DAN BILA MEREKA
BERTEMU???
Mengapa aku disini?
Kenapa kau tinggalkan aku Liyana? aku cintakan kau sepenuh hati! aku sanggup
mengorbankan apa saja demi kau, cinta ku. mengapa aku kau khianati? apa salah
aku? kau dah janji untuk kahwini aku, tapi kenapa kau...kenapa kau terima
lamaran nya? habis, aku siapa kepadamu sayang? kau tahukah, betapa aku
sayangkan kau. cintakan kau.
" Aril?"
tegur satu suara. Aril berpaling ke arah suara itu. suara hatinya yang sedari
tadi membentak - bentak meminta penjelasan daripada Liyana hilang begitu
sahaja. kini, dia berada di dalam mesyuarat agung di syarikatnya. Syarikat nya?
Huh! syarikat yang diibaratkan sebiji telur di hujung tanduk saja. sudah hampir
muflis. ya, Ini syarikat peninggalan papa dan mamanya. Dan dia adalah waris
kepada syarikat yang kian muflis itu. papa dan mamanya belum lama meninggalkan
nya, kini, Liyana juga meninggalkan nya. Dengan lelaki lain!!! Tambahan lagi
dengan syarikat yang...!! Aril menoleh ke sisi kanan. Ahli badan syarikat
sedang bertekak mulut. dilihat pula ke sudut kiri. Lagi salah seorang pemegang
saham bertekak dan bertegang urat di bilik itu. Dan dia? Hanya diam tidak
terkutik di tempat duduknya. Ah! Bagai kan pekak saja Aril disitu. Jasadnya
berada di situ, sedangkan rohnya berada di tempat lain.
" Kami disini
bukannya hendak mendengar penjelasan kamu, kami mahukan penyelesaian! Puan
Angela mahukan hak dia sebagai salah seorang pengasas yang menubuhkan syarikat
ini, bukan nya share yang dimilikinya diambil begitu sahaja! ini jelas tidak
adil!!" bentak Akil, peguam yang mewakili Puan Angela. Ibu saudaranya.
" Aril."
tegur suara itu lagi. sekali lagi Aril menoleh ke arah suara itu. PA nya, Jamal
merangkap sahabatnya ditenung kosong. betapa kosongnya jiwa Aril ketika
itu.
" Awak dengar tak,
Encik Aril?! kami datang pada hari ini kerana kami mahukan kontrak pelepasan
segala share milik Puan Angela ditandatangani." kata peguam yang mewakili
ibu tirinya. ibu saudaranya duduk di sisi peguam itu dan tersenyum sinis.
pertelingkahan yang semakin lama semakin kuat itu membuatkan nafas Aril sesak.
jiwanya rimas. tanpa sedar, dia bangkit dari tempat duduknya dan keluar dari
bilik mesyuarat yang bukannya bermesyuarat lagi itu. Jamal tidak sempat
menahan, hanya mampu melihat bossnya berlalu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aril berdiri terpacak
seperti pengawal keselamatan di depan gate yang berdiri teguh di hadapannya.
tidak bergerak walau sedikit. Hanya melihat apa yang berlaku di dalamnya.
Suasana yang meriah dari dalam rumah dan juga di perkarangan halaman rumah yang
tersergam indah di hadapannya. Ramai tetamu yang datang sihinggakan
kehadirannya di situ sekalipun tidak diendahkan. Betapa kecilnya dia rasakan
dirinya ketika itu. dari jauh dia hanya mampu melihat. dia hanya mampu melihat
kekasih hatinya yang sedang bergembira kerana tidak lama lagi akan bertunang
sekaligus akan berkahwin pada hari itu.
" Nak, tak masuk
ke?" soal satu suara. Aril tidak menjawab malah tidak memberi respon
sekalipun. matanya hanya melihat ke dalam. 'Ya, Allah. tabahkan lah hatiku.
sesungguhnya aku merasakan kesakitan yang amat sangat hinggakan air mata lelaki
ku tidak dapat mengalir lagi kerana nya. tabahkan lah hatiku. jika dia bukan
jodohku, Ya Allah, aku memohon padamu, padamkan lah rasa yang membunuh jiwaku
kini.' doanya sayu. Aril melangkah longlai menuju ke motosikal jenama Ducati
miliknya. Setahunya, dia perlu pergi jauh dari situ. Jauh dari masalahnya, jauh
dari kehidupan nya kini.!!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------
" Encik, cik ni
nak ke mana?" soal satu suara. Aril diam. matanya hanya memandang ke
depan. di mana dia kini, dia pun tidak tahu lagi.
" Cik? Encik?
Hello???" suara itu berbunyi lagi. Siap menggoyang bahunya lagi. Lamunan
Aril terhenti. Aril memusatkan matanya ke arah satu susuk badan yang berada di
hadapannya kini. Eh, kenapa pulak dia ni? siap luka segala? hantu ke?
" Hello???!!!
Encik ni pekak ke bisu? tak ke buta? Jawab la wei!!" marah suara itu
sambi;l menolak bahunya. kini mata Aril menumpu ke arah mata milik seorang
gadis di hadapannya. Dia hairan, kenapa pulak gadis yang luka - luka ini
memarahinya??? apa salahnya?? dan tambah lagi, dia dimana??
" Astaghfirullahalazim!!
Encik, cik dengar ke tak ni?? Ya Allah, sabarkan hati hamba-Mu tika ini.
Somebody get me a chainsaw!! I want to kill this man!!" herdiknya ke
sekeliling. Aril menoleh ke sekeliling. Ramai mata memandangnya. Eh, Kenapa
ni??? Tiba - tiba dia terasa seluruh badannya sakit.
" OUCH!!!"
jerit nya. Matanya meneliti ke seluruh badannya. Luka?? Baru dia perasan, dia
kini duduk di tepi jalan. Mana motornya? dia melilaukan matanya ke sekeliling.
Kelihatan motosikal miliknya terdampar di satu sudut. sedikit remuk. lambat
otaknya mencerna apa yang berlaku. dia bangkit walaupun dalam kesakitan menuju
ke motosikalnya.
" Hoi, Kau
dengar tak ?? Hey, lihat sini. Aku nak kau bayar ganti rugi!! Ingat senang kau
langgar aku, kau nak cabut macam tu je eh?!! bayar ganti rugi sekarang!!!"
herdik gadis itu. Aril bagaikan orang bodoh meninggalkan gadis itu dan
mendapatkan Motosikalnya. Dalam susah nya berjalan, akhirnya dia sampai ke arah
motosikalnya.
" Nasib baik tak
teruk sangat remuknya. kalau tak, hancur aku." gumamnya sendiri. Dia
bagaikan berada di dunia sendiri. Baru dia sedar, dia kemalangan sebentar tadi.
Hairannya, dia tidak sedar yang dia kemalangan. Bahunya ditarik kasar. Matanya
menyorot ke bawah. Gadis itu lagi.
“ Woi, encik spec
mata!! Kau jangan buat tak tahu dengan aku eh. Kau nampak ni? Nampak ni? Ni
semua pasal kau!! Aku luka – luka sampai macam ni pasal kau. Kau bawak moto ni
macam mana hah?? Pakai lutut ke? Mana mata kau?? Kau simpan kat buntut ke? Lain
kali bawak moto tu tengok la jalan. Mana kau dapat lesen?? Kat kedai kopi ke
hah??! Aku tak kira, kau bayar ganti rugi atas semua kecederaan yang kau buat
dekat aku. Bayar sekarang!!” Marah gadis itu. Suaranya yang lantang itu bagai
kecil saja ditelinga Aril. Hanya matanya yang terkelip – kelip memandang gadis
dihadapannya itu. Orang ramai mula beredar. Tidak mahu masuk campur apatah lagi
menolong. Dunia sekarang. Everyman for himself. Tanpa sedar dia menarik lengan
gadis itu.
“ Woi!! Kau nak bawak
aku pergi mana hah?? Sakit lah!!” herdik gadis itu lagi. Aril melepaskan
pegangan tangannya. Kemudian melihat dimana dia pegang tadi. Oh, padan la
sakit. Luka tangan nya. Aril mengangkat motosikal kesayangannya.
“ Nasib baik la tak teruk.
Scretch sikit je.” Gumamnya perlahan pada motosikal kesayangan nya itu.
“ Scretch??? Sikit??
Oi, cakap tu bebaik sikit eh.? Kau ingat nyawa tu boleh beli kat pasar ke??
Kalau aku mati macam mana?!! Free je kau tanggung dosa membunuh.” Bentak gadis
itu. ‘Eh, bila masanya pulak aku cakap dengan kau???? Adoi, malasnya la aku nak
melayan minah sorang ni??’ getusnya dalam hati. Namun apabila melihat luka yang
ada di tubuh gadis itu, terbit pula rasa simpatinya. Kalau bukan kerana
kecuaian nya membawa moto, takkan berlaku nya kemalangan. Mungkin ini merupakan
salah satu punca kemalangan yang sering berlaku di Negara ini. Tapi, takkan la
semua orang yang accident, ada masalah macam aku kut?? Aril duduk di atas moto
nya. Helmetnya disarung.
“ Ouch!” dia mengaduh
kesakitan. Luka di dahinya terkena helmet. Setelah helmet siap disarung,
motosikal miliknya dihidupkan. Bahunya dicengkam kuat.
“ Kau jangan nak
tinggalkan aku kat sini!!! Bayar ganti rugi sekarang!!!!!” herdik gadis itu
lagi. ‘Mak aih, gangster nya dia ni!!!! Tak padan dengan badan kecik!! Eh, dia
kecik ke atau aku ni yang tinggi dari dia.’
“ Naik.” Balas Aril
perlahan. Malas hendak bertekak. Dia sendiri pun bukan nya jenis yang suka
bergaduh dengan perempuan. Tak macho kalau nak gaduh – gaduh dengan kaum hawa.
Gadis itu menaikkan keningnya. Mungkin tidak faham akan katanya. Biasa la.
Suara serak basah ni, bila ditambah dengan kesakitan, bertambah serak dan sukar
hendak difahami.
“ Aku hantar kau
pergi hospital. Naik cepat.” Kata Aril lagi. Dah la aku tak tau aku kat mana.
Nak tolong anak sapa entah dari mana pulak. Adooi.. bala.. bala...
Gadis itu cepat –
cepat naik ke atas motosikalnya. Tangan nya memegang kejap bahu Aril untuk
mengimbangi tubuhnya.
“ OUCH!!”. Aril
mengaduh kesakitan.
“ OOPS.. Sorry. Tak
sengaja.” Ucapnya sambil tersengih. Aril hanya menggeleng kepala.
Kedua – duanya duduk
di dalam bilik kecemasan. Aril dan gadis itu menunggu giliran mereka untuk
dilayan. Aril hanya duduk termenung. Sakit yang dirasakan nya kini, tidak
memberikannya apa – apa kesan kerana sakit hatinya lebih terasa berbanding
sakit fizikalnya. Fikiran nya Cuma Liyana, dan Liyana.
