BAB 14
Baju
singletnya sudah renyah dihujani oleh Peluh. Namun itu tidak sedikit pun
tenaganya berkurangan. Punching bag itu ditumbuk dan ditendang. Ilmu seni
mempertahankan diri nya masih dipraktikkan walau sudah beberapa lama
ditinggalkan. Walaupun dia sudah secara rasminya selamat dari bahaya, namun,
apa salahnya mengambil langkah berjaga – jaga. Dia menendang kuat punching bag
itu. Skill nya masih lagi kuat. Ilmu yang diajar kepadanya tanpa rela hati dia
terpaksa menerima. Selama 20 tahun dia dipaksa belajar seni pertahankan diri,
kini, sukar untuk dia membuang ilmu itu. setelah 4 jam dia bertinju dengan punching
bag, akhirnya dia duduk keletihan. Dia mengesat peluhnya. Botol airnya dicapai.
Perlahan dia meneguk air hingga habis sebotol. Setelah dia mendapat tenaga
semula, dia berdiri dan meninggalkan bilik senaman rumahnya. Masuk saja dalam
bilik tidurnya, iphone nya berbunyi minta diangkat.
“
Hello, pa.”
“
Hello. Eh, Assalamualaikum.” Papanya membetulkan ayat. Dia ketawa.
“
Waalaikumsalam. Hmm. Papa buat apa? Apa khabar?” soalnya. Leftenan Everett
Mikail senyum. Jikalau menelefon Arina, mesti tidak ketinggalan soalan yang
sama.
“
Papa kat rumah ni, rindu dekat Rina. Papa baik je. Sihat. Kerja je ada busy
sikit. Rina bila nak balik Melaka? Papa rindu nak jumpa anak papa ni.” Ujarnya.
Arina diam.
“
Okey. Nanti Rina datang. Hari Isnin depan Rina ambik cuti. Letih jugak kerja
memanjang.” Ujarnya terus membuat keputusan.
“
Kalau macam ni, papa pun ambik cuti jugak lah. Kita bercuti, nak? And, papa ada
benda nak bagitau kat Rina nanti.” Ujarnya gembira. Arina sudah mula tertanya –
tanya dengan ayat terakhir papanya. Belum sempat Arina hendak mengusulkan
soalan, papanya sudah meletak telefon. Arina menjuih bibir.
“
Papanya Memang suka nak buat hati Rina tertanya – tanya. Takpe, esok aku tanya
sampai papa jenuh.” Katanya sendiri. Di hujung talian, Leftenan Everett Mikail
sudah tersengih – sengih. Biarlah anak angkatnya tertanya – tanya. Dia membelek
fail yang baru semalam diterimanya. Gambar Arina dipinkan di dalam fail itu.
Semua maklumat mengenai asal usul Arina sudah diterima nya. Leftenan Everett
Mikail senyum. Dalam pada masa yang sama, dia juga bersedih. Arina adalah satu
– satunya anak yang dia ada, Walaupun cuma anak angkat, dia tetap menyayangi
Arina macam anak sendiri. Satu persatu maklumat itu dibacanya.
“
Nama Arina Marissa binti Hasbullah. Lahir pada 22 september 1987, Perempuan,
Islam. Negeri asal, Johor. Was kidnapped on 1989.” Bacanya perlahan. Arina diculik pada umur 2 tahun. Dijual di
Thailand. Dibeli oleh Taiga. Nama yang sudah tenggelam kini naik semula.
Fikiran nya melayang pada masa lalu. Ketika dia sekali lagi dipertemukan dengan
anak angkatnya. Ceritanya pula, susah untuk diterima akal, namun, itulah yang
berlaku. Beberapa orang askar di kem telah menemui gadis itu di dalam hutan
ketika mereka menjalankan latihan. Gadis itu kelihatan dalam ketakutan, cedera
dan hampir terbunuh oleh salah seorang dari askar yang menjalani latihan pada
masa itu. Hampir seminggu Arina disoal siasat, namun gadis itu tidak berkata
apa – apa. Akhirnya dia dilepaskan setelah diyakini gadis itu bukan nya
ancaman. Kasihan juga apabila melihat keadaan Arina pada masa itu. Sukar
dibayangkan dengan kata – kata. Dia membawa Arina ke rumahnya dan Membiarkan
anak muda itu menyesuaikan diri pada keadaan dan rumah baru nya. Walaupun pada
mulanya, Arina melawan, namun dia mengikutnya juga, atas sebab apa, Leftenan
Everett Mikail juga tidak pasti. Pada mulanya, gadis itu langsung tidak
bercakap dengan nya, hanya Leftenan Everett Mikail saja yang rajin bercakap dan
bertanya, malah gadis itu hanya mengasingkan diri dari bertembung dengan nya.
