bersedia menyerang. mereka bergerak dalam dua kumpulan. Daniel dan Rizal,
Azmi dengan Sandra, manakala Eddie dan Sam pula menjadi penembak tepat dari
jauh. Satu persatu askar militia tumbang dengan serang hendap mereka. Mereka
bergerak perlahan menumpaskan musuh hingga ke hujung kampung.
“
Zal.” Bisik Daniel sambil menunjukkan ke dalam rumah yang dijadikan rumah
sakit. Rizal menilik ke dalam. Dia terdengar jeritan perempuan, dan dua orang
askar militia yang sedag membuat sesuatu. Dia memberi isyarat kepada Daniel.
Daniel menolak daun pintu dan menembak salah seorang dari askar militia tadi,
dan dia cuba menembak yang seorang lagi, namun sempat dielak dan dia pula
ditembak di bahu. Daniel menembak tepat mengenai kepala askar militia tadi.
Buntang matanya melihat keadaan rumah itu. Semua pesakit yang terlantar di atas
katil berlumuran darah. Ada yang ditembak, ada pula yang di sembelih dan
ditetak. Sayu hatinya melihat keadaan itu. Kejam sekali!. Dengan perasaan yang
bercampur baur, mereka memastikan rumah itu selamat, Rizal meninjau ke dalam
bilik bedah.
“
Doktor berdua tu dah takde.” Katanya pada Daniel. Belum sempat Daniel membalas,
mereka dikejutkan dengan jeritan kuat dari luar rumah. Cepat langkahnya berlari
keluar dari rumah sakit itu. Semua musuh sudah tumbang, mereka mencari punca
jeritan tadi.
“
Ya Allah!” Luluh hatinya melihat pandangan yang dihidang di hadapan matanya
kini. Doktor Hakimi disumbat dengan tayar dan dibakar hidup – hidup dan
isterinya diikat di satu tiang dibogelkan dan dibakar. Serta merta amarahnya
naik dan menembak tepat ke arah askar militia yang berdiri tidak jauh dari
mangsanya. Daniel dan yang lain mencari air dan cuba memadamkan api yang
menjilat tubuh dua insan itu.
“
Allahuakbar.” Rizal mendapatkan tubuh longlai Doktor Hakimi. Lelaki itu sudah
tinggal nyawa – nyawa ikan. Gugur air mata lelakinya melihat keadaan seorang
hamba Allah yang menyayat hati. Bibir doktor Hakimi yang sudah kehitaman cuba
berkata sesuatu. Matanya melihat ke arah isterinya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Sandra mendapatkan mayat doktor Nur Azlina dan menutup tubuh insan yang sudah
tidak bernyawa itu. rizal mendekatkan bibirnya ke telinga doctor Hakimi.
“
Mengucap doctor.” Bisiknya. Lemah doctor Hakimi mengucap dua kalimah syahadah
dan menghembuskan nafas terakhirnya di bumi asing.
“
Abang.” Suara Camelia mengejutkan lamunan Rizal. Dari tadi dia memanggil nama
abangnya, namun, tiada sebarang reaksi, melihat air mata yang gugur di tubir
mata abangnya membuatkan nya terkejut. Rizal menoleh.
“
Kenapa abang ni?” soalnya. Rizal menganggkat kening tidak faham.
“
Abang kenangkan apa sampai menangis?” sambung Camelia sambil memegang tangan
Rizal. Rizal bagai tersedar. Dia meraba pipinya. Tanpa sedar dia mengalirkan
airmata mengenangkan kejadia beberapa hari lalu. Rizal menggeleng.
“
Takde apa – apa. Mata abang masuk habuk kot. Haha. Tak perasan pulak.” Ujarnya
menutup perasaan nya kini. Camelia mengecilkan matanya, tanda tidak percaya
dengan jawapan abangnya.
