BAB 15
Dia
melihat dua orang kanak – kanak sedang bermain di buaian. Seorang duduk,
seorang lagi menghayunkan buaian. Mereka bermain dengan gembira.
“
Risa, kita tolong ayun eh.” Ujar si adik. Dia tersenyum melihat keakraban dua
beradik itu. Wajah mereka saling tak tumpah, memang serupa. Kembar Rupanya. Di
satu sudut, si ibu sedang duduk memerhati anak nya bermain.
“Eh,
itukan ibu?” katanya sendiri. Mata ibunya tidak jenuh memerhati sepasang kembar
yang leka bermain itu. pandangan nya beralih semula kepada adik beradik itu.
seorang lelaki yang tidak dikenali mendekati mereka. Tangan nya memegang dua
batang ais krim.
“
Adik, nak ais krim tak?” soalnya ke arah kembar berdua. Kanak – kanak yang
duduk di buaian turun dari buai dan berjalan menuju ke arah lelaki tadi. Ais
krim itu diberi kepadanya. Manakala yang seorang lagi cuma melihat kembarnya
berdekatan dengan lelaki itu. pandangan nya beralih kepada ibunya.
“
Eh, siapa tu?” katanya sendiri apabila ada seorang lelaki yang berbual dengan
ibunya. Pandangan nya beralih semula kepada kembar tadi apabila dia Mendengar
jeritan kanak – kanak tadi.
“
Risa!!” jerit kembarnya berlari mendapatkan yang seorang lagi. Kemudian
digigitnya peha lelaki itu. Pada masa yang sama, dia tersentak. Itu aku kah?
Dia melihat lelaki itu mencampak nya ke tanah. Kepala nya terhantuk ke batu.
Darah mulai keluar dari kepalanya. Dia yang melihat turut memegang kepalanya,
apa yang dilihatnya, turut dirasakan.
“
Risa!!!!” jerit kembarnya dan berlari mendapatkan Arisa, namun tanpa sempat
berbuat apa – apa, badannya dikendong dan dia dibawa lari. Dia ingin membantu,
namun, Entah kenapa dia hanya mampu melihat. dia beralih pandang ke arah
ibunya. Saat itu, ibunya sudah rebah akibat dipukul dengan batu.
“
Ibu!!” dia ingin menolong tapi kakinya kaku disitu. Arisa terbaring kaku di
tanah, manakala kembarnya dimasukkan ke dalam bonet kereta dan kereta itu
memecut laju.
“
Arisa… Arina..” telinga nya menangkap suara ibunya yang lemah sebelum ibunya
terkulai di situ.
“
RINA!!!!!” jeritnya. Automatic badannya terangkat dan terduduk. Arisa tercungap
– cungap. Air mata sudah turun dengan lajunya.
“
Risa..” Dia menoleh. Awal berada di sisinya. Tangan lelaki itu mengusap
belakangnya. Arisa bagai mengulangi sejarah tika itu. Semuanya bagaikan
dimainkan berulang – ulang di mindanya.
“
Kau kat hospital sekarang.” Awal menjawab. Tahu apa yang bermain di fikiran
gadis itu. Arisa melihat badannya. Lebam? Jangan – jangan….?? Awal yang sudah
mengagak reaksi Arisa terus memegang pipinya.
“
Awal, aku.. Aku dah di…” ujarnya tersekat – sekat. Awal menarik Arisa dalam
pelukan.
“
It’s okay. Kau tak apa – apa. Takda apa – apa yang terjadi kat kau.” Pujuknya.
Arisa menolak badan Awal. Apa yang diberitahu tadi sukar diterima akalnya.
Arisa menggeleng.
“
No. They raped me, right Awal? They did right? They did something to me. Tell
me the truth, Wal!!!” Bentaknya terus menutup tubuhnya. Awal merenung anak mata
Arisa. Kemudian dia menggeleng. Dia menarik Arisa kembali dalam pelukannya.