Selain itu, anak muda itu juga sering membawa sebatang pen ketika terserempak
dengan nya. Baginya ianya suatu tabiat yang menghairankan, namun setelah
beberapa bulan tinggal dengan nya, barulah gadis itu berani membuka mulut untuk
melawan katanya. Leftenan Everett Mikail masih ingat lagi ayat pertama yang
keluar dari bibir mulus anak angkatnya.
“
Saya.. Lapar..” katanya perlahan. Ayat itu membuatkan nya terkejut pada satu
malam. Buku ‘Art of War’ yang dibacanya ditutup. Akhirnya gadis itu mahu juga
membuka mulutnya setelah beberapa bulan membisu. Dengan senyuman, pertama kali
Leftenan Everett Mikail masak masakan yang sedap dan menyelerakan. Gembira
punya hal dapat dengar suara anak itu, sanggup dia masak banyak masakan hingga
anak angkatnya itu tidak dapat menyumbatnya lagi ke dalam mulut. Penerimaan
Arina dengan nya Memang memakan masa berbulan. Setelah hampir 6 bulan tinggal
dengan nya, baru Arina mahu bercerita akan perihal dirinya.
Satu
hari, Leftenan membawa satu fail yang mengandungi maklumat berkenaan Taiga dan
konco nya. Dan entah bagaimana, fail itu berada di tangan Arina, ringan saja
mulutnya memberitahu segala nya berkenaan Taiga, kelemahan dan semua tempat
mereka bersembunyi. Malah gadis itu juga tahu akan sesiapa yang berhubung
dengan Taiga, berurusan dengannya dan kegiatan nya, banyak juga nama yang
terbongkar dan juga perbuatan mereka. itu sebabnya, kes itu, selesai dengan
cepat dengan adanya maklumat yang banyak mengenai kegiatan Taiga. Namun, gadis
itu meminta agar tidak memberitahu sesiapa bahawa dia yang memberitahu
semuanya.
“
Yang ni saya kenal, saya pernah terserempak dengan dia sekali, di jepun.” Arina
menghulurkan gambar yang terdapat di dalam fail itu.
“
Ni? Kat mana anak jumpa?” soalnya tidak sabar.
“
Dekat jepun. Dia ni ada connection dengan Yakuza. Kalau tengok muka Memang la
tua dah tinggal nak mampos, tapi, pengaruh dia kuat. Itu je yang saya tau. dan
yang ni…” sambungnya sambil menghulurkan lagi sekeping gambar. Leftenan Everett
Mikail terkejut. Banyak betul yang gadis itu tahu.
“
Ni orang kanan pada kumpulan gangster kat Russia.” Terangnya. Leftenan Everett
Mikail semakin berminat dengan anak muda ini. Banyak persoalan yang terlintas
di benaknya, namun cuma disimpan dahulu.
“
How do you know?” soalnya.
“
I’ve met this guy when I’m at Moscow.” Jawabnya kemudian. Kemudian membelek
lagi beberapa gambar. Satu persatu diserahkan kepada lelaki separuh umur itu
dan memberitahu identiti mereka. Ketika itu, dia hanya ingin tahu, siapa
sebenarnya gadis ini??
Makan
malam mereka amat meriah pada malam itu. Seluruh keluarga berkumpul di rumah
peninggalan keluarga demi untuk bertemu dengan abang sulung mereka, Muhammad
Shahrizal Affan a.k.a. abang ninja. Dahi Rizal berkerut mendengan adik
bongsunya ketawa bagai lupa dunia ketika memanggilnya dengan gelaran ninja.
Laju tangan nya menyekeh kepala adik nya.
“
Ouch, sakit la bang. Agak – agak le kalau nak sekeh tu. Boleh leper kepala Lia
dengan tangan abang ni.” Bentaknya. Izzat dan Ikram hanya ketawa. Walaupun
keluarga nya kecil, namun, jika bertemu, boleh mengalahkan berpuluh orang jika
mengikut skala kebisingan mereka.
“
Sapa suruh cari pasal. Sebut lagi ninja, abang karate kepala tu nanti.” Giat
Rizal tersengih – sengih. Sekejap menayang muka serius nya, tapi sekejap saja.
Rasa kesunyian nya sedikit terubat dengan adanya keluarga disisi nya.
“
Dah. Sudah la tu. Gaduh mengalahkan Budak – Budak.” Tegur Izzat. Rizal bangkit
diikuti oleh Ikram dan Izzat ke ruang tamu. Camelia mengemas meja makan dan
berlalu ke dapur untuk membancuh air kopi. Rizal menekan punat remote. Dia memilih
channel sukan untuk melihat perlawanan bola. Tidak lama kemudian, Camelia
datang menatang dulang berisi air kopi. Setelah menuang air, dia duduk di sisi
suaminya.
“
Apa ni, tengok bola. Boring nya.” Komen nya sedikit kuat. Serta merta tiga
kepala menoleh ke Arahnya. Rizal yang memegang remote terus menaikkan lagi
volume televisyen. Sengaja hendak menyakitkan hati Camelia. Dia sudah masak
dengan Camelia yang tidak minat dengan sukan. Izzat ketawa. Camelia menayang
muka singa nya.
“
Abang. Low down the volume. Bingit lah.” Marah nya. Rizal buat – buat tak
dengar. Camelia memandang Ikram, minta simpati. Ikram yang faham akan renungan
itu lantas menurunkan volume tv.
“
Baik la dia, ada Ikram tolong.” Usik Rizal. Camelia memberikan jelingan.
“
Itukan ‘My Man’ dia.” Sambung Izzat. Ikram ketawa. Bukan kerana nama nya yang
dibangkitkan, tapi melihat reaksi isterinya yang nyata geram akan kedua abang –
abang nya. Ikram memeluk bahu isterinya.
“
My man ke, Ip man ke, Superman ke, semuanya bukan abang. Abang nak jadi Lawyer
man Lia.’’ Sambung Ikram. Lia ketawa kecil. Kemudian bersandar ke bahu Ikram.
Rizal sudah menukar ke channel lain. Channel HBO menjadi pilihan nya, cerita
Tears Of The Sun menjadi pilihan nya.
“
It so typical you la, ninja. Takde cerita lain ke selain perang?” komen Camelia
lagi. Soalan Camelia dibiarkan sepi. Semua khusyuk menonton cerita itu, dimana
Bruce Willis dan group nya menjalankan misi menyelamatkan seorang doctor wanita
di Nigeria. Camelia langsung tidak menumpukan perhatian. Dia melihat suaminya
yang juga sangat khusyuk menonton, kemudian dia melihat Izzat yang baring di
lantai. Akhirnya dia mengerling ke arah Rizal. Semuanya menumpukan kepada
cerita. Matanya menangkap remote yang berada sebelah suaminya. Muncul idea
nakal di benaknya, perlahan jarinya bergerak mencapai remote. Mujur remote itu
tidak jauh. Dapat saja remote di tangan, dan…
“
Oooooooiii!!!” ketiga – tiga mereka menjerit apabila skrin tiba – tiba gelap.
Camelia menahan ketawa.
Dua
hari Arisa kesunyian di rumah sejak ibunya senyap – senyap pergi bercuti. Sengaja
dia mengambil cuti, untuk berehat. Pak Harun dan Mak Enot juga dibenarkan balik
kampung. Tinggal dia keseorangan di rumah yang sederhana besar itu. sungguh dia
kebosanan seorang diri di rumah. Semua sudah dilakukan nya hari ini, mengemas
rumah, masak, siap shopping barang makan lagi tadi.
“
Baru aku tau, ni perasaan budak tu dalam cerita Home alone. Menyesal jugak aku
ambik cuti. Adeii.” Ujarnya.
“
Menyesal pulak aku suruh Pak harun dan Mak Enot balik hari tu.” gumamnya
sendiri. Dia naik ke bilik dan membawa laptopnya turun ke ruang tamu. Laptopnya
dibuka dan dia berlalu ke dapur untuk mengambil snek. Setelah itu, dia
menyiapkan kerjanya hingga tidak menyedari hari sudah malam. Dia berlalu ke
bilik nya untuk mandi. Tanpa dia sedari, ada beberapa mata yang dari tadi
memerhatikannya dari satu sudut.
“
Uwaah… Selesanya lepas mandi.” Katanya sendiri. Arisa melangkah ke almari baju
dan membuka almari sliding door miliknya. Baru tangannya mencapai baju tidur,
badan nya ditolak ke belakang. Arisa menjerit, seorang lelaki memakai topeng
keluar dari almarinya. Hatinya berdegup kencang. Kini bukan seorang, tetapi dua
yang muncul. Seorang lagi masuk dari pintu biliknya, kemudian mengunci biliknya
dari dalam. Tuhan saja yang tahu betapa takutnya Arisa kini. Dua lelaki tadi
senyum melihatnya yang hanya bertuala itu. Oleh kerana ketakutan, sepatah ayat
pun tidak mampu diluahkan dari bibir mungil nya. Dia melangkah ke belakang.
“ Takut?” salah satu lelaki yang bertopeng itu
bersuara. ‘ Mestilah takut, kau gila!’ bentaknya dalam hati. Entah kenapa
mulutnya terkunci saat itu. Pergerakan badannya terbatas kerana saat itu,
tubuhnya sudah mengenai meja soleknya.
“
Don’t be scared my dear.” Ujar yang seorang lagi.
“
Ya Allah. Selamatkan HambaMu.” Doanya dalam hati. Tangan nya memegang tuala
dengan kuat. Sebelah lagi memegang meja solek nya.
“
DIE!” jerit seorang lagi dan meluru menyerangnya. Arisa memejam matanya.
Kemudian dia mendengar bunyi seperti ada orang dipukul. Perlahan dia
mencelikkan matanya. Lelaki itu sudah rebah. Yang seorang lagi tergamam.
Matanya buntang melihat sebelah tangan nya yang memegang bingkai gambar yang
terletak di mejanya. Terdapat kesan darah pada bingkai gambar yang diperbuat
dari aluminium itu. Akalnya mencerna bahawa dia berjaya mencederakan lelaki
yang terbaring tadi. Arisa menutup mulutnya, bingkai gambar tadi dilepaskan.
“
Kau! Mati kau kali ni!” ugut lelaki yang seorang lagi dan mengeluarkan pisau
belati. Entah Bagaimana badan Arisa mampu bergerak dengan sendiri nya dan
mengelak serangan lelaki bertopeng itu. Tanpa sedar, dia melompat dan menendang
bahagian kepala lelaki tadi. Lelaki itu jatuh, pisaunya tercampak jauh darinya.
Arisa menapak ke belakang. Matanya melihat pintu bilik. Laju kakinya berlari ke
pintu dan keluar. langkahnya laju menuruni tangga. Perasaan nya yang hendak
menangis yang sejak tadi ditahan akhirnya keluar juga. Dia mencapai telefon
bimbitnya dan mendail nombor Awal. Pada masa yang sama dia menuju ke dapur.
Pisau yang terletak di tempatnya dicapai dan bersandar di balik peti sejuk
ketakutan. Sebaik saja awal mengangkat telefon nya, semakin laju tangisnya.
“
Hello.”
“
Awal. To.. Tolong. Ada orang, nak.. bunuh aku.. aku takut.. Awal..” belum
sempat dia menghabiskan ayatnya, tangan nya ditarik dan badan nya terjelepok ke
lantai. Telefon nya terhempas jauh darinya.
“
Arisa!! Helo!!” Awal dihujung talian sudah mula dihambat rasa risau. Dia
menelefon polis.
“
Mana kau nak lari hah?! Hahaha..” ugut lelaki tadi. Arisa sudah mengigil
ketakutan. pisau ditangan nya dipegang kejap. Lelaki itu melangkah menuju ke
Arahnya. Tinggal selangkah lagi jarak mereka, Arisa terus melibaskan pisau ke
kaki lelaki itu. belum sempat Arisa melarikan diri, badan nya ditendang. Hampir
terlupa bahawa terdapat dua orang penjenayah yang berada di rumahnya. Badan
Arisa terdorong ke kaunter dapur. Serta merta badan nya dihimpit. Tuala yang
membaluti tubuhnya ditarik kasar.
“
Awaaallll!!!! Tolong!!!” jeritnya. Pang!!! Pipinya ditampar kuat. Terasa
berpinar kepalanya. Tangan nya menutup badannya yang terdedah. Sekali lagi
pipinya ditampar kuat. Tubuhnya terhumban ke hujung kaunter dan kepalanya
terhantuk di bucu kerusi yang berada di situ. Kini, dia tidak nampak apa – apa
lagi.
No comments:
Post a Comment