“ Nama je bilik
kecemasan, tapi tak de pun orang yang mengambil berat...” Telinga Aril
menangkap bait suara gadis itu mengumam sendiri namun dia tiada hati untuk
membalas. Hatinya seakan mati untuk berkata – kata.
“ Diorang ni tak
Nampak ke yang kita ni perlukan bantuan?? Nama je hospital, tapi, sifat
hospitality haram takde. Nurse pun buta kot. Tak nampak ke yang kitorang ni
cedera. Boleh je dia pass macam tu je??” omelnya lagi. Kemudian dia senyum.
“ Aduh!! Tolong!!
Doctor..doktor..sakit!!argh..!” jeritnya tiba – tiba. Aril yang termenung
terkejut. ‘ Eh, kenapa dia ni? Tiba – tiba pulak.’ Fikirnya. Aril mula kaget.
Mana tahu kesakitan yang di alami gadis itu semakin teruk.
“ Err.. somebody,
help her! Doctor! Nurse!” jerit Aril. Dia memegang kejap bahu gadis itu yang
sedang memegang perutnya. Gadis itu tergamam seketika. Kemudian terus mengaduh
kesakitan. Dari kejauhan matanya sudah menangkap kelibat beberapa orang nurse
sudah terkocoh – kocoh mendapatkan mereka.
“ Hmm.. Sekarang baru
diorang nak bagi attention.” Ujar gadis itu perlahan. Aril dengar namun tidak
memahami maksudnya. Sekejap mata saja mereka dibawa masuk ke dalam bilik
rawatan dan luka yang sejak dari tadi ditahan dirawat.
Setelah mendapat
rawatan dan juga ubat penahan sakit, mereka berdua keluar dari hospital itu.
Tanpa berkata apa – apa, Aril terus
meninggalkan gadis itu. Terhincut – hincut kakinya berjalan ke arah motosikalnya.
“ Eh, eh. Encik.
Tunggu.!!” Panggil gadis itu. Aril tidak mengendahkan nya. Sudah cukup
pertolongan nya untuk gadis asing itu.
“ Tunggu!!.” Panggil
gadis it uterus menahan lengan nya yang berbalut. Aril mengaduh kesakitan.
“ Oopps! Sorry.” Ucap
nya sekali lagi. Tangan nya terus melepaskan lengan Aril. Aril tidak berkata
apa – apa. Sebaliknya berpaling dan meneruskan langkah nya yang mati tadi.
Sekali lagi gadis itu menghalang jalannya.
“ Apa lagi yang kau
nak?” soalnya sudah merasakan geram dengan tingkah gadis di hadapannya kini.
Gadis itu mencekak pinggang nya.
“ Ohoo!! Nak marah
orang pulak!! Sedangkan yang buat aku sampai berbalut sana sini tu kau!! I see.
Kau nak pergi mana? Tinggalkan aku sorang je!! Hah?? Dah la kau buat aku
tertinggal bas, kau hampir buat nyawa aku melayang, lepas tu, at the same time
my handbag dikebas, and kau senang – senang je nak tinggalkan aku kat sini??!!”
marah gadis itu. Aril terpana. ‘ Aik, apasal pulak aku yang salah??????’
“ Cik...”
“ Dan sekarang aku
stranded di negeri orang, without my money, my id cards and everything and all
because of you, faham tak.!! Aku cucu Haji Dollah la. Jangan sesekali memain
dengan CHD tau.!!” Potong gadis itu. Aril mula keliru. Salah siapa
sebenarnya??? Aku ke??
“ Sekarang aku nak
kau bawak aku balik kampong, dan aku nak kau hantar aku balik sampai depan
rumah aku!! kau faham tak!!!” bentaknya.
“ Dan jangan kau cuba
nak lari, sebab satu Malaya kenal abang aku! sekali arahan dia, kau boleh mati
katak.. ada berani!!!” ugutnya. Aril diam. Bukan kerana dia takut, tapi kerana
dia keliru. Bulat matanya memandang gadis yang namanya pun tidak diketahui. ‘
Berani dia ni ugut aku?? tak padan dengan badan langsung.’ Gerutunya dalam
hati. ‘Apa aku nak buat sekarang? Takkan nak tinggalkan dia je kat sini. Aku
tengok dia ni macam bukan orang sini je. Pakaian pun gangster semacam je. Betul
ke aku yang menyebabkan dia terlepas bus? By the way, tadi aku langgar dia kat
mana? Sedangkan aku sendiri aku kat mana sekarang.’ Fikir Aril.
“ Hmmm.. sekarang apa
kau nak buat? Nak tinggalkan aku atau hantar aku balik??” soalnya separuh
mengugut. Aril masih berfikir. Namun, ternyata fikiran nya kosong. Dia tidak
mampu membuat keputusan.
“ Aku tengok kau
macam orang loaded je. Tadi pun aku tengok wallet kau. Banyak duit, so aku
assume kau takde masalah kewangan. So, sebagai ganti rugi, i mean, sebagai
bayaran tebusan atas apa yang kau dah lakukan, kau bawak aku balik straight to
my home and make sure of my safety. Anda faham, four eyes?? And as a gentlemen,
you will make sure of my safety, right.”arahnya separuh mengejek. Aril
memejamkan matanya. Ya Allah, apakah dugaan yang Kau berikan padaku. Aril
menarik nafas kemudian mengangguk lemah. Dia bagaikan tiada kuasa tika itu. Dan
gadis di hadapan nya kini, bagaikan menguasai dirinya. Bagai hamba mengikut
tuannya, Aril menurut langkah gadis itu menuju ke motosikalnya. Tersungging
senyuman dari bibir gadis itu.
“ By the way, kita
kat mana sekarang ni??” soal gadis itu polos. Sah, dia bukan nya orang yang
berasal di tempat itu. Aril menoleh ke sekeliling. Mencari klu akan lokasi
mereka. Matanya terarah ke arah satu bangunan.
“ Assunta Hospital.”
Balasnya pendek. Aril tidak kisah dia dimana. Asalkan dia berada jauh dari
masalahnya. Itu saja.
“ Hey, orang kaya
macam kau ni takde ke phone yang canggih – canggih? Like iPhone or something?
Yang dapat tengok map tu? Takde ke?” soal gadis itu. Aril tidak menjawab.
Telefon miliknya sudah disedekahkannya kepada pengemis tepi jalan yang
ditemuinya sebelum menghilangkan diri. Hanya simcard dan memory card nya saja
diambil. Semua yang ada di dalam phone itu dipadam. Hanya untuk langkah berjaga
– jaga. Aril menggeleng menjawab soalan gadis itu. Kemudian dia duduk di
motosikal nya. Terguris hatinya melihat keadaan motosikalnya. Scratch!!!! Gadis
itu turut naik ke atas motonya. Baru saja Aril menghidupkan motonya, bahunya
dicengkam kuat. Sekali lagi, Aril mengaduh kesakitan.
“ Ooppss.. sorry.
Err.. Aku tak tau kau ni jenis yang pentingkan nyawa atau tak, but, family aku
ajar, naik motosikal, baik yang memandu atau yang membonceng, kena ada helmet
kat kepala. Kau ada helmet, but, aku...” kata gadis itu tanpa menghabiskan
ayatnya. Aril faham akan maksudnya. ‘ Family dia ni ada ajar ke tak, pasal
adab???’ umpatnya dalam hati.
“ Hmm.. Naik je. Nah,
pakai ni.” Katanya sambil menghulurkan helmetnya. Gadis itu teragak – agak
untuk menyambut.
“ Takpe, kita beli
baru lepas ni.” Kata Aril. Barulah gadis itu menyambut helmet yang diberinya.
Gadis itu menyarung helmet jenama shoei miliknya. Dengan lafaz bismillah, Aril
memandu pergi dari perkarangan hospital itu.
Hari yang siang berganti
malam. Dan bagi Aril, itulah malam yang malang, dan termalang dalam seumur
hidupnya. Hidupnya bagai jatuh ditimpa tangga. Dah lah jatuh, ditimpa tangga
lagi!! Dia dan gadis itu duduk di tepi jalan. Helmet yang baru dibelinya siang
tadi dipeluk.
“ Ya Allah. Dugaan apa yang Kau berikan
padaku kini.” Rintihnya. Dia memandang langit yang hitam tanpa bintang.
Fly me to the moon,
And let me play among the stars,
Let me see the rings like on Jupiter
and Mars,
In other words,
Hold my hand,
In other words,
Darling kiss me,
Fill my heart with song
And let me sing forevermore,
You are I longed for all I worship and
adore,
In other words,
Please be true,
In other words,
I love you....
In other words,
Hold my hands,
In other words,
Darling kiss me,
Fill my heart with song
And let me sing forevermore,
You are I longed for all I worship and
adore,
In other words,
Please be true,
In other words,
I love you....
Suara itu membuat
kepala Aril berpusing ke sebelah kanan. Gadis itu menyanyikan lagu kegemarannya.
Lagu itu membuatkan nya teringatkan Liyana. Terlupa sebentar akan masalah nya.
Aril mula termenung.
“ Kau ni banyak
mengelamun eh. Banyak masalah ke?” soal gadis itu. Perasan akan lelaki yang
sedari tadi merenung nya. Mula – mula, dia fikir lelaki itu merenungnya, namun,
apabila diamati sekali lagi, hanya jasad nya yang berada di situ. Fikiran nya
melayang entah ke mana. Aril tersentak.
“ Hmmm.. apa kita nak
buat ni? Moto kau dah kena curi.” Ujar gadis itu sambil menongkat dagunya. Aril
tidak menjawab. Dia melihat gadis itu berdiri.
“ Jom, kita buat
report polis. Biar polis tangkap siapa yang curi moto kau.” Ajaknya. Pantas
Aril menggeleng.
“ Kenapa pulak tak
nak? Moto mahal tu.” Aril hanya diam. Dia tidak mahu buat laporan sebab tidak
mahu identitinya sebagai seorang pemilik syarikat terbesar yang hampir muflis
diketahui ramai. Jika identitinya diketahui, maka, habis la plan nya yang
hendak menghilang. Gadis itu duduk kembali.
“ Hmm.. so, nak buat
apa sekarang? Main batu seremban?” katanya bosan.
“ Plan aku yang nak
balik kampong pun dah musnah sebab moto kau tu. Apasal la kau boleh tinggalkan
kunci moto kat starter dia. Apa punya bangang la kau. Aku tau la yang kau tu
kaya, suka menderma, jangan la sampai Nampak sangat murah hati tu.” Kata gadis
itu lagi. Aril mengerutkan dahinya. ‘ Aik, salah aku ke? Bukan nya kau yang
tergesa – gesa sangat nak makan, sampai tarik – tarik aku masuk kedai makan
tadi, sampai aku lupa nak tarik kunci tu. Aku salah ke??????!!!!’ bentak nya
dalam hati. Dia menalakan matanya ke arah gadis itu. Sekali lagi gadis itu
berdiri.