Hanya itu yang dapat difikirnya untuk menenangkan gadis kesayangan nya. Tanpa
sedar Arisa membalas pelukan itu. Awal tersentak. Tangan gadis itu tepat
mengenai luka di belakangnya. Dalam diam dia menahan sakitnya.
“
Shhh.. No. Diorang tak sempat. Aku sempat datang masa tu. I won’t let them hurt
you.” Jelasnya perlahan ditelinga Arisa. Air mata lancar menuruni pipi. Hatinya
memanjat kesyukuran. Nasib baik Awal ada kemahiran mempertahankan diri. Nasib
baik dia sempat datang ke rumah gadis itu. ketika dia tiba, gadis itu sudah
dalam keadaan yang mengaibkan dan hampir dirogol. Cepat dia mencapai pisau yang
terdampar di lantai dan menikam bahu kedua – dua penjahat itu. badan arisa
terlepas dan dia ters mendapatkan tubuh Arisa. Akibat kelalaian nya,
belakangnya terkelar oleh salah seorang lelaki yang bertopeng tadi. Awal
memeluk kejap badan Arisa. Dia memejam matanya. Kemudian telinganya mendengar
dua das tembakan dilepaskan. Polis sampai tepat pada masa dan dua lelaki tadi
mati ditembak.
Arisa
yang sedar dirinya dipeluk meleraikan pelukan Awal. Tika itu, kotak fikirannya
tertumpu kepada sebuah memori yang pernah dilupakan nya.
“
Rina. Awal. Rina. Aku nak cari Rina.” Ujarnya terus mencabut jarum yang dicucuk
di tangan nya. Dia turun dari katil. Awal menahan langkah nya.
“
Kau nak kemana tu? kau belum stabil lagi. Kau tak boleh pergi mana – mana.”
ujarnya mengarah. Dia menarik tangan Arisa dan menyuruhnya kembali ke katil.
Namun, gadis itu menepis tangannya dan ingin berlalu.
“
Lepaskan aku! Aku nak cari Rina.” Bentaknya apabila Awal sekali lagi menahan
tangan nya. Ketika itu doctor sudah masuk dan menahan badannya.
“
Lepaskan aku!!! Aku nak cari adik aku..!!! lepaslah!!” herdiknya dan cuba
melawan. Doctor terpaksa menyuntiknya dengan ubat penenang. Tidak lama
kemudian, badannya mulai lemah dan dia tertidur semula. Awal mendukung tubuh
Arisa ke katil.
“
Kenapa dia macam ni, Mir?” soalnya kepada doctor yang merawat Arisa. Doctor
Amir menulis sesuatu di atas kertas diagnos Arisa. Kemudian dia melakukan
pemeriksaan. Awal sudah kaget dengan keadaan Arisa yang tiba – tiba menyebut
nama yang dia sendiri tidak kenal ketika dia sedar tadi.
“
Aku rasa dia pernah amnesia.” Jelasnya setelah habis memeriksa keadaan Arisa.
Dahi Awal berkerut.
“
Maksud kau?” dia meminta penjelasan. Sahabatnya, Amir membuka cermin matanya
dan merenung Awal.
“
Aku rasa dia pernah hilang ingatan. Dan kejadian yang berlaku pada dia semalam
somehow trigger her mind about her forgotten past. Belakang kepala dia ada
kesan parut lama, maybe masa kecik dia ada terhantuk atau terjatuh dan kepala
dia terhentak kuat pada satu objek. And kejadian tiga hari lepas, dia terhantuk
lagi, dan itu yang membuatkan dia ingatan nya kembali semula.” Jelas nya
perlahan. Awal mengangguk faham.
“
So that explain a lot when I met her that time.” Katanya perlahan.
“
Explain what?” Amir mula menyoal. Awal membuat isyarat agar mereka berbincang
di luar.
“
Baru aku faham kenapa masa aku mula – mula kenal dia, dia tidur je memanjang.