“
Betul lah. Tak de apa – apa la.” Katanya cuba meyakinkan Camelia. Akhirnya
Camelia mengangguk.
“
Ye lah. Siapa la kita nak tau sebab abang menangis. Teringat awek eh.” Usik
Camelia. Rizal senyum.
“
Takkan la ingat awek sampai menangis. Sejak bilanya abang ni ada masa nak
menangis sebab perempuan. Agak – agak la dik oi bila nak meneka tu. Salah tebak
karang diri yang sakit kena cubitan abang ni. ” Balasnya menyangkal ayat
Camelia. Camelia ketawa kecil.
“
Hmm.. Habis tu apa la? Or, abang ingat arwah mak dan abah?” tekanya lagi. rizal
membuang pandang ke hadapan. Kemudian mengangguk.
“
Hmmm..” bohongnya. Camelia mengusap belakang Rizal. Cuba memberi kekuatan
kepada abangnya. Walau sudah kehilangan ibu dan bapa, namun, keluarga mereka
masih berdiri teguh. Ikatan kasih sayang yang diberi kepadanya tidak pernah
putus. Camelia ingat lagi, ketika itu, abangnya tidak mengalirkan walau setitis
pun air mata. Sebaliknya dengan tenang dia menguruskan jenazah ibu dan bapa
mereka. Walaupun begitu, dia tahu, di hati abangnya menangis cuma tidak
dizahirkan perasaan itu. Hanya dia dan Izzat saja yang menangis dengan
pemergian orang tua mereka. Rizal mengalihkan tubuhnya apabila usapan adiknya
mengenai luka tembakan nya.
“
Sudah lah, Lia. Jangan dikenang yang sudah tiada. Doakan mak dan abah je yang kita mampu.” Ujarnya perlahan sambil
memandang langit. Camelia mengangguk. Angin petang bagai membuai Perasaan
mereka ketika itu.
“
Eh, Ikram mana?” soalnya tiba – tiba. Hairan juga bila dia balik, suami adiknya
itu tidak kelihatan pun.
“
Abang Ikram dah balik. Cuti dia kan dah habis. Cuti Lia je belum. Lusa baru
habis. Abang hantar Lia esok eh.” Ujar Lia sambil memaut tangan abangnya. Rizal
senyum dan mengangguk. Camelia membalas senyuman. Kemudian semyuman nya mati.
Dia memandang Rizal dengan pandangan yang penuh dengan seribu erti.
“
Emmm.. bang, kalau Lia mintak abang boleh bagi tak?” tanyanya dengan senyuman
sumbing. Rizal mengangkat kening. Mempamerkan wajah curiga plus ada udang di
sebalik batunya.
“
Apa dia?” soalnya kembali. Camelia senyum penuh mengharap.
“
Temankan Lia boleh?” Bertambah lipatan di dahi Rizal.
“
Lia nak pergi mana?”
“
Ermm.. minggu depan, ada annual dinner syarikat tempat Lia kerja. Abang Ikram
tak dapat teman, sebab dia terpaksa pergi Pahang masa tu. Err.. So, boleh tak
abang ganti dia?” pintanya dengan mata yang dikelip – kelip. Rizal ketawa.
“
Me? Dinner? No way, Lia. Lia kan tau abang tak minat dengan event macam tu.”
bantah Rizal. Camelia mula membuat mata Kesian. Tangan nya naik ke pangkal
lengan. Dimana luka Rizal berada. Rizal menahan sakit.
“
Pleeeeeaaaassseee, bang. Sekali je.” Pujuknya bagai kanak – kanak kecil. Rizal
yang sudah tidak tahan dengan sakit di bahunya terpaksa mengangguk. Camelia
senyum menang dan melepaskan lengan abangnya. Rizal merasa seperti lukanya
terbuka kembali.
“
Emm.. abang masuk dulu.” Katanya terus berlalu. Lukanya perlu dibalut semula.
No comments:
Post a Comment