BAB 18
Arisa
baring menghadap siling. Semenjak dari kejadian yang hampir meragut maruah dan
nyawanya, dia sudah jarang keluar dari rumah. Malah dia lebih banyak terperap
di bilik nya saja. Arisa menarik selimut hingga ke paras dada. Bilik nya
dibiarkan gelap gelita. Langsir dibiarkan nya menutup tingkap. Pintu biliknya diketuk.
Cepat Arisa menutup kepalanya dengan selimut. Arisa diam tidak terkutik. Terasa
kepalanya diusap dibalik selimtu yang menyalutinya.
“
Risa…” suara Awal menyapanya. Arisa tidak menjawab. Bergerak pun tidak.
“
Aku datang ni. Bukak la selimut ni.” Pujuk lelaki itu. apabila Arisa tidak
memberi respon. Awal duduk di birai katil. Arisa seperti hilang keyakinan
terhadap dirinya. Gadis itu seakan – akan takut untuk menghadapi dunia setelah
kejadian yang menimpanya berlaku. Awal menarik nafas. Dia perlu menolong
sahabat yang sangat disayanginya. Hatinya terdetik untuk memberi kekuatan
kepada gadis yang dicintainya dalam diam.
“
Aku ingat lagi, masa first time aku jumpa kau, masa tu aku masih kecik lagi.
aku takde kawan teman bermain. Yang ada tu pun pembuli. Haha. Kau percaya tak
aku dulu seorang penakut. Pendiam pulak tu, main pun selalu sorang – sorang.
Dah tu, aku ni mana takde keyakinan langsung. Semua yang aku buat pun teragak –
agak. Kau bayangkan, aku nak kencing dalam rumah pun aku tak sure nak kencing
kat toilet mana satu. Last – last nak tau aku kencing kat mana? Kat pokok
belakang rumah. Sekali tu aku kantoi kat mama. Habis telinga ni kena piat. Aku
ingat lagi masa kau baru pindah ke rumah sebelah. Aku happy sangat sebab ada
jiran baru, nanti ada kawan baru. Tapi aku takut, aku takut sangat kalau kawan
baru aku pun suka buli – buli aku. Jadi, for safe precaution, aku sembunyi
dalam pasu bunga mama aku yang kebetulan dekat dengan gate rumah kau.’’
Ceritanya seraya ketawa. Arisa masih mendiamkan diri. Awal tahu, gadis itu
mendengar ceritanya.
“
Aku nampak abah kau gendong kau masuk rumah lepas semua beg diangkat. Seronok
tengok kau tidur sebab masa tu kau cute sangat. Tapi tengok sekejap aje, sebab
kau dah masuk rumah. Tambahan lagi, kawan baru aku perempuan. Perempuan bukan
pembuli, tak macam lelaki. Aku nak berkenalan dengan kau, tapi aku tak berani.
Aku tak yakin dengan diri sendiri. So, aku diam je. Main kat taman depan rumah
pun, sorang, tak best. Hingga la satu hari. Mama suruh aku hantar makanan kat
rumah kau. Mula – mula aku tak nak. Tak berani. Tapi dalam hati aku happy
sangat. Tapi mama paksa, mama suruh aku kawan dengan kau. Ibu kau pun suruh aku
kawan dengan kau. Dalam takut – takut, aku berani jugak datang depan rumah kau.
Ibu jemput aku masuk, tapi aku tak nampak kau kat mana – mana. Nak tanya aku
tak berani. Macam biasa, aku diam ke.” Sambungnya lagi. Sesekali matanya
mengerling ke arah selimut.
“
Selalu jugak la aku datang rumah kau. Tu pun pasal mama suruh hantar itu ini.