Rupanya dia koma masa tu.” Awal memulakan ceritanya.
“
Aku kenal dia masa umur aku 5 tahun. Masa tu, dia baru pindah dekat sebelah
rumah aku. Aku nampak, bapa dia angkat dia masuk ke rumah. Aku ingat dia tidur
biasa je. Lepas tu, satu hari mama aku suruh aku bagi kuih dekat rumah dia. Aku
tengok dia masih jugak tidur. Ibu dia suruh aku selalu jenguk dia, jadi kawan
dia. Aku buat je, selalu datang rumah dia. Bawak mainan datang rumah dia, bawak
buku cerita, lepas tu baca depan dia, berbual dengan dia. Tapi dia tak jugak
bangun – bangun. Aku Tanya ibu dia, ibu dia cakap dia sakit, dan perlukan tidur
banyak. Lama jugak aku selalu jenguk dia, hari – hari sampai la satu hari tu
dia bangun. Ibu dan bapa dia gembira sangat. Tapi, dia siap tanya lagi, siapa
kami semua. Hairan, tapi aku tak kisah sangat, pasal aku happy sangat dia
akhirnya bangun.” Sambungnya lagi. amir mengangguk.
“
Have you called her parents?” soalnya. Awal mengangguk.
“
Diorang dah dalam perjalanan balik aku rasa. But, in the meantime, I’ll take
care of her. Just in case, kalau ada lagi orang yang serang dia datang balik.”
Balasnya. Doctor Amir mengangguk dan berlalu. Awal masuk kembali ke bilik
Arisa. Dia mengambil tempat duduk di sisi gadis itu.
“
Apa yang terjadi pada kau sebelum itu, Risa? Siapa Rina?” tangan Arisa diusap
perlahan. Lama dia merenung wajah lena Arisa, akhirnya dia terlelap disitu.
Arina
masuk ke pejabat agak lewat pagi itu. Camelia masih lagi bercuti. Pejabat juga
agak lenggang kerana banyak staf meminta cuti. Arina menarik nafas dalam –
dalam. Terkial – kial dia membuka pintu pejabatnya.
“
Err.. Boss nak saya tolong ke?” Dia menangkap satu suara. Perlahan dia
berpaling ke suara itu. Salah seorang pekerjanya mendekatinya. Dia beralih ke
tepi, Membiarkan staff nya membuka pintu untuknya.
“
Thank you.” Ucapnya sebelum masuk ke dalam bilik.
“
Err.. Kenapa dengan tangan boss tu?” dalam takut – takut staf nya bertanya.
Arina menoleh kembali.
“
Accident.” Jawabnya sepatah tanpa riak. Kemudian berlalu ke meja nya. Nasib
baik dia kidal. Kalau tak, confirm susah nak buat kerja. Arina memulakan
kerjanya. Pelan projek dibentang luas – luas.
“
Masuk.” Dia memberi arahan apabila Mendengar pintu bilik diketuk. Dia menangkat
mukanya.
“
Boleh saya bantu, Jay?” soalnya. Lelaki itu memberi senyuman dan datang ke meja
nya. Tapan dipelawa, dia duduk dengan selamba.
“
How can I help you?” soalnya kembali. Jay masih dengan senyuman nya. Dahi Arina
mula berkerut.
“
If you don’t have anything to say, please, get out of my room.” Arahnya tegas.
Jay memangku dagunya.
“
Can we eat lunch together today?” soalnya tiba – tiba. Arina mengangkat kening.
Rupanya, ada tujuan lelaki itu masuk ke pejabatnya. Arina menyilangkan jarinya.
Jay melihat tangan kanan Arina yang berbalut. Hatinya mula berdetak.
“
No.” jawabnya sepatah dan tegas. Jay senyum mendengar jawapan itu.
“
why?” soalnya.
“
I’m busy. As you can see.” Balasnya.
“
Everyone is busy, but they also need rest.” Tingkah Jay.