“ Aku penat la, jom
cari tempat tidur. Kita pergi hotel nak?” ajaknya. Aril tersentak. Gadis itu
menarik tangan nya. ‘ Biar betul minah ribena ni?’ bebelnya dalam hati. Kakinya
masih kejap di tanah. Tidak berganjak walau setapak. Itu membuatkan gadis itu
menoleh.
“ Laa.. Apasal pulak?
Tak letih ke? Jom la. Aku letih, mandi pun belum. Nak mandi, lepas tu tidur.
Mesti selesa sangat pasal badan dah letih benar ni.” Ajaknya. Aril memandang
gadis itu dengan pandangan tidak percaya.
“ Ish. Jum! You can
give me that look while walking. Jom. Cepat la. Cepat la.” Sambung nya sambil
menarik – narik lengan Aril. Dalam keterpaksaan, Aril mengikut langkah gadis
itu.
“ Kau selalu
termenung eh?? Kenapa? Kau ada masalah ke?” suara gadis itu memecah kesunyian.
‘ Kenapa la minah ni selalu kacau aku termenung... Haish..!!’
Aril diam.
“ Kau ni bisu ke?
Tadi elok je boleh cakap? Or kau ni susah nak bercakap?” soal nya lagi. Aril
duduk. Dia merenung sekeliling. Bilik yang didiami mereka berdua hanya cukup
untuk seorang dua saja. Aril ketawa kecil. Teringat ketika mereka baru sampai
di hotel bertaraf satu bintang ini.
“ Ya encik, ada apa
saya boleh bantu?” Tanya receptionist itu. Aril melihat sekeliling. Suasana hotel
murah dilihatnya dengan pandangan yang hanya dia yang mengerti. ‘ Padan la
murah. Nampak murah pun.’ Katanya dalam hati.
“ Err.. Saya nak sewa
dua buah bilik. Single bed. Untuk semalam.” Katanya. Pekerja itu melihat buku
log hotel. Untuk melihat bilik yang kosong.
“ Maaf encik. Tinggal
satu je bilik kosong kat sini.” Kata pekerja itu.
“ Takpe...”
“ Takpe. Kami ambik
je bilik tu.” Sampuk satu suara. Aril memusingkan kepalanya 90 darjah. ‘ Biar
betul dia ni.’ Aril menarik nafas. Tiba – tiba rasa sesak nafas nya.
“ Err.. Takde bilik
yang available lagi ke?” soalnya tidak puas hati.
“ Hei. Takkan la kau
masih nak berjalan dengan keadaan kita yang macam ni. Dah lewat malam ni. Takpe
Encik reception. Kami ambik bilik tu.” Potong gadis itu. pekerja itu sekadar
tersenyum – senyum.
“ Kau, diam. Biar aku
je yang bercakap.” Tegah Aril.
“ Encik, kau tu bukan
nya banyak bercakap pun. Lagipun kita bukan nya lama sangat kat sini. Nak relax
kan badan je. Stay for a night je pun. Tak payah nak sewa sehari. Buang duit je.
Hmmm... Encik reception, kitorang nak sewa ikut jam dapat tak?” pintas gadis
itu lagi.
“ Wait. Kau tak tau
apa yang kau cakap ni?” Aril menyoal tidak percaya. Gadis itu menjelingnya.
“ Kitorang sewa ikut
jam je.” Tekan gadis itu. Aril mengetap bibirnya. Kemudian menarik nafas
panjang.
“ Ikut je kata dia.”
Putusnya. Gadis itu tersenyum menang.
“ Berapa jam cik?”
soal pekerja itu sambil tersengih – sengih.
“ Apa sengih –
sengih? Gila ke? Kitorang sewa dalam 2 jam? No, 3? Err.. Maybe 4 to 5 jam lah.
Lagi lama lagi bagus. But bukan seharian.” Cadang nya. Aril memandang dengan
pandangan tidak percaya. ‘ Biar betul minah ni? Dia tak tau ke apa yang dia
cakapkan???????’
Pekerja itu senyum
sumbing. Kemudian memberi kunci bilik kepada gadis itu. gadis itu berlalu
membiarkan Aril menguruskan pembayaran.
“ Berapa?” soal Aril
malas.
“ RM 40.”
Aril menghulurkan not
50 kepada pekerja itu.
“ Encik jumpa dia kat
mana?”
“ Saya langgar dia
tadi.” Jawabnya ringkas dan terus berlalu. Kemudian langkahnya terhenti. Aril
berpusing semula menuju ke meja reception.
“ Amacam? Cantik tak
dia?” bisik nya tanpa sedar. ‘ Erk? Apasal aku boleh tanya dia soalan merepek
macam ni????’ pekerja itu member tanda baik punya kepada Aril.
“ Hot. Beauty. Cantik
sangat. Pandai encik cari.” Pujinya. Aril menaikkan keningnya. Cermin matanya
ditanggalkan. Dia tersenyum. Kemudian dia berlalu. Tanpa sedar, dia sudahpun
mula melupakan masalahnya.
“ Tengok tu, mengelamun
je kerja. Macam la takde benda lain yang boleh kau buat?? Hairan betul aku
dengan kau ni.” Perli gadis itu lagi. Lamunan Aril terhenti. Dia duduk di
kerusi yang disediakan di bilik itu. gadis itu yang sedari tadi duduk di atas
katil bangkit dari duduknya. Dia berjalan ke tingkap.
“ Cakap la wei.. Aku
dah duk bosan bilik ni senyap semacam je.” Tutur nya lagi. Aril malas hendak
menjawab. Sakit badan nya sudah mula terasa. Aril bangkit dari kerusi dan
merebahkan badan nya ke atas katil. Lega badannya bertemu dengan tilam.
Walaupun tidak seempuk mana. Matanya mula dipejam.
“ Hmmm.. Bisu agaknya
dia ni. Tapi, tadi elok je dapat bercakap. Hmm.. Takpe. Biar aku mulakan.”
Gumam gadis itu tapi jelas didengar oleh Aril. Mula lah gadis itu berbicara. Becok
mulutnya bagai berpidato di atas pentas.
Sejam.
Dua jam...
Dua setengah jam...
“ Aku nak rehat.
Badan aku yang sakit ni jadi lebih sakit dengar kau cakap pot pet pot pet dari
tadi. So pleassssseee. Stop talking. Sengal telinga aku dari tadi dengar suara
kau tau tak. Aku tak kisah dengan cerita keluarga kau ke, kawan kau ke, kisah
kau terseliuh dekat padang ke, tinggal di asrama, kerja di tesco. What ever. So
just leave me alone. Please.” Marah Aril terus bangkit dari pembaringan. Bicara
gadis itu terhenti. Naik kening nya. Suasana sepi. Aril sedar yang dia
terlanjur kata.
“ Err.. Sorry. Aku
tak bermaksud nak kata macam tu.” Katanya. ‘ Yeke tak bermaksud??’
Gadis itu mengangkat
tangan nya seperti orang hendak mengalah.
“ Takpe. Kau cakap
macam tu pun sebab kau rimas. Aku tau kau ada masalah. So, kau tak dapat
luahkan dekat orang yang buat kau marah, so kau marah aku. Takpe. Aku faham.”
Katanya. Gadis itu duduk di kerusi. Kata – kata gadis itu membuat mulut Aril
terlopong. Aku memang marah kau la tadi, apasal pulak lain cerita nya dia ni???
Tak faham bahasa ke???
“ So. Kau nak cerita
tak masalah kau? Luah je. Aku dah biasa dengar luahan perasaan ni. Dan
actually, semua ni dah macam kerja aku tau. You see, masa aku sekolah menengah,
kengkawan aku, bila diorang ada masalah, macam, masalah putus cinta la. Masalah
keluarga la, masalah kawan la, and even masalah period pun diorang datang cari
aku tau. Minta nasihat, or just minta kaunseling. Hahahaha. Bila dikenang, rasa
lucu la pulak. But, aku memang macam tu. Macam DJ, diorang dengar masalah
orang. So, cerita la. Don’t worry. Your secret is safe with me.” Pancing nya.
Aril menjeling matanya ke atas. Malas hendak melayan. Dia merebahkan badan nya
kembali.
“ Sibuk je. Diam je
kau kat sana. Aku nak tidur.” Gumam Aril. Gadis itu senyum.
“ Tak nak. Suka aku
la nak bising ke, nak diam ke, nak memekak ke. Mulut aku. Tuhan bagi mulut tu
untuk bercakap encik oii.” Balasnya separuh memerli.
“ Suka aku la aku nak
diam ke, nak membisu ke, apa kau kisah. Mulut aku. Ikut suka aku la.” Tingkah
Aril.
“ Suka aku la nak
kisah. Dah kau tu memang kerja membisu je. Cuba la bercakap. Luahkan ke apa
yang kau rasa. Ni tak. Diam. Diam. Diam je yang kau tau. Hei. Dengan diam je,
masalah takkan selesai tau. Cuba selesaikan masalah tu. Ni tak. Macam orang
gila yang dok merempat tepi jalan je muka tu. Dah tu, bawak moto pun macam
orang yang baru dapat lessen, siap nak langgar orang pulak, nasib orang sempat
nak elak. Kalau tak, tak de nya dapat jumpa family tersayang. Aku tak macam
kau. Mungkin kau ni ada nyawa spare, yelah, duit dah berbongkah dalam wallet
tu. Nyawa aku satu je tau. Allah bagi nyawa tu hargai la. Karang dah tinggal
sikit je masa, baru menyesal tak sudah.” Bebel gadis itu. Aril menekapkan
tangan nya ke telinga.
“ PLeeeeeaaaassseee..
Cik Tempayan oi.. diam boleh tak. Serabut kepala ni duk dengar suara kau tu.
Bingit tau tak. Bingit. Sakit telinga aku dengar ceramah kau, mulut tu cover
sikit boleh tak, macam tempayan je tak abis – abis bercakap. Aku dah banyak masalah
ni, kau jangan nak tambah masalah aku lagi faham...Okey, Fine! Kau nak tau
masalah aku?? Aku ditinggalkan awek aku, dia kahwin lain, dia dah janji nak
kahwin dengan aku, tapi dia boleh pulak terima lamaran mamat entah siapa, sakit
hati aku dia buat macam tu, kau apa tau, kau bukan nya pernah bercinta pun,
dari muka aku dah boleh tengok la. Muka macam kanak – kanak, perangai tu sama
je dengan budak tadika.” bidas Aril tanpa sedar telah meluahkan rasa hatinya..
Geram hatinya kerana gadis itu tidak juga berhenti bercakap. Gadis itu diam.
Kemudian senyum. Itu yang membuat Aril heiran dengan perubahan sikap gadis yang
beru dikenalinya itu.