Kalau tak pun, mama selalu lepak rumah kau, katanya nak share masakan, kalau
tak share masakan, share resipi. Lepas tu kadang – kadang lepak sampai senja
tak reti nak balik – balik.’’ Ceritanya sambil ketawa kecil. Teringatkan kisah
lama. Mama nya dengan ibu Arisa seperti kawan baik. Sejak keluarga Arisa
berpindah di sebelah rumah mereka,
hubungan ibu mereka menjadi rapat. Macam kawan baik dari kecik. Mamanya selalu
datang ke rumah Arisa untuk belajar memasak dari ibu Arisa, dan mereka sering
bertukar – tukar resipi dan kemahiran.
“
Sampai la satu masa aku takut – takut tanya mama, mana kau. Mama tak Jawab
soalan aku, tapi dia senyum je. Petang tu mama bawa aku pergi rumah kau. Ibu
kau tunjuk bilik kau. Masa tu kau masih koma, tapi bagi aku, masa tu aku fikir
kau tidur. Jadi aku diam je tengok kau, tak berani nak ganggu. Takut ibu kau
marah. Tapi, ibu kau suruh aku teman kau kat situ, siap bagi buku cerita lagi
suruh aku baca dekat kau, biar kau dengar. Hairan jugak aku, tapi bila mama
benarkan, aku baca je. Dari hari tu, aku selalu datang rumah kau, lepak dalam
bilik kau, bawak mainan untuk kau, buku pun aku bawa, baca sama – sama. Lepas
tu, bila balik je dari tadika, aku akan datang ke rumah kau. Mama kata, bawa
banyak bercakap bila datang rumah kau. Aku selalu cerita apa yang berlaku
setiap hari. Tanpa sedar, aku yang dari dulu pendiam, jadi orang yang banyak
bercakap, dari yang takde keyakinan ni, selalu yakin bila bercakap. Maybe ada
hikmah disebalik perkenalan kita. Sikap aku yang lama dah takde sejak aku kenal
kau. Mungkin mama dan ibu kau tahu sifat aku boleh diubah.’’ Ceritanya lagi.
Arisa yang sejak tadi berbungkus di dalam selimut membuka hingga keluar
kepalanya. Awal senyum.
“
Lepas tu?” soal Arisa. Cerita Awal Berjaya menarik perhatian nya.
“
Lama jugak aku lawat kau. Hairan pun ada, sebab tiap kali aku datang, masa tu
kau mesti tidur. Pernah sekali aku goyang badan kau, tapi kau takde reaksi, so
aku Tanya ibu. Ibu cakap, kau sakit. Perlukan rehat banyak. Lepas tu aku tak
kacau kau lagi dah. Aku datang luangkan masa dengan kau. Main dengan kau,
cerita dengan kau. Hinggalah satu hari, kau bangun dari tidur. Happy sangat aku
masa tu, sampai satu rumah aku jerit Panggil mama dan ibu. Abah kau pun ada
masa tu. kau ingat tak ayat apa yang keluar dari mulut masa kau bangun tu?’’
soal Awal. Arisa menggeleng.
“
Kamu siapa? Soalan tu yang keluar. aku tak hairan, sebab masa tu aku happy
sangat. Kawan aku dah bangun. Mula – mula kau macam kekok bila aku ada. Macam
tak suka pun ada. Mana tak nya, hari – hari aku terconggok depan rumah kau.
Kadang – kadang tidur sana pun ada. Tapi, ibu kau cakap tak apa, ibu kau lagi
suka sebab aku ada. Lama – lama, kau biasa, dan kita terus jadi kawan dari hari
tu.” ceritanya senang. Awal menapak ke tingkap dan menyelak langsir. Arisa
menutup mata kerana kesilauan.
“
Awal!” marah Arisa.
“
You know what. Masa ni aku rasa nostalgic sangat. Sebab dulu, kau dengar cerita
aku dalam keadaan koma, dan sekarang kau dengar masa kau dah sedar.” Ujarnya
lagi. Arisa senyap. Matanya cuma memandang batang tubuh Awal yang berdiri
diterangi oleh cahaya.