“
It’s because they work halfheartedly. I ate lunch when I want to. And
absolutely not with you.” Balasnya tanpa riak. Kemudian dia meneruskan
kerjanya. Malas hendak melayan lelaki itu. Belum lama masuk kerja sudah pandai
naik daun. Jay bersandar. Senyuman masih mekar di bibirnya. Ada sesuatu tentang
gadis itu menarik hatinya.
“
Betul kata semua orang. You are one hell of an Ice Queen.” Ujar Jay selamba.
Arina mengangkat mukanya. dia langsung tidak terasa dengan ayat ‘Ice Queen’
tadi.
“
If you already know. So, buat apa buang masa nak ajak saya, Encik Jay.” Ujarnya
tanpa riak. Matanya tajam merenung Lelaki dihadapan nya kini. Jay sekadar
tersenyum dan berdiri.
“
If you’re still interested. My offer are still on just for you, dear.” Ujarnya
sebelum beredar. Arina buat muka blur plus buat – buat tak tahu.
Rizal
dan kawan – kawan nya masuk ke dalam bilik taklimat. Mereka semua duduk dan
menunggu Leftenan Everett Mikail untuk masuk dan memberi taklimat kepada
mereka. masing – masing membuat hal sendiri. Sam mengangguk – angguk kepala
menghayati lagu heavy metal dengan ipod nya, Eddie pula sibuk membaca novel
English bertajuk Pride and Prejudice karya Jane Austen, Daniel dan Rizal pula
hanya duduk menanti sementara Azmi sibuk dengan komputernya. Mereka semua
menoleh apabila mendengar pintu bilik taklimat dibuka dari luar. Seorang wanita
berpakaian uniform tentera masuk dan berjalan menuju ke belakang bilik. Wanita
itu duduk di meja di belakang sekali. Lapan pasang mata melihat wanita itu
dengan penuh tanda tanya. Daniel berbalas pandangan dengan Rizal. Sam pula
mengangkat bahu dan meneruskan aktiviti mereka. Hanya Azmi saja yang masih
memandang wanita itu kerana wanita itu duduk berdekatan dengan mejanya. Wanita
itu membalas pandangan nya. Azmi melihat penampilag wanita itu dari hujung
rambut hingga ke hujung kaki. Kemudian dia membaca tag nama wanita itu.
“
Sandra. Your name?” ujarnya separuh berbisik. Sandra sekadar mengangguk. Azmi
memberikan senyuman pada Sandra.
“
I’m Azmi. This is our team. Yang dok baca buku sampai mata nak tercabut tu,
Eddie, yang tengah angguk kepala sampai nak terhantuk kat meja tu Sam, yang dok
sebelah menyebelah kat depan sana tu, Rizal dan Daniel.” Dia memperkenalkan
diri sekaligus kawan – kawan nya sekali. Sekali lagi Sandra mengangguk.
“
I’m Sandra.” Ujarnya memperkenalkan diri. Azmi mengangguk.
“
Kan dah sebut tadi nama.” Balasnya selamba. Sandra senyum. Senang dengan lelaki
di sebelahnya ini.
“
Awak baru report duty ke?” soalnya ingin tahu. Sandra mengangguk.
“
Your first day la ni?” soalnya lagi. Sandra menggeleng.
“
Nope. Not my first day. But my..” perbualan mereka terhenti apabila Leftenan
Everett Mikail masuk. Serentak mereka berdiri.
“
You all may sit down.” Arahnya sambil duduk di bucu meja. Mereka semua duduk.
Leftenan Everett Mikail melihat anak – anak buah nya. Matanya tertancap ke arah
meja di belakang sekali.
“
Agenda saya memanggil kamu semua kemari adalah saya nak kamu semua menjalankan
satu misi.” Leftenan Everett Mikail memulakan sepatah dua kata. Serentak itu,
bilik menjadi gelap dan LCD yang sedia dipasang memaparkan beberapa imej.