“ See? Kan tak susah
bila luahkan apa yang kita rasa. So, amacam? Okey tak hati tu. Tak sakit lagi
kan. Well, kalau sakit tu masih ada, dah kurang kan??” soalnya sambil tersenyum
lebar. Aril meraba dadanya. Ya, sakit itu sudah tiada. Walaupun masih berasa,
tapi, sakitnya sudah tiada. Aril mengiakan dalam diam.
“ So, siapa minah
yang tak sedar diri diuntung tu?” gadis itu beralih tempat. Dia duduk di birai
katil. Aril menarik nafas lalu mengeluarkan walletnya. Gambar Liyana yang ada
di dalam walletnya dikeluarkan. Gadis itu mengambil gambar itu.
“ Waaaaaaah, cantik
jugak awek kau eh...... tapi sayang...” katanya. Aril tunduk. Mula memikirkan
hal Liyana. Namun, belum sempat fikiran nya melayar, bahunya ditepuk kuat.
“ Hei, jangan la buat
muka tu lagi. Okey, this girl dah hancurkan hati kau. But, tak semestinya kau
nak emo je memanjang. Bukan jodoh kau dengan dia. Jangan berpaut pada kenangan
lama, nanti kau jugak yang susah. Barang yang lepas jangan dikenang. Look to
the front and walk proudly. Nah, ambik foto ni.” Katanya menasihatkan Aril.
Gadis itu berlalu ke meja sisi, dibukanya laci dan mengambil mancis. Mancis itu
dihulurkan kepada Aril.
“ Bakar dia dan buang
dalam toilet sana. Idea ni kawan aku yang bagi, dia pernah buat. Gerenti
menjadi punya. Kau akan rasa lebih baik.” Katanya. Aril mengerutkan dahinya.
“ What. Please lah.
Tak nak. Tak boleh bakar gambar. Tak baik.” Pintas Aril.
“ No. Buat je lah.
Kau akan rasa lebih baik. Aku jamin. Buat lah.” Paksa nya. Aril mengeluh dan
menyalakan mancis itu. gambar Liyana dibakar nya.
“ Pergi toilet and
flush dia. Go. Now.” Arahnya lagi. Aril bangkit dan masuk ke dalam bilik mandi.
Ditenungnya gambar Liyana buat kali terakhir dan menjatuhkan gambar itu ke
dalam mangkuk tandas. Kemudian diflushkan tandas itu. gambar Liyana yang
tinggal setengah itu berpusing – pusing sebelum hilang ditelan air. Aril
memegang dadanya.
“ Kenapa aku rasa lapang
sangat? Lega kah aku?” soalnya sendiri. Aril keluar dari bilik mandi. Gadis itu
tersenyum padanya. Dan Aril membalas senyuman itu. Selamat Tinggal Liyana.
“ So?”
“ Aku tak tau, but,
aku rasa lega bila buat benda mengarut kau tu. Thanks.” Balasnya senang. Aril
senyum.
“ See. Benda tu
memang selalu menjadi. Pandaikan aku. Hehe. So, Welcome to a new life. Goodbye
to your past.” Ujarnya. Gadis itu menghulurkan tangan nya.
“ By the way, aku
Humaira.” Gadis itu memperkenalkan diri. Aril senyum dan menyambut salam nya.
“ Aril.”
Sudah beberapa hari
Aril dan Humaira mengembara di bumi Malaysia bersama. Misi Aril adalah untuk
menghantar Humaira balik seperti yang dipinta gadis itu. beberapa hari yang
dialaminya sememangnya hari yang baru dan hari itu diceriakan dengan gelak tawa
mereka. Humaira. Seorang gadis lincah dan berperangai seperti kanak – kanak
Berjaya mengubat hatinya yang luka beberapa hari lepas. Banyak pengalaman baru
yang dialaminya bersama Humaira. Gadis itu melihat dunia dengan cara yang
berlainan darinya. Adakalanya pendapat mereka bercanggah dan mereka selalu
bertelingkah, namun dengan sikap keanak – anakan gadis itu, marah Aril boleh
reda begitu saja. Berapa hari saja, dia melihat dunia dari mata Humaira. Dunia
bagi Humaira seperti fantasi bergabung dengan reality. berbanding dengan nya,
hanya melihat dunia dengan reality. Dan yang lebih ajaibnya, dalam beberapa
hari itu, fikiran nya langsung tidak pernah terbang sekalipun kepada Liyana.
“ Kita dah sampai.”
Kata Humaira. Aril melihat rumah yang sederhana besar di hadapannya. Rumah yang
tersergam indah dihiasi dengan laman yang cukup sederhana dan menenangkan jiwa.
“ Jom, masuk.” Ajak
nya. Aril pantas menggeleng.
“ Aku dah tunaikan
janji aku. Hantar kau balik.” Balasnya tenang.
“ No, kau ikut aku
masuk. Aku kenalkan kau dengan Family aku. Jom la.” Ajaknya lagi. Pada masa
yang sama, seorang wanita yang berumur sederhana dan lelaki yang sebaya arwah
papanya keluar.
“ Maira. Kamu dah
balik sayang.” Kata wanita itu sambil memeluk Humaira.
“ Mak, Maira rindu
dengan mak.” Humaira membalas pelukan emaknya. Kemudian menyalam ayah nya.
“ Ni, siapa Maira?”
Tanya ayahnya sambil menalakan pandangan ke arah Aril.
“Yah, ni Aril. Dia
kawan Maira. Dia yang hantar Maira balik. Hmm.. Mak, Maira lapar la. Nak
mamam.” Kata Humaira riang. Aril senyum membalas pandangan ayah Humaira.
“ Jemput masuk Aril.”
Ajak emak Humaira. Dalam rasa segan segan malu, Aril mengikut langkah mereka.
Terasa lain pulak pandangan ayah minah ni.
Seminggu Aril tinggal
di rumah Humaira. Seminggu juga dia merasakan pandangan ayah Humaira kepadanya.
Lain semacam. Rasa macam seram je bila ayahnya ada bersama. Pandangan mata ayah
Humaira, tajam semacam. Gayanya macam samurai zaman era Jepun dahulukala. Yang
ada pedang terselit di pinggang tu. Aril duduk di bangku yang disediakan di
halaman rumah itu. dilihat nya Humaira
sedang membangkit pakaian. Aril mengalihkan pandangan ke arah pokok mangga yang
agak – agak rendang yang tidak jauh dari bangku tersebut. Dia menelan liur. Baik
aku petik sebiji dua. Dapat makan, ke minta emak Maira buat sambal. Cadangnya
sendiri. Berbanding hubungan nya dengan ayah humaira, Aril lebih rapat dengan
emak gadis itu dan juga ahli keluarga yang lain. Cuma tidak dengan ayah Humaira.
mengapa? Mungkin dia rindukan kasih seorang ibu. Aril bangkit dari duduknya.
Tangan nya mencapai buah mangga yang paling bawah.
“ Nasib baik aku
tinggi. Ada jugak guna nya tinggi ni ye.” Pujinya sendiri. Sebiji buah mangga
diletakkan di atas bangku.
“ Ril, ada problem.” Bisik
Humaira sambil menarik lengan bajunya. Aril tidak jadi memetik buah mangga itu..
Aril menundukkan wajahnya. Ketinggian nya dengan Humaira jauh berbeza. Bila
gadis itu ada di sisi nya dia sendiri tidak sedar.
“ Apa dia??” soal
Aril. Humaira yang memegang bakul berisi baju menghalakan bibirnya di telinga
Aril.
“ Ada problem. Tak
dapat cakap kat sini. Esok kita jumpa dekat kebun atuk. Eh? Jangan lambat.”
Bisiknya mengarah. Belum sempat Aril membalas, Humaira sudah berlari pergi.
Aril menghantar kelibat gadis itu dengan matanya, baru saja gadis itu masuk,
matanya bertembung dengan mata ayah Humaira. Aril menelan liur. Tajam pandangan
ayah gadis tu. Aril memberi senyuman kepada ayah Humaira kemudian meneruskan
memetik buah mangga yang diinginiya. Sambil itu mulutnya mengira berapa biji
mangga yang dipetik. Siap berlagu senang berkenaan mangga.
“ Hmmmmmmm... apa
pasal nya kau panggil aku pepagi ni?” Tanya nya bila saja mereka selamat
melabuhkan punggung di titi air berdekatan dengan kebun atuk Humaira. Humaira
menarik nafas, kemudian menghembuskan nafas. Macam mengeluh pun ada.
“ Aih, tak pernah
pulak aku dengar kau mengeluh macam tu sekali. Masalah apa yang melanda kau ni.
Tak pernah pernah sampai mengeluh begitu sekali. Masalah negeri ke?” seloroh
Aril. Hanya keluhan saja menjadi jawapan nya.
“ Emak.” Tuturnya
kemudian.
“ Ya, kenapa dengan
mak? Mak sakit ke? Tak mungkin. Mak sihat je aku tengok.” Kata nya. Sudah biasa
membahasakan emak Humaira sebagai emak. Emak nya yang menyuruhnya begitu.
“ Bukan la........
Kau ni. Mak sihat. Mak nak jodohkan aku dengan mamat entah mana. Aku tak mau.”
Luahnya. Aril mengangguk faham.
“ Laaa.. bagus la tu.
Pilihan orang tua baik – baik tau.”
“ Bagus?? Puik. Aku
tak berkenan. Tu masalahnya.”
“ Ok. Ok. Now, kau
dah kata yang kau tak berkenan tu, dah tau la sapa mamat tu?”
“ Tau tu tak la.
Tengok gambar je. Ni haa. Hesy... Tak berkenan aku.” Cebik nya sambil memberi
sekeping gambar kepada Aril. Aril membelek gambar itu.
“ Laaa.. Boleh tahan
la ni. Hensem apa. Ada iras macam siapa pelakon Bollywood tu..haaa.. macam Hitirik
Roshan tu. Betul ke tak nama dia. But, kira ok la ni... Dia hensem apa. Tapi
hensem lagi aku.” Komen Aril bersahaja. Humaira diam. Muncung mulutnya menjawab
segalanya. Aril ketawa melihat gadis itu.
“ Lagipun, kau
single. Dia available. Ngam la tu. Apa salah nya, cuba la. Pilihan orang tua ni
sentiasa baik tau. Aku nasib takde mak
dan ayah. Kalau tak, kalau diorang pilih jodoh, aku terima je.”
“ Itu kau. Tapi, aku
tak berkenan dengan dia ni. Apa la sangat dengan muka hensem kalau nanti dah
kahwin macam lelaki lain jugak. Harap hensem, tapi, buaya. Dah la buaya, darat
pulak tu. Puik. Tak berkenan aku. And by the way, aku tak single ok. Aku dah
ada boyfriend dah pun.”
Aril bertepuk tangan.
“ Nah, kalau macam
tu, kenapa tak kenalkan dia dengan family kau tu. Tak ke susah. Kau ni, masalah
kecik macam ni pun kau besar kan. Apalaaa.” Perlinya sambil ketawa. Humaira
yang sedari tadi memuncungkan mulutnya mengukirkan senyuman.