“
So, aku nak kau pun bangkit dari ketakutan kau. Keluar dan jalani hidup yang
baru. Temui keyakinan dari dalam diri. Aku tak nak kau terperangkap dalam
trauma. Demi Allah, aku juga takut masa kejadian tu. Bukan nya takut nyawa aku
melayang, tapi aku takut kau dicederakan. Aku takut kau diapa – apakan masa
tu.” katanya sambil melangkah ke katil semula. Awal duduk di birai katil.
Tangan Arisa dicapai.
“
Aku nak lihat Arisa yang ceria, yang sentiasa bersemangat setiap masa, bukan
Arisa yang pendiam dan takut. Lihat keadaan kau masa ni, sama seperti masa kau
baru sedar dari koma dulu.” Nasihat nya. Arisa masih diam. Dia sendiri tidak
tahu apa yang bermain di fikirannya.
“
Semua yang terjadi bukan salah Risa.” Awal dan Arisa berpaling. Datin Habsah
dan Dato’ Hisham berdiri di muka pintu.
“
ibu tahu, Risa menyalahkan diri atas kejadian yang menimpa Rina kan.” Tebak
Datin Habsah. Arisa menunduk. Tekaan ibunya tepat mengenai hatinya. Dia merasa
sangat bersalah kerana tak mampu hendak menyelamatkan kembarnya sendiri, malah,
dia sendiri tidak ingat yang dia mempunyai kembar.
“
Risa.. Rasa bersalah sangat, bu. Kenapa masa tu, Risa boleh terperdaya dengan
pujukan orang yang asing. Kalau tak, mesti Rina tak diculik. Semua salah Risa.
Rina tau yang orang tu ada niat jahat, Rina ada tarik tangan Risa, tapi Risa
tak endah je. Risa dah kehilangan kembar Risa, bu.” Luah Arisa.
“
Sebelum ni, Risa selalu mimpi buruk. Seakan – akan Risa betul – betul alami
dalam mimpi tu. kebanyakan nya sangat menyakitkan, bu. Risa mimpi Risa kena
pukul. Risa mimpi Risa kena berlawan kena belasah. Yang paling teruk. Risa kena
selar, bu. Risa tak fikir tu semua mimpi, sebab Risa sendiri pernah tengok
kesan dari mimpi Risa. Mungkin Rina alami semua tu, bu. Dan Risa tau dia dalam
kesakitan. Risa tau, tapi Risa tak dapat tolong dia, bu. Risa rasa bersalah,
bu.” Luahnya lagi. Datin Habsah memeluk Arisa. Cuba memberi ketenangan kepada
anak nya. Belum lama dia sampai di kota London, dia dan suaminya menerima berita
yang amat mengejutkan. Rumahnya dipecah masuk dan Arisa hampir dirogol dan
hampir dibunuh. Lemah tubuhnya apabila mendapat panggilan dari Awal. Hatinya
bersyukur kerana Arisa selamat tanpa sempat diapa – apakan.
“
Bukan salah Risa. Risa masih kecil lagi masa tu. Abah pun masih cari Rina
sampai sekarang. Lama dah kami cari dia, nak. Tapi, belum jumpa lagi. Jangan
simpan rasa bersalah tu, ibu tau, satu hari nanti, kita akan jumpa Rina.” Pujuk
Datin Habsah. Arisa membalas pelukan ibunya. Tubir matanya yang bergenang
akhirnya lancar turun. Awal dan Dato Hisham keluar dari bilik Arisa. Memberi
peluang kepada Arisa dan Datin Habsah berdua.
“
Bah, Awal balik dulu ye. Nanti kalau ada masa, Awal datang lagi. Bagitau Risa
yang saya balik ye.” Ujar Awal. Dato’ Hisham mengangguk.
“
Baik – baik bawak kereta tu.” pesan nya. Setelah menyalam Dato’ Hisham, dia
terus pergi meninggalkan rumah Arisa.
No comments:
Post a Comment