“
This is the information gather from one source about one activity yang
dilakukan di negara Nigeria. Mereka merupakan satu kumpulan militia yang
memberontak dengan kerajaan dan kini mereka mengganas di bandar and pihak
tentera kerajaan Sukar hendak membendung kegiatan mereka.” terangnya.
“
What is our primary Objective, Sir?” soal Azmi.
“
Your primary objective is, mencari dan
menyelamatkan dua orang doctor yang bernama Nur Azlina binti Sahib dan Mohd
Hakimi Isa bin Mohd Tahir. They were there to help the villagers that was
attacked dan secondary objective adalah menyelamatkan seorang lagi merupakan
warganegara Malaysia bernama Chen Li Lui yang tinggal di salah satu
perkampungan yang berada di negara itu. Memandangkan keadaan di sana sangat
bahaya untuk pihak kita untuk meminta mereka balik ke Malaysia, jadi misi ini
diberikan kepada kamu. Kamu akan diturunkan di sini dan kamu dikehendaki untuk
membawa package ke point yang ditetapkan, dan saya memberi amaran, keadaan di
sana dianggap sangat bahaya. So, any question? ” Terangnya lagi sambil
menunjukkan tiga gambar dan lokasi dimana misi mereka akan dijalankan.
“
Sir, rules of engagement?’’ soal Rizal.
“
Kamu akan pertahankan diri hanya jika diserang, dan jika tidak. Otherwise, do
not engage.” Jawabnya.
“
Anything else?” soalnya.
“
Well then, kamu akan bertolak esok selepas subuh, and prepare yourself
gentlemen and of course ladies, because apa yang bakal dilihat di sana mungkin
akan memberi effect kepada kamu.” Ujarnya. Mereka semua berdiri.
“
And, before I forgot. Kenalkan ini, ahli baru dalam team kamu, Sandra Alisya.
And Rizal, saya tahu kamu tidak menyukai adanya perempuan di dalam group, but,
in this case, she will be joining you guys for this upcoming mission.”
Jelasnya. Ternyata mereka semua terkejut. Rizal sekadar diam, Walaupun dia
tidak berapa suka akan keputusan ketuanya, namun apa boleh dibuat.
“
And of course, saya takkan masukkan dia dalam group ini jika saya tidak tahu
akan kemampuannya. You all may be dismissed.” Jelasnya sebelum berlalu keluar
meninggalkan mereka semua. Mereka semua terkebil – kebil dengan penjelasan
ketua mereka. mata Rizal mencerlung ke arah ahli baru mereka. Perlahan dia
melangkah ke arah wanita itu. Antara ikhlas dengan tidak dia menghulurkan
tangan nya. Sandra menyambut salam nya.
“
Welcome to our team. My advice, don’t die, cub.” Ujarnya terus berlalu. Sandra
diam. First impression nya kepada Rizal adalah, garang dan tegas. Bukan lelaki
yang senang didekati. Rizal pula secara automatic memberi gelaran Cub kepada
Sandra. Kemudian Eddie dan Sam pula mendekati Sandra.
“
Welcome. Harap dapat beri kerjasama nanti.” Kata Sam.
“
I agree with Rizal. Not that I underestimated woman in army, but, still, don’t
die out there.” Ujar Eddie. Sandra sekadar mengangguk.
“
Korang ni, jangan la takutkan dia pulak, nanti silap haribulan mati ketakutan
pulak dia, kita jugak yang kena dengan LT.” tegah Daniel. Kasihan pula dengan
ahli barunya. Baru saja mula kerja, sudah diberi amaran yang entah apa – apa.
Sandra senyum.
“
Awak jangan ambik hati sangat dengan kata – kata diorang tu. Diorang tu saja je
nak buat iman awak goyah.” Akhirnya Azmi membuka mulut setelah semua kawan nya
berlalu. Sandra menoleh ke arah Azmi.
“
Tak. Actually, saya tak gentar pun dengan apa yang diorang cakap. It makes me
feel alarmed.” Balasnya senang. Azmi mengemaskan laptopnya. Mereka berjalan
beriringan keluar dari bilik taklimat.
