BAB 19
“
I love you.” Kata – kata itu terngiang – ngiang di kepala Arina. Terkebil –
kebil matanya melihat jejaka yang menuturkan ayat keramat itu malam tempoh
hari. Arina memegang kepalanya.
“
Shit! What the hell is he thinking?! Confessed depan orang ramai lagi tu!!
argh!!! Stress aku!! Liaaa!!!” tuturnya separuh menjerit. Camelia yang
Mendengar namanya dipanggil terkocoh – kocoh masuk ke office bosnya.
“
Ya, bos. ada apa?” arina kini dilihatnya menekap mukanya di atas meja. Macam
orang putus cinta saja lagaknya. Macam kartun pun ada. Camelia menahan tawa.
Arina senyap. Seketika kemudian dia mengangkat wajahnya dan memandang Camelia.
Camelia yang sedari tadi menahan ketawa terburai juga apabila melihat riak
wajah bos nya.
“
Lia…….” Sebutnya dan menyembamkan muka nya kembali ke meja. Kuat. Camelia
terkejut dengan reaksi Arina.
“
Boss…” segera dia mendapatkan Arina.
“
I’m okay.” Balasnya perlahan tanpa mengangkat mukanya. Camelia menarik nafas
lega dan duduk di kerusi di hadapan Arina.
“
Kenapa bos ni?” Camelia memusatkan pandangan matanya ke arah Arina. Arina
mengangkat wajahnya.
“
Kau tak nampak ke masa dinner malam tu? Mamat gila ntah apa – apa tang tiba –
tiba je nak confess feeling dia kat aku. Dah la tu, depan orang ramai lagi. Aku
malu tau tak. Malu. Everyone was looking at me!! Mana nak simpan muka aku ni.
Jatuh air muka.. Jatuh air muka…” Luahnya separuh menjerit. Camelia tergamam.
Dia menjengah ke tingkap. Melihat samada staf masih ada ke tidak di luar.
Pertama kali dia melihat reaksi bos nya begitu. Jiwanya kusut dan nampak tidak
terurus Walaupun luarannya nampak macam biasa. Arina menutup wajahnya. Dia
sangat benci perasaan ini. Sangat benci.
“
Chill out la boss. Bukan nya sorang je yang pernah confess kat bos sebelum ni.
Ramai dah. Tu pun semua bos tak layan. Takkan la bila Encik Jay yang confess,
bos jadi gelabah. Buat macam biasa la.” Ujarnya selamba.
“
Chill out kau kata? Masa kau cuti tu, mamat gila ntah apa – apa tu selalu masuk
office aku tau. naik tension aku dia kacau. Kalau sekali dua tu aku masih okey.
Ni tak, hari – hari. Aku ulang, hari – hari. Argh!! TENSION AKU.. Tambah lagi
dia confess siap dengan mikrofon depan orang ramai malam tu. Mana aku nak letak
muka aku, Lia. Jatuh standard aku. Ni lagi satu, satu syarikat ni dah fikir
kami ni dating. Argh! Kalau boleh, nak aje aku toreh – toreh mulut dia buat
pekasam. Suka hati nenek moyang dia je nak declare kat sana.” Marah Arina. Jay
sudah dicopnya dengan nama ‘ mamat gila ntah apa – apa’. Camelia menongkat
dagunya. ‘ Betul jugak. Banyak – banyak lelaki yang suka bos aku ni, mana
pernah berani nak confess depan orang ramai macam tu sekali.’ Fikirnya.
“
Macam ni la bos. saya ada idea. But, I don’t know how you will react with my
idea.” Cadang Camelia setelah beberapa lama membisu.
“
Well, how can I say this… Ermm.. As crazy as it may sounds, how about kalau bos
pergi jumpa dia and tolak lamaran dia tempoh hari. And say that you already
someone in your heart.” Ujarnya perlahan. Arina diam. Berfikir. ‘Untuk tolak
lamaran dia. Yes, I agree. But how can I say yang aku dah ada pilihan hati.’
“
Dia tu bukan nya makan saman pun. Aku tolak berkali – kali pun dia masih dengan
muka tak malu dia datang kat sini. Next option.” Arina menolak cadangan
setiausahanya.
“
Hmm.. kalau bos tuduh dia gay? Amacam?” Arina mengangkat kening.
“
What? Dah sah – sah dia confess depan orang ramai, nak tuduh dia gay pulak?
Next option.” Sangkalnya sambil ketawa
kecil. Camelia menarik nafas lega. At least dia mampu membuat bos nya senyum.
“
Match him up with another girl?” cadangnya lagi.
“
Nak match dengan sapa lagi? dengan cleaner syarikat ni ke? Eh, takde kerja aku
nak jadi matchmaker. Aku just nak dia tu faham yang aku tak suka kat dia. Tu
aje.” Arina menongkat kepalanya. Camelia mengaru kepala yang tidak gatal.
“
Hmm.. apa kata bos ambik cuti. Nak?” cadang nya. Dahi Arina berkerut.
“
Apa kena mengena pulak aku cuti dengan hal dia tu?” soalnya kembali. Tidak
faham dengan idea yang entah apa – apa dari setiausahanya. Camelia senyum.
“
Pasal. Saya tengok bos kusut sangat Sekarang. Macam ada masalah dunia je
gamaknya. You need a rest la bos. tak salah kalau bos cuti kan. Rehat kan
minda. Maybe dapat jugak jumpa solution dengan bercuti tu. Pasal Encik Jay tu,
bos jangan risau. I can handle si mamat gila ntah apa – apa bos tu.” camelia
berkata dengan yakin. Arina diam sebentar.
“
Betul jugak ek.” Katanya kemudian.
“
Besides, bos bukan nya selalu bercuti pun. Haa.. Lagi satu, kan hari tu bos
kata nak bercuti. Kata nak balik Melaka. Balik la bos. you need a rest. Free
yourself from your stress.” Katanya.
“
Aih, menghalau nampak?” usik Arina. Camelia ketawa. Hatinya serba sedikit
bersyukur dengan usikan itu. Ini kali pertama bos nya meluahkan perasaan kepada
nya. ‘Normal jugak bos aku rupanya. Ingat la nak stay jadi ice queen sampai
bila – bila.’
“
Tak lah bos. I’m glad that you finally take a break.”
Arina
menarik nafas lega. Baru dia teringat yang dia ada hal dengan papanya. Papanya
kata hendak berbincang sesuatu dengan nya. Tapi dengan kesibukannya yang tidak
putus – putus. Janjinya yang hendak bercuti bersama tinggal janji saja.
“
Esok saya on leave.” Beritahunya.
“
Berapa lama bos?”
“
Tak tahu lah. Saya ingat nak cuti puas – puas, baru kerja balik.” Balasnya.
Camelia mengangguk.
Rizal masuk
ke dalam office ketuanya, Leftenan Everett Mikail. Lelaki itu sedang berdiri
menghadap tingkap.
“
Tuan Panggil saya.” Leftenan Everett Mikail menoleh.
“
Duduk, Rizal.” Pelawanya. Rizal duduk. Matanya menangkap sebuah fail di atas
meja ketuanya. ‘ Macam pernah nampak je fail ni.’ Fikirnya. Leftenan Everett
Mikail duduk dan membelek fail di atas mejanya.
“
He’s back.” Kata Leftenan Everett Mikail. Dahi Rizal berkerut. Siapa kembali?
“
Sapa yang kembali, tuan?” Tanya nya.
“
Taiga.” Nama yang disebut itu membuat Rizal terpana.
“
How? Why?” soalnya tidak faham. Taiga kan sudah dipenjara seumur hidup. Kembali
macam mana lagi?
“
Taiga memang masih dipenjara. But, kegiatan dia kembali aktif.” Balas Leftenan
Everett Mikail.
“
Tak mungkin. Bukan nya semua konco – konconya pun ditangkap ke. Semua sekali.”
Hilag sudah bahasa formal nya.
“
Itu yang saya fikir jugak. Tapi, masakan pokok akan bergoyang kalau takde angin
yang meniupnya.” Ujarnya. Rizal diam. Nampaknya kes lama terbuka kembali.
“
Rina!!” terkejut bukan kepalang Leftenan Everett Mikail apabila melihat kelibat
anak nya duduk di depan pintu. Arina yang tertidur akibat menunggu papanya
mengangkat mukanya. ‘Ingat siapa la tadi yang dok terconggok depan pintu. Baik
bukan hantu.’ Dia melihat jam tangan. Baru pukul 5 pagi.
“
Eh, papa. Baru balik?” soalnya naïf. Timbul rasa bersalah di hati Leftenan
Everett Mikail. Semalaman dia tidak balik kerana membuat kerja. Bila anaknya
balik?
“
Rina bila balik? Kenapa tak call papa?” soalnya penuh rasa bersalah. Rasa geram
pun ada. Arina memberi senyuman. Rindu dengan papanya sudah terlerai.
“
Rina ingat nak buat surprise. Rupanya, papa yang bagi surprise kat Rina.”
Selorohnya. Leftenan Everett Mikail menggeleng. Pelik pun ada.
“
Kenapa Rina tak masuk dalam je? Kunci kan ada kat Rina.’’ Arina mengeluarkan
kunci dari poketnya dan membuka pintu.
“
Tak nak. Nak bagi surprise jugak kat depan pintu. Kalau Rina masuk, nanti tak
pasal – pasal papa fikir Rina ni pencuri. Haa.. Nanti bukan nya surprise
jadinya. Lagipun, Rina ingat papa balik macam biasa, sampai tertidur pulak
tunggu.” Selorohnya sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Melepaskan penatnya
dari duduk di lantai semalaman. Leftenan Everett Mikail berlalu ke dapur.
“
Nah, minum air ni.” Leftenan Everett Mikail menghulurkan air milo kepada anak
nya.
“
Sedap pa. Papa tau tak, kat KL tu, takde air yang sesedap macam papa buat. Rina
rindu nak balik sini.” pujinya ikhlas.
“
Elehh.. bodek je. Haha. Bodek ada makna la tu.” perli Leftenan Everett Mikail.
Arina memuncungkan mulutnya.
“
Mana ada. Rina puji ikhlas ni pun tak caya ke? Hehe. Part ada makna tu, memang
ada pun. Pa, masakkan nasi ayam favorite Rina, pleeeeaaaasssseeee?” pintanya
sambil membuat muka manjanya. Leftenan Everett Mikail ketawa melihat telatah
Arina. Kemudian dia mengangguk.
“
Rina dah solat?” soalan papa angkatnya dijawab dengan gelengan. Leftenan
Everett Mikail sudah menjegilkan matanya. Sebelum papanya memulakan ceramah,
Arina terlebih dahulu menjawab.
“
Mayday! Mayday! Jepun menyerang, pertumpahan darah berlaku di medan peperangan.”
jawabnya. Leftenan Everett Mikail tidak jadi membuka mulutnya. Sebaliknya hanya
menggelengkan kepala. Ada – ada saja jaapan anak nya bila menyebut hal period.
“
Macam perli je. Mentang – mentang la papa ni dalam army. Ada je jawapan kamu.”
Arina
ketawa.
“
Pa, Rina nak tidur dulu.” Ujarnya dan bagkit dari tempat duduknya. “Eh, pa,
hari tu papa dah janji, nak ambil cuti bila Rina cuti. Esok ambik cuti.”
Katanya yang lebih berbaur arahan.
“
Buat masa ni, tak boleh la, sayang. Masa ni, papa sibuk.” Jawapan ayah
angkatnya membuat mulut Arina memuncung sedepa.
“
Hmm.. Takpe lah. Kalau papa busy. Rina tak nak ganggu papa.” Ujarnya seperti
berjauh hati. Leftenan Everett Mikail rasa serba salah.
“
But, janji kat Rina, nasi ayam mesti buat. And, papa kena balik sebelum pukul
6.” Arahnya. Dahi Leftenan Everett Mikail berkerut seribu. Menandakan usianya
juga yang kian meningkat.
“
Nasi ayam tu, papa on je. But, kenapa pulak kena balik sebelum pukul 6?”
soalnya hairan.
“
Takkan la nak biar Rina dok terperap je kat rumah ni tunggu papa. Bosan la cuti
kalau papa sibuk memanjang. Kerja tu kerja jugak, badan pun nak kena rehat
jugak.” Baru Leftenan Everett Mikail faham. Dia tersenyum sinis.
“
Elehh.. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia lagi lebih. Yang dia tu,
kerja kat KL sampai midnight tak apa la. Balik malam, makan minum belum tentu
lagi terjaga, rehat apa lagi. Call papa pun jarang, sms lagi la. Alih - alih
papa jugak yang kena.” Sindir Leftenan Everett Mikail. Arina diam. ‘ Aih? Orang
tua ni, sempat pulak nak sindir aku. Tapi betul jugak.’ Arina tersengih.
Mengaku salahnya.
“
Dah, pegi tido. Papa pun nak rehat. Karang nak pergi kerja lagi.” ujarnya
bangkit dari kerusi. Arina juga sama. Mereka masuk ke dalam bilik masing –
masing.
Rizal
termenung sendiri. Sengaja dia minta cuti setengah hari untuk merehatkan
mindanya. Dia terimbau pada malam dinner masquerade tempoh hari. Tatkala lagu
yang didendangkan pada malam itu mengamit hatinya mengingati gadis yang sudah
sekian lama di carinya, matanya menangkap sebatang tubuh milik seseorang yang
sangat dikenalinya.
“
Marissa.” Bisiknya sendiri. Spontan tubuhnya berdiri dan ingin melangkah ke
arah gadis yang sedang berdiri di tengah – tengah hallway itu. Hatinya yakin
tatkala dia melihat terdapat bekas bernombor 16 yang kelihatan samar – samar di
bahu kiri nya. Panggilan adiknya tidak diendahkan sebaliknya kakinya terus
melangkah. Baru beberapa langkah, dia terhenti apabila melihat seorang lelaki
memegang tangan gadis itu, dan mengucapkan perkataan ‘I Love You’ kepada nya.
Rizal terkaku di situ. Semua mata memandang mereka berdua. Seketika itu, gadis
tadi melepaskan tangan nya dan terus berlalu keluar. Tanpa sedar, Rizal turut
mengikut gadis itu keluar. Sesuatu menarik hatinya untuk mengikut gadis itu.
laju langkah gadis itu, laju juga dia mengikutnya.
“
Awak.” Panggilnya seraya menarik tangan gadis itu. Secara spontan badan gadis
itu terdorong ke belakang, namun sempat ditahan. Wajah gadis itu yang ditutup
dengan topeng ditenung. pada masa yang sama, Rizal mencari ayat untuk
dicakapkan kepada gadis di hadapannya kini.
“
Let go off my hand.” Ucap gadis itu. Rizal diam. Masih merenung nya. ‘ Siapa
pulak mamat berjambang ni.’ Soalan itu timbul namun hanya di dalam hati. Lelaki
berjambang itu ditenung, wajah yang ditutup dengan topeng membuatkan Arina
sukar hendak mengenali siapakah gerangan lelaki itu.
“
What do you want?” soal gadis itu dingin. Suara itu! Pantas Rizal memegang
dadanya.
Dup!
dup! dup! dup!
Makin
kuat perasaan nya mengatakan gadis itu adalah Marissa. ‘ Suara ini, suara
Marissa!’ Rizal menggenggam tangan nya.
“
Dey, Mr. Phantom of the Opera. Let go off my hand.” Arahnya kasar. Entah dari
mana nama panggilan itu datang. Rizal tersentak. ‘Mr. Phantom of the Opera?’.
Perlahan Rizal melepaskan genggaman tangannya.
“
Err… Awak. Nama. Apa? Err. Kita, pernah jum... Jumpa ke?” soalnya satu – satu.
Entah kenapa keras rasa lidahnya untuk berkata – kata. Tiada respon dari gadis
itu. Dingin dan beku.
“
Kau baru belajar bercakap ke? Can you read my lips? I’M NOT INTERESTED!”
Balasnya tegas dan dingin. Sekali lagi Rizal terkaku di situ. Terkaku dengan
ayat yang dituturkan gadis itu. Rizal melihat sekali lagi bahu kiri gadis itu.
Matanya nampak dengan jelas dan nyata, tanda bernombor 16 di bahu kiri nya.
“
Abang?” tegur Camelia. Hairan hatinya melihat abangnya yang terkocoh – kocoh
keluar dari dewan ballroom tadi. Dan, siapa gadis tadi? Takkan la Boss nya.
Kalau itu boss nya, kenapa pulak abangnya kejar tadi? Persoalan demi persoalan
muncul di benaknya. Rizal yang tersedar dengan teguran Camelia terus berlari.
Ingin mengejar gadis itu.
“
Abang!” Panggil Camelia separuh menjerit turut menurut langkah abangnya. Kenapa
dengan abang ni? Laju langkah abangnya keluar hingga ke foyer, namun kakinya
terhenti apabila dia melihat kereta Nissan Fairlady 570z meluncur laju
meninggalkan hotel itu. Camelia yang sudah tercungap – cungap mengikut langkah
abangnya juga sempat melihat kereta bos nya meninggalkan perkarangan foyer
hotel. ‘Sah! Itu bos nya, Arina. Abang kenal ke?’ soalnya dalam hati. Rizal
memegang dadanya. Sesak dan kesal menyelubungi jantungnya. Dalam hati, dia
menyumpah dirinya kerana tidak bertindak cepat tadi.
“
Abang?” Panggil Camelia lagi. kini, baru Rizal berpaling.
“
Siapa tu?” sengaja Camelia bertanya. Mungkin abangnya mahu bercerita. Rizal
menggeleng.
“
Mungkin salah tengok kut. Jom balik.” Ajaknya terus berlalu. Camelia ditinggalkan
kebingungan.
Sudah
seminggu Arisa sedah mula bekerja. Sengaja dia menyibukkan dirinya dengan kerja
untuk melupakan perkara yang berlaku pada dirinya. Ketukan pintu membuat
kerjanya terhenti.
“
Masuk!” Arahnya dan terus membuat kerja.
“
Sibuk?” soal satu suara. Arina mendongak. Ezra memberi senyuman di hadapannya.
Namun Arisa tidak memberi respon.
“
Hmmm…” jawabnya dan terus meneruskan kerja. Senyuma Ezra mati. Kenapa dengan
dia ni? Ezra duduk.
“
Hey, kenapa ni? You ada masalah ke?” soalnya prihatin. Arisa memandang Ezra.
‘Tak pernah – pernah dia masuk office aku. Apa hal pulak hari ni boleh datang
pulak?’
“
Takde. Biasa je. Sibuk.” Balasnya satu – satu. Sememangnya dia tidak ingin
diganggu. Ezra perasan akan suara Arisa yang seakan – akan dingin. Dia bangkit
dari duduknya. Tujuannya datang ke bilik gadis itu untuk memberitahu nya
sesuatu.
“
Hmmm.. Aku rasa aku tak patut ganggu kau buat masa ni. But, anyway. Aku datang
ni bersebab. Aku nak bagitau, yang aku nak kahwin tak lama lagi. Thought that
you’re the one that I want to tell first.” Ujarnya lemah. Arisa tersentak terus
mengangkat mukanya memandang Ezra. Dipandangnya wajah Ezra yang seperti
merajuk. Tapi, merajuk ka lelaki ni? Merajuk pun pasal apa? Perlahan dia
menguntum senyuman.
“
Tahniah. Akhirnya kau tamatkan jugak zaman bujang kau. Bila tarikh keramat tu?”
Ezra terpana dengan reaksi Arisa namun cepat – cepat dikawalnya riak wajahnya
yang sudah memang keruh sekeruh – keruh air lumpur.
“
Err.. Tak lama lagi. Nanti ada aku bagi kad nya. Emm.. Aku keluar dulu.”
Katanya terus berpaling memulas tombol pintu. Saat pintu dibuka, matanya
bertembung dengan mata Awal. Serta merta hatinya sakit. Kenapa dia terasa kalah
dengan lelaki dihadapannya kini. Awal memberi senyuman seperti biasa namun
senyuman nya dibalas dengan muka yang masam. Tanpa pamitan, Ezra berlalu
meninggalkan mereka.
“
Kenapa pulak la dia ni? Period kut.” gumam Awal kemudian mengalih pandang ke
arah Arisa yang juga memandangnya kini. Berubah wajah Arisa tatkala matanya
bertembung dengan mata Awal. Sudah berapa kali dia mengelak dari berjumpa
dengan lelaki ini. Entah mengapa sejak dari kejadian itu, perasaan nya lain
benar setiap kali terfikirkan Awal. Dan dia sendiri tidak tahu perasaan apa kah
itu. Arisa mengawal riaknya saat itu, Awal duduk di kerusi yang disediakan.
Duduk dan diam disitu. Arisa juga beku. Hanya mata mereka saja yang berbicara.
“
Lama tak jumpa.” Tutur Awal setelah 30 minit membisu. ‘Tahan jugak minah ni
jadi patung. Jenuh jugak punggung aku dok kat sini tak gerak – gerak.’ Gumam
nya dalam hati. Arisa mencari ayat.
“
Err.. busy kebelakangan ni.” Jawabnya. Awal mengangguk. Busy pun takkan la sampai
rumah pun kau boleh lari jugak bila aku datang.
“
Ibu dan abah camne? Sihat?” soalnya berbasa basi. Arisa mengangguk. ‘ Takkan la
tak tahu kut? Bukan nya kau hari – hari ke datang rumah. Ceh, takde modal la
tu.’ Kutuk Arisa.
“
Kau busy tak sekarang?” soalnya. ‘ Tak nampak ke aku tengah buat apa sekarang?
Aku busy laaa!!!’ balas Arisa hanya di dalam hati. Awal yang melihat muka
cemberut Arisa hanya dapat menahan tawanya. Tau la kau kutuk aku kat dalam hati
tu. Tanpa menunggu jawapan Arisa, Awal berdiri dan menarik tangan Arisa keluar
dari office nya.
“
Hey, lepas la weh. Kau nak bawak aku ke mana ni?” soalnya dalam marah. Awal
Cuma senyum dan terus menarik. Genggaman tangan nya semakin kejap apabila Arisa
cuba melepaskan genggaman tangan nya. Arisa yang sedar aksi mereka disaksikan
oleh staff yang lain menunduk kepala. Seolah – olah dia baru saja melakukan
kesalahan besar. Dalam hatinya, bergelen – gelen rasa marahnya kepada Awal.
next n3 please... :)
ReplyDeleteSuka sangat bila Rizal dah jumpa balik dengan Arissa..
ReplyDelete