“ Apa? Kenapa tengok
aku macam tu? Ada apa – apa ke kat muka aku ni?” soalnya sambil meraba
wajahnya. Humaira menggeleng kepala.
“ Kau dah boleh
senyum gembira dah sekarang. Lega aku tengok.” Balasnya sambil mengalihkan
pandangan ke hadapan. Aril senyum. ‘Ya, aku berubah kerana kau yang mengubah
aku, Maira.’ Balasnya dalam hati.
“ So, berbalik pada
tadi, bawak la boyfriend kau datang sini.” Cadang Aril. Humaira menggelengkan
kepala.
“ Tak dapat lah.”
Jawabnya.
“ Kenapa?”
“ Dia kat Singapore
sekarang. Ada kursus katanya. 6 bulan kursus kat sana.”
Aril mengangguk
faham. Kemudian tersenyum sinis.
“ Ke, dia menghilang
6 bulan tu pasal kahwin tak.” Usik nya. Laju tangan Humaira mencubit lengan
Aril.
“ Mana ada. Dia bukan
orang macam tu tau. Dia baik, tinggi, badan pulak sasa. Romantic pulak tu.
Hmm.. walaupun tak hensem sangat, tapi I like.” Pujinya melangit kepada teman
lelakinya.
“ Eleh. Hensem dia,
hensem lagi aku. Kau apa tau. Lagipun, kau tak pernah pun story kat aku pasal
dia. Cer citer sikit.” Humaira mengambil telefon bimbitnya. Kemudian menekan
kekunci telefonnya.
“ Ni dia.” Humaira
menunjukkan gambar seorang lelaki di telefonnya.
“ Dia ni? Hmmm.. Bagi
level aku, dia ni, okay je. Takat muka tu, tepi jalan pun aku boleh jumpa.
Tapi, aku rasa Hitirik Roshan pilihan emak hensem lagi.” Komen nya. Humaira
mencebik.
“ Sejak bila mulut
kau laser macam ni ek? Aku tak ajar pun??”
“ Kau tak ajar. Tapi,
kau wariskan ajaran kau. Hahahahahaha.” Aril ketawa terbahak – bahak. Senang
hatinya dapat mengenakan Humaira. Tiba – tiba Humaira memetik jarinya.
“ Aku ada idea. Idea
bernas punya.”
Humaira ketawa
terbahak – bahak. Aril yang mengikutnya dalam keadaan terpaksa mencekak
pinggang. Gadis yang dikenalinya sememangnya tidak pernah memikirkan kesan akibat
dari perkara yang dilakukan nya.
“ Maira.” Tegurnya.
Humaira yang masih ketawa menutup mulutnya. Geli hatinya melihat reaksi lelaki
yang bakal dijodohkan nya tadi.
“ Tak baik buat dia
macam tu.” Nasihat nya. Terbit pula rasa kasihan pada lelaki tadi. Yang minah
ni pulak boleh pasang prank dekat depan pintu tu apasal. Basah kuyup campur
bertepung pihak lelaki dengan jerat Humaira. Dia masih ingat lagi amarah pihak
lelaki tadi. Kalau tidak dihalang, boleh bergaduh tadi. Tu semua angkara
Humaira. Aril menggeleng kepala.
“ Tak baik tu pandang
tepi, asalkan family dia tak jadi meminang.” Katanya senang.
“ Tapi, tak baik buat
macam tu. Kalau kau tak setuju pun, apa salahnya terangkan kat mak. Tak baik
tau buat macam tu. Malu pihak diorang.” Tegur Aril.
“ Alaa.. marah tu
boleh reda la. Why so serious?”
“ Maira, hidup ni
perlu serius. Kalau salah tindakan, memakan diri. Kau sedar tak ni?” nasihat
nya.
“ Then, kau serius
sepanjang hidup kau. Tapi, tak jugak bahagia.” Bidasnya. Aril diam. Bahagiakah
dia dahulu?
“ Aku rasa sampai
sini je aku dapat hantar kau. Lagi pun, kau dah selamat sampai. Amanah mak aku
dah tunaikan.” Tutur Aril perlahan. Dua hari perjalanan nya menggunakan bas
menghantar gadis itu balik semula ke rumah sewa nya. Humaira senyum. Kemudian
mengangguk.
“ Jangan lupa, bawak
boyfriend kau tu balik kampong. Bawak dia jumpa family. Sejuk jugak hati mak
tengok anak dia yang nakal ni dah taubat.” Perli Aril lagi. Humaira ketawa.
“ And kau, jangan
sedih – sedih lagi. Karang rezeki tak masuk.” Pesan Humaira. Kini giliran Aril
yang ketawa.
“ Rezeki sentiasa
ada. Macam yang kau kata, kita boleh cari rezeki dari macam – macam cara. Ingat
lagi pengalaman kita jual ikan tepi jalan tu??” ujar Aril. Serta merta tawa
mereka bergabung. Teringat kan masa mereka kehabisan duit dan mesin ATM pula
tiada, terpaksa mencari ikan dan menjual nya di tepi jalan. Akhirnya, mereka
mendapat hasil hampir RM 60.
“ Pengalaman yang
sumpah aku takkan lupakan.” Ujar Aril. Dia menghulurkan tangan.
“ Aku gerak dulu. Kau
jaga diri baik – baik. Maira.” Ucapnya perlahan. Suara serak serak basah itu
gemersik tatkala dia menuturkan kata – kata itu. humaira tergamam. Saat itu,
dia merasakan personalliti Aril sedikit berlainan. Tidak seperti yang pernah
ditunjukkan di hadapannya. Genggaman tangan dilepaskan. Perlahan Aril berundur
dan kemudian berlalu dari situ. Azam nya kini, untuk membetulkan hidupnya yang
sudah hampir hancur itu. Aril menghembus nafas.
“ Hello World. Aril
is back!!” jeritnya sendiri.
SETENGAH TAHUN
KEMUDIAN.......
Syarikat yang
dimiliki Aril sudah kembali maju. Malah, syarikatnya tersenarai dalam senarai
syarikat yang termaju di dunia. Dalam masa yang singkat, Aril telah menerajui
syarikat peninggalan keluarganya dengan penuh jaya dan memberi nafas baru pada
syarikat nya. Masalah Aril dan ibu saudaranya juga sudah selesai. Aril
memberikan hak yang dipinta dengan satu permintaan, ibu saudaranya tidak masuk
campur malah tidak lagi mengganggu hal berkenaan syarikatnya.
“ Bos, dokumen ni
perlu ditandatangan, dan perlu submit before 3.” Kata PA nya. Aril senyum dan
meneliti isi dokumen itu. tidak lama kemudian, dia menandatangani dan memberi
semula kepada PA nya. Kemudian dia meneruskan kerjanya. Semakin maju, semakin
sibuk jadual nya.
“ Tunggu kejap.” Arah
Aril tiba – tiba. Jamal berpusing. Tombol pintu yang dipegang nya dilepaskan
semula.
“ Esok, aturkan
mesyuarat tergempar esok pagi, aku ada satu idea yang baik punye nak usulkan
esok. And, aku nak jumpa semua stake owners before 2 pm. Ada benda aku nak
bincangkan dengan mereka. Apalagi yang aku risaukan.. Ahh, aturkan lunch aku
dengan Dato’ Kamaruddin. Aku nak jumpa dia before meeting esok. Ada rancangan
baiiik punye aku nak settle dengan dia.” Katanya senada. Jamal mencatit arahan
bos nya.
“ Err.. Bos, boleh
tak saya cakap sikit?”
“ Ya. Apa hal?”
“Woah.. Ril. Kau
sedar tak yang kau dah berubah sekarang?” luah Jamal seraya duduk di kerusi.
Buku hitamnya diletakkan di atas meja. Aril melihat tubuh badannya. Kemudian
membelek mukanya di camera laptop.
“ Aku rasa biasa je? Gemuk
sikit la pasal aku selalu makan tengah malam. Lapar gilerr beb.. melantak mee
sedaap tengah malam memang peerrrgh!! Best!!” katany sambil mengusap perutnya.
Boroi tu tak lah. Buncit lagi tak. Pejal lagi ni.
“ But aku tak la
gemuk sampai tahap buncit ni. Selalu jugak pergi gym tau.” Sambungnya lagi.
Kemudian ketawa kecil. Lawak bila memikirkan satu masa nanti fizikal tubuhnya
berubah menjadi orang tua yang gemuk, perut buncit dan rambut botak di tengah –
tangah.
“ Bukan nya berubah
dari segi fizikal la. Maksud aku, kau, personality kau, sikap kau. Berubah
sangat. Kau tak sedar ke dalam setengah tahun kau dah ubah syarikat ni. Dulu
dah tinggal hujung tanduk tapi sekarang dah berdiri megah. How can you do it
man? Kau bela saka ke? Tak ke toyol?” duga Jamal. Sebagai kawan yang bekerja
dengan Aril, hairan juga kerana selama hampir tiga bulan Aril menghilang entah
ke mana, tiba – tiba muncul semula dan membuat mesyuarat tergempar dan
seterusnya membetulkan semua salah silapnya sekaligus menaikkan semula syarikat
peninggalan keluarganya. Ajaib. Ya, itu adalah perkataan yang sesuai. Malah,
Aril juga kerap tersenyum apabila berseorangan, menyanyi kecil apabila membuat
kerja dan bersemangat apabila menyatakan sesuatu. Apabila membuat kerja,
semuanya dapat disiapkan dengan cepat dan efektif. Semua masalah yang dihadapi
semenjak Aril mengambil alih syarikat itu selesai dalam masa hampir 7 bulan
saja.
“ Ceh. Ke situ pulak
kau. Takde nya aku nak bela benda – benda mengarut macam tu. Aku tak berubah
la, Mal. Aku masih aku. Aku cuma dapat
nafas baru. Semangat baru. Dan aku gembira dengan hidup aku sekarang. Rasa nak
buat terjun superman je sekarang tau.” Katanya sambil mendepangkan tangan nya.
Jamal menggeleng kepala. Aril mengusap perutnya. Dahinya berkerut.
“ Kenapa, Ril?” Tanya
Jamal apabila melihat perubahan di wajah Aril
“ Aku rasa.. Apa
perasaan ni eh.. Rasa.. I think.. i’m hungry. Jom makan.” Ajaknya riang. Riak
wajahnya yang cepat berubah mengundang rasa hairan di hati Jamal. Aril seperti
sudah lebih ceria dan lebih – lebih lagi, sikap nya kadang – kadang seperti
kanak – kanak. Riang sentiasa.
Aril berehat di
gazebo di laman rumahnya. Dia membuang pandang ke rumah peninggalan
keluarganya. Gitar di tangan nya dipetik satu – satu.
“ Rumah je besar.
Tapi penghuni nya,berapa orang je.” Gumamnya sambil memetik gitar. Lagu Lonely
Day dari SOAD dimainkan.
Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day in my life
Such a lonely day
Should be banned
It's a day that I can't stand
The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
Such a lonely day
Shouldn't exist
It's a day that I'll never miss
Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day of my life
And if you go,
I wanna go with you
And if you die,
I wanna die with you
Take your hand and walk away
The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
Such a lonely day
And it's mine
It's a day that I am glad I survived.
And it's mine
The most loneliest day in my life
Such a lonely day
Should be banned
It's a day that I can't stand
The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
Such a lonely day
Shouldn't exist
It's a day that I'll never miss
Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day of my life
And if you go,
I wanna go with you
And if you die,
I wanna die with you
Take your hand and walk away
The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
Such a lonely day
And it's mine
It's a day that I am glad I survived.
“ Tuan. Ada orang datang
nak jumpa tuan.” Suara butler, Sebastian menghentikan mainan gitarnya. Aril
meletakkan gitarnya di tepi.
“ Siapa?” soalnya
lembut.
“ Tak tahu, tapi
diorang kenal tuan.” Jelas butlernya. Aril mengangguk dan berdiri. Dia mengikut
langkah butlernya. Sampai saja di depan pintu pagar, baru persoalan yang
bermain di benaknya terjawab.
“ Mak, ayah.” Katanya
separuh terjerit. Tangannya terus menyalam tangan emak nya. Kemudian ayah nya.
Belum sempat dia tunduk menyalam tangan ayah nya lengan nya dipegang kuat.
“ Maira mana?” soal ayah Humaira. Aril tergamam.
“ Mak, ayah, duduk
lah dulu. Sebastian, buatkan minuman untuk tetamu saya.” Arahnya kepada
butlernya. Sebastian berlalu pergi.
“ Maira mana, Ril?”
soal ayah nya lagi. Dahi Aril berkerut.
“ Kenapa dengan
Maira, yah, mak?” soalnya semula. Tidak faham. Wajah emak dan ayahnya sugul
semacam. Beg bagasi yang dibawanya juga ditenung.
“ Maira dah lama tak
hubungi kami. Balik kampong pun tidak. Aril sembunyikan Maira ke? Kalau Maira
ada kat sini, suruh dia turun sekarang. Mak rindu dengan Maira, Ril.” Luah emak
nya. Ayah Humaira hanya diam. Namun Aril tahu, marah nya ada dipendam di hati.
“ Mak, Maira takde
kat sini. Last Aril sama dengan Maira, masa Aril hantar dia balik hostel kat
Johor. Lepas tu, Aril tak dengar lagi berita Maira. Aril tak dapat call sebab
Aril busy. Kenapa dengan Maira mak?” mendengar jawapan Aril. Titisan airmata
seorang ibu gugur jua. Luluh hati Aril melihat nya. Walaupun itu bukan ibu
kandung, tapi, sayang nya sama seperti dia menyayangi mamanya. Aril mengubah
posisi duduk nya. Dia duduk di sisi emaknya. Dipaut lembut bahu emaknya.
“ Yah, kenapa dengan
Maira?” soalnya perlahan. Ayahnya mendengus. Menyatakan betapa marahnya hati
tua itu.
“ Anak tak sedar
diuntung tu, entah mana dia menghilang. Lama dia tak balik. Entah ada tak dia
kat rumah ni. Mana kau sorok dia hah? Aku tau dia dah lupa daratan sejak kenal
dengan kau. Aku nampak sejak dari mula lagi. Padan la dia tolak pinangan ketua
kampong tu. Ikan besar dia dah dapat. Mana kau simpan anak aku? Maira!!
keluar!! Kita balik.” Jerkah ayah Humaira. Aril diam.
“ Aku tau kau siapa
sejak dari hari Maira bawak kau balik. Anak usahawan kaya, syarikat pun maju.
Aku tau kau hanya akan mainkan Maira. kau gunakan Maira. lepas kau dah puas,
kau tinggalkan dia. Anak muda macam kau takkan sudi berkawan dengan orang macam
kami. Sekarang kau panggil Maira turun. Sekarang!!!”bentak nya lagi. Aril hanya
membatu diri. Dia sendiri tertanya – Tanya dimana Humaira sekarang. Mengapa
boleh hilang begitu saja. Aril menarik nafas.
“ Yah, mak. sumpah,
Aril tak tahu Maira kat mana. Tapi, Aril berjanji, Aril akan cari dan bawak
Maira balik. Itu janji Aril. Aril akan hantar Maira balik macam masa Aril
hantar dia dulu.” Jelas Aril memujuk. Kaget juga hatinya apabila dijerkah oleh
ayah Humaira. Baru dia tahu dimana Humaira dapat baran nya pada pertama kali
berjumpa.
“ Dan kalau Ayah tak
percaya. Ayah boleh check rumah Aril ni. Dan, kalau dapat, mak dan ayah
bermalam kat sini. Ye mak? yah?” ajaknya lembut. Emaknya mengangguk. Dia
percayakan Aril, namun tidak ayahnya. Sebaik saja Aril berkata begitu, terus
saja kakinya melangkah ke seluruh rumah. Mencari Humaira. Tingkah ayahnya hanya
disambut dengan senyuman dari emaknya.
Susuk tubuh seorang
gadis yang duduk di koridor bertentangan dengan nya ditenung. Sudah seminggu
dia mengikut jejak gadis itu. Setiap hari dia memerhati aktiviti nya hingga
boleh dihafal setiap satunya. Pagi dalam pukul 7.30, gadis itu keluar dari
rumah sewa dan berjalan kaki ke tadika yang tidak jauh dari rumah sewanya.
Tengah hari pula, gadis itu akan makan bekalan yang mungkin dibawanya dari
rumah di taman yang disediakan di tadika itu bersama kanak – kanak, kemudian
dia akan terus mengajar sehingga pukul 1.30 tengah hari. Kemudian gadis itu
akan berjalan ke kedai runcit yang tidak jauh dari perumahan itu, membeli
barang untuk dimasak pada waktu malam. Pada waktu malam pula, gadis itu akan
membaca buku di koridor bilik nya hingga pukul 10 malam. Begitulah aktiviti
gadis itu. Sama dan sekata. Aril menarik nafas panjang. Adakah itu Humaira?
Tapi, mengapa Humaira lain sangat. Aril perasan akan wajah sugul gadis itu
ketika dia membaca buku. Sedih sekali wajah itu dimatanya. Kadang – kadang, dia
terlihat adanya air mata yang gugur apabila dia keseorangan, namun cepat
disekanya agar tiada siapa tahu akan kesedihan yang dialaminya. Pada siang
hari, Aril dapat melihat senyuman dari wajah yang kini bertudung itu, tapi pada
malam nya, hanya wajah duka itu yang dilihatnya. Aril meletakkan teropong yang
dibelinya seminggu lalu. Laptop yang berada di ribanya diletakkan di meja
kecil. Sudah seminggu Aril menetap di rumah yang dibelinya seminggu lalu.
Sengaja dia membeli rumah berhadapan dengan rumah sewa Humaira, agar dapat
disedari kehadiran nya, namun, kehadiran nya, bukan saja tidak disedari, malah
tidak di endahkan pula.
“ Ni bukan Humaira.
Ini patung yang bernyawa.” Gumamnya sendiri.
“ Airnya, tuan.” Kata
butlernya. Air horlick sejuknya diletakkan di meja kecil itu.
“ Hesy.. Jangan
panggil aku tuan la. Buat nya didengar jiran sebelah karang boleh jadi front
cover in the news nanti.” Bidasnya perlahan. Sebastian berdehem dan mengangguk.
Dia duduk apabila Aril menyuruhnya untuk duduk. Aril kembali memerhatikan
Humaira yang berada di seberang rumah nya.
“ Takkan la dia tak
perasan aku kat sini.” Gumamnya sendiri. Sebastian juga melihat gadis itu.
“ Dia ke cik Humaira
yang Tuan, eh.. sorry. Yang Ril cari tu?” soal nya. Aril mengangguk. Matanya
tidak lepas dari memandang Humaira.
“ Seminggu kita dok
perhati dia. Saya tengok dia tu.. Sugul. Sedih. Aril kenal dia dari mana?”
soalnya lagi.
“ Aku kenal dia
almost 7 maybe 8 bulan dah. Lost count. Haha. But, perkenalan tu tak penting.
Yang penting aku kenal hati budi dia. Dia baik. Periang. Ceria. Sentiasa
senyum. Bila ada masalah, dia ada cara sendiri untuk selesaikan masalah nya.
Walaupun cara dia tu tak diterima dek akal. Tapi, memang berkesan.” Tutur Aril.
Senyuman nya mula terukir bila mengenangkan saat perkenalan nya dengan Humaira.
Sebastian mendengar penuh minat.
“ Masa aku kenal dia,
aku hampir langgar dia. Dengan moto kesayangan aku tu. Ingat moto kesayangan
aku tu. Dah takde dah. Lesap kena curi. Mula – mula aku kenal dia, dia tak
macam ni. She was full of spirit. Sangat bertenaga. Sangat periang. Dan baik.
Dia muncul saat aku kecundang. Dia mengubah aku menjadi seorang yang lebih
baik. Walaupun dia tak sedar apa yang dia dah lakukan, namun, aku rasa bertuah
sebab berkawan dengan nya. Dia mengubat hati aku tanpa sedar. Aku yang serius
belajar menjadi dia. Semua yang aku buat, aku akan fikir. Apa yang Humaira akan
buat jika dia berada di tempat aku. Dan aku akan buat begitu. Funny. She was
there in almost everything I do. In everything I see.” Ujarnya.
“ Now I see siapa
yang mengubah tuan hingga jadi begini. Now I see, that you are in love with
her.” Balas Sebastian. Aril hanya senyum. Mengiakan dalam hati. ‘Yes, I do love
her.’
“ Tuan, pergi la sapa
dia. Dia tak kan perasan yang tuan ada kat sini biar berbulan pun kita duk
intip dia. Dan personally, saya rasa, yang dia pun macam tuan masa tuan putus
cinta dengan cik Liyana. Err.. maaf tuan.”
Aril menggeleng.
“ It’s okay. Adalah
yang saya nak buat tu nanti.” Balasnya dengan senyuman.
Buku yang jatuh bersepah
dikutip. Fikiran nya kosong kini. Humaira melihat siapa kah gerangan yang
dilanggarnya tadi.
“ Hai.” Sapanya
lembut. Mata Humaira membulat. Tidak percaya akan kehadiran lelaki yang banyak
membantunya dahulu.
“ Ha.. Hai..Aril..K..
Kau buat apa kat sini? Haha.. Lama tak jumpa.” Balasnya gugup. Mana mamat ni
dapat jumpa aku kat sini? Takde siapa pun tau aku kat sini. Lelaki itu memakai
t-shirt polo dan berseluar jeans kelihatan santai pada tengah hari itu.
penampilan nya segak berbanding 7 bulan lepas. Aril menolong Humaira mengutip
buku latihan yang dibawa nya balik untuk disemak.
“ Nah.” Dia
menghulurkan buku latihan tadi. Humaira diam. Tidak tahu hendak bercakap apa.
Mereka berjalan beriringan. Aril bersiul senang. Matanya tidak lepas memandang
Humaira. Gadis itu mengenakan baju kurung berwarna krim dan tudung dalam rona
yang sama. ‘Cantik, tapi wajah yang sugul tu kalau senyum kan lagi cantik.’
Komen nya dalam hati.
“ Awak patahkan hati saya, Maira.” tuturnya separuh berbisik.
“ Awak patahkan hati saya, Maira.” tuturnya separuh berbisik.
“ Hah??” soal gadis
itu. Aril mengangkat bahu. ‘dia ada cakap sesuatu ke tadi??’ soal Humaira dalam
hati. Langkah mereka berhenti apabila sudah sampai di sepan rumah sewa Humaira.
Aril mendekatkan wajahnya dengan Humaira.
“ I said, aku tinggal
kat depan tu.” Bisiknya. Suara serak basahnya yang berbisik gemersik di tepi
telinga gadis itu membuatkan bulu roma Humaira tiba – tiba berdiri. Humaira
mengundurkan tubuhnya setapak. Kemudian kepalanya berpusing ke arah yang
ditunjuk oleh Aril.
“ What? Kau tinggal
kat depan tu?” Tanya nya tidak percaya. Aril mengangguk.
“ Dah seminggu duk
kat sana. Kau rasa, berapa lama aku perhatikan kau?” tuturnya perlahan sebelum
berlalu. Humaira mengetap bibir, kemudian masuk ke rumah. Aril perasan, merah
wajah gadis itu.
Sudah dua minggu dia
bertemu dengan Humaira. Namun reaksi gadis itu tetap sama. Ketawa gadis itu
terasa hambar. Senyuman nya terasa tawar. Kenapa gadis itu boleh berubah
sebegitu. Dua minggu dia menunggu agar gadis itu bercerita akan apa yang
terjadi padanya, namun hingga sekarang, tiada apa yang diluahkan.
“ Maira, keluarga
sihat?” Tanya Aril tiba – tiba. Ketika itu dia dan Humaira duduk di taman
sambil menghirup angin petang.
“ Sihat..?” jawab
Humaira dengan senyuman. Aril berdiri dan memeluk tubuhnya. Kemudian menggeleng
kepala.
“ Maira, you know,
you break my heart.” Tuturnya perlahan. Humaira diam.
“ Mak kata dia kirim
salam. Malam tadi aku call mak.” sambungnya lagi. Humaira tidak menjawab. Diam.
Diam. Dan hanya diam saja.
“ I know yang kau tak
balik rumah. Almost 7 bulan. See, I was waiting for you to say anything.
Tentang apa yang terjadi kat kau selama kau menghilang. Maira, can’t you just
give me a call? Am I your friend?” tegurnya lembut. Humaira tunduk. Akhirnya
air matanya gugur juga.
“ He left me. He
promised to me that he will marry me. Tapi dia. Dia tinggalkan aku. Dia kahwin
dengan orang lain. He said yang dia ada kursus kat Singapore. But he lied. Dia
honeymoon masa tu. I was so stupid. Aku bodoh sebab percayakan dia. Aku bodoh.”
Luah Humaira. Air mata yang selama ini ditahan akhirnya gugur dihadapan Aril.
Aril melutut di hadapan Humaira. Perlahan tangan nya mengesat air mata Humaira.
“ Don’t cry. Please.
Sedih aku tengok kau macam ni.” Pujuknya. Namun tangis Humaira masih tidak
berhenti. Tanpa sedar, Humaira menyembamkan wajahnya ke bahu Aril. Dan dia
mengongoi di situ. Aril kaku. Hendak mengusap belakangnya terasa salah.
Akhirnya dia membiarkan saja Humaira menangis.
“ Lupakan dia. Dia
bukan jodoh kau. Dia lelaki dayus yang tidak berani hendak menyatakan apa kemahuan
nya. Kau lebih baik dari itu Maira. jangan seksa diri kau semata – mata dengan
kenangan yang takkan membahagiakan kau. Jangan berharap pada dia lagi. dia
bukan untuk kau. Dengar sini, Allah akan memberi kau jodoh yang lebih baik
selepas ini. Dan kau patut berdoa padanya dan bukan menangis macam askar yang
kalah.” Pujuk Aril.
“ Ikut aku balik.
Family kau risaukan kau sekarang. Ikut aku balik ya.” Pujuknya. Sememangnya itu
tujuan nya datang kesini. Gelengan Humaira membuat dahinya berkerut.
“ Aku malu. Dengan
keluarga aku. Aku takut ayah marah kat aku. Aku tak nak.” Bantah Humaira.
Sedunya masih ada.
“ Tak ada apa – apa.
Mak dan ayah rindu sangat dengan kau. Kau kan anak kesayangan diorang. Mak
sampai demam tau rindu kat kau.” Pujuk Aril lagi.
“ Demam? Mak demam?
Teruk ke Ril?” soalnya risau. Sedar akan kekhilafan nya. Oleh kerana membawa
hatinya yang luka, dia memutuskan hubungan nya dengan keluarga sendiri. Humaira
tunduk.
“ Esok kita balik
ya.” Pujuk Aril. Humaira diam. Hanya gelengan menjadi jawapannya.
“ Tak nak. Aku malu.
Aku malu dengan keluarga aku. Mesti mereka akan mengata. No, Aril. I can’t go
home with you.” Putus nya ingin berlalu. Namun Aril pantas menahan lengan
Humaira.
“ Jangan paksa aku
Aril! Kau tak tahu apa yang aku dah buat. Perangai aku. Apa yang aku buat kat
anak ketua kampong. No! I can’t!” bentak nya.
“ You have to! Dan
jangan cuba nak bertekak dengan aku sekarang. Mood aku tak baik dua minggu ni
dan kau jangan nak tambahkan lagi faham. Esok kau ikut aku balik, aku hantar
kau balik kampong. Dengar!” marah Aril. Bertegas. Dia tahu akan tahap kedegilan
Humaira. Humaira terkedu. Kemudian mengangguk lemah.
“ Dah. Lap air mata
tu. Sekarang, aku tak nak kau bersedih lagi. Aku hantar kau balik.” Ujar Aril.
Suaranya tidak setegang tadi.
“ Nervous?” Tanya
Aril tenang. Humaira yang duduk di tepi mengangguk lemah. Gugup rasanya.
“ It’s okay. Semua
akan okay nanti.” Katanya memberi sedikit semangat kepada gadis itu. Humaira
senyum tawar. Aril keluar dari perut keretanya. Kemudian membuka pintu untuk
Humaira. Takut – takut Humaira keluar dari kereta. Senyuman Aril memberi
sedikit semangat kepadanya. Mereka berjalan beriringan ke depan tangga.
“ Assalamualaikum.”
Laung Aril. Tidak lama kemudian muncul wajah emaknya .
“ Maira. Aril.
Maira.” laungnya terus memeluk kejap tubuh Humaira. Humaira yang terasa sedikit
terkejut kemudian nya membalas pelukan emaknya. Aril senyum. Kemudian matanya
menangkap kelibat ayah Humaira dan adik beradiknya datang dari dalam.
“ Ayah.” Pandangan
Humaira beralih ke arah ayahnya. Pucat lesi mukanya. Ayahnya dating mendekati
Humaira. Humaira memejam matanya. Namun matanya kembali terbuka apabila perasan
tubuhnya dipeluk.
“ Anak ayah yang
nakal ni, jangan buat macam tu lagi. Risau ayah tau. Jangan buat macam tu lagi.”
Ucapnya. Gugur juga air mata ayahnya.
“ Maafkan Maira, yah.
Maira janji takkan buat macam tu lagi.” Ucap Humaira dalam sedu. Gembira juga
kerana ayahnya tidak marahkan nya. Aril senyum dengan penyatuan Humaira dengan
keluarganya.
“ Asyik tenung kakak
je. Karang dah kahwin tu tenung la sampai sengal mata tu, bang. Masuk la ke
dalam dulu.” Tegur adik Humaira, Hamizah. Aril ketawa kecil. Rupanya semua
sudah masuk ke dalam. Hanya dia saja yang tinggal di luar.
“ Hah??”
Aril dan Humaira terkedu. Betul ke tidak apa
yang didengarnya tadi.
“ Betul lah. Takkan
la mak nak main – main pulak.” Balas emaknya bersahaja. Aril diam. Humaira
terus menarik emaknya masuk ke bilik. Aril duduk di kerusi di ruang tamu.
Sememangnya apa yang di usulkan oleh emak Humaira tadi sukar diterima oleh
Humaira. Namun tidak baginya.
“ Kamu tak setuju ke
dengan cadangan kami?” soal ayah Humaira.
“ Eh, bukan. Saya ok
je. Tapi, saya tak tau samada Maira terima ke tidak. Bagi saya, kebahagian
Maira adalah kebahagiaan saya. Jika Maira tak mahu, saya tak nak paksa.” Balas
Aril lembut.
“ Ayah minta maaf.
Sebab tuduh kamu sembunyikan Maira.”ucap ayah. Aril menggeleng.
“ Aril tak ambil hati, yah. Aril tahu, ayah marah masa tu. Tambah pulak
risau. Aril faham. Dan, Aril rasa, biar Aril ambil hati Maira dengan cara Aril
sendiri. Ayah izin kan?” soalan Aril dijawab dengan anggukan. Aril senyum.
“ Hei, kenapa senyap
je ni?”
“ Aku tengah fikir
pasal cadangan mak tu lah. Kau ni. Macam la kau tak dengar jugak.” Balas
Humaira senada. Aril ketawa kecil. Mereka kini duduk di titi berdekatan dengan
kebun atuk Humaira.
“ Jangan fikir sangat
la. Aku dah terang kat ayah. Kalau kau tak nak. Cakap je.” Balas Aril
bersahaja. Humaira menoleh ke sisi. Aril yang membawa gitar nya mula memetik
gitarnya. Nada lagu entah apa yang dimainkan lelaki itu.
“ Senang kau cakap.
Mak tu, bila dia dah nak, dia paksa aku sampai aku cakap aku terima.” Bidas
Humaira.
“ Oh..dan dari situ
rupanya kedegilan kau diwariskan.” Balasnya terus ketawa kecil. Humaira memberi
jelingan kepada Aril. Dia menalakan matanya ke hadapan. Fikiran nya mula
melayang.
“ Kau ni suka
mengelamun eh?” soal Aril. Soalan yang sama yang pernah ditanya kepadanya suatu
masa dulu. Humaira ketawa kecil.
“ Kedudukan kita dah
berubah. Kau jadi aku. Aku jadi kau.” Balas Humaira. Aril senyum.
“ That’s correct.”
Balasnya pendek.
Suasana kembali sepi.
Aril menggantung gitarnya di kayu berdekatan dengan nya.
“ Okey. Awkward
moments. Hey. Kau masa kecik – kecik, pernah tak main kat sungai ni? Eh, ni
sungai ke?” soalnya kurang pasti.
“ Ke ni lopak. Tapi,
lopak kecik kan. So ni tak besar macam sungai, tapi terlampau besar untuk
dikatakan lopak. Eh. Aku tak kisah apa namanya. Kau pernah tak mandi kat sini.”
Soalnya. Humaira senyum dengan sifat baru Aril. Comel.
“ Masa kecik je. Dah
besar tu, tak la. Buang tebiat ke nak main kat sini.” Balasnya. Mendengar
jawapan itu, Aril senyum.
“ I see.” Katanya
sambil memegang tangan Humaira.
“ But. Apa kata kita
terjun.” Usai saja berkata, terus ditariknya Humaira terjun ke dalam air.
Terjerit gadis itu dibuatnya. Akhirnya mereka ketawa riang. Bagai tiada apa
yang mengganggu mereka.
“ Maira.” panggil
Aril. Humaira menoleh. Mereka duduk semula di titi tadi. Cuaca yang panas terik
dibiarkan saja. Hendak mengeringkan baju mereka yang basah. Karang kalau balik
dengan baju yang basah kuyup, siap boleh kena marah dengan ayah.
“ Kahwin dengan aku?”
luah Aril tiba – tiba.
“ Hah???”
“ Kahwin dengan aku?
Kau tak dengar ke?”
“ Aku dengar, just
kurang percaya.”
“ Aku cakap clear
apa. Tak de sekat – sekat pun. Kurang percaya apanya.”
“ Kita kan kawan.”
Tekan Humaira.
“ Dan aku tak dapat
terima kau sebab kau terlalu baik untuk perempuan seperti aku.” Sambungnya.
Humaira bangkit. Bajunya sudah kering. Dia mahu segera berlalu. Lamaran Aril
sebentar tadi membuatkan jantungnya berhenti berdegup seketika. Aril hanya
menghantar kelibat Humaira pergi.
Humaira duduk di
bangku di laman rumahnya. Sejak dari tadi dia cuba mengelak dari Aril. Tiba –
tiba dia tidak selesa dengan Aril. Mengapa? Humaira mendongak ke atas. Buah mangga
yang hampir masak ditenung. Kecur liurnya melihat mangga itu. humaira berdiri
dan cuba mencapai buah yang paling rendah. Setelah beberapa kali mencuba, dia
tersentak apabila ada tangan yang lebih panjang memetik buah itu dari
belakangnya.
“ Nah. Awak nak makan
kan.” Ujar Aril sambil menghulurkan mangga tersebut. Dekat suaranya. Tubuh
Humaira terasa panas menunjukkan kedudukan Aril berada dekat dengan nya. Kata
gantinya juga sudah bertukar dari kau kepada awak. Humaira merasakan perubahan
pada wajahnya terus berlalu.
“ Kak, kenapa kakak
tak on je bila mak usulkan nak kahwin kan kakak dengan Abang Aril tu?” soal
Hamizah pada satu malam. Aril sudah pun balik atas urusan kerja. Humaira duduk
termenung di katilnya. Sesekali kedengaran keluhan dari bibirnya. Sudah hampir
seminggu dia membuat solat istikarah, meminta petunjuk dari Tuhan yang Maha Esa
lagi Maha Mengetahui. bayangan seorang lelaki selalu muncul, namun bayangan itu
kelihatan samar. Tapi, senyuman nya, macam pernah dilihat.
“ Kitorang just kawan
la, Zah. Kakak takde perasaan macam tu dekat dia. Lagipun, dia banyak bantu
kakak. Kakak tak nak terus termakan budi dia.”
“ Alasan je tu kak.
Mizah nampak kakak suka kat dia. Abang Aril pun sama. Dari first kakak bawak
dia datang sini Mizah dah tau. Kakak ni jual mahal betul la.” Provoke
Hamizah.
“ Kau budak kecik,
apa kau tahu?” bidasnya. Malas hendak bertekak dengan adiknya.
“ Part budak kecik tu
jaga sikit eh. Mizah dah nak 20 tahun dah. Abang Aril tu okey apa. Mana ada
lelaki yang sanggup hantar perempuan balik straight ke rumah lepas apa yang dia
buat. Siap tolong hantar hospital lagi. Dengan moto dia hilang. Fuhh.. part
moto tu yang Mizah tak tahan. Ducati tu kak. Favourite Mizah tu. kalau Mizah,
confirm bengang punya bila benda kesayangan Mizah hilang. Tapi abang Aril tak
kan? Lepas tu, banyak lagi yang abang Aril buat, kakak je yang tak sedar.” Kata
Hamizah menarik minat Humaira.
“ Apa dia?”
“ Ya Allah. Kakak tak
perasan ke? Semua benda yang dia buat tu semua nya untuk kakak. Mizah confirm
sangat dia tak de bagitau pun masa ayah dan mak pergi serang dia dekat rumah
dia masa kakak hilang.”
“ Serang? Maksud
Mizah?”
“ A’ah. Ayah dan mak pergi cari dia hari tu. Mak bagitau, ayah goreng
dia sampai hangus pasal ayah syak abang Aril sembunyikan kakak. Tapi, abang
cool je. Siap bagitau, yang dia sendiri akan cari akak. Siap janji lagi. dan
tak sampai sebulan dia bawak kakak balik. Dengar cerita ni dari mak, kesian jugak
dengan abang pasal kena sembur, padahal dia tak tau apa – apa.” Tambah Hamizah.
Humaira diam. Terkesan apabila mendengar cerita dari Hamizah. Kesian nya terbit
pada Aril kerana tak pasal – pasal kena sembur oleh ayahnya. Humaira bangkit
dari baringnya dan keluar dari bilik. Keputusan yang sudah dibuatnya perlu
disuarakan segera.
Humaira merenung ke
langit. Sudah hampir seminggu dia sah menjadi isteri Aril. Sudah seminggu juga
layanan Aril kepadanya berlainan daripada masa mereka hanya kawan. Romantic tak
kira masa.!!!
“ Sayang tenung apa?”
bisik Aril ditelinga isterinya. Romantis sekali dengan suara serak basahnya.
Badan Humaira dipeluk dari belakang.
“ Langit.” Jawab
Humaira sepatah. Selesa dengan layanan suaminya.
“ Langit ke bulan?”
soalnya.
“ Apa bezanya bila
tenung langit dan bulan?” Tanya nya hairan.
“ Banyak. Bila kita
tenung langit tapi hati mahukan bulan. Sangat berbeza.” Balas Aril penuh makna
tersirat. Humaira senyum. Faham akan maksud Aril.
“ Tapi, hati ni tak
mahukan bulan, jika adanya langit yang luas dan lebih selamat untuk hati ni
bergantung sayang. Memberi kasih. Terasa lebih luas kasih langit pada hati
Maira berbanding bulan yang hanya dapat dipandang tapi takkan mampu dicapai.”
Tuturnya lembut. Humaira membalas pelukan Aril. Dia yakin kini, pilihan nya
tepat dan tidak salah.
“ Tambahan lagi,
langit ni, best dipandang berbanding bulan.” Sambungnya.
“ Kenapa pulak?” duga
Aril. Senyuman tidak lekang di bibir nya.
“ Pasal, bulan boleh
dicover oleh awan. Itu pun langit punya pasal. Haha. Nak tak nak, tengok langit
je la.” Selorohnya. Aril ketawa.
“ Itu awan cinta
sayang oi. Ianya untuk menghalang dari bulan untuk datang menyakiti hati dari
mengingati nya semula.”
“ Hmmm.. Awan cinta
eh?”
“ Boleh abang tau
kenapa Maira setuju?” soalnya lagi. humaira menarik tangan suaminya ke kerusi
yang ada di balkoni rumah milik arwah peninggalan suaminya.
“ Sebab, abang dah
curi hati Maira. Dalam diam pulak tu. Memang terer abang curi. Sampai Maira
sendiri tak sedar.” Luahnya.
“ Since when?”
“ Since always. Dan
Maira sendiri tak tahu yang abang dah ambil hati Maira. pasal Maira masih ada
Boyfriend dulu kut yang buat Maira tak perasan. Kebaikan hati abang. Apa yang
abang buat untuk Maira, ketahanan abang melayan kerenah Maira dulu. Sedangkan
boyfriend Maira dulu pun kekadang tak tahan dengan sikap Maira. Semuanya, dan
Maira cuma sedar bila Mizah sedarkan tempoh hari. Lambat nya Maira sedar kan?”
luahnya. Aril senyum dan memeluk bahu isterinya. Terasa bahagia bersarang di
hati.
“ Maira nak tanya
abang boleh?” soal Humaira. Aril mengangguk. Tangan nya mengusap rambut
isterinya.
“ Bila abang jatuh
cinta dengan Maira?” soalnya semula.
“ Bila? Well.. Kalau
abang nak cerita, sampai minggu depan pun belum tentu habis sayang. Abang
ngantuk la pulak. Jom tidur.” Ajaknya sambil menarik tangan Humaira masuk ke
bilik peraduan mereka.
“ Abang. Jawab la
soalan Maira dulu.” Katanya tidak puas hati. Aril hanya senyum dan menolak
tubuh isterinya ke katil. Dia baring di sebelah isterinya. Rambut isterinya
masih menjadi tarikan utamanya. Dibelai lembut rambut itu.
“ Abang suka kat
maira sejak first time kita jumpa. Well, suka tu tak la sangat. Pasal sayang
tak henti – henti bising kat telinga ni. Pot pet pot pet tak habis –
habis. Mula – mula abang rasa malang
sebabg bertemu dengan sayang. Tambah lagi abang tengah frust masa tu. Fikiran
abang kosong. Macam abang takde nyawa lagi. tapi, bila jumpa dengan sayang,
abang langsung tak pernah lagi fikir malah perasaan abang terhadap ex abang
dulu, hilang terus.” Katanya.
“ Kenapa pulak? Maira
cute sangat eh?” kata Humaira memuji diri sendiri.
“ Abang tak pandang
sangat Maira masa tu. Tapi, ajaibnya, Maira buat abang terlupa akan semua
masalah abang. Maira seperti memberi nafas baru dalam hidup abang. Maira
mengubah abang menjadi abang sekarang. And sayang tau, abang masa tu tak ada
masa pun nak fikir pasal ex abang.”
“Kenapa pulak?”
“ Pasal Maira mengisi
setiap inci dalam fikiran abang. Maira memenuhi jiwa abang. And I love.. I
love.. I love you ever since.” Tuturnya penuh romantic sekali. Dahi isterinya
dikucup lembut. Kemudian kucupan itu beralih ke pipi Humaira. Dan seterusnya
beralih ke bibir nya. Humaira ketawa kecil dengan pengakuan suaminya. Terasa
bahagia dalam pelukan suami nya kini. Humaira berdoa agar kebahagiaan nya
berkekalan.
TAMAT
Sweet sangat Aril & Maira....^_^)Y
ReplyDelete