Kereta
Mitsubishi Evolution X dipandu laju membelah jalan. Setiap lencongan mesti
tidak ketinggalan aksi driftnya. Pemandunya tersenyum senang. Puas hati dengan
kebolehan kereta miliknya. Dia memberhentikan keretanya di perkarangan tempat
letak kereta di Penjara Kajang. Setelah memastikan keretany dikunci, dia
melangkah masuk ke dalam penjara dan terus berjalan menuju ke bahagian untuk
pelawat banduan. Setelah 15 minit menunggu, orang yang hendak dijumpai keluar
juga. Matanya ralit memandang banduan yang berjalan diiringi pengawal penjara
ke arahnya. Tangan dan kakinya digari. Wajahnya ditumbuhi jambang dan sugul
penampilannya. Namun matanya terpancar sinar dendam. Banduan itu duduk di
hadapannya. Dia mengukir senyuman.
“
Comment allez-vous? êtes-vous bien? ( Apa khabar? Sihat?)” dia memulakan
perbualan. Sengaja dia bercakap dalam bahasa perancis agar tiada sesiapa di
situ faham akan perbulana mereka. Banduan itu senyum sinis.
“
Dois-je répondre à cette question?( perlukah aku jawab soalan itu)” balasnya.
Lelaki itu ketawa dengan jawapan tadi.
“
Ce que tu fais ici?( kamu buat apa disini?)” soal banduan itu. lelaki itu senyum.
Matanya membaca nombor kod di baju banduan itu.
“
Avez-vous trouvé cette femme?( kamu dah jumpa perempuan itu?)” soalnya lagi.
lelaki tadi mengangguk.
“
Oui. Je l'ai trouvée. Je travaille avec cette femme. ( Ya, saya dah jumpa. Saya
bekerja dengan nya sekarang.)” jawabnya sambil senyum.
“
Vous travaillez comme quoi? Où êtes-vous travailler? ( Kamu bekerja sebagai
apa? Kamu kerja dimana?)” tanyanya tidak sabar. lelaki itu ketawa kecil. Bagai
ada yang menggelikan hatinya. Dia bersandar di kerusi. Banduan itu mula merasa
marah.
“
Ne jouent pas avec moi! dites-moi le truthe, Jay! ( jangan main - main dengan
saya!)” bentaknya. Lelaki itu menghentikan tawanya. Hanya senyuman sebagai
ganti. Kemudian dia menarik nafas.
“
Elle a vécu une vie très réussie. Je ne sais pas comment elle fait. Mais elle
est maintenant une femme très réussie. ( Dia hidup senang Sekarang. Saya tak
tahu Bagaimana, tapi dia sudah berjaya sekarang.)” jawabnya. Banduan itu diam. Ligat
berfikir tentang jawapan tadi.
“
Rizal est avec elle? ( Rizal ada bersama dia ke?)” soalnya. Jay menggeleng.
“
Je ne sais pas où que l'homme est allé. Mais je sais qu'il n'était pas avec
Sixteen. ( saya tak tahu dimana lelaki tu. Tapi saya tahu dia tidak bersama
Sixteen.)” balasnya.
“
Oui, comment était votre vie ici, la taïga? Est-il amusant? ( jadi, bagaimana
dengan hidup kau kat sini, Taiga? Seronok?)” soalnya separuh bergurau. Mata
Taiga mencerlung ke Arahnya.
“
Je veux que vous pour terminer votre travail. Ne joue pas autour. Comprendre!
Tuer cette femme quand vous avez la chance! ( aku nak kau habiskan kerja kau.
Bukan nya main – main. Faham! Bunuh dia kalau ada peluang!)” bentaknya terus
berlalu meninggalkan Jay di situ. Jay tergamam. Dia menyelak rambutnya ke
belakang. Kemudian dia senyum dan berlalu.
No comments:
Post